Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Monday, July 13, 2015

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum semua dan salam sejahtera. Setelah hampir sebulan kita berpuasa, akhirnya Hari Raya Aidilfitri menjelang tiba. Bagaimana persiapan raya korang ?? Apa juadah korang di hari lembaran nanti ?? Di saat sebegini lagu raya kerap berkumandang. Terasa seronok pula Ratu mendengarnya. Hehe..

Raja dan Ratu di sini sangat bersyukur ke hadrat Illahi. Alhamdulillah, akhirnya apa yang kami impikan.. apa yang kami ingin capai untuk tahun ini tercapai jua salah satunya darinya.. iaitu Raja Ratu ingin beraya di rumah baru kami dengan kelengkapan di rumah baru kami siap seperti mana yang Raja Ratu impikan. Alhamdulillah, Allah makbulkan doa Raja dan Ratu dan izinkan kami beraya di rumah baru kami bersama-sama keluarga Raja dan Ratu. 

Semasa di awal Ramadhan, Ratu bertawakal sahaja kerana rumah baru kami ini tinggal lebih kurang 30% sahaja lagi yang belum siap khususnya di bahagian dapur. Kalau bahagian dapur ini, sedia maklumlah mana dengan kos buat kabinet dapur serta tempat memasak lagi sudah tentu memakan kos yang agak tinggi juga. Ditambah lagi dengan belanja untuk persiapan raya yang bakal menjelang tiba yang perlu diperuntukkan nanti. Tapi Alhamdulillah, Allah buka jalan dan permudahkan urusan kami.

Apa-apapun Raja dan Ratu berasa sangat gembira dan bersyukur ke hadrat Illahi atas rezeki yang diberikannya ini. Insya Allah, jika diizinkan olehNYA Raja dan Ratu akan membuat kenduri di rumah baru kami bersama-sama anak yatim pada hujung bulan ini. Insya Allah, moga dibukakan ruang dan dipermudahkan urusan kami untuk melakukannya. Amin.


Akhir kata, Raja dan Ratu ingin mengucapkan 'SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI'. Maaf jika ada terkasar bahasa Raja dan Ratu di dalam coretan teratak ini. Ratu menyusun sepuluh jari memohon kemaafan.

Tatapan dari,

Wednesday, July 8, 2015

Borong Barang Raya Dan Barang Rumah

Lagi seminggu lebih sahaja lagi kita semua akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Jadi, Raja dan Ratu ingin mengambil kesempatan ini membeli belah untuk keperluan raya dan barang keperluan untuk rumah baru Raja Ratu. Kali ini Raja menggunakan kenderaan pacuan 4 rodanya. Bukannya apa senang nak letak barang. Maklumlah, Sabtu dan Ahad ini adalah hari untuk kami bershopping.

Pada mulanya, Ratu senaraikan terlebih dahulu apa barang keperluan yang hendak dibeli sebab banyak barang yang hendak dibeli. Takut terlupa. Kemudian, setelah semua telah bersiap-siap untuk keluar bershopping, kami menuju ke Mydin terlebih dahulu untuk membeli barang-barang keperluan harian rumah baru kami seperti beras, gula dan lain-lain. Kemudian, kami ke Aeon Jaya Jusco untuk membeli barang raya seperti kasut, seluar dan lain-lain. Tapi sebelum itu kami singgah dahulu di Jakel untuk membeli baju melayu Raja dan bapa Ratu.

Inilah yang tudung untuk Ratu, Puteri Raja Ratu, ibu Ratu dan ibu mertua Ratu,


Ini baju melayu Raja dan bapa Ratu.


Sudah habis bershopping, duit pun sudah banyak dilaburkan. Kami pun pulang. Alhamdulillah, yang penting Raja dan Ratu dapat membeli keperluan raya untuk orang-orang yang tersayang termasuklah Puteri Raja Ratu dan ibubapa Raja dan Ratu. Huhu.

Tatapan dari,

Saturday, July 4, 2015

Baju Raya Ratu Dan Puteri Raja Ratu Sudah Siap

Hari ini, Ratu menerima panggilan telefon dari ibu saudara Ratu yang menyatakan bahawa baju raya untuk Ratu dan Puteri Raja Ratu telah siap dijahit. Hehe.. Ratu rasa teruja pula untuk mengambil dan mencubanya. Kebetulan hujung minggu, Raja Ratu memang ingin membeli barang keperluan raya. Jadi, kami boleh mengambil baju raya tersebut dan bolehlah membeli tudung raya dan baju melayu Raja yang sepadan dengan baju raya Ratu dan Puteri Raja Ratu ini.

