Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Wednesday, June 30, 2010

Cara utk tingkat jumlah pengunjung dengan cepat..

Ratu berblogwalking.. terpandang 1 blog ni iaitu MAHA KAYA AGUNG.. Ratu tertarik untuk join.. langkah ni akan meningkatkan jumlah pengunjung di laman kita. Ianya juga sesuai untuk blog yang dah berdaftar dengan syarikat PENGIKLANAN. Betul tak.. so, apa tunggu lagi. Jom join. Tapi dengan 1 SYARAT. Korang kena klik semua list yang di bawah ni dulu, sebelum korang join & masukkan di blog korang. Nanti orang lain yang nak join di blog korang pun akan lakukan perkara yang sama betul tak.. barulah BLOG KORANG TERUS UP-TRAFFIK. korang nak tahu caranya. Cam ni.

1) Tulis posting artikel seperti posting saya ini, atau copy-paste artikel ini. Kemudian beri tajuk yg menarik.
2) Anda hanya cuma meletakkan Link URL di bawah ini untuk artikel yang anda tuliskan dalam blog / web anda.

PERATURAN
1) Sebelum anda meletakkan web-web di atas di komuniti Link URL ke posting web / blog anda, sila hapuskan link nombor 1.Selepas itu pindahkan Link no.2 menjadi no.1, yang No.3 jadi No.2, yang No.4 jadi No.3 dan seterusnya. Setelah itu masukkan link anda di urutan bawah (No.15).
2) Ingat! Jangan Ubah urutan daftar link itu.Jika setiap blogger mengikuti formula tersebut, maka bakal menghasilkan backlink seperti berikut:

Bila posisi anda pada no.15,jumlah backlink=1
Posisi no.14, Jumlah backlink = 5
Posisi no.13, Jumlah backlink = 25
Posisi no.12, Jumlah backlink = 125
Posisi no.11, Jumlah backlink = 625
Posisi no.10, Jumlah backlink = 3,125
Posisi no.9, Jumlah backlink = 15,625
Posisi no.8, Jumlah backlink = 78,125
Posisi no.7, Jumlah backlink = 390,625
Posisi no.6, Jumlah backlink = 1,953,125
Posisi no.5, Jumlah backlink = 9,765,625
Posisi no.4, Jumlah backlink = 48,828,125
Posisi no.3, Jumlah backlink = 244,140,625
Posisi no.2, Jumlah backlink = 1,220,703,125
Posisi no.1, Jumlah backlink = 6,103,515,625

Diharapkan usaha sebegini dapatlah sama meningkatkan jumlah pengunjung di blog kita semua.. Amin

Tatapan dari,

Friday, June 25, 2010

GELAGAT SI COMEL !!!!!

Seperti biasa Raja Ratu ber BLOGWALKING.. BLOGWALKING.. mencari ketenangan hati!!! cewahhhhh!!! Mencari ilham di hati.. Mencari idea.. sambil membaca cerita-cerita terbaru di blog korang. Tiba-tiba Ratu terpandang satu blog ni. Agak menarik perhatian Raja Ratu. Memandangkan Raja Ratu memang suka kucing, kami pun menonton lah video yang di paparkan. Peh!!!! Memang comel.. Kami geli hati melihat gelagat kucing tu. Kami pun terfikir untuk dikongsikan kepada korang terutama sekali bagi mereka yang meminati kucing... MEOW!!! MEOW!!! Nah tengok lah paparan ni.



Apa pendapat korang? Seronok tak tengok video ni. Tengok video ni terus kami teringat kucing kesayangan kami 'BABY'. Moga-moga BABY membesar dengan sihat & sentiasa comel..

Tatapan dari,

Monday, June 21, 2010

SELAMAT PENGANTIN BARU !!!!

