Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Friday, March 25, 2011

Tahniah pemenang ADIK-ADIKKU..

Pada 20 Mac 2011, berlangsunglah sudah siaran secara langsung PERTANDINGAN AKHIR PROGRAM REALITI ADIK-ADIKKU dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Rancangan ini disiarkan di tv 1. Ratu suka tengok bakat kanak-kanak yang luar biasa di peringkat akhir ini. Harap-harap anak Raja & Ratu pun dapat mengikuti jejak langkah kanak-kanak ini.

Dalam pertandingan akhir ini, peserta boleh bercerita, bersyarah, bersyair dan bernasyid dalam nada-nada suara comel yang sungguh memikat. Masing-masing menunjukkan kebolehan masing-masing sambil dibimbing oleh guru mereka. Pertandingan ini disaksikan oleh Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri kita dan dapat dilihat persembahan Datuk Siti Nurhaliza di akhir rancangan sementara menunggu keputusan pertandingan ini.

Ada 7 peserta yang berjaya ke peringkat akhir pertandingan ini. Pertandingan ini telah dimenangi oleh adik MUHAMMAD AMIRUL AZLIN yang berusia 10 tahun yang membuat persembahan yang terakhir dan berjaya menjadi JUARA. NAIB JUARA dimenangi oleh adik SYAFIQAH FASIHA AHMAD SAFRI yang berusia 11 tahun yang membuat persembahan yang ke 6. TEMPAT KETIGA dimenangi oleh adik ZAID NAJMUDDIN ZAL AKMAL yang berusi 11 tahun yang membuat persembahan ke 2. Masing-masing membawa hadiah bernilai RM10,000.. RM8,000.. RM6,000.. & JUARA akan menerima pakej mengerjakan umrah. WOW !!! Bestnya.. Bertuah badan.. Kecil-kecil lagi dah dapat mengerjakan ibadat umrah. Walaubagaimanapun, Datin Seri Rosmah Mansor telah mengumumkan bahawa semua peserta akhir pertandingan ini akan menerima imbuhan berbentuk geran pendidikan RM2,400 serahun sehingga ke tingkatan 5. Peh !!! Seronoknya. Maknanya semua peserta yang kalah dalam pertandingan akhir ini tidak pulang dengan tangan kosong.

Ini adalah antara pemenang dengan hadiah mereka.
Ini pula, Ratu ingin kongsikan sedikit petikan dari persembahan PEMENANG DI TEMPAT KE TIGA,


Akhir kata, Raja Ratu berharap semoga rancangan ini dapat diteruskan dan dapat memberi dorongan kepada kanak-kanak lain termasuklah ibubapa mereka untuk mengikuti jejak mereka ini di program yang sama di musim-musim yang akan datang. Semoga anak Raja Ratu juga dapat jadi seperti mereka.. Amin.. Amin.. Amin.. Doa-doakan ya..

Tatapan dari,

Gelagat CIKGU SHIDAH..

Mungkin ada antara korang yang dah biasa mendengar nama CIKGU SHIDAH ini.. Mungkin juga yang tidak mengenali dan setelah membaca artikel Raja Ratu ini barulah dapat mengenali CIKGU SHIDAH ini.

Raja & Ratu pun pada asalnya tidak mengenali CIKGU SHIDAH ini. Ratu mengenalinya melalui facebook RAJA RATU. Jadi kalau korang nak jadi member kami. Sila lah cari RAJA RATU di facebook & jadilah member kami. Waa.. sempat lak buat promosi facebook. HEHE.. Sebenarnya, Raja & Ratu ada melihat satu video klik 'MIMING' CIKGU SHIDAH ni melalui rakan facebook kami. Jadi, kami pun kongsilah video klip ini bersama rakan facebook yang lain. Inilah video yang Raja Ratu tengok di facebook.



Yang Raja Ratu tahu CIKGU SHIDAH ini akan membuat 'MIMING' lagu-lagu kesukaannya atau pilihannya mengikut citarasanya sebagai hobi mengisi masa lapangnya. Tapi Ratu tak sangka pula daripada hobinya, kini dia sudah POPULAR. Baru-baru ini, CIKGU SHIDAH telah dipanggil oleh HOT FM bersama-sama AG, FAIZAL ISMAIL, FARAH FAUZANA. Ratu memang pagi-pagi mendengar radio siaran HOT FM & beberapa hari sebelum CIKGU SHIDAH ini dipanggil, HOT FM memang ada mengumumkan CIKGU SHIDAH akan diundang ke HOT FM. Tapi Ratu tak sangka pula CIKGU SHIDAH yang dimaksudkan ini adalah CIKGU SHIDAH yang Raja Ratu kenal melalui facebook.

