Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Wednesday, April 25, 2012

Al-Quran Digital Sudah Ada Pembeli.. Alhamdulillah..

Emm, Ini perkara yang agak menggembirakan Ratu. Hasil daripada promosi Al-Quran Digital secara ONLINE.. Alhamdulillah.. Kini Ratu sudah ada pembelinya setelah baru beberapa minggu Ratu mula menjualnya. Pembelinya adalah En. Shamrulismawi Ismail ataupun gelaran Shamruslismawi melalui ruangan facebooknya. Jikalau pengunjung setia Raja Ratu perasan dengan kisah yang pernah Ratu paparkan mengenai seorang kanak-kanak yang comel iaitu Adik Faris sekitar bulan Februari 2012.. Sebenarnya En. Shamrulismawi adalah bapa kepada arwah adik Faris itu. Gembira juga rasa di hati apabila En. Shamrulismawi ni sudi membeli dengan Ratu. 

Ratu jual Al-Quran ni seperti biasa dengan harga RM260.00 sebuah termasuk kos pengeposan. Mungkin En. Shamrulismawi ni ingin membeli untuk MENUNAIKAN HAJI ATAUPUN UMRAH.. ataupun untuk KEGUNAAN DIRINYA YANG SERING KALI OUTSTATION.. ataupun untuk PENDIDIKAN ANAKNYA.. emm.. Hehe.. 

Tapi nasib baiklah, pada ketika itu Ratu masih lagi mempunyai stok. Syukurlah.. Sebenarnya Ratu baru sahaja kehabisan stok & Ratu baru beberapa hari menerima stok yang baru. Oleh kerana En Shamrulismawi adalah pembeli ONLINE yang pertama. Jadi, Ratu bergegas membeli barang keperluan untuk pembungkusan Al-Quran Digital tersebut sebelum ianya diposkan. Setelah siap pembungkusannya, Al-Quran Digital ni siap sedia untuk diposkan. Inilah gambarnya,



Diharapkan bertambahlah lagi pembeli Al-Quran Digital ni.. Sebab setiap pembelian Ratu sumbangkan serba sedikit kepada Badan Kebajikan. Dengan cara ini, dapatlah Ratu membantu mereka yang amat memerlukan bantuan.

Untuk maklumat lanjut sila layari,
ataupun

boleh juga dihubungi melalaui talian telefon 012-6844870/ 017-6611202

Tatapan dari,

Monday, April 16, 2012

Singgah di Taman Bunga & Orkid Kuala Lumpur

Hari ni Ratu & Raja bercuti dan kami membawa Puteri kesayangan kami pergi ke Kuala Lumpur. Raja Ratu juga membawa ibubapa Ratu untuk turut serta menyertai kami ke Kuala Lumpur. Sebenarnya, bersiar-siar di Kuala Lumpur bukanlah tujuan utama Raja Ratu.. Hehe.. Bersiar-siar ni tujuan kedua Raja Ratu setelah misi utama Raja Ratu iaitu urusan perbaharui lesen JKKP, singkatan bagi Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerja Raja selesai.

Sampai sahaja di Kuala Lumpur di pejabat JKKP tu, Raja Ratu dimaklumkan bahawa pejabat tu telahpun berpindah ke bangunan berhampiran dengan bangunan Tabung Haji . Emm.. Raja Ratu pun diberikan alamat baru & kami pun follow alamat yang diberikan ni. Tiba sahaja di pejabat JKKP yang baru tu, Raja Ratu dimaklumkan bahawa dokumen kami tidak lengkap. Aduh Hai !!! Ini kerana syarat-syarat pembaharuan telah berubah & kini ada penambahan dokumen bagi pembaharuan lesen iaitu laporan perubatan. Emm.. Ini bermakna Raja Ratu perlu datang ke Kuala Lumpur sebanyak 3 kali ler.. Hisssss !!!!! Ni dah datang sekali. Lepas tu, kena datang kali de 2 untuk hantar laporan perubatan & kali ke 3 pula, kena datang untuk ambil lesen yang telah siap diperbaharui tu. 

Emm.. Setelah selesai sahaja urusan di JKKP tu, Raja Ratu mengambil keputusan untuk membawa Puteri kami bersama ibubapa Ratu bersiar-siar di Taman Bunga & Orkid di Kuala Lumpur. Lagipun, ibu Ratu pun suka tanam orkid.. Hehe.. Sampai di Taman Bunga tersebut, ibubapa Ratu teruja mengambil kesempatan menangkap gambar Puteri Raja Ratu di taman tersebut. Sekali SNAPPPPPP !!!!!!! Inilah salah satu daripada gambarnya,


Sempat jugalah masa tu bergambar bersama pelancong dari negara luar.. Hehe.. Ini namanya teruja betul bapa Ratu mengambil gambar di Taman ni. Mana taknya, pemandangan di taman ni pun cantik dengan pelbagai pokok-pokok orkid & bunga raya. Sempat juga ibu Ratu membeli orkid yang ada dijual di sini. Emm..

