Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Sunday, August 24, 2014

20 Jenazah Tiba Di KLIA pada 20 Ogos 2014

Seperti mana yang kita semua tahu MH 17 adalah salah sebuah pesawat Malaysia Airlines telah terhempas di Wilayah Timur Ukraine pada 17 Julai lepas. Kejadian ini berlaku ketika MH 17 dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. Pesawat ini membawa 298 penumpang dan anak kapal yang ditembak jatuh, namun sehingga kini belum ada piihak yang bertanggungjawab. Siasatan akan dilakukan. Cuma tumpuan utama kali ini adalah pengurusan jenazah untuk dibawa pulang ke negara masing-masing.

Daripada 298 penumpang MH 17, 43 orang penumpang termasuk anak kapal adalah warga negara Malaysia. Kali ini 20 jenazah Malaysia tiba pada semalam 22 Ogos 2014 pada jam 10.00 pagi dan ianya disambut dengan penuh adat istiadat. Ini adalah kumpulan yang pertama dan kumpulan yang ke 2 akan menyusul pada Ahad ini dan dijangkakan akan membawa 3 jenazah.


Daripada 20 jenazah ini, 11 darinya merupakan jenazah beragama Islam dan selebihnya bukan beragama Islam. Menurut laporan, jenazah ini telahpun selesai menjalani proses pengurusan jenazah dan kini hanya tinggal untuk pengebumian. Difahamkan ahli keluarga yang terlibat telahpun diterbangkan dan dapat menatap arwah ahli keluarga yang tersayang sebelum jenazah ini dibawa ke Malaysia.

Marilah kita sama-sama mensedekahkan Al-Fatihah khususnya kepada mangsa MH 17 yang beragama Islam. Moga-moga roh mereka ini dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Diharapkan pihak yang bertanggungjawab atas insiden MH17 ini akan dibawa ke muka pengadilan. 

Tatapan dari,

Friday, August 15, 2014

Public Gold - Gold Accumulation Program (GAP)

Kepada peminat-peminat emas fizikal. Ada 1 berita baik yang ingin Ratu kongsikan di sini iaitu berkenaan Public Gold - Gold Accumulation Program (GAP)
Anda semua boleh mengumpul emas dengan modal serendah RM100 sahaja. SERONOK KAN !!! Ya, betul !!! dengan modal RM100, anda semua sudah boleh memulakan impian mengumpulkan emas fizikal 999.9
Fuh, memang best !!! Senang buat duit !!!



++++++++++++++
Bagaimana caranya?
++++++++++++++
1. Dengan hanya RM100, anda layak untuk membuka akaun Gold Accumulation Program (GAP) 
2. RM100 ini akan ditukarkan ke dalam bentuk gram emas 999.9 ke dalam akaun GAP anda.
3. Dari masa ke semasa, anda boleh top-up RM100 ke dalam akaun anda dan nilai ini akan ditukarkan kedalam berat emas (mengikut harga semasa). Contohnya hari ini 13/8/2014, RM100 adalah bersamaan 0.6944 gram emas 999.9
4. Apabila nilai emas di dalam akaun anda sudah mencukupi, anda boleh memohon kepada cawangan Public Gold yang berhampiran untuk mengeluarkan jongkong emas serendah 1 gram atau mana-mana jongkong emas Public Gold 999.9 (tertakluk kepada baki minima 1 gram di dalam akaun GAP anda). Contohnya bila anda sudah ada 2 gram emas di dalam akaun GAP, maka anda boleh keluarkan 1 gram emas jongkong.
5. GAP ini bertujuan memudahkan anda membuat penyimpanan emas secara sedikit-sedikit. Jadi anda boleh kumpul emas perlahan-lahan sehingga jadi banyak.

+++++++++++++++++++++++++++++
Ini peluang anda untuk mengumpul emas!
+++++++++++++++++++++++++++++
Jika anda bercita-cita ingin mengumpulkan emas 999.9, GAP Public Gold boleh membantu merealisasikan impian anda ini. Anda tak perlu keluarkan modal yang besar untuk membeli seketul emas. Anda boleh simpan sedikit sedikit.

Jika anda berminat, Hubungi Ratu laju-laju --> 012-6844870
ERLY SHARENA BINTI HARON (PG 034100)

Antara topik lain:

Ikutilah facebook Ratu --> RR Wealth Management

Layari lama ini juga --> Public Gold
dan klik 'Login' dan 'Register' untuk membeli emas

Tatapan dari,

Moga-Moga Jadi Anak Yang Soleh

Emm.. malam ni Puteri Raja Ratu ini ingin mengenakan telekung dan ingin mengikuti gerak langkah tok ayahnya mengerjakan solat. Tapi sebelum Puteri Raja Ratu ini ingin mengerjakan solat, siap dia berpesan pada Ratu,

Puteri Raja Ratu  : Eeebuu.. ambil g gambar. Ambil telefon tu. Gi ambil.
Ratu                    : Alaa.. tak nak la.. 
Puteri Raja Ratu  : Nak gambarrrrrr

Hai, Puteri Raja Ratu ni dah mula menjerit-jerit suruh ambil gambar Ratu layan je la. Inilah antara gelagatnya,


Gelagat ke dua ketika sujud,


Ini pula gelagat Puteri Raja Ratu yang ke3,


Lepas gambar-gambar ini diambil, Puteri Raja Ratu ini sibuk nak tengok gambar-gambar dirinya yang diambil. Moga-moga Puteri Raja Rtau ini menjadi anak yang solehah. Amin.. Amin.. Amin..