Sabtu lepas berlangsungnya perkahwinan sepupu. Rasa-rasanya jarang kita dengar rumah Pengantin Lelaki ada buat MALAM BERINAI.. Selalunya malam berinai ni diadakan di rumah Pengantin Perempuan. Tapi inilah yang SEPUPU Ratu ni buat. Tapi tak per lah. Ok gak diadakan majlis ni memandangkan di rumah Pengantin Perempuan tidak diadakan majlis MALAM BERINAI ni. Inilah gambar pengantin di Malam Berinai,
Yang jadi pengapit pengantin tu pun sepupu Ratu gak Faizal bersama tunangnya.. Haha.. Mereka bakal melangsungkan perkahwinan pada hujung tahun ni. Ini pula suasana di hari persandingan keesokkan hari.
Gambar atas tu, Ratu bersama sepupu Ratu menyibukkan diri menghias meja makan beradap. Sempat mereka berposing jap. Gambar yang bawah tu lak, sepupu Ratu bersama bapa sedara berkaraoke bersama. haha. Boleh tahan lah suara.. TAPI PICING LARI !!! hUA.. hUA.. hUA..
Kini tiba lah masanya perarakan Raja sehari,Habis sahaja Majlis ni, Raja dah tak tahan keletihan terus melelapkan mata di Masjid berhadapan dengan rumah pengantin. hehe. Kecian Raja hatiku ni. Tapi gambarnya Ratu tak ambil. Raja Ratu bergegas pulang rumah kira-kira pukul 6.00 ptg. Kecian kucing kesayangan 'BABY' yang keseorangan di rumah. Dah nak balik pun, sempat lagi ambil gambar kekecohan mencuci pingan mangkuk. Tapi mana PENGANTIN ni bila dia nak kotorkan tangannya dengan MENYENTAL PERIUK yang melambak-lambak kat belakang ni. hUA... hUA.. hUA.. PERIUK BESAR MESTI DITINGGALKAN UNTUK PASANGAN PENGANTIN NI.. Tapi hilang penat kami hilang apabila kami menerima cabutan bertuah semasa majlis ni berlangsung. hehe. Tak sangka Raja Ratu termasuk ayah & mak Ratu menerimanya. AMBIL NI !!! Hadiah yang kami sekeluarga dapat..
Akhir kata, Raja Ratu mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU AZREE SALFEE & ISTERI semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.. Amin.

Tatapan dari,

Wednesday, June 16, 2010

Gaya Tidur Mencerminkan Personaliti..

Apakah gaya tidur korang??? Ni ada kajian yang agak menarik untuk Raja Ratu kongsikan bersama korang. Ianya berkaitan dengan gaya tidur seseorang yang boleh menggambarkan personaliti dirinya. Jadi korang boleh lah fikir cam ne cara korang tidur.. korang bolehlah tengok cara TIDUR suami.. isteri.. anak.. adik-beradik.. haha.. Idea NAKAL Ratu dah bermula. Hehe. Malam ni Ratu nak mengendap Raja tidur.. Nak tengok cara Raja tidur. Satu kerja lak kan.. Tapi seronok gak..

Enam posisi tidur yang popular mengikut kajian:-

1. GAYA BAYI
Majoriti wanita tidur dengan gaya ni. Orang ini dikatakan lebih tahan lasak, tapi agak sensistif dan ada kalanya pemalu. Golongan ini juga dikatakan mudah dipujuk.

2. GAYA TIDUR MATI
Jika tidur dengan posisi mengiring dengan kedua belah tangan tetap di sisi badan bermakna orang ini adalah seorang yang bersosial dan mudah bergaul dengan rakan-rakan yang mudah dipercayai.

3. GAYA TIDUR MENGIRING
Gaya tidurnya mengiring sama ada ke kiri atau ke kanan dengan kedua-dua belah tangan di depan badan. Siapa yang tidur dengan gaya ini dikatakan seorang yang berfikiran terbuka tapi pada masa yang sama suka bersikap sinis, jenis yang syak wasangka & degil tanpa mahu mendengar kepada keputusan yang telah dibuat.

4. GAYA TENTERA
Gaya ini lazimnya tidur terlentang dengan gaya tangan seperti berpeluk tubuh. Golongan ini dikatakan suka menyendiri, agak pendiam, tidak cerewet dan memandang tinggi pada diri sendiri & orang lain. Golongan ini berpontensi untuk mengalami dengkuran kerana posisi belakang badan yang rata. Mungkin cara tidur seperti ini membuatkan mereka kerap bangun malam tetapi cara tidur seperti ini sebenarnya bukanlah begitu merehatkan.