Ratu tertarik dengan gambar ni.. Tengok ni.. Puteri Raja Ratu menunjukkan PENUMBUKNYA.. haha !!! Terus dia berkata.. SIAPA KACAU AYAH SAYA.. SAYA TUMBUK KANG.. NAMPAK TAK PENUMBUK NIIIIII !!!!!!!!!.. Haha.. Masalahnya sudah boleh bercakap ker Puteri kesayangan kami ni.. Hehe..


Tapi masa tu kecian lak tengok Puteri Raja Ratu ni berpeluh-peluh.. Maklumlah pada ketika tu cuaca agak panas sikit.. Emm, ingatkan nak masuk Taman Burung yang terletak bersebelahan dengan Taman Bunga & Orkid ni. Tapi memandangkan kami semua sudah kepenatan mendukung Puteri Raja Ratu yang semangat ni... Emm.. Kami membatalkan sahaja niat kami untuk masuk Taman Burung.. Dan kami terus berangkat pulang ke rumah.

Tatapan dari,

Saturday, April 14, 2012

Ciannya Puteri Raja Ratu Demam.. Emm..

Ratu agak terkejut juga apabila mendapat panggilan telefon daripada ibubapa Ratu yang menyatakan Puteri Raja Ratu dah mula nak demam. Ehhhh !!!!! Biar betul ni.. Pagi tadi tengok Puteri Raja Ratu elok jer.. Ok jer.. Tak der rasa dedau langsung.. Ceria jer dia.. Petang ni dah demam pulak.. Emm.. Ratu terus menelefon Raja dan memaklumkannya. Raja pun terperanjat bila mengetahui puteri kesayangannya tu demam. Kejap-kejap call tanya bila Ratu nak balik. Hisss !!!!! Tak senang diam Ratu hendak buat kerja. Tapi Ratu ada juga bertanyakan kepada ibubapa Ratu tentang keadaan kesihatan Puteri Raja Ratu ni. Ibubapa Ratu kata Puteri kami ni ok cuma dedau sahaja & tidak perlu di bawa ke klinik dahulu buat masa ni. Emm..

Pulang sahaja dari tempat kerja, Ratu tengok terus tengok kedaan badan Puteri Raja Ratu. Emm.. masih dedau. Ala keciannya si Comel ni. Terus Ratu peluknya & cium pipinya. Emm.. bau baby.. Bestnya. Hehe.. Petang tu Puteri Raja Ratu tidak dimandikan. Ratu lapkan sahaja badannya. Raja Ratu agak terkejut macam mana Puteri kami boleh demam ???? Ayah Ratu menceritakan kepada Raja Ratu bahawa Puteri kami tidak menangis pun walaupun badannya mula dedau & panas. Tapi memang pun bila Ratu pulang sahaja, Ratu tengok Puteri Raja Ratu ni macam tidak demam. Cergas jer.. Dan masih lagi tergelak-gelak apabila di agah walaupun badannya panas. Syukurlah, kau tak mengangis.. tak merengek nak oiii... Kalau tak pening juga Raja Ratu tidak cukup tidur malam ni.. Mesti Puteri kami ni merengek sahaja.. Tapi tak tahu lah pula malam nanti.. Waktu tidur nanti macam mana..

Malam tu, pada mulanya Raja Ratu tengok badan Puteri kami sudah susut panasnya. Ini kerana, Ratu berikan ubat demam yang pernah doktor berikan ketika kami bawa Puteri kami ni untuk pemeriksaan di usianya 3 bulan ke... atau 5 bulan dulu. Jadi, kami tidak bawa ke klinik dulu. Raja Ratu rancang ingin bawa Puteri kami ke klinik pada kesesokkan harinya. Tapi kira-kira sejam lepas tu, Raja Ratu agak terkejut badan sudah mula panas. Raja Ratu dah panik. Terus terlintas di fikiran untuk beli 'COOL FEVER'. Nasib baiklah, 7 eleven dekat dengan rumah. Terus Raja Ratu pergi membelinya. Ratu pun lekatkan di dahi Puteri kami. KECIAN DIA.. DEMAM YA !!! 


