Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Thursday, December 22, 2011

Tahun 2011 Detik Bermula Segalanya

Tajuk yang memberansangkan dan menarik minat Raja Ratu untuk memulakan langkah mencoret mengenainya. Apapun, Raja Ratu bersyukur sangat kepada yang Maha Esa kerana dipermudahkan segala urusan Raja Ratu untuk mencapai AZAM kami.. Untuk mencapai IMPIAN kami.. Untuk mencapai MATLAMAT kami tahun ini. Syukur Alhamdulillah. Tahun ini hampir 90 % ke 95 % matlamat kami tercapai. Pencapaian ini sudah tentu menggembirakan Raja Ratu. Bagaimana dengan korang semua pengunjung TERATAK ISTANA RAJA RATU ni, tercapai ke tidak impian dan azam korang tahun 2011 ini ???

Tapi apapun bagi Raja Ratu, ada 2 perkara yang berlaku mengejutkan Raja Ratu tahun ini. Yang PERTAMA, Raja Ratu tidak menyangka dengan izin yang Maha Esa.. Raja Ratu telahpun menimang cahaya mata kami yang pertama. Dan kini usianya mencecah 3 bulan. Yang KEDUA, Raja Ratu telah pun tertarik dengan tawaran yang diberikan dan terus membuat pembayaran tempahan untuk membeli sebuah rumah dari pemaju di salah sebuah kawasan perumahan. Perancangan untuk membeli rumah ini tidaklah termasuk dalam matlamat atau azam yang ingin Raja Ratu capai tahun ini. Tapi memandangkan rebet yang diberikan oleh pemaju telah menarik perjatian kami. Malangnya, bukan kehendak Raja Ratu rumah itu terlepas dari genggaman kami atas sebab penggunaan nama Raja ke atas kenderaan yang digunapakai oleh abang Raja. Pembayaran bulanan ke atas kenderaan ini yang tidak berapa cantik menyukarkan Raja Ratu membuat pinjaman. Tapi atas perbincangan kecil antara Raja Ratu dan keluarga sebelah Raja serta Ratu, Raja Ratu tidaklah terkilan rumah itu terlepas. Tapi Raja Ratu tidak berputus asa untuk merancang membeli rumah nanti di tahun 2012 ni. Insya Allah, kalau ada rezeki.. kalau dizinkan olehNYA. Moga-moga tercapailah hendaknya.

Biar apapun, strategi yang telah Raja Ratu pasang sebagai langkah untuk mencapai matlamat Raja Ratu tahun ini telahpun membuahkan hasilnya. Dan pastinya ianya akan menjadi panduan dan pembakar semangat Raja Ratu untuk mengatur strategi seterusnya di tahun hadapan. Tidak lupa juga Raja Ratu ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pengunjung TERATAK ISTANA RAJA RATU ini kerana sudi singgah dan mengikuti perkembangan Raja Ratu. Seterusnya, menjadikan jumlah pengunjung Raja Ratu meningkat tahun ini.Diharapkan kita sama-sama dapat meletakkan azam di tahun 2012 sebagai tunggak kejayaan di samping menjadikan tahun 2012 nanti lebih bermakna. Sama-samalah kita berdoa agar azam kita di tahun hadapan tercapai.
SELAMAT TINGGAL TAHUN 2011
SELAMAT DATANG TAHUN 2012

Sudah tentu kenangan kejayaan di tahun 2011 akan tersusun di peti simpanan memori Raja Ratu. Yang pasti, akan Raja Ratu genggam tangan sama-sama.. Bersatu dalam mengatur strategi di tahun hadapan.. Untuk mencapai kejayaan bersama-sama seperti tahun ini. Insya Allah..

Tatapan dari,

Wednesday, December 21, 2011

Usia Puteri Raja Ratu Mencecah 3 Bulan

Hari ini 22 Disember 2011, genaplah 3 bulan usia Puteri Raja Ratu. Hari ni Raja Ratu bercuti dan meluangkan masa kami di sebelah pagi membawa puteri kesayangan kami untuk pemeriksaan susulan puteri kami. Seperti biasa, tiba di klinik puteri Raja Ratu ditimbang dan diukur lilitan kepala serta badannya. Sebelum puteri Raja Ratu ditimbang, Ratu amat bimbang dengan berat badannya. Terlintas di fikiran Ratu berapalah berat badan Puteri Raja Ratu ni kerana sejak akhir-akhir ni Puteri Raja Ratu kurang mahu minum susu. Jadi, Ratu memang amat risau dengan perkembangan pembesaran Puteri Raja Ratu.