Nak dijadikan cerita, pada hari CIKGU SHIDAH itu diundang.. Ratu ada mendengar di siaran radio HOT FM dan Ratu mendengar CIKGU SHIDAH membuat 'MIMING' salah satu lagu dari kumpulan BUNKFACE & menyanyikan lagu MAHER ZAIN yang bertajuk Insya Allah. Dari situ, Ratu mula teringat akan video klip CIKGU SHIDAH di atas. Ratu terus menelefon rakan sekerja Ratu, Azhar untuk membuka tv untuk mendapatkan kepastian.. Betul ker CIKGU SHIDAH yang dimaksudkan ini ??? Jen.. Jen.. Jen.. Jawapannya BETUL beb !!!! Seperti mana yang korang tahu, siaran radio HOT FM ni memang ada siaran langsungnya di TV8. Pejabat Ratu pula memang ada tv. Jadi, senanglah Ratu mendapatkan kepastian.

Petang tu, Ratu bersama-sama rakan-rakan sekerja Ratu tergelak melihat video klip 'MIMING' CIKGU SHIDAH bagi lagu yang bertajuk KALAU BERPACARAN. Korang tengok lah memang lawak gile.. hehe..


Sehari selepas CIKGU SHIDAH ini diundang di HOT FM, CIKGU SHIDAH diundang pula dalam rancangan SITI di siaran Astro. Tapi dalam rancangan ini CIKGU SHIDAH tidak dapat menghadirkan diri. Tapi inilah yang dikatakan rezeki.. Daripada hobi terus jadi TERKENAL kan. Apa-apa pun CIKGU SHIDAH.. TAHNIAH diucapkan daripada RAJA RATU. Hobi-hobi juga ya.. Tugas sebagai cikgu jangan dilupakan.. Hehe.. TAHNIAH..

Tatapan dari,

Saturday, March 19, 2011

Jepun diserang Tsunami..

Seperti mana yang kita tahu Jepun baru-baru ini telah diserang gempa bumi & Tsunami. Teruk juga negara ini kena Tsunami. Hari ini pula Ratu difahamkan angka yang terkorban & hilang dalam kejadian itu telah mencecah RM26,000. Walaubagamanapun, semua rakyat Malaysia yang berada di sana selamat & mereka bernasib baik kerana tidak menetap di kawasan reaktor nuklear.

Inilah antara video yang pertama,


Ini pula video yang kedua,


Ini pula gambaran bangunan tinggi yang tidak mudah runtuh semasa kejadian,



Gempa bumi ini berlaku pada 11 Mac 2011 bersaman dengan hari Jumaat, 6 Rabiulakhir dengan skala 8.9. Apa yang berlaku ini perlu dijadikan iktibar kepada diri kita supaya tidak alpa & leka. Kita bernasib baik & bersyukur kerana negara kita boleh dikatakan tidak berada dalam lingkaran gempa bumi seperti ini. Tapi jika difikirkan semula, baru anggaran baru 4 tahun lebih kejadian yang lebih kurang sama berlaku di Indonesia tu.. Kini berlaku di Jepun pula.

Tatapan dari,

Thursday, March 17, 2011

Pendapatan NUFFANG yang pertama..

NUFFNANG ???? Nuffnang adalah suatu yang tidak asing lagi dalam dunia blogger. Ratu juga tidak terkecuali untuk menyertainya.. dan hasilnya.. Inilah usaha Raja & Ratu dalam cuba untuk meraih pendapatan dari Nuffnang.. Tapi jumlahnya memang tak banyak. Tapi kira ok juga lah jumlahnya yang Ratu terima ini.
Nuffang ini akan membuat pembayaran sekiranya jumlah pendapatan yang terkumpul itu melebihi RM50.00. Bila pendapatan sudah melebihi RM50.00, kita telah berpuashati dan membuat keputusan untuk merasai wang yang dikumpul tu, kita leh minta pihak Nuffnang untuk membuat pembayaran. Ratu tak sangka pula rupa-rupanya pihak NUFFNANG akan bayar dalam tempoh sebulan dari bulan yang kita minta pembayaran itu dibuat.

Cam mana cara korang nak merasai jumlah pendapatan terkumpul ni ?? Terpulang kepada korang. TEPUK DADA, TANYA SELERA.. haha.. Ok tak pepatah ni. Korang rasa kena tak.. Haha. Terpulang kepada korang.. Sama ada selalu up date blog korang dengan cerita-cerita sensasi. Ataupun, korang kerap berblogwalking. Terpulang, ikut mana yang selesa.

