Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Thursday, January 26, 2012

Genaplah Kini Puteri Raja Ratu Mencecah 4 Bulan

Hari ni 22 Januari 2012, genaplah usia puteri Raja Ratu 4 bulan. Ratu ingatkan di usianya kini, puteri Raja Ratu tidak terlibat dengan rawatan susulan di klinik. Tapi sudah ditetapkan tarikhnya oleh pihak klinik iaitu 25 Januari 2012 untuk rawatan susulan puteri Raja Ratu yang ke 4 bulan, Raja Ratu ikutkan sahaja lah. Sekurang-kurangnya Raja Ratu dapat mengetahui perkembangan puteri kami.

Apa yang dapat Raja Ratu ketahui perkembangannya kini, puteri kami sudah mula ingin menyiarap. Sekali sekala, berjaya juga puteri kami menyiarap. Sebenarnya, sejak dari usianya 3 bulan lebih lagi puteri kami sudah mula mengiring. Tapi tu la, puteri Raja Ratu ni kurang diberi peluang untuk bebas mengiring. Haha. Mana taknya, terjaga jer dipeluk la.. diajak menonton televisyen la.. diletakkan di kereta tolak dan ditolakkan ke dapur la untuk memudahkan Ratu untuk membuat kerja-kerja di dapur. Raja Ratu kurang membiarkan dia di katil atau di tilamnya untuk membolehkannya kerap mengiring. Emm..

Selain itu, Raja Ratu melihat pandangan matanya sudah boleh melihat objek yang jauh sedikit berbanding sebelum ini. Paling penting, Raja Ratu suka melihat puteri kami ketawa melekek-lekek. Tak kiralah dimana sahaja kami berada, bila lihat jer puteri Raja Ratu ni melekek-lekek ketawa kami rakamkan videonya. Cuba tengok video yang pertama ni yang sempat Ratu rakamkan,



Ini pula rakaman yang kedua,


Ini pula video yang terakhir yang sempat Ratu rakam tapi tak cantiklah sikit sebab Ratu rakam sendiri video ni dengan keadaan puteri Raja Ratu di pangku Ratu. Tapi bolehlah Ratu simpan untuk koleksi video di Teratak Istana ini.



Dari segi perkembangan di buku rekod kesihatan kanak-kanak di klinik, Raja Ratu dapati berat badannya kini sudah naik sedikit menjadikan beratnya kini mencecah 6.8kg berbanding dengan bulan lepas beratnya mencecah 6.4kg. Agak sedih sedikit, berat badannya ni tidak mencapai jangkaan Raja Ratu iaitu kenaikan sebanyak 1kg menjadikan berat yang dijangkakan adalah 7.4kg. Tidak kisah lah. Janji puteri Raja Ratu ini sihat. Lagipun, puteri Raja Ratu ni sudah mula menyiarap. Mungkin inilah yang menyebabkan berat badannya tidak naik seperti yang Raja Ratu jangkakan. Walaubagaimanapun, Raja Ratu sudah mula memberikan puteri Raja Ratu ni makan sedikit. Emm.. Macam mana Ratu buat??? Oklah Ratu masukkan sedikit biskut dalam botol susunya dicampurkan sedikit dengan susu. Kemudian Ratu berilah puteri Raja Ratu ni minum. Biar perutnya kenyang sedikit. Hehe..

Tatapan dari,

Wednesday, January 25, 2012

Dua Pupu Puteri Raja Ratu buat kenduri Aqiqah & Cukur Jambul

Oleh kerana Tahun Baru Cina jatuh pada 23 Januari 2012 dan 24 Januari 2012 iaitu pada hari Isnin dan Selasa menjadikan Ratu berasa selesa untuk berehat selama 4 hari ni. Haha.. Mana tidaknya, hari Sabtu memang Ratu tidak bekerja. Ditambah lagi dengan hari Ahad dan 2 hari cuti Tahun Baru Cina, menari-narilah Ratu dibuatnya. Raja lak hari Ahad barulah dapat bercuti. Raja Ratu memang ada merancang ingin bercuti ke Cameron Highlands. Tapi dalam masa yang sama ayah Ratu mengajak Raja Ratu untuk menziarahi rakan baiknya yang jatuh sakit di Perak. Jadi, Raja Ratu terpaksa menangguhkan dahulu perancangan untuk bercuti di Cameron Highlands. Ditambah lagi dengan Raja Ratu baru mendapat tahu bahawa sepupu Ratu akan mengadakan Majlis Aqiqah dan Cukur Jambul untuk anak mereka pada hari Ahad, menguatkan lagi penangguhan rancangan percutian Raja Ratu ke Cameron Highlands.