Setelah ditimbang, berat badan puteri Raja Ratu ialah 6.4 kg. Lilitan panjang atau ketinggian puteri Raja Ratu telah meningkat daripada semasa lahir 50cm... Dikuti dengan selepas 1 bulan ketinggiannya ialah 55 cm.. Dikuti selepas 2 bulan ketinggiannya ialah 56 cm.. Dan kini ketinggiannya ialah 62cm..

Di usianya 3 bulan kini, Puteri Raja Ratu diuji,
a) Adakah puteri Raja Ratu menggerakkan semua anggota badan dengan baik?
b) Adakah puteri Raja Ratu berkukur atau mengekek ketawa?
c) Adakah puteri Raja Ratu terkejut pada bunyi kuat?
d) Adakah puteri Raja Ratu memandang muka kita apabila kita memandangnya?
Alhamdulillah, Puteri Raja Ratu menunjukkan perkembangan yang baik.

Sekarang, puteri Raja Ratu sering gelak bila di agah. Ini memang amat menggembirakan Raja Ratu. Bila Ratu dapat mengambil gambar Puteri Raja Ratu ini sedang gelak. Ratu sering hantar gambar tu kepada Raja melalui telefon bimbit. Selepas Raja menerimanya, Ratu menerima sms daripada Raja. Apa kandungan SMS tu ??? Nak tahu ke ??? Raja mengadu tidak boleh nak buat kerja bila tengok gambar Puteri Raja Ratu ni. Hehe.. Inilah gambar Puteri Raja Ratu terkini di usia 3 bulan,Tapi yang seronoknya yang Raja Ratu nak kongsikan di sini.. Emm, tengokla sendiri gambar ni. Ni pandangan tepi,
Ni pula pandangan hadapan,
Apa pendapat korang.. Haha.. Gambar ni diambil 2 hari sebelum Puteri Raja Ratu ni diberi suntikan 3 bulan. Masa ni Ratu bercuti.. Emm, menghabiskan cuti tahun lepas la. Ketika ni, Ratu tengah mengemas bilik. Sekali Ratu pusing.. Amboi.. Amboi.. Amboi.. Macam bos lak ya.. Nak tengok Ratu sudah siap kemas bilik ke belum ya.. Kaki letak atas bantal peluk. Tangan kanan lak letak atas kaki ya. Terus Ratu ambil telefon bimbit dan SNAP !!! Dah gambar dah ambil. Pandai lak tu tengok kamera telefon bila diambil gambarnya. Ratu ambil gambar dari pandangan tepi.. Puteri Ratu pandang tepi.. Ratu ambil gambar dari pandangan depan.. Puteri Ratu tengok hadapan. Ratu pun hantar gambar ni kepada Raja melalui telefon bimbit. Tak senang diam la Raja yang tengah bekerja tu tengok gambar ni. Hehe..

Harapan Raja Ratu, semoga Puteri Raja Ratu kami ini bertambah comel. Raja Ratu sudah pastinya ingin melihat puteri kami perkembangan puteri Raja Ratu ini seterusnya.

Tatapan dari,

Monday, December 19, 2011

MAHARAJA LAWAK MEGA.

Seperti mana yang kita ketahui Maharaja Lawak Mega adalah kesinambungan yang melibatkan 3 negara iaitu Malaysia.. Indonesia.. Singapura.. Rancangan ini muncul selepas kejayaan rancangan Maharaja Lawak. Cuma yang membezakan Maharaja Lawak dengan Maharaja Lawak Mega adalah Maharaja Lawak Mega melibatkan 3 negara dan para peserta kebanyakkannya terdiri daripada pelakon-pelakon lawak komedi. Maharaja Lawak pula, kesemua pesertanya adalah daripada peserta akhir Raja Lawak dari musim pertama hingga musim ke lima dan semua peserta adalah dari Malaysia.

Antara peserta Maharaja Lawak Mega yang menarik perhatian Raja Ratu adalah OSBON dan BOBOI. Ini adalah antara sedutan persembahan OSBON yang menarik perhatian penonton termasuklah Raja Ratu.



Ni pula antara pesembahan BOBOI yang menarik perhatian penonton.


Persembahan OSBON pada permulaan agak perlahan dan kurang menarik perhatian penonton. Kemudian main lama makin menyerlah di minggu-minggu yang seterusnya. Kumpulan BOBOI pula persembahannya agak konsisten di setiap minggu.

Raja Ratu mengharapkan kedua-dua kumpulan kegemaran Raja Ratu ini dapat mara ke peringkat akhir MAHARAJA LAWAK MEGA nanti. Hehe..