Inilah baju raya yang telah dicuba oleh Puteri Raja Ratu,


Ada lagi sepasang lagi baju raya untuk Ratu dan Puteri Raja Ratu yang ditempah belum disiapkan. Ratu masih menunggu panggilan telefon dari tukang jahit. Baju raya yang kedua ini, Ratu tempah dengan orang lain dan kali bukan sahaja baju raya Ratu dan Puteri Raja Ratu malah baju raya untuk ibu Raja dan ibu Ratu.

Ratu juga menunggu panggilan telefon dari kedai langsir yang menjahit langsir untuk rumah baru Raja Ratu. Harap-harap semuanya berjalan lancar dan tempahan dapat disiapkan sebelum raya ini. Amin.

Tatapan dari,

Friday, July 3, 2015

Serlahkan Ruang Dengan Kertas Dinding Yang Menarik

Kertas dinding ataupun wallpaper pada dahulunya kurang mendapat perhatian di Malaysia. Namun kini rata-rata pemilik rumah sudah berani memasang kertas dinding dengan pelbagai corak sebagai daya tarikan sekaligus menjadikan ruangan itu nampak lebih menyerlah.

* MENGIKUT CORAK
Biasanya kertas dinding ini dipasang pada dinding yang menjadi titik tolak di mana mata kita tertumpu. Bagaimanapun, corak dan gayanya mestilah yang menepati citarasa dan konsep serta tema rumah itu sendiri. 


* BERBENTUK CAT
Kini ia tidak hanya hadir dalam bentuk kertas, Tetapi juga berbentuk cat yang dikenali sebagai cat 3D ataupun 3 dimensi. Ianya lebih tahan lama dan lasak.


* BERSIFAT MENUTUP CELA DINDING
Kertas yang digunakan haruslah yang lebih berkualiti dan tahan lasak. Kertas dinding mempunyai pelbagai jenis dan kualiti. Jangan kedekut jika anda memutuskan untuk memasang kertas dinding kerana hasilnya pasti menggembirakan anda.


* DINDING TERTENTU
Biasanya kertas dinding dipasang pada dinding-dinding tertentu sahaja. Bukan pada keseluruhan rumah. Contonya ruang tamu,  bilik tidur utama dan bilik mainan anak-anak.

Jika berminat untuk mamasangnya di rumah anda boleh menghubungi,
Ratu di talian 012-6844870 < WE CHAT >  < SMS > < WHATSAPP > < CALL >

Boleh juga ke ruang facebook Ratu:  RR Raudah

Tatatapan dari,

Thursday, July 2, 2015

Urus Hutang Sebelum Berhenti

Ratu ada terbaca dan tertarik dengan artikel ini. Sekarang ekonomi negara kita sekarang agak kurang stabil. Kalau kita tengok baru-baru ini, kebanyakkan pekerja yang terpaksa diberhentikan akibat penutupan kilang. Pekerja MAS yang kita dengar baru-baru ini ramai diberhentikan kerja. Jadi, kita yang masih diberikan rezeki pekerjaan ini kenalah bersyukur.

Ingin Ratu hendak kongsikan di sini khususnya kepada mereka yang minat dalam bidang perniagaan. Ada antara kita yang kebanyakkannya berhenti kerja dalam keadaan tergesa-gesa. Emosi antara faktor yang membuat keputusan ini akibat dari rasa mahu lebih kebebasan bekerja dan tidak dikongkong oleh majikan. Namun kita perlu ambil kira dalam kedudukan kewangan dan situasi kewangan selepas berhenti kerja. Ada 2 situasi yang kita perlu bersedia iaitu sama ada bersedia dengan lebih selesa ataupun anda bermula dengan situasi kewangan yang agak merundum ditambah lagi dengan bebanan hutang.

Berikut adalah cara menguruskan hutang.

* PINJAMAN PELAJARAN
Jikalau pinjaman MARA, hutang untuk membiayai pengajiannya tidak sebanyak PTPN dan tidak dikenakan faedah atas pinjaman. Bayaran pinjaman ditolak dari gaji mengikut kemampuan. Jadi, jikalau hendak berhenti pastikan hutang pinjaman ini diselesaikan atau ada peruntukkan beberapa bulan untuk membayar hutang ini sebelum berhenti. Jika berlaku apa-apa pun kita ada duit kecemasan untuk membayar hutang pinjaman ini.

* PINJAMAN KERETA DAN PELBAGAI PINJAMAN
Pastinya kita membeli kenderaan untuk memudahkan urusan kita ke tempat kerja dan memudahkan kita bergerak ke sana sini. Ada sesetengah daripada kita agak sukar menguruskan kewangan bagi menampung bulanan pinjaman kenderaan ini sehingga ada yang membuat pinjaman peribadi. Kalau boleh kita elakkan dari berlaku situasi sebegini.