Pagi Ahad tu, Ratu bergegas menyiapkan kelengkapan puteri Raja Ratu termasuklah memandikannya.. memakaikan bajunya.. dan menyediakan barang-barang keperluannya. Kemudian Raja Ratu pula bersiap. Raja Ratu beserta ibubapa Ratu bergerak ke Johor Bahru lebih kurang pukul 9.00 pagi. Dalam perjalanan, Raja Ratu bertembung dengan bapa sedara Ratu dan kami bergerak bersama-sama sehinggalah ke rumah sepupu Ratu tu.

Sampai sahaja di destinasi tu, Raja Ratu lihat sepupu Ratu sedang beri anak dia susu. Alamak comelnya Ratu tengok. Anak sepupu Ratu ni kira dua pupu kepada puteri Raja Ratu lah ni. Sebenarnya ada 3 orang sepupu Ratu yang bersalin tahun lepas. Ini bermakna puteri Raja Ratu ada kawanlah. Bila semua dah berkumpul. Kecohlah dibuatnya. Lagi kecoh apabila puteri Raja Ratu ni bertemu dengan rakan sebayanya. Habis semua bahasa-bahasa bayi yang Raja Ratu tak faham dikeluarkannya. Haha..

Majlis Aqiqah tu diadakan di sebelah malam selepas Isyak. Kalau korang nak tengok inilah dua pupu puteri Raja Ratu setelah disiapkan untuk majlis Aqiqahnya. Comel tak.

Ini pula gambar puteri Raja Ratu bersama dua pupunya yang lain. Cuba teka yang mana satu puteri Raja Ratu.. Yang mana satu yang tembam dan comel.. Hehe.. Mestilah dua-dua comel dan tembam kan.. Hehe..
Dapat tak korang cam yang mana satu Puteri Raja Ratu tu. JEN.. JEN.. JEN.. Oklah Ratu beritahu. Puteri Raja Ratu mestilah yang sebelah kanan tu. Hehe. Tengok tu Puteri Raja Ratu menepis tangan dua pupunya tu. Jangan macam tu PUTERIKU SAYANG.. Baring diam-diam.. Tengok kawan sebelah tu diam jer.. Hehe..

Tatapan dari,

Thursday, January 19, 2012

Akhirnya dapat juga Raja Ratu memilikinya..

Tidak tahu harus bagaimana ingin mulakan cerita. Tidak tahu bagaimana ingin kongsikan kegembiraan ini. Mungkin inilah yang di katakan rezeki anak. Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata bahawa akhirnya Raja Ratu dapat memilikinya. Tentu korang tertanya-tanya apa sebenarnya Ratu merepek ni kan. Oklah Ratu ceritakan.

Begini ceritanya. Satu hari ketika Ratu pulang dari tempat kerja, Ratu ternampak 1 banner. Ratu tidak dapat membacanya dengan betul isi kandungannya berkaitan penjualan tanah. Ratu bertekad akan membaca isi kandungan banner tu sepenuhnya pada keesokkan harinya. Pada keesokkan harinya, Ratu terus berhentikan kenderaan yang dipandu di tepi jalan dan membaca sepenuhnya maklumat yang diberikan termasuklah nombor telefon, lokasi tanah dan sebagainya. Tanpa melengahkan masa, Ratu terus menghubungi nombor telefon yang tertera dan bertanyakan status penjualan tanah itu termasuklah harga jualan tanah tersebut. Memang sudah rezeki Raja Ratu, tinggal 1 lot tanah untuk dijual.

Hasil dari perbincangan dengan Raja dan keluarga, 1 pertemuan ditetapkan untuk melihat sendiri lokasi tanah tersebut. Memandangkan Raja yang pada ketika itu agak sibuk, Ratu mengajak ayah Ratu menemani Ratu sekaligus dapat Ratu bertanyakan pendapatnya nanti setelah melihat lokasi tanah itu. Setelah perbincangan Raja Ratu bersama keluarga Ratu dibuat, satu lagi pertemuan kedua diaturkan antara Raja Ratu dengan penjual tanah. Pertemuan diatur di lokasi penjualan tanah dengan tujuan agar Raja dapat lihat sendiri tanah tersebut dan melakukan urusan tawar-menawar jika kata sepakat dibuat untuk membeli tanah tersebut. Setelah bersetuju dengan harga yang ditawarkan, Raja Ratu membuat pembayaran sebanyak RM500 untuk tempahan pembelian tanah tersebut

Selang seminggu Raja dan Ratu mengambil cuti 1 hari untuk menguruskan pertukaran hakmilik tanah tersebut di pejabat tanah dan membuat pembayaran selebihnya. Raja Ratu pun tidak berapa faham sangat mengenai urusan pembelian tanah ini. Mujurlah, ada kenalan Ratu di Pejabat Tanah yang dapat membantu Ratu iaitu Linda. Dialah yang banyak mengajar Ratu tentang urusan pembelian tanah ini. Ratu juga banyak bertanyakan pendapat beberapa orang kenalan. Siapa yang tidak risau beb.. Takut nanti kena tipu lak nanti kan.