Tatapan dari,

Sunday, December 18, 2011

Makan Bersama di SEOUL GARDEN

Hehe.. Memang seronok bila makan beramai-ramai ni. Lebih-lebih lagi bila Ratu mendapat tahu yang Ratu tidak perlu keluar duit. Emm.. Ni kira ada orang belanja lah ni. Emm.. Seronoknya. Ratu masih ingat lagi, kali terakhir Ratu makan bersama rakan-rakan sepejabat Ratu ialah sebelum Ratu bersalin iaitu pada bulan Julai lepas. Masa tu kami makan 'steamboat' di Johnny, Jaya Jusco.

Makanan ni lebih kepada makanan BBQ buffet ala korea. Ratu tengok harganya berlainan mengikut tempoh waktu. Waktu tengah hari harganya lain.. Petang harganya lain.. Malam pula lain harganya.. Restoren ini dikira ikut 'KEPALA'. Dah nama pun buffet kan. Boleh duduk dalam lebih kurang 5 jam sekali bayar. Makanlah apa yang nak makan kat dalam tu. Yang menariknya, makanan yang disediakan kebanyakkannya mentah. Kita boleh pilih mengikut citarasa dan kehendak kita. Di meja yang kita makan tu nanti telah diletakkan kuali. Jadi, kita boleh bakar makanan mentah yang kita ambil tadi di kuali tersebut. Kalau nak makan dengan nasi. Nasi putih juga disediakan. Memang sedap bila dapat makan panas-panas..

Inilah gambaran makanannya,
Bila dapat makan makanan seperti ini Ratu terus terfikir ingin membawa Raja makan bersama di sini hujung minggu ni. Kebetulan hujung minggu ni cuti lama kerana cuti kismas jatuh pada hari Ahad. Jadi, Isnin tu cuti ganti. Emm.. sesuai sangatlah tu luang masa makan bersama di sini. Sekali sekala boleh lah.. Selalu sangat tu boleh LARI BUDGET OOO.

Tatapan dari,

Saturday, December 17, 2011

Kesibukan Kerja Di Pejabat

Emm.. Tajuk yang sangat memeningkan kepala Ratu. Dan Ratu pun tidak tahu yang Raja juga mengalami kesibukan yang sama seperti Ratu. Oleh kerana, ni sudah hendak hujung tahun dan Ratu pula bertugas di bahagian kewangan, pastinya Ratu sedang sibuk menyiapkan kerja-kerja penutupan akaun syarikat untuk tahun ini. Tambahan lagi Ratu baru mulakan tugas setelah 2 bulan Ratu cuti bersalin, lagi menambahkan lagi kesibukan Ratu.

Lihatlah apa sudah jadi dengan meja Ratu. Ini belum lagi fail-fail di tepi meja. Peh, boleh sakit jantung ni namanya.
Ratu mengambil tindakan mengeluarkan semua fail-fail yang belum dikemaskini. Tidak cukup atas meja.. Ratu letakkan di lantai.. Ada juga fail di dalam kereta ??? Haha.. Semangat bekerja sudah sampai. hUA.. hUA.. hUA.. Bukan begitu. Ratu meletakkan sasaran 31 Disember 2011 ni sebagai tarikh yang mana meja Ratu mesti sudah bersih dan semua kerja-kerja sudah diselesaikan. Jadi, Ratu rasa Ratu perlu membawa balik beberapa fail dengan niat untuk menyiapkan kerja-kerja ni di rumah. Tapi harapan Ratu untuk menyiapkan kerja ni agak tipis sedikit memandangkan Ratu sering menghabiskan masa dalam menyediakan keperluan Puteri Raja Ratu. Emm.. Apa boleh buat. Tapi Ratu bersyukur la juga Ratu sudah ada pembantu yang boleh membantu. Walaupun, Ratu tengok banyak kerja-kerja yang tidak dapat dikemaskini oleh pembantu Ratu semasa Ratu bercuti.. Tapi Ratu faham bahawa pembantu Ratu tu masih lagi baru dalam tugas-tugas sebegini. Jadi, Ratu mengambil tindakan datang ke pejabat pada hari Sabtu untuk menyiapkan kerja. Kalau nak diikutkan, hari Sabtu bukan waktu bertugas utuk Ratu. Tapi tanggungjawab tetap tanggungjawab dan Ratu perlu siapkan sebelum tarikh yang telah Ratu tetapkan. Selepas tu pastinya sudah lega.