Tapi apa-apa pun Ratu bersyukur sangat, Puteri Raja Ratu ni tidak merengek-rengek seperti bayi lain. Maklumlah, tentu tak selesa kan bila badan panas kan. Kita sendiri pun bila demam, badan rasa tak selesa. Betul tak !!!! Inikan pula bayi yang tak tahu apa-apa.. Ditambah lagi belum tahu bercakap.. Malam tu pada mulanya Ratu pun tidak selesa juga tidur.. Mana tidaknya.. Risau beb !!!.. Sebab boleh dikatakan inilah pertama kali Puteri Raja Ratu ni demam. Kejap-kejap Ratu terjaga.. Jengah keadaan Puteri Raja Ratu yang tidur di sebelah Ratu. Emm.. Tapi bila Ratu tengok dia tidur dengan selasa & nyenyak. Ratu pun rasa lega & tidur dengan selesa. Tapi pada keesokkan harinya, ibubapa Ratu membawa Puteri Raja Ratu ke klinik. Pada asalnya, Raja Ratu hendak bawakan Puteri Raja Ratu ni.. Tapi ibubapa Ratu tak mahu. Mereka hendak bawa sendiri cucu kesayangan ni ke klinik. Emm.. What ever..

Ratu fikir juga kenapa Puteri Raja Ratu ni boleh tiba-tiba demam. Selidik punya selidik.. Dah tahu dah ceritanya. NAK TAHU ????? Sebenarnya, ibu Ratu ni pagi tu ada pergi ke kedai membeli ikan & sayur. Pada ketika tu, hujan gerimis. Ibu Ratu ni tak hendak tunggu sehingga hujan berhenti. Habis sahaja beli sayur & ikan yang diingini, dia terus pulang ke rumah. Sampai di rumah seperti biasa, ibu Ratu melakukan tugas harian di dapur tanpa menukar baju yang telah basah sedikit terkena hujan tu. Emm.. Bila Puteri Raja Ratu masa tu nak minta dukung, ibu Ratu pun pergi mendapatkannya dengan pakaian yang terkena hujan tadi sambil memberikan Puteri Raja Ratu makan & mandi.. Emm.. Patutlah Puteri kami demam. Emm.. begitulah ceritanya.. Sehari selepas Puteri Raja Ratu ni dibawa ke klinik, Puteri Raja Ratu beransur sihat & bergembira bermain dengan permainan miliknya. Alhamdulillah..

Tatapan dari,

Sunday, April 8, 2012

Tahniah kepada AARON AZIZ

8 April 2012 bersamaan dengan hari Ahad berlangsunglah ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN (ABPBH) 2011 yang bertempat di Arena Of Stars, Genting Highlands. Raja Ratu juga tidak melepaskan peluang untuk menontonnya di saluran TV3. Korang nak tahu siapa pemenangnya ????

Antara pemenang-pemenang anugerah yang teleh dikategorikan adalah:-
a)  Fasha Sandha yang merangkul PELAKON TV WANITA POPULAR 2011
b)  Fizz Fairuz yang memenangi PELAKON TV LELAKI POPULAR 2011
c)  Fara Fauzana yang memenangi PENYAMPAI RADIO WANITA POPULAR 2011 & PENGACARA TV WANITA POPULAR 2011
d)  Faizal Ismail memenangi PENYAMPAI RADIO LELAKI POPULAR 2011
e)  Yuna merangkul PENYANYI WANITA POPULAR 2011
f)   Hafiz merangkul PENYANYI LELAKI POPULAR 2011
g)   Zizan merangkul PENGACARA TV LELAKI POPULAR 2011
h)  Johan memenangi ARTIS KOMEDI LELAKI POPULAR 2011
i)   Didie Alias pula merangkul ARTIS KOMEDI WANITA POPULAR 2011]
j)   Tasha Shila pula artis baru yang memenangi ARTIS BARU WANITA POPULAR 2011
k)  Johan Ariff As'ari memenangi ARTIS BARU LELAKI POPULAR 2011
k)  Ning Baizura/ Jaclyn Victor/ Shila Amzah memenangi PENYANYI BERKUMPULAN POPULAR 2011
l)   Maya Karin merangkul PELAKON FILEM WANITA POPULAR 2011
k) Sudah pastinya peminat Ratu jejaka hensem (Jangan marah Raja.. Raja tetap di hati ya..Hehe) AARON AZIZ merangkul PELAKON FILEM LELAKI POPULAR 2011 & ANUGERAH BINTANG POPULAR 2011. Memang tidak dapat dinafikan kecemerlangan lakonannya sejak akhir-akhir ni. Ratu paling suka dengan lakonannya dalam cerita drama bersiri NORA ELENA. Masa tu Ratu tengah mengandung si kecil comel Puteri Raja Ratu tu. Ratu ingatkan Raja tidak berminat menonton drama bersiri ni. Rupa-rupanya Raja pun minat dengan cerita ni walaupun berlainan lokasi Raja Ratu menonton drama tu. Ratu menonton di rumah, Raja pula menonton di Kuantan, Pahang. Masa tu Raja outstation. Emm.. Ditambah lagi dengan lakonannya dalam filem kegemaran Ratu iaitu OMBAK RINDU. Peh, memang TERBAIKK!!! Inilah gambar jejaka hensem yang dimaksudkan ni..

