Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Monday, August 31, 2015

Puteri Raja Ratu Seronok Bermain di Playground Aeon

Hari ini portal wifi Ratu ada mengalami masalah sedikit. Ianya seakan-akan tidak berfungsi. Jadi Ratu mengajak Raja ke Jaya Jusco untuk membuat penyemakan sebab portal wifi ini masih dalam tempoh jaminan. Sampai sahaja di Jaya Jusco, Raja dan Ratu tergamam bila ternampak playground di bahagian tengah dalam Jaya Jusco. Emm.. Puteri Raja Ratu sudah nampak la. Tak boleh lariiii.. Haishhh. Mana tidaknya masuk je Jaya Jusco, playground tu sudah berada di depan mata. Huhu..

Emm.. Puteri Raja Ratu ni bila sudah nampak. Apa lagi, eeebuuu.. ayahhh.. nak mainnn tu.. sambil tangan menunjukkan playground di hadapan mata.

Raja pun bagi la peluang kepada Puteri Raja Ratu untuk bermain. Lama juga layan karenah ci kecil bermain. Inilah gambarnya,


Gambar ke 2,


Gambar ke 4,


Akhirnya, terpaksalah Ratu berpecah dengan Raja. Raja menemani Puteri Raja Ratu bermain manakala Ratu pula uruskan masalah portal wifi melalui Celcom.

Setelah disemak, pihak pengurusan Celcom minta Ratu datang balik dalam tempoh 1 jam sementara mereka menyemak kembali apa masalah pada portal wifi Ratu. Ratu pun terus menuju ke playground dan mengajak Raja dan Puteri Raja Ratu makan terlebih dahulu. Kami makan di Chicken Rice Shop. Kemudian, Puteri Raja Ratu ingin sambung balik main di playground. Emm.. Raja rajin lah layan karenah puteri kami ini. Ratu pula pergi menyemak kembali portal wifi Ratu. Setelah disemak, rupa-rupanya portal wifi ini memang ada masalah dan ianya tidak berfungsi. Jadi, ianya memakan masa seminggu untuk dibaiki. Haishh.. kena datang baliklah seminggu lagi. 

Emm.. terus Ratu menuju kepada Raja dan Puteri Raja Ratu dan kami terus balik. Emm.. bukan main suka lah lagi Puteri Raja Ratu ini dapat bermain selama 2 jam lebih di playground ini sampai Raja dan Ratu naik boring. hUHU.. 

Tatapan dari,

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan kepada semua. Cuti panjang kali ini, Ratu tiada perancangan apa -apa. Raja dan Ratu banyak menghabiskan masa di rumah baru kami sahaja. 

Apa-apa pun jom cuci mata dengan gelagat kucing yang comel ini,


Haha.. Ini bukan kucing Raja Ratu. Raja dan Ratu sudah lama tidak bela kucing sejak Puteri Raja Ratu ada ni. Ini kucing dari rakan Ratu. Emm.. macam mana nak masak ni.. hUHU..


Comel kan,


Geramnya,


Akhirnya, 

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan dari kucing di atas ini.. Hehe.. Comel kan kucing ni dengan penuh semangat memakai baju kebangsaan. MERDEKA !!! MERDEKA !!! MERDEKA !!!

Tatapan dari,

Thursday, August 20, 2015

Panduan Mendapat Anak Kembar

Di sini Ratu ingin kongsikan apa yang Ratu baca di dalam majalah hari ini. Ratu tertarik dengan artikel panduan mendapat anak kembar. 

Memiliki anak kembar tentu menyeronokkan bagi ibubapa. Hanya dengan sekali kelahiran sahaja dalam menempuh fasa kehamilan dan kesakitan proses kelahiran, kita berjaya mendapat anak kembar. Namun bukan mudah mendapat anak kembar walaupun ada di kalangan kita yang mempunyai genetik tersebut. Kelahirannya juga memerlukan ketabahan dan kesabaran ibubapa dalam membesarkan anak kembar ini.

1. SALASIAH KELUARGA
Genetik daripada keluarga anda kita dan pasangan, kemungkinan besar kita mampu memperoleh anak kembar. Sekiranya semasa pensenyawaan berlaku, penghasilan 2 ovum secara serentak dalam 1 masa, anda bakal memperoleh kembar yang diidamkan.