Emm.. Nampaknya tahun hadapan pastinya Ratu perlu merancang strategi memandangkan Ratu pun sudah ada Puteri kesayangan Ratu. Jadi, masa Ratu agak terhad. Tidak seperti dahulu. Kalau tahun lepas Ratu boleh bawa balik kerja dan siapkan di rumah bila tiba situasi seperti kesibukan tugas sebegini. Tapi kali ini masa Ratu di rumah lebih tertumpu kepada Puteri Raja Ratu. Kalau boleh tugas di pejabat Ratu tidak bawa pulang ke rumah. Jadi, masa Ratu dapat ditumpukan bersama Raja dan sudah pastinya Puteri kesayangan. Emm.. Ratu pun sudah ada pembantu. Jadi, Ratu tidaklah terlalu sibuk nanti kerana tahun hadapan pastinya pembantu Ratu tu sudah biasa dengan tugas yang diberikan. Hehe..

Tatapan dari,

Monday, December 5, 2011

Rancang Kewangan Dengan Betul

Sudah lama Raja Ratu tidak bermotivasi. Kali ini Raja Ratu ingin berkongsi 1 topik yang amat menarik kali ini iaitu mengenai perancangan kewangan. Perancangan kewangan merupakan langkah utama dalam menguruskan kewangan kita. Ada beberapa langkah yang perlu diambil:-

a) MENETAPKAN MATLAMAT
Matlamat kewangan mencerminkan apa yang kita nak lakukan dalam tempoh tertentu. Matlamat menentukan cara perbelanjaan dan menyimpan secara teratur untuk mencapai matlamat. Matlamat ini boleh berbentuk jangka panjang, jangka pendek atau sederhana bergantung kepada faktor usia, pendapatan, taraf perkahwinan dan jumlah tangunggan.

b) SIMPANAN
MULALAH SIMPANAN SEKARANG. Tingkatkan simpanan kita setiap kali pendapatan kita bertambah, contohnya apabila menerima bonus. Apabila pendapatan diterima, simpanlah sebelum berbelanja bukan selepas berbelanja. Takut nanti kita terguna wang yang sepatutnya diperuntukkan untuk menyimpan. Kita sepatutnya menggunakan formula ini,
PENDAPATAN - SIMPANAN/ PELABURAN = PERBELANJAAN

Jangan lupa wujudkan tabung kecemasan yang berjumlah 3 hingga 6 bulan perbelanjaan bulanan kita untuk memenuhi keperluan sekiranya terjadi sesuatu perkara yang tidak diingini. Tabung kecemasan ini akan dapat digunakan bila memerlukan dan menghindar diri kita daripada berhutang.

c) MELABUR
Kita boleh meningkatkan kekayaan kita melalui pelaburan jika kita melabur secara berhemat. Jenis pelaburan yang dipilih ini bergantung kepada tujuan kita melabur. Tanyalah diri kita :-

*** Apakah matlamat kita? Apa yang ingin kita capai melalui pelaburan ini?
*** Bagaimanakah tahap risiko yang kita akan hadapi?
*** Adakah kita memerlukan wang dalam masa terdekat?
*** Adakah kita tahu bagaimana pelaburan ini dilakukan bagi membolehkan kita memantau perkembangannya dengan lebih berkesan?

Kenal pasti tahap risiko dan pulangan sesuatu produk pelaburan sebelum melabur. Pulangan yang tinggi mempunyai risiko yang tinggi juga. Sekiranya kita tidak bersedia untuk menanggung risiko, jangan melabur.

Sebelum kita membeli sesuatu produk pelaburan, kita perlu:-
*** Kumpulkan maklumat berkaitan produk yang ditawarkan Bandingkan harga dan ciri-ciri produk.
*** Dapatkan keterangan lanjut sekiranya kita tidak faham. Beli produk kewangan hanya setelah kita mengetahui bagaimana produk itu berfungsi serta syarat dan termanya.
*** Ketahui yuran dan caj yang perlu dibayar sekarang dan setelah kita membeli produk tersebut. Ini untuk mengelakkan sebarang perbelanjaan tambahan yang tidak dirancang.
*** Beri perhatian terhadap klausa pengecualian dalam sesuatu kontrak.
*** Pertimbangkan sebarang tawaran dengan teliti. Katakan "tidak" sekiranya kita tidak memerlukan produk kewangan yang ditawarkan.
*** Ketahui bahawa terdapat produk kewangan seperti amanah saham atau insurans/ takaful yang memberi tempoh untuk kita membuat keputusan sama ada kita mahu meneruskan perjanjian setelah kita menandataninya.

Diharapkan tips dapat membantu kita semua dalam pengurusan kewangan kita.

