Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Monday, January 27, 2014

Pemilihan Tile Rumah Baru

Pada minggu ini, Ratu agak sibuk sedikit. Memandangkan Raja pula pulang dari outstation pada hujung minggu ini. Jadi, Ratu ingin mengajak Raja untuk memilih tile untuk dinding dan lantai bagi rumah baru kami. Sebenarnya, kontraktor yang membuat pengubahsuaian rumah Raja Ratu ini sudah menelefon Ratu meminta Raja Ratu untuk membuat pemilihan tile rumah. Akan tetapi, Ratu minta menangguhkan terlebih dahulu kerana Raja outstation. Ratu lebih suka Raja ada bersama supaya lebih senang tentang pemilihan warna dan bentuk tile. Ratu takut kalau Ratu pilih ada yang tidak disenangi oleh Raja khususnya tentang warna tile.

Ratu pun buat masa ini tengah terfikir-fikir juga warna apa yang sesuai untuk dinding lantai. Emm, kalau boleh biarlah warna tile itu membangkitkan suasana ketenangan dan keseronokan. Haha.. Sambil menunggu waktu pemilihan tile rumah ini, Ratu pun cuba-cuba pandang-pandang.. jeling-jeling tengok tile rumah melalui laman web. Terfikir pula di kotak fikiran ini kabinet dapur warna apa? Table Top warna apa? Lantai warna apa? Tile dinding pula warna apa? Sofa dan langsir sesuai warna apa? Haishhh.. Pening juga bila difikirkan. Takut nanti tidak sesuai dengan rumah. Ratu takut nanti kalau sudah pasang, baru kata tidak cantik. Nanti leceh pula kan. 


Emm.. Tunggu dan lihat je la nanti.. Ratu takut nanti kalau sudah sampai kedai tile itu nanti, Raja dan Ratu yang rabun mata hendak pilih yang mana satu yang cantik dan sesuai di mata kami. Hehe.

Tatapan dari,

Sukanya Puteri Raja Ratu

Dua hari lepas Raja pulang dari outsation. Jadi, malam tadi Ratu mengajak Raja untuk membawa Puteri Raja Ratu ke salah sebuah tempat playground di Jaya Jusco. Raja pun bersetuju. Jadi, Ratu pun bersiap-siap.

Sampai sahaja di playground, Ratu pun membuat pembayaran. Apa lagi bukan main suka lah Puteri Raja Ratu ini bermain dengan kesemua permainan yang ada. Maklumlah dapat kawan baru. Raja pula pada masa itu ingin rehatkan badan seketika di kerusi urut yang berhampiran. Jadi, Ratu dan Puteri Raja Ratu berdua di dalam play ground itu. Ratu tukang pemerhati gelagat Puteri Raja Ratu bermain permainan yang ada di situ. 

Ada juga permainan yang takut untuk dicuba oleh Puteri Raja Ratu. 15 minit kemudian Raja pula masuk ke dalam kawasan playground itu. Ratu minta Raja perhatikan Puteri kami sambil Ratu cuba menemaninya untuk mencuba permainan yang ditakutinya itu. Dengan harapan, agar ketakutannya hilang. Tapi, perasan takutnya tetap ada. Bila dipujuk mencuba permainan itu Puteri Raja Ratu menangis. Permainan itu adalah gelongsor angin yang mana gelongsor ini agak tinggi sedikit.

Inilah antara gelagatnya,



Gambar seterusnya,
 


Jikalau ada kesempatan lagi, pasti Puteri Raja Ratu akan dibawa lagi. Hehe..

Tatapan dari,

Friday, January 24, 2014

Membeli Pakaian Baru Untuk Puteri Raja Ratu

Di hari Jumaat ini, Ratu rasa boring pula duduk di pejabat. Terasa pula ingin merehatkan minda seketika. Memandangkan hari jumaat ini waktu rehatnya agak panjang iaitu dari pukul 12.15 tengah hari hingga 2.45 petang, Jadi Ratu mengambil keputusan untuk mengikut rakan sepejabat Ratu ke Jaya Jusco. Kebetulan Ratu pula ada menerima mesej melalui telefon bimbit mengenai jualan murah sempena tahun Baru Cina yang bakal menjelang tiba. Jadi Ratu mengambil keputusan untuk membeli pakaian untuk Puteri Raja Ratu.