2. UMUR
Wanita berumur antara 35 hingga 40 tahun ke atas mempunyai potensi yang lebih tinggi untuk mendapat anak kembar. Ini kerana wanita di usia ini mengambil rawatan kesuburan yang menghasilkan lebih dari 1 ovum semasa proses ovulasi disebabkan proses tersebut diganggu oleh proses perimenopause.

3. LEBIH RAMAI ANAK
Fakta menarik yang perlu diketahui lebih ramai bilangan anak yang telah dilahirkan, lebih tinggi peluang untuk melahirkan anak kembar pada kehamilan seterusnya.

4. BERAT BADAN DAN KETINGGIAN
Wanita tinggi atau perempuan yang mempunyai berat badan yang lebih berat mempunyai potensi yang tinggi untuk mendapat anak kembar.

5. DIET PROTEIN
Pengambilan makanan yang mengandungi estrogen tinggi mampu meningkatkan peluang mendapat anak kembar. Protein disebut sebagai faktor pertumbuhan serupa insulin (IGF) ditemui dalam susu lembu, boleh meningkatkan jumlah telur yang dihasilkan oleh wanita. Oleh itu, banyakkkan minum susu di kalangan wanita kerana ianya lebih cenderung untuk memiliki anak kembar 5 kali ganda.

6. PENGAMBILAN UBAT KESUBURAN
Pengambilan ubat kesuburan dapat meningkatkan peluang untuk menghasilkan 2 ovum dalam 1 proses ovulasi. Ubat kesuburan clomid memberi 10 peratus  peluang manakala gonal F menawarkan 30 peratus peluang untuk anda hamil anak kembar.

7. DOA UNTUK DAPAT ANAK KEMBAR
Doa khas bagi membantu anda mendapatkan anak kembar. Doa yang terkandung dalam surah As Saaffaat, ayat 120 dan surah As Syura, ayat 50. Apa yang penting anda istiqamah dalam mengamalkan ayat ini agar dimakbulkan permintaan.


8. PROSEDUR IVF
Kerap terjadi apabila pasangan mendapat rawatan persenyawaan bayi tabung uji ataupun persenyawaan luar rahim yang dikenali sebagai IVF. Ia meransang ovari supaya menghasilkan lebih dari 1 telur untuk meningkatkan kemungkinan kehamilan berjaya. Suntikan ubat akan diberikan setiap hari sehingga ovari menjadi matang. Telur akan diambil menggunakan jarum khas yang halus. Setelah telur diambil, maka persenyawaan dengan sperma suami akan dilakukan dalam media kultur. Embrio akan terhasil dan ia akan dipindahkan pada rahim atau dikenali blastosis.

Diharapkan info ini dapat membantu sesiapa sahaja yang menginginkan anak kembar.

Tatapan dari,

Monday, August 17, 2015

Bila Puteri Raja Ratu Berposing Sebelum Keluar Bersiar

Tengah lepak-lepak menonton televisyen, Raja mangajak Ratu dan Puteri Raja Ratu keluar bersiar-siar. Ratu pun apa lagi apabila Raja mengajak keluar, Ratu pun menjerit panggil Puteri Ratu suruh bersiap-siap. 

Ratu mandikan Puteri Raja Ratu dan pakaikan baju barunya. Puteri Raja Ratu sibuk hendak berposing dengan cermin matanya.

Inilah gambarnya,

Comel tak,


Bila Puteri Raja Ratu sudah bersiap, Ratu dah senang. Ratu pula bersiap. Hehe.. Bila Raja Dan Ratu pun sudah bersiap, kami pun keluar bersiar.. Huhu..

Tatapan dari,

Monday, August 10, 2015

Berjalan Raya Di ICT Shah Alam

Hari ini Ratu bermalam di rumah keluarga Raja. Malam tadi, Ratu mengajak Raja ke ICT untuk merehatkan minda seketika setelah penat berhempas pulas menghabiskan masa dan tenaga untuk menyiapkan sepenuhnya kelengkapan di rumah baru Raja Ratu. Dan sekarang Raja dan Ratu sudah tidak mengadap lagi dengan pembelian perabot rumah dan pengubahsuaian kerana semuanya telah siap seperti mana yang Raja Ratu impikan. 

Kali ini Ratu ingin merehatkan minda seketika. Kami ke ICT bersama-sama ibu Raja. Kami tiba di ICT lebih kurang pukul 9.45 malam. Peh !!! punyalah ramainya orang di ICT sampai hendak parking kereta pun susah.