Tatapan dari,

Wednesday, November 30, 2011

Sudah Mula Bertugas

Hari ini 29 November 2011, Ratu mula bertugas. Kalau hendak diikutkan, Ratu sepatutnya mula bertugas pada 21 November 2011. Tapi tidak mahu berpisah dengan puteri kesayangan terpaksa mengambil cuti 3 hari untuk menyesuaikan diri. Haha.. Lagipun, puteri Raja Ratu ni perlu dibawa ke klinik untuk di suntik 2 bulan pada 22 November 2011. Selepas puteri Raja Ratu menerima suntikan 2 bulan tu, ibu Ratu pula yang demam. Emm, terpaksalah Ratu tambah cuti lagi 2 hari. Tak per, baki cuti Ratu tahun ini banyak lagi.

Emm.. lama bercuti. Rasa macam sudah seronok pula bercuti dan menghabiskan masa bersama puteri Raja Ratu. Rasa seperti tidak mahu berenggang pula. Tapi tugas tetap tugas. Emm.. Apa boleh buat. Walaubagaimanapun, cuti Ratu masih ada lagi 4 ke 3 hari lagi yang perlu Ratu habiskan tahun ini.

Asalnya, Ratu risau juga bila nak mulakan tugas selepas sekian lama bercuti ni. Maklumlah, bidang tugas Ratu ni dalam bahagian kewangan. Jadi, bila hujung tahun tu memang la sibuk. Tapi, kini rasa Ratu sudah tidak risau sangat kerana Ratu sudah ada pembantu. Ratu harap sepanjang ketiadaan Ratu di pejabat sebelum ni, pembantu Ratu ni dapat menjalankan tugas dengan baik seperti mana yang telah Ratu ajarkan kepadanya dahulu sebelum Ratu mula cuti bersalin. Emm.. Nanti tidaklah Ratu sibuk berseorangan seperti sebelum ini. Hehe.. Walaupun pembantu Ratu ni masih baru lagi dalam jawatan ini, tapi Ratu yakin dengan kemampuannya. Hehe.. Kepada orang yang berkenaan tu jikalau anda baca ni.. Hehe.. Jangan lupa belanja Ratu ya. Tapi bukan sehari.. Bukan seminggu.. Tapi sebulan ya.. Ingat nak setahun.. Tapi cukup lah sebulan kan.. Hehe..

Di awal minggu Ratu mula bertugas ni, pastinya Ratu mula terbayang-bayang wajah ni semasa Ratu sedang bertugas. Apalah puteri Raja Ratu tengah buat sekarang ni kan. Emm..Inilah gambarnya. Ini gambar Ratu ambil ketika usianya baru selepas beberapa hari Ratu habis berpantang.

Tatapan dari,

Wednesday, November 23, 2011

Puteri Kesayangan Raja Ratu Mencecah 2 Bulan

Pejam celik.. Pejam celik sudah 2 bulan dah usia puteri kesayangan Raja Ratu. Rasa macam sekejap je 2 bulan Ratu bercuti.. Ni dah nak mula bertugas. Emm, pada 22 November 2011, Raja bercuti dan menghabiskan masa bersama Ratu dan puteri kami. Sebelah pagi, Raja Ratu membawa puteri kesayangan kami ke klinik untuk rawatan susulan 2 bulan. Seperti biasa, puteri Raja Ratu ditimbang dan diukur ketinggiannya. Setelah ditimbang, Raja Ratu dapati berat badan puteri kesayangan kami telah naik lagi. Emm, gembira rasanya. Masa lahir berat badannya 3.2 kg.. Selepas 1 bulan berat badannya 4.3 kg.. Kini berat badannya telah naik kepada 5.4 kg.. Hehe.. Memanglah gembira kerana berat badannya melebihi jangkaan pada rekod graf pembesaran seperti dalam BUKU REKOD KANAK-KANAK. Seperti dalam Buku Rekod Kanak-Kanak, Ratu tengok kalau berat badan bayi 3.2 kg semasa lahir, berat badannya selepas 1 bulan dijangkakan 4.2 kg.. Selepas 2 bulan pula 5.2 kg.. Ratu harapkan berat badan puteri Raja Ratu ni akan naik melebihi dari jangkaan dalam buku tu iaitu 5.8 kg apabila usianya mencecah 3 bulan.