5. GAYA TIDUR BEBAS
Golongan ini suka tidur menyiarap dengan tangan di bawah bantal/ tangan diselubungi bantal & kepala mengiring ke kiri atau kanan adalah dikatakan orang yang kurang suka menerima kritikan. Golongan ini juga dikatakan sukakan aktiviti luar & agak tergopoh gapah dalam tugasan harian mereka.

6. GAYA TAPAK SULAIMAN
Gaya tidurnya terlentang sambil tangan/ lengan diletakkan di atas kepala/ dahi dikenali sebagai orang yang prihatin & suka mendengar. Golongan ini juga gemar membantu & tidak suka jika segala perbuatan mereka diberi penghargaan. Boleh dikatakan golongan ini menghadapi masalah dengkur & tidur yang tidak lena setiap malam.

Tatapan dari,

Monday, June 14, 2010

Raja MEMANCING !!!!

Haha.. topik baru kali ni berkaitan dengan MEMANCING. Sebenarnya, Raja memang minat memancing. Dan itu adalah hobinya selain membawa Ratu hatinya berjalan-jalan / melancong. Raja memang dah lama tak memancing. Kali ni, ada masa terluang tu di isi dengan minatnya MEMANCING. Lokasi kali ni, di PORT DICKSON. Selalunya, kalau Raja pergi memancing Ratu mesti ikut menemani Raja. Kali ni, disebabkan Ratu agak sibuk dengan urusan lain yang perlu diselesaikan segera. Raja pergi memancing seorang diri. Ish!!! Ish!!! Ish!!! kecian.. hehe.. Tapi kali ni Raja memancing dapat 5 ekor ikan SIAKAP. WAAA... REZEKI.. REZEKI.. Raja dah dapat ikan terus memberitahu Ratu. Tapi 3 ekor daripada hasil pancingan ini kami berikan kepada sedara & rakan Raja.

Tapi Raja tak teringat untuk mengambil gambar hasil pancingan ketika itu untuk dimuatkan di blog ni. Pada keesokkan harinya, Raja diajak rakannya untuk memancing. Raja terus menggunakan lokasi kolam memancing yang sama. Kali ni Raja mendapat 4 ekor ikan. WAA.. REZEKI LAGI.. Kali ni Raja tak lepaskan peluang untuk mengambil gambar. Nah inilah gambarnya.
Hehe. Sebenarnya lokasi kolam memancing ni memang kerap menjadi tempat untuk Raja melepaskan rindunya pada hobi memancing. Dan Ratu selalu menemaninya sehingga kadang-kadang Ratu tertidur di dalam kereta. Mana taknya. Raja memancing di waktu tengah malam. Tapi tengok juga kadang-kadang ada rezeki, dapatlah kami IKAN. Kadangkala tak dapat langsung. Moga tangkapan ini menjadi semangat untuk Raja dalam mengisi masa lapangnya. hehe..

Tatapan dari,

Tuesday, June 8, 2010

Matlamat Mei tercapai ...

Kalau korang yang selalu mengunjungi TERATAK ISTANA BETA ni.. Cewaah!! Beta ya.. Ratu ada letakkkan matlamat yang ingin dicapai untuk bulan lepas. Ratu ada ceritakan di awal bulan Mei lepas. Apa yang Ratu ingin capai untuk blog ni? Apakah matlamat Ratu tercapai? Alhamdullilah tercapai beb... WA CAKAP LU.. ok Ratu imbas kembali apa yang Ratu inginkan untuk blog ni bulan lepas.