Ni Raja Ratu hendak beri tips dalam membuat perancangan membeli tanah ini:-

1. Sebelum membuat pembelian tanah ini, kita kena membuat carian tanah terlebih dahulu di pejabat tanah bagi mengetahui siapa pemiliknya. Betul ker tidak penjual tanah itu adalah pemilik tanah yang sebenarnya.

2. Seterusnya, buat kajian tanya juru ukur atau mereka yang bertauliah untuk mengetahui harga pasaran tanah tersebut. Dari situ kita akan ketahui berbaloi ke atau tidak tanah yang kita hendak beli itu.

3. Kalau harga pasaran lebih tinggi dari harga belian tanah tersebut, adalah lebih baik kita beli sebab kita dapat untung. Tapi kalau harga belian tanah itu lebih tinggi dari harga pasaran, adalah lebih baik kita jangan beli sebab kita dah rugi di situ.

Inilah gambarnya tanah yang telah menjadi harta Raja Ratu sekarang.

Alhamdulillah, Raja Ratu bersyukur sangat. Dengan izinNYA, Raja Ratu akhirnya dapat juga memiliki tanah. Alhamdulillah..

Tatapan dari,

Wednesday, January 11, 2012

Tahniah kepada Pemenang Master Chef Malaysia EZANI

8 Januari 2012 bersamaan dengan hari Ahad.. CEWAH !!! Rancangan yang ditunggu-tunggu oleh Raja Ratu sudah tiba.. Apa lagi kalau bukan Pusingan Akhir MASTERCHEF MALAYSIA yang ditayangkan pada pukul 9.00 malam. Raja Ratu memang suka menonton rancangan Masterchef ni sebab ianya dapat menarik minat Raja Ratu untuk belajar memasak. Emm.. bila sudah tengok masakan semua peserta ni.. Rasa tergugat juga selera Raja Ratu. Rasa nak beli jer pinggan mangkuk macam dalam Masterchef tu. Nanti bila berjaya memasak salah satu menu masakan dalam Master Chef ni bolehlah menggunakan pinggan ni.. Hehe..

Hadiah bagi JUARA pertandingan ini menerima wang tunai sebanyak RM100,000 beserta trofi. WAA !!! Seronoknya tu dapat duit banyak. Juara juga akan diberi peluang untuk menerbitkan buku masakan hasil tangan mereka sendiri. Kalau Raja Ratu yang dapat tu, macam-macam yang Raja Ratu boleh buat. Pertandingan akhir MASTERCHEF MALAYSIA menampilkan peserta akhir EZANI dan WAHIDAN. Ezani berusia 26 tahun berasal dari Selangor merupakan seorang doktor gigi manakala Wahidan yang berusia 42 tahun merupakan seorang pekebun berasal dari Sabah.

Kali ni rancangan Pertandingan Akhir Master Chef ni, Ratu tidak dapat tengok bersama Raja kerana Raja belum pulang dari tempat kerja. Emm.. Tak seronok lah sedikit. Dalam rancangan ni, Ezani dan Wahidan perlu menyediakan makanan untuk 40 orang tetamu yang meliputi JURI dan semua JURI JEMPUTAN yang pernah mengadili masakan yang dihidangkan oleh peserta.. CELEBRITI CHEF yang menjadi pesaing kepada salah seorang peserta terbaik setiap minggu bagi membolehkan peserta tersebut mendapat PIN KEBAL.. dan CHEF JEMPUTAN yang pernah dijemput semasa kelas kuliah masakan. Emm.. jangan main-main tau.. Semua 40 orang tetamu jemputan yang dikira professional ni akan mengadili masakan yang dihidangkan oleh WAHIDAN dan EZANI.