Kali ini puteri Raja Ratu diminta berjumpa dengan doktor di klinik itu untuk melihat tahap kesihatan puteri kami. Alhamdulillah, doktor kata puteri Raja Ratu sihat. Kemudian puteri Raja Ratu diberi suntikan 2 bulan. Raja Ratu difahamkan suntikan ini penting untuk mengelakkan pelbagai jenis penyakit ke atas bayi seperti kancing gigi, kanser dan sebagainya. Menangis ??? Memanglah menangis. Budak mana yang tidak menagis kan bila kena suntikan di peha. Emm, bila puteri Raja Ratu menjerit. Terus Ratu memeluknya. Tapi yang penting, puteri Raja Ratu ni sihat dan tidak demam selepas suntikan 2 bulan ini. Sesetengah bayi ada yang demam selepas suntikan ni. Alhamdulillah, Ratu tengok puteri Raja Ratu ni tidak demam, malah puteri kami bertambah cergas dan sihat.

Akhir kata, harapan Raja Ratu semoga puteri Raja Ratu ini bertambah kuat dan sihat. AMIN..

Tatapan dari,

Wednesday, November 16, 2011

Apalah Yang Berlaku Pada Saudara Mara Ratu Ni

Raja Ratu agak terkejut dengan berita yang didengar yang menimpa keluarga saudara mara Ratu. Ada 2 berita yang Ratu hendak kongsikan di sini. Yang PERTAMA, hari tu sepupu Ratu terlibat dalam kemalangan jalanraya. Yang KEDUA, sepupu Ratu yang lain terlibat dalam kemalangan di rumah sendiri.

Ok, Ratu ceritakan kisah yang PERTAMA. Kejadian ini berlaku di Johor Bahru. Pada hari Sabtu ketika sepupu Ratu, Faizal dalam perjalanan pulang dari tempat kerja, Ratu difahamkan motor yang ditunggang oleh Faizal ni dihimpit di bahagian tepi sebuah van. Melihat kepada keadaan fizikal, Faizal ingatkan tiada apa-apa kecederaan yang dialaminya. Tapi bila dia diangkat oleh orang ramai sekitar tempat kejadian, tiba-tiba Faizal menjerit kesakitan. Barulah dia tahu bahawa sebelah kakinya patah. Lantas bergegas dia dikejarkan ke hospital. Tiba di hospital Sultanah Aminah, Faizal ditahan di wad ICU (Unit Rawatan Rapi). Kejadian ini berlaku sebelum Ratu bersalin. Lebih menyedihkan kejadian ini berlaku di saat isterinya sedang sarat mengandung dan mengikut jangkaan doktor isterinya dijangkakan akan bersalin lebih kurang 2 minggu lagi. Ketika Raja Ratu melawatnya, Faizal menangis bila melihat kandungan Ratu kerana teringat akan isteri kesayangannya. Dia sedih kerana kemungkinan besar dia tidak dapat menemani isterinya ketika bersalin. Ratu sangat bersimpati dengan keadaannya pada ketika itu. Inilah orangnya yang bernama Faizal. Maaf ya Faizal.. Ratu ambil gambar ni di facebook. Hehe..

Kisah yang KEDUA pula, baru-baru ini salah seorang sepupu Ratu mengalami kemalangan di rumah. Kejadian itu berlaku pada tengah hari ketika ibu sedara Ratu mengambilnya pulang dari sekolah. Tanpa disedari.. Tanpa diduga.. Tanpa disengajakan.. Sepupu Ratu dilanggar oleh ibunya sendiri. Ayahnya yang melihat kejadian itu di hadapan mata terus menutup mukanya. Sedar-sedar supupu Ratu sudah berada di tayar kereta Avanza. Ibunya menangis tidak berhenti. Lantas, sepupu Ratu bergegas di hantar ke hospital. Doktor agak terkejut bila mendapati bahawa sepupu Ratu yang masih kecil itu tidak mengalami sebarang kecederaan. Cuma luka-luka kecil sahaja di mukanya.

Begitulah keadaan yang berlaku kepada sepupu-sepupu Ratu. Apa-apapun dalam situasi kes pertama, sepupu Ratu tu kini berada dalam kedaan stabil dan kini berehat di rumah. Kakinya yang patah itu telahpun dimasukkan besi dan isterinya telah selamat melahirkan cahaya mata perempuan. Dalam situasi kes yang kedua, sepupu Ratu tu kini nampaknya semakin sihat. Walaupun pada mulanya, dia dan ibunya mengalami trauma. Tapi Ratu bangga dengan ibunya kerana ibunya kuat semangat dan kini dapat memandu kenderaan ke mana sahaja. Yang penting bagi Ratu kedua-duanya selamat. Alhamdulillah..