Sesungguhnya Raja Ratu berpuashati hati dengan keputusan Anugerah Bintang Popular ni. Hehe..

Tatapan dari,

Tuesday, April 3, 2012

Rahsia Surah Al-Kautsar..

Ratu tertarik dengan rahsia & kelebihan surah ini di facebook. Jadi ilmu yang Ratu perolehi ini ingin Ratu kongsikan bersama-sama pengunjung setia TERATAK ISTANA RAJA RATU di ruangan motivasi untuk bulan ini. 

Surah ini paling pendek. Dengan hanya mengandungi 3 ayat yang diturunkan di Mekah. Ayat ini bermaksud sungai di syurga yang mana kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata yang indah & cantik.


Pelbagai khasiat yang terkandung dalam surah ini yang boleh diamalkan iaitu:-
a) Baca surah ini ketika hujan & berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t makbulkan doa kita.
b) Jika kita kehausan & tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher. Insya Allah hilanglah dahaganya.
c) Jika kita sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10 kali pada mata kita.
d) Jika rumah dipercayai terkena sihir seperti diletakkan sesuatu barang di rumah, bacalah surah ini sebanyak 10 kali, mudah-mudahan Allah S.W.T bagi ilham pada kita di mana letaknya sihir itu di rumah kita.
e) Jika membacanya sebanyak 1,000 kali, Insya Allah rezeki kita bertambah.
f) Jika kita rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut & khusyuk ketika menunaikan solat.
h) Jika orang teraniaya & terpenjara membacanya sebanyak 71 kali, Allah S.W.T akan memberikan bantuan kepadanya kerana tidak bersalah tetapi dizalimi.

Diharapkan surah ini dapat membantu pengunjung Raja Ratu di teratak ini & dijadikan amalan dalam kehidupan kita seharian. SELAMAT BERAMAL !!!

Tatapan dari,

Sunday, April 1, 2012

Al-Quran Digital

Adakah anda ingin memiliki AL-QURAN DIGITAL sebagai :-


a) Barang hantaran bagi pasangan yang ingin berkahwin
b) Kemudahan untuk menunaikan Umrah & Haji
c) Kemudahan mengetahui waktu solat & kiblat ketika outstation
d) Sebagai hadiah kepada ibubapa/ pasangan suami isteri

PERCUMA
a) Tasbih Digital

b) Kompas

JAMINAN 1 TAHUN


Kandungannya:-
a) 1 set Al-Quran Digital
b) Kompas & Tasbih Digital secara percuma
c) Fon telinga (ear phone) berwarna putih
d) Bateri AAA
e) Beg sarung
f) Buku panduan produk
g) Pengecas (Adaptor yang mana boleh disambungkan ke suis elektrik)


Semuanya di dalam 1 kotak


Produk ini mendapat KELULUSAN dari:-
a) UNIT KAWALAN TEKS AL-QURAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI MALAYSIA
KKDN:PQ/Q.1001/2.2/Q/163/2008
b) DEWAN PIMPINAN MAJELIS ULAMA INDONESIA JATIM
NO.Ket-01/MUI/JTM/I/2008

Teks Al-Quran DILESENKAN oleh HARF Technology Mesir

Selain 30 JUZUK AYAT AL-QURAN, ianya lengkap dengan
81 DOA HARIAN....
WAKTU AZAN
..
74 DOA HAJI & UMRAH
....
102 KISAH TELADAN ISLAM
....
14 DOA SELEPAS S
OLAT dll.

Sila layari ruang niaga kami kojalely.blogspot.com di laman http://kojalely.blogspot.com/search/label/Al-Quran Digital untuk mengetahui lebih lanjut senarai kandungan doa harian.. doa Haji & Umrah dll

Produk ini dijual RM260.00 (TERMASUK KOS PENGEPOSAN) & serba sedikit daripada wang yang dilaburkan untuk membeli akan disumbangkan kepada BADAN-BADAN KEBAJIKAN

Pada kali ini, sumbangan untuk setiap pembelian akan diberikan kepada kanak-kanak ini yang mengalami masalah JANTUNG & USUS-USUS SEMPIT sejak lahir pada 29 Februari 2012. Kanak-kanak ini memerlukan pembedahan. Ini adalah gambarnya,

Kisahnya ada dipaparkan di dada akhbar baru-baru ini. Sumbangan akan di depositkan ke akaun ibunya Rashidah binti Mohamad @ Saad CIMB: 02140073279521

Belilah Al-Quran ini. SAMBIL MEMBELI SAMBIL MENDERMA disamping PROMOSI PERCUMA 2 barang yang tertera tadi & Al-Quran ini mudah dibawa ke mana-mana sahaja.

Untuk tempahan sila hubungi
012-6844870/ 017-6611202
layari http://kojalely.blogspot.com untuk cara tempahan online
elykojal08@yahoo.com

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267