Tiba sahaja di Jaya Jusco, kami pergi isi perut dahulu. Maklumlah Jaya Jucso ini besar. Jenuh nak berjalan kan. Selepas makan, Ratu terus masuk ke bahagian pakaian kanak-kanak dan pilih pakaian mana yang sesuai untuk Puteri Raja Ratu. Jalan punya jalan. Pilih punya pilih, Ratu berkenan dengan pakaian ini. Inilah dia pakaiannya, 


Tapi pakaian ini Ratu beli besar sedikit. Pulang dari tempat kerja, Ratu pun acukan pada badan Puteri Raja Ratu. Alamak terbesar banyak lah pulak. Emm, tak per nanti Puteri Raja Ratu boleh pakai jugak nanti. Hehe. Malas lah pulak nak tukar saiz yang kecil sedikit. Tidak mengapa. Biar besar sekit, jangan terkecil. Kalau terkecil, hendak tak hendak kena tukar juga. Hehe.

Tatapan dari,

Monday, January 13, 2014

Carlo Rino Relocation

Baru-baru ini Ratu ada menerima 1 mesej dari Carlo Rino yang mengatakan jualan penghabisan stok akan diadakan di salah sebuah butiknya di Jaya Jusco. Ini kerana Carlo Rino akan berpindah kedai ke lokasi lain. Emm.. Jualan murah seperti ini tidak boleh dilepaskan. Hehe..



Ratu pun tanpa membuang masa terus menyerbu butik tersebut selepas waktu kerja. Peh, ramai juga orang yang menyerbu. Kebanyakkan kasut dan beg tangan diberikan diskaun sehingga 50 %. Emm, Ratu pun cuba-cubalah engok mana yang berkenan di hati. Hai, rasanya macam nak beli semua. Hehe.

Belek punya belek Ratu berkenan sebuah beg tangan. Ratu tengok beg tangan itu ada pelbagai warna. Ratu pula berkenan warna putih krim sebab warnanya nampak beg tangan itu eksklusif. Hehe.. Bila sudah berkenan, apa lagi pergi la buat pembayaran. Ada juga kasut yang berkenan di hati. Tapi bila difikir ada lagi beberapa pasang lagi kasut di rumah yang jarang dipakai. Ratu terus menepis keinginan untuk membeli kasut. Kalau hendak diikutkan Ratu hendak juga membeli sepasang dua. Sebab Carlo Rino buat jualan penghabisan stok kan. Memang murah harganya. Tapi, Ratu fikir balik membazir pula nanti. Hehe.

Tatapan dari,

Saturday, January 11, 2014

Cara Mempertahankan Diri

Semasa Ratu blogwalking, Ratu tertarik dengan dengan tips ini iaitu mengenai beberapa langkah bagi kaum hawa untuk mempertahankan diri daripada diserang.

Ini adalah kaedah yang pertama,


Ini adalah kaedah yang ke 2,


Ini adalah kaedah yang ke 3,


Ini pula langkah mempertahankan diri yang seterusnya,


Moga-moga kesemua langkah-langkah ini dapat dijadikan panduan kepada semua khususnya kaum wanita.

Tatapan dari,

Thursday, January 2, 2014

Selamat Tahun Baru Dan Selamat Ulang Tahun Perkahwinan

Pertama sekali, Ratu ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2014 kepada semua pengunjung setia teratak istana ini. Di awal tahun baru ini, marilah kita sama-sama pejamkan mata seketika dan bayangkan apa yang ingin kita capai pada tahun ini. Ratu percaya masing-masing mempunyai impian masing-masing. 
Ada yang tahun ini ingin membawa ibubapa mereka menunaikan umrah.. 
Ada yang mempunyai impian untuk membawa ibbapa mereka untuk menunaikan haji.. 
Ada yang ingin mengumpul sejumlah wang untuk menamatkan zaman bujang mereka tahun ini..
Ada yang ingin mencapai impian memiliki rumah pada tahun ini..
Dan banyak lagi..

Begitu juga Raja dan Ratu. Kami juga tidak terlepas untuk menggenggam tangan bersama bagi mencapai impian kami bersama untuk tahun ini. Isya Allah, jika dizinkan oleh Nya.

Tidak lama lagi Raja dan Ratu akan menyambut Ulang Tahun Perkahwinan kami yang ke 6. Harapan kami supaya Ulang Tahun Perkahwinan kami pada tahun hadapan lebih bermakna dengan kehadiran rumah baru kami. Buat masa ini, Raja dan Ratu belum duduki lagi rumah baru kami. Ada yang perlu kami lakukan sesuatu pada rumah itu mengikut citarasa kami. 

Harapan Raja Ratu agar kita semua dapat menempuhi liku-liku kehidupan pada tahun ini dengan lebih bermakna. Akhir kata, Raja dan Ratu ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2014 kepada semua.

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267