Tatapan dari,

Friday, November 11, 2011

Rakan Ratu Akhirnya Selamat Bersalin Di Hospital Kerajaan

Raja Ratu agak terjut apabila mendengar berita ini. Rakan Ratu yang dimaksudkan ini adalah rakan sepejabat Ratu, Firdaus. Kalau korang mengikuti perkembangan Raja Ratu di TERATAK ISTANA RAJA RATU ini, sebenarnya Firdaus ni lah yang menasihatkan Ratu supaya bersalin di hospital swasta iaitu Hospital Pantai. Pada ketika itu, Ratu difahamkan bahawa dia juga akan membawa isterinya bersalin di Hospital Pantai. Isterinya dijangkakan bersalin sebulan dari tarikh jangkaan Ratu bersalin. Ratu pula pada ketika itu risau akan kos bersalin di Hospital Pantai. Tapi atas sokongan Raja, doa keluarga dan semua, Ratu akhirnya selamat bersalin secara normal di hospital tersebut.

Firdaus ini jugalah yang mencadangkan kepada Ratu untuk mengambil Dr Hanisah sebagai doktor yang akan menyambut cahaya mata Raja Ratu. Raja Ratu berterima kasih lah kepada beliau kerana Ratu berasa sungguh selesa bersalin di Hospital Pantai ni. Layanannya juga amat baik. Rasa seperti hendak berpantang sepenuhnya di hospital tu.. Haha..

Tapi Raja Ratu terkejut bila mendapat tahu di saat-saat akhir beberapa hari sebelum isterinya bersalin, dia dan isterinya telah membuat keputusan untuk bersalin di Hospital Kerajaan di Perak. Berita ini memang amat mengejutkan Raja Ratu. Siapa yang tidak terkejut. Dialah orangnya yang mahu isterinya bersalin di hospital swasta.. Dialah orangnya yang menasihati Ratu untuk turut sama bersalin di Hospital Pantai sehinggalah selamat bersalin kini. Tapi akhirnya, isterinya selamat bersalin di Hospital kerajaan.

Apapun, yang penting bagi Raja Ratu isterinya telah selamat melahirkan cahaya mata mereka yang pertama baru-baru ini. Yang seronoknya, cahaya mata mereka adalah perempuan dan berat bayinya adalah 3.2 kg. Eh !!! samalah beratnya dengan puteri Raja Ratu semasa dilahirkan. Waa !!! puteri Raja Ratu sudah ada rakan baru kini. Hehe..

Tatapan dati,

Sunday, November 6, 2011

Selamat Hari Raya Haji

Tahun ini Raja Ratu sambut dengan agak ringkas tapi tapi dalam hati penuh kegembiraan. Gembira ??? Emm.. Bagi Raja Ratu tahun ini Raya Haji disambut lebih gembira berbandung tahun lepas kerana :-

a) Tahun ini Raja Ratu dapat sambut bersama kedua ibubapa Ratu berbanding tahun lepas yang pada ketika ini sedang menunaikan Haji.

b) Raya Haji kali ini disambut pada hari betul-betul hari KEBEBASAN dari kepompong berpantang. Ini kerana semalam adalah hari memantai sekaligus merupakan hari terakhir Ratu berpantang.

c) Raya tahun ini Ratu dapat rasa semua makanan di musim perayaan, baik di Raya Aidilfitri mahupun Raya Aidiladha. Makanan yang Ratu maksudkan ini ialah rendang.. ketupat.. lemang.. Syukur Alhamdulillah.. Kalau la Ratu bersalin mengikut jangkaan doktor iaitu pada 30 September 2011 mesti Ratu masih lagi berpantang Raya Haji kali ini. Hehe..

d) Raya Haji tahun ini buat pertama kalinya Ratu sambut bertiga. Selalunya Ratu sambut berdua sahaja bersama Raja. Tapi Raya Haji tahun ini secara rasminya Ratu sambut bertiga ditambah lagi Ratu secara rasminya bebas bepantang. Lagilah seronok.

Akhir kata, SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA kepada semua. Semoga Raya Haji kali ini semua pengunjung Teratak Istana ini dapat menyambutnya dengan penuh keriangan dan keceriaan. AMIN..

Tatapan dari,

Saturday, November 5, 2011

Yahoo !!! Sudah Habis Pantang

Hari ini 5 November 2011 merupakan hari memantai untuk menyambut Hari Raya Haji pada keesokkan harinya. Sekaligus, merupakan hari terakhir Ratu berpantang. Tiba-tiba sahaja Ratu seperti nak berpuisi pula untuk esok. Tajuk puisi Ratu kali ini ialah MERDEKA !!! Ok tak. Emm, rasa macam pendek sangat la pula tajuk dia. Emm, ok kita tukar. Tajuk puisi Ratu ialah BAHAGIANYA HABIS BERPANTANG. Ok tak.. Emm, kira ok lah tu..

Inilah puisinya,
LIHATLAH DUNIA..
KUTERBANG BEBAS KE AWAN..
DAPAT MELIHAT DERUAN OMBAK..
DAPAT MENDENGAR KICAUAN BURUNG..
ALANGKAH BAHAGIANYA..
HARI INI AKU BEBAS..
INGIN KULAUNGKAN..
MERDEKA !!!
MERDEKA !!!
MERDEKA !!!
HARI INI AKU BEBAS !!!
BEBAS DARI KEPOMPONG ISTILAH BERPANTANG..
YES !!! YES !!! YES !!!
AKHIR KATA..
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA HAJI.. Hehe

Ok tak puisi Ratu. Ni kira puisi ke.. atau luahan perasaan ni.. Hehe.. Ratu nak lakukan sesuatu untuk kongsikan kegembiraan Ratu ni. APA YANG RATU BUAT ??? Ratu taip puisi ni menggunakan telefon bmbit Ratu dan Ratu hantar ke beberapa orang yang menjadi pilihan Ratu. Hehe.. Ni namanya tak ada kerja ni. WHATEVER.. Janji Ratu kini sudah boleh makan apa sahaja. Boleh bersiar ke mana sahaja.. Haha.. Tapi memang terus terang Ratu katakan bahawa Ratu memang tidak seronok melalui tempoh berpantang ni. MEMANG TIDAK SERONOK !!! Hendak buat kerja itu tidak boleh.. Hendak buat kerja ini pun tidak boleh.. Nak tolong pun ada kerja-kerja yang tidak boleh buat.. Rasa tidak selesa pula hari-hari ibu Ratu buatkan untuk Ratu.. Nak makan pun terbatas.. Nak memandu pun tak boleh.. Bukan Ratu hendak bersiar, tapi bila tiba 1 situasi yang memerlukan bantuan Ratu untuk memandu.. Ratu rasa rimas bila Ratu tidak boleh melakukan.. Emm..

Apa apapun Ratu ucapkan SELAMAT TINGGAL TEMPOH BERPANTANGKU untuk bayi Raja Ratu yang pertama dan SELAMAT DATANG KEHIDUPAN NORMALKU.. Sesungguhnya aku BEBAS kini..

Tatapan dari,

Tuesday, November 1, 2011

Hadiah Kelahiran Puteri Raja Ratu

Pertama sekali, Raja Ratu ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua kenalan Raja Ratu termasuklah saudara mara kerana kesudian korang semua datang ke rumah untuk melawat Ratu dan puteri kesayangan Raja Ratu ini. Alhamdulillah, banyak hadiah yang Raja Ratu terima untuk puteri kesayangan kami ini. Ada juga yang memberi sejumlah wang. Terima kasih semua. Inilah hadiah yang diterima oleh puteri kesayangan Raja Ratu.

Ada yang menghadiahkan selimut beserta stokin.. Ada yang menghadiahkan satu set pakaian baby.. Ada yang menghadiahkan hamper.. Ada yang menghadiahkan lampin pakai buang.. Ada yang menghadiahkan susu.. Ada yang menghadiahkan set bekas makan dan minum untuk baby.. Ada yang menghadiahkan beg.. Ada yang menghadiahkan 1 set barang keperluan harian seperti tisu basah, syampoo, mandian bayi, bedak, losyen dan sebagainya.

Akhir kata, terima kasih Raja Ratu ucapkan kepada semua. Raja Ratu akan gunakan sebaiknya hadiah yang diberikan untuk keperluan puteri Raja Ratu.

TERIMA KASIH..
TERIMA KASIH..
TERIMA KASIH RAJA RATU UCAPKAN..

Tatapan dari,

Sunday, October 30, 2011

Kereta Tolak Untuk Puteri Raja Ratu

Emm.. Raja Ratu memang ada merancang untuk membeli kereta tolak untuk puteri Raja Ratu ini selepas Ratu habis berpantang. Nanti lebih mudah untuk membawa puteri Raja Ratu ini bersiar atau membeli belah nanti. Tak lah sentiasa hendak dukung dia je kan. Mengikut perancangan, selepas Raja Ratu habis berpantang nanti, Raja akan bercuti dan membawa Ratu serta puteri kesayangan kami bersiar-siar. Tapi selepas Raja Ratu membeli kereta tolak lah nanti.

Emm, baru-baru ini nak dijadikan cerita.. Pada hari Sabtu 29 Oktober 2011, ibubapa Ratu hendak pergi ke Jaya Jusco. Ratu tidak kisahlah kerana Ratu boleh menjaga puteri kesayangan Ratu ini. Tapi