Tatapan dari,

Thursday, August 14, 2014

Boikot Macdonalds Beramai-Ramai

Apa yang berlaku di Gaza sehingga mengorbankan ramai kanak-kanak dan kaum wanita amat menyentap sanubari kita. Dan apa yang kita semua boleh lakukan adalah memboikot secara berama-ramai dan harapan Ratu secara berterusan agar duit yang kita salurkan melalui produk negara Israel tidak digunakan sewenang-wenangnya untuk tujuan peperangan. 

Apa yang terjadi ini juga memberikan kesedaran kepada kita semua bahawa banyak sungguh produk-produk dari negara Israel yang menembusi pasaran Malaysia ini. Bak kata pakar ekonomi, apa yang berlaku ini membuka mata kita bahawa banyak sungguh produk-produk Israel di pasaran kita. Kenapa tidak, produk tempatan ambil peluang menembusi pasaran sendiri menggantikan produk Israel ini agar boikot ini dapat berterusan. Emm.. idea yang bagus juga kan.

Tapi apa yang tidak sedap didengar adalah tindakan segelintir masyarakat yang memaki pekerja-pekerja Macdonalds dan memecahkan cermin kereta rakyat Malaysia yang melekatkan sticker macdonalds 'drive thru'. Ini adalah tindakan yang salah. Kenapa mesti kita memarahi pekerja Macdonalds. Mereka hanya mencari rezeki dengan bekerja di situ. Tindakan sesetengah pihak ini seperti menutup periuk nasi mereka. Bukankah yang mereka marah itu adalah rakyat Malaysia sendiri dan bukannya Israel ? Cukuplah dengan boikot tidak memakan makanan Macdonals. 


Tindakan memecahkan cermin juga tidak patut dilakukan. Jangan nanti jadi seperti KIKI yang baru-baru ini diterima hukuman yang setimpal atas tindakannya mengetuk kereta uncle SIM dengan pengunci stereng kereta.

Apa-apa pun, tindakan memboikot dengan tidak memakan makanan Macdonalds ini bukan sahaja dilakukan di Malaysia malah di seluruh dunia. Ini adalah tindakan baik dan pastinya ianya menggugat ekonomi negara Israel. Pastinya Macdonals tidak lagi meraih keuntungan seperti sebelum-sebelum ini. Tapi bukan produk Macdonalds sahaja yang perlu diboikot. Banyak lagi produk-produk Israel yang perlu diboikot.

Tatapan dari,

Saturday, August 2, 2014

Gelagat Puteri Raja Ratu Beraya

Hari ini kita masih lagi di bulan Syawal dan masih lagi kita merayakan Aidilfitri. Bukankah kita raya sebulan? Huhu. Apa yang ingin Ratu kongsikan di sini adalah gelagat Puteri Raja Ratu di sepanjang bulan Syawal ini. Emm, Ratu memang merajuk dengan Raja sebab Raja ni tidak habis-habis dengan kawannya. Inikan bulan syawal, sepatutnya kita berkunjung-kunjung ke rumah sanak saudara dan sahabat handai sambil mengumpul duit raya untuk Puteri Raja Ratu ini. Hoho..

Jadi, di hari Raya yang ke 3, Raja membawa Ratu bersama-sama Puteri Raja Ratu beraya di rumah sanak-saudara di kampung Raja. Dah elok-elok sampai di rumah untuk beraya, Puteri Raja Ratu ini buat kuih raya lak. Haishhh... Puteri Raja Ratu ini sudah gian nak salam. Setiap kali, ada orang datang beraya di rumah atau kami beraya di rumah orang, Puteri Raja Ratu ini sibuk hendak salam. Kerap juga Puteri Raja Ratu ini salam orang yang sama sebanyak 2 ke 3 kali. Erkk !!! Malulah wahai anakku. Salam tangan sambil bau kuih raya. Emm.. Ratu terus tarik tangan Puteri Raja Ratu dan pulang ke rumah mertua untuk membersihkan kuih raya di bontotnya. Dah siap dibersihkan dan salin 'pampers', Ratu datang semula ke rumah tadi. 

Emm, kuih raya dah tiada, dia menari la pulak.


Langkah seterusnya,


Ewahh,


Suka hati la.. Apa-apa gelagat pun ya sayang. Janji dapat duit raya ya.. Huhu..

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267