Raja Ratu target nak capai jumlah pengunjung sehingga hujung bulan Mei sebanyak 5,000 orang. Dan akhirnya hasil usaha keras Raja Ratu, tercapai gak hasrat kami untuk mencecah jumlah tersebut. Tapi kalau bukan dengan sokongan korang, tak tercapai gak matlamat Ratu ni. Pada awal bulan Mei, jumlah pengunjung yang datang 3,000 lebih. Pada 31 Mei, Ratu tengok sikit lagi nak cecah jumlah pengunjung 5,000. Kena cari lebih kurang 70 orang pengunjung lagi untuk genap 5,000 orang. Ratu bergegas BLOGWALKING!!! Akhirnya, pagi 1 Jun 2010 Ratu tengok rekod dah lebih 5,000 ribu.. YEAH!!! YEAH!!! Apa lagi melompatlah Ratu kegembiraan. hUA.. hUA.. Raja tengok gelagat Ratu pun pening kepala. hehe.. Inilah hasilnya. Tengok ni..
Ratu pun tak sangka juga jumlah followers yang follow kami meningkat dengan begitu baik sekali. Pada awal bulan Mei, jumlah followers kami 104 orang. Tapi sehingga 31 Mei 2010, jumlahnya memingkat menjadi 186 orang. Terima kasihlah atas SOKONGAN TUAN HAMBA SEMUA TERHADAP BETA.. Tapi mungkin beta terlambat follow balik.. atau terlupa.. maklumkan kembali ya.. Dengan meningkatnya jumlah pengujung ni sekaligus tercapai hasrat Raja Ratu bulan lepas, menjadikan jumlah hasil nuffnang kami juga meningkat. JADI SELALU-SELALULAH singgah ke TERATAK KAMI. KAMI PASTI AKAN BALAS BALIK KUNJUNGAN KORANG.. Bulan ni Ratu tak tahulah ADAKAH dapat meningkatkan jumlah pengunjung kepada 7,000 orang ke tidak. Sebab bulan ni Raja Ratu agak sibuk sikit dengan urusan lain yang perlu diuruskan. Tapi BLOGWALKING.. TETAP BLOGWALKING.. Dan harapan kami, kami masih lagi mendapat sokongan korang seperti bulan lepas. Amin.. Amin..

Tatapan dari,

Tuesday, June 1, 2010

Gelagat si BABY !!!!!

Lama gak kami tak up date.. Kali ni Ratu nak bercerita lagi mengenai gelagat si BABY kucing kesayangan kami ni yang juga merupakan anak kepada si BOBOY, kucing utama kami. BOBOY ni bila balik rumah mesti tak senang diam sebab anaknya si BABY mesti sakat bapanya. Mana tak nya BABY ni wat masa ni duduk rumah sahaja. Habis satu rumah di rayau nya. Bila BOBOY balik, apa lagi. Macam si BOBOY ni rakan barunya yang balik untuk bermain dengannya. Terjerit-jerit si BOBOY.

Tapi bila tengok gelagat si BABY dengan si BOBOY ni, hilang sebentar penat Raja Ratu di tempat kerja. Kami pasti tergelak bila tengok BOBOY menjerit & melarikan diri dari terjahan si BABY. Tapi biar apapun anaknya buat, BOBOY tetap sayangkan anaknya. Tak percaya.. Nah!!! Tengok ni..
Tengok la BOBOY memeluk BABY ketika tidur dengan niat untuk mententeramkan anaknya supaya JANGAN KACAU BOBOY TIDUR. Kalau korang masih lagi tak kenal yang mana satu BABY, yang mana satu BOBOY. Meh Ratu perkenalkan. BOBOY yang warna kuning tu. BABY lak yang warna kuning & putih. Tengoklah BABY duduk kat celah langsir ketika Ratu menukar langsir rumah. Ala comelnya.. Rasa nak picit saja pipi dia.

Percaya tak kalau Ratu katakan si BABY suka tengok tv. TAK PERCAYA???? Betul beb.. Wa tak tipu. Dia suka tengok cerita P-Ramlee..haha.. Yang tu tipu. Mana BABY kenal cerita P-Ramlee ke tak. Tapi betul beb. Tak percaya gak.. Nah tengok ni..

Bila BABY ni tengok TV dekat-dekat.. cepat-cepat Ratu tangkap dia. Ratu risau rasa cam takut matanya rosak. Hehe. Tapi itulah gelagat kucing kesayangan kami. Moga-moga BABY membesar dengan SIHAT & GEMUK. hehe. WAA.. Ratu dah terfikir nak tukar profile gambar di FACEBOOK lak la. Ratu nak gunakan gambar BABY tengok tv ni sebagai gambar profail kami Raja Ratu. hUA.. hUA.. hUA.. LEH KAN..

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267