Tapi kalau korang sudah menyertainya, kalau boleh janganlah korang turut menyertai agensi lain lain lak. Sebab Nuffnang ini agak sensistif dengan jika ada orang yang menduakannya.. Hehe.. Ini yang Ratu difahamkan lah.. Akhir kata, kepada mereka yang telah meraih pendapatan ini.. TAHNIAH Ratu ucapkan atas usaha keras korang. Ya la.. Pendapatan tak datang bergolek kalau tak usaha. BETUL TAK? Kepada mereka yang masih belum menerimanya lagi.. Tak per.. Usaha lagi.. PASTI BERJAYA.. Cewah !!! bersemangat tak korang ??? Ini pun leh dikira motivasi juga ni. Yang pasti Ratu telah mendapat HABUANNYA.. Ini kira rezeki anak Ratu lah ni. Hehe..

Tatapan dari,

Wednesday, March 16, 2011

Melawat rakan sekerja Ratu.. ROSIE..

Hujung minggu Raja & Ratu memang telah merancang ingin melawat salah seorang rakan kami yang telah selamat melahirkan cahaya mata yang keduanya. Namanya glamour nya ROSIE.. Hehe.. Nama sebenarnya emm.. Biarlah rahsia.. Hehe.. ROSIE ni rakan sekerja Ratu. Masa ROSIE dah lagi sebulan dah nak bersalin, Ratu pula disahkan berbadan dua.. Hehe.. Ambil berkat dari rakan Ratu lah ni.. Hehe.. Tanggal 24 Februari 2011, rakan Ratu ni selamat melahirkan anaknya ni yang bernama HUD RIEFFAT SYAFI. Bila korang baca nama ni janganlah korang nyanyi lagu TANYA SAMA ITU HUD-HUD lak. Hehe.. Mengikut jangkaan doktor sepatutnya ROSIE bersalin pada hari Sabtu, 26 Februari 2011. Tapi HUD ni tak sabar nak keluar melihat dunia lah ni. Hehe. Tak apa, apa yang penting mereka berdua selamat. BETUL TAK..

Bila ROSIE dimaklumkan dia ditahan wad untuk menunggu bersalin, Ratu pula yang cemas & gementar. Ya lah.. Nanti giliran Ratu pula kan. Ratu ada menceritakan kepada Raja mengenai hal ini. Raja meminta Ratu sama-sama berdoa agar rakan Ratu ini selamat melahirkan anaknya. Dan Akhirnya inilah gambar anaknya. Sorry ya JASRIZAL, Ratu ambil gambar ini dalam facebook. HAA.. Amacam.. comel tak anak ROSIE..

Harap-harap anak Raja & Ratu pun comel cam HUD ni. Hehe.. Ini gambar masa HUD berusia 9 hari. Berat badan dia ketika ini ialah 3.3 kg. Ratu difahamkan semasa dilahirkan beratnya 2.5kg. Raja & Ratu gembira bila mendengar ROSIE selamat melahirkan anak lelakinya ini. Jadi, Raja & Ratu mengambil keputusan ingin pergi melawat ROSIE ini.

Pada asalnya, Raja Ratu merancang ingin pergi selepas Ratu membuat 'Check-up' mengandung. Oleh kerana masa Raja Ratu banyak dihabiskan di klinik, jadi kami sampai di rumah ROSIE pada pukul 4.00 ptg. Tapi inilah padahnya. Ingatkan tak mahu memaklumkan kepada ROSIE yang kami nak datang melawat. Kami sampai sahaja, rupa-rupanya ROSIE dan anaknya tiada di rumah. Mereka di hospital kerana anak HUD kena PENYAKIT KUNING.

Atas kesibukan Raja & Ratu, kami akhirnya lepaskan juga niat di hati pergi melawat ROSIE bersama anaknya 2 Ahad lepas. Akhir kata, TAHNIAH Raja & Ratu ucapkan kepada rakan Ratu ini kerana dapat memiliki 2 hero Malaya.. Hehe. TAHNIAH juga kepada JASRIZAL ayah kepada HUD ini kerana berjaya bersama kumpulannya Hikarimoji Light Graffiti (HLG) yang ditayangkan di MAJALAH 3 pada 26 Februari 2011.. TAHNIAH ya.. ROSIE.. Dah dapat 2 orang anak lelaki ni.. Jangan ko mengganas lak kat pejabat bila naik nanti ya.. Haha..

Tatapan dari,

Tuesday, March 15, 2011

Rahsia BULAN LAHIR (Mei - Ogos ) !!!!

Baiklah.. apa yang di nanti-nantikan sudah tiba.. Ada yang meminta Raja & Ratu cepat memberikan Rahsia bulan lahir pada bulan yang seterusnya.. Baiklah sabar ya.. Dalam segmen motivasi bulan ini Raja & Ratu akan menyenaraikan Rahsia bulan lahir dari bulan Mei hingga Ogos. Jadi para pengunjung yang lahir dalam bulan yang dinyatakan ini sila ambil perhatian. hehe.. Yang lahir bulan sebelumnya Raja Ratu menyenaraikannya manakala bulan September hingga Disember akan Raja Ratu paparkan nanti.. TUNGGU !!!!

BULAN MEI

* Keras hati & degil
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi
* Mempunyai pemikiran yang tajam
* Mudah Marah apabila tidak dikawal
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain
* Mempunyai perasaan yang amat mendalam
* Cantik dari segi mental & fizikal
* Tidak perlu dimotivasikan
* Tetap pendiriannya tapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk & bersikap sistematik (otak kiri)
* Suka berangan
* Kuat daya firasat dalam memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit
* Daya khayalan yang tinggi tapi mempunyai pemikiran yang tajam
* Pandai berdebat
* Fizikal yang baik tapi kelemahan pada sistem penafasan
* Seorang yang suka sastera, seni & muzik serta melancong
* Tidak boleh duduk diam & tidak berapa suka duduk di rumah
* Tidak mempunyai ramai anak
* Agak boros tapi rajin & bersemangat tinggi


BULAN JUN
* Seorang yang berfikiran jauh & berwawasan
* Mudah di tawan kerana sikapnya yang baik
* Bersikap lemah lembut, sensitif & mudah berubah sikap, perangai, idea & mood
* Mempunyai idea yang terlalu banyak di kepala
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir)
* Sukar melakukan sesuatu dengan segera
* Bersikap suka menangguh-nangguh
* Terlalu memilih dan mahukan yang terbaik
* Cepat marah & Cepat sejuk serta suka bercakap & berdebat
* Seorang yang suka membuat lawak & suka bergurau
* Otaknya cerdas berangan-angan
* Mudah berkawan & pandai berkawan
* Seorang yang sangat tertiib
* Pandai mempamerkan sikap & mudah kecil hati
* Mudah kena selsema
* Suka berkemas tapi cepat rasa bosan
* Mempunyai sikap terlalu memilih & cerewet
* Kurang mempamerkan perasaan
* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati
* Suka pada barang yang berjenama & mudah jadi eksekutif.. hehe
* Mempunyai kedegilan yang tidak terkawal
* Sesiapa yang memujinya dianggap musuh & sesiapa yang menegurnya dianggap kawan


BULAN JULAI
* Seorang yang suka didamping tapi banyak berahsia & sukar dimengerti terutamanya lelaki
* Agak pendiam kecuali diransang
* Ada harga & maruah diri
* Tidak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan
* Mudah dipujuk, bercakap lurus & sangat menjaga hati orang lain.
* Sangat peramah & emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya
* Jarang berdendam & berjiwa sentimental
* Mudah memaafkan orang lain tapi sukar melupakan
* Tidak suka pada benda yang remeh-temeh
* Membimbing secara fizikal & mental
* Sangat peka, mengambil berat & mengasihi serta seorang penyayang
* Memberikan layanan yang serupa kepada semua orang
* Tinggi daya simpatinya & mempunyai pemerhatian yang tajam
* Suka menilai orang lain melalui pemerhatiannya
* Mudah & rajin belajar serta suka muhasabah diri
* Suka mengenangkan perististiwa & rakan lama
* Suka memendam diri & suka duduk rumah
* Suka tunggu kawan tapi tidak cari kawan
* Tidak agresif kecuali terpaksa
* Lemah dari segi kesihatan perut & mudah gemuk kalau kalau tak kawal diet
* Minta disayangi tapi mudah terluka hati & lambat pulih
* Terlalu mengambil berat & rajin membuat kerja


BULAN OGOS
* Seorang yang suka berlawak & mudah tertawan padanya
* Bersopan santun & sentiasa mengambil berat terhadap orang lain
* Seorang yang berani & tidak tahu takut
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan
* Pandai memujuk orang lain, terlalu pemurah & bersikap ego
* Mempunyai nilai harga diri yang tinggi
* Seorang yang dahagakan pujian & mempunyai semangat juang yang luar biasa
* Cepat marah & mudah mengamuk
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan
* Seorang yang sangat cemburu tapi mempunyai daya pemikiran yang tajam & teliti
* Cepat berfikir & fikirannya yang berdikiari
* Suka memimpin & dipimpin tapi suka berangan
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat
* Sangat sensitif orangnya tapi tidak mudah merajuk
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit
* Belajar untuk bertenang
* Bersikap kelam kabut
* Seorang yang romantik, pengasih & penyayang
* Suka mencari kawan

Ada kena pada korang tak yang lahir dalam bulan di atas ni. Hehe.. Ini adalah dipetik daripada kajian YANG BERBAHAGIA DATO' DR HAJI FADZILAH KAMSAH tau.

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267