Jikalau kita hendak berhenti kerja sekalipun pastikan ada peruntukkan wang beberapa bulan untuk menampung ansuran pinjaman ini. Jika kewangan kita belum stabil. Jangan ambil keputusan untuk terus berhenti. Mulakan dengan perniagaan kecil-kecilan seperti perniagaan online dan cari duit tambahan. Ada juga yang banyak habiskan duit dengan membeli buku-buku pernigaan dan menghadiri seminar untuk menimba ilmu dengan lebih banyak sebelum meletakkan keputusan untuk berhenti dan menumpukan sepenuhnya kepada perniagaan. 

* PERBELANJAAN
Buatlah kira-kira dalam menyusun perbelanjaan kita. Sekurang-kurangnya kita tahu budget atau anggaran perbelanjaan kita akan datang. Dari situ, kita dapat berbelanja berhemah dan dapat menganggarkan jumlah perbelanjaan kita selepas kita berhenti.

* MENABUNG
Letakkan aktiviti menabung itu sebagai 1 kewajipan. Tidak kisahlah sama ada kita hendak membuat simpanan di Tabung Haji atau ASB. Terpulang. Janji kita menabung dan pastinya kita sudah ada duit kecemasan apabila kita berada dalam situasi yang memerlukan duit tambahan. Jika kita dapat berkawan dengan mereka yang suka menabung, itu adalah bonus untuk kita pelajari dari mereka. 

* SASARAN
Letakkan sasaran di mana kedudukan kewangan kita yang akan kita capai untuk membolehkan kita berhenti kerja. Setiap hutang mana yang boleh dilangsai awal, selesaikan awal sebelum berhenti. Jangan lupa juga pembayaran zakat pendapatan dan bersedekah yang mana ianya dapat membantu kita dalam menguruskan kewangan kita. Jangan lupa sedekahkan juga duit kita kepada ibubapa kita setiap bulan. Insya Allah, rezeki pastinya tidak putus.

Jika hendak berhenti, pastikan simpanan kita sekurang-kurangnya telah mencapai 6 bulan gaji. 

Apa-apapun berfikir dahulu sebelum berhenti, jikalau kewangan kita tidak stabil. Ianya boleh mengundang masalah kelak 

Tatapan dari,

Puteri Raja Ratu Terjatuh

Dalam minggu ini, Ratu memang sibuk dengan urusan kerja Ratu. Emm, banyak urusan yang Ratu belum selesaikan dan Ratu mesti selasaikannya sebelum cuti Hari Raya Aidilfitri. Dalam kesibukan kerja, sebaik sahaja Ratu pulang ke rumah Ratu terkejut apabila ibubapa Ratu menceritakan bahawa Puteri Raja Ratu terjatuh longkang di kawasan rumah baru Raja Ratu. Habis bajunya kotor. Erkkkk !!!! Macam mana boleh berlaku ?

Bapa Ratu menyatakan bahawa dia kurang pasti bagaimana ianya berlaku. Cuma bapa Ratu pada ketika itu terdengar Puteri Raja Ratu ini menjerit minta tolong. Aduh !!!! Wahai anak ibu. Kenapa bermain di tepi longkang ?? Longkang yang Puteri Raja Ratu jatuh ini bukanlah longkang yang kecil itu tapi longkang besar. 

Ratu pun periksa di seluruh anggota badan. Ratu tengok tiada kesan luka mahupun bengkak. Malam itu, Puteri Raja Ratu tidur agak awal sedikit. Mungkin dia penat bermain petang tadi. Semasa Ratu betulkan posisi badannya, barulah Ratu perasan luka di bahagian lengan tangannya. 

Inilah lukanya,


Emm.. Wahai anak ibu. Lain kali jangan buat lagi ya. Nasib baik tidak ada apa-apa.

Tatapan dari,

Wednesday, July 1, 2015

Antara Design Wallpaper Yang Menarik

Selamat Berpuasa semua Ratu ucapkan. Hari Raya yang bakal menjelang tiba ini, apa kata kita serikan dinding rumah kita di hari lembaran ini. Di sini, Ratu lampirkan antara design wallpaper yang terlaris.

Design yang pertama,


Ini pula design yang kedua,


Ini pula design yang ketiga,


Ini pula design yang ke empat,


Inilah hasil penggunaan wallpaper. CANTIK kan !!!!


* Harganya RM60 per roll 
* Ukurannya 10 meter x 45 cm
* Wallpaper ini sudah siap gam di belakangnya
*  Senang pemasangannya, tidak perlu upah orang.. jimat masa.. jimat kos.
* Ianya kalis air 

Berminat ??? Boleh menghubungi Ratu di talian 012-6844870
Boleh < WHATSAPP > < WE CHAT >
Layari ruang facebok Ratu --> RR Raudah

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267