Setiba sahaja kami di sana, Ratu sudah tak tahu hendak main yang mana 1. Puteri Raja Ratu sudah nampak keretapi untuk kanak-kanak. Dia pun mulalah hendak naik. Raja menemaninya,


Hendak cuba yang ini pula Puteri Raja Ratu ini,


Seterusnya yang ini pula,


Memang seronok. Ada banyak lagi permainan yang kami belum rasa. Puas rasanya dapat datang ke sini. Hilang stress !!. Huhu. Sampai tidak sedar jam di tangan sudah pukul 2.00 pagi. Emm.. keramaian orang di sini menampakkan suasana seperti pukul 9.00 malam. Rasa mengantuk pun hilang lah. Puteri Raja Ratu masih aktif hendak rasa lagi permainan yang ada. Jenuh pula Raja Ratu memujuknya untuk pulang. Kena pulang ni nanti kalau tak sampai ke Subuh la masih lagi di ICT. hAHA.. hEHE.. hUHU..

Tatapan dari,

Saturday, August 1, 2015

Hari Raya Pertama Di Rumah Baru

Alhamdulillah, penat lelah Raja dan Ratu berbaloi dan akhirnya kami dapat beraya di rumah baru kami. Walaupun agak tergelincir sedikit dari apa yang kami rancang, tapi kami bersyukur kerana impian kami untuk siapkan rumah baru kami raya ini tercapai. 

Tahun ini detik bersejarah, kami dapat beraya di rumah baru pada hari raya pertama tapi dalam situasi yang berbeza. Kami tidak memakai baju raya. Hehe.  Hari Raya pertama Ratu mengemas rumah baru kami. Pada hari memantai sepatututnya, Ratu menolong ibu Ratu menyiapkan juadah raya seperti ketupat, rendang dan sebagainya. Tapi pada hari tersebut Ratu sibuk dengan urusan di rumah baru kami. Malam raya adalah detik yang paling bersejarah yang mana Ratu telah pergi mengambil langsir untuk rumah baru yang baru siap dijahit di kedai dan terus memasang langsir itu di rumah bersama ayah Ratu. Kabinet dapur untuk rumah baru kami akhirnya siap dipasang lebih kurang pukul 2.00 pagi. Bayangkan, semua orang Islam tengah sibuk dengan persiapan raya.. tengah memasak.. tengah bertakbir.. tengah membeli belah raya.. tengah nyenyak tidur.. Ratu masih di rumah baru Raja Ratu. Emm.. Itupun langsir tak siap pasang lagi. Ratu dan ayah Ratu sudah bergegas pulang ke rumah ibubapa Ratu untuk membantu mana yang patut untuk juadah raya.

Jam menunjukkan pukul 3.00 pagi, Ratu dan ibu Ratu pula memasak dan menyediakan juadah raya. Ketupat sudah siap dimasak. Emm.. ada masanya Ratu terlelap juga. Maklumlah badan sudah kepenatan. Nasib baik ibu Ratu sempat berehat dan lelapkan mata tadi. Bila Ratu rasa tidak larat ibu Ratu teruskan memasak. Puteri Raja Ratu ??? Emm.. Ratu yang hendak tidurkan dia, akhirnya, Ratu yang terlelap dan Puteri Raja Ratu pula menemani ibu Ratu di dapur. Hasihh.. Raja pula baru pulang ke rumah.

Pagi raya, seperti biasa. Lepas solat sunat Hari Raya, kami makan bersama-sama. Cuma kami tidak memakai baju raya. Raja dan Ratu bertekad ingin mengemas rumah baru kami.. memasang langsir.. mengemas kawasan luar rumah.. Sepatutnya Raja dan Ratu sudah bersiap-siap untuk pulang ke rumah ibubapa Ratu. Tapi hasrat itu ditangguhkan terlebih dahulu sehingga rumah siap dikemas sepenuhnya. Ye la.. Nanti kalau keluarga belah Ratu dan Ratu hendak datang beraya di rumah baru kami pun sudah selesa sebab rumah sudah berkemas. Akhirnya rumah siap juga berkemas pada pukul 7.00 malam. Huhu. Kami mengambil keputusan untuk pulang ke kampung Raja pada keesokkan harinya.

Raja dan Ratu beraya beberapa hari di kampung Raya. Pada malam raya keempat secara rasminya kami sudah mula tinggal di rumah baru kami. Rasa gembira tidak la terkata. Alhamdulilah, Raja dan Ratu telah jadikan rumah ini sepeti mana yang Raja dan Ratu impikan selama ini.

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267