Ratu ingatkan Wahidan yang menjadi JUARA berdasarkan kepada komen tetamu jemputan, Ratu rasa masakan Wahidan lebih banyak mendapat pujian. Tapi akhir rezeki berpihak kepada EZANI. Inilah gambarnya,

Apa-apapun TAHNIAH Raja Ratu ucapkan kepada EZANI. Raja Ratu pun tidak sabar menunggu BUKU MASAKANNYA nanti. Emm.. Raja Ratu rasa seperti hendak minta pihak Astro mengeluarkan buku masakan je yang meliputi semua masakan terbaik peserta setiap minggu.. Masakan salah seorang peserta dengan celebriti chef.. dan semua masakan semasa kuliah chef. Emm.. kalau adalah buku tu.. Raja Ratu pastinya tidak ketinggalan untuk membelinya.

Tatapan dari,

Thursday, January 5, 2012

Tahniah Kepada Pemenang Maharaja Lawak Mega

Peringkat Akhir Maharaja Lawak Mega yang dilangsungkan pada 30 Disember 2011 menampilkan peserta-peserta akhir iaitu kumpulan BOBOI, OSBON, SHAEHU, dan SYOK. Ni Raja Ratu tunjukkan dahulu antara persembahan para peserta.

Ni antara persembahan dari kumpulan pilihan hati Raja Ratu, OSBON.


Ni pula antara persembahan dari kumpulan yang juga menjadi pilihan hati Raja Ratu, BOBOI.


Ni pula antara persembahan Kumpulan SAEHU,


Ni pula antara persembahan dari Kumpulan SYOK.


Yang uniknya dalam pertandingan Maharaja Lawak kali ini memperlihatkan persembahan-persembahan peserta dari INDONESIA, SINGAPURA dan MALAYSIA. Tapi yang lagi seronok apabila juri undangannya adalah Aaron Aziz.. hehe.. Selain daripada juri tetap iaitu Chef Wan, Zainal Abidin dan Siti Nurhaliza.. Hehe..

Pemenang tempat pertama dimenangi oleh Kumpulan OSBON yang membawa pulang wang sejumlah RM350,000 manakala BOBOI pula merangkul naib juara dan menerima wang tunai sebanyak RM250,000. Tempat ketiga pula dimenangi oleh Kumpulan SAEHU dari INDONESIA yang menerima wang tunai sebanyak RM150,000 manakala tempat keempat dimenangi oleh Kumpulan SYOK gabungan dari negara MALAYSIA dan SINGAPURA yang menerima wang tunai sebanyak RM50,000. Ratu ingat kumpulan BOBOI yang menjadi Juara kerana persembahan mereka yang konsisten setiap minggu berbanding OSBON. Tapi apa-apun mereka semua tidak pulang dengan tangan kosong. Tahniah kepada OSBON di atas kemenangan mereka.

Tatapan dari,

Monday, January 2, 2012

Selamat Datang Tahun 2012

Tanggal 1 Januari 2012 bermulanya 1 kehidupan baru dalam kehidupan Raja Ratu di tahun 2012 ini. Raja Ratu mulakan tahun ini dengan azam baru dan harapan agar azam serta matlamat tahun ini akan dapat tercapai seperti mana tahun lepas. Semangat yang membara di tahun lepas menjadi tunggak di tahun ini.

Tahun ini Raja Ratu sambut dengan keadaan yang berbeza berbanding tahun lepas. Tahun ini Raja Ratu akan menjalani kehidupan bersama dengan puteri kesayangan Raja Ratu. Tapi biarpun tanggungan kami sudah bertambah dengan kehadiran cahaya mata Raja Ratu dan ditambah lagi dengan keputusan ayah Ratu yang ingin berhenti kerja di tahun ini, ianya tidak mematahkan semangat Raja Ratu untuk berjuang bagi mencapai azam kami tahun ini. Ratu perlu aturkan strategi baru agar ianya berjaya.

Kebetulan ulang tahun perkahwinan Raja Ratu hampir menjelang tiba iaitu pada 4 Januari 2012, kami sambut dengan gembira dan lebih bermakna dengan kehadiran puteri kesayangan kami ini. Yang pasti di tahun ini ada beberapa perkara yang perlu Raja Ratu capai di tahun ini. Akan Raja Ratu genggam erat tangan kami untuk mencapainya dengan jayanya bersama-sama. Insya Allah.

Akhir kata kepada Raja hatiku,
SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN KITA
YANG KE 5..
SEMOGA KITA DAPAT MENGHARUNGI..
LIKU-LIKU KEHIDUPAN BERSAMA..
SUSAH SENANG BERSAMA..
MENCAPAI IMPIAN BERSAMA..
BLA.. BLA.. BLA..
DAH CUKUP TU OK..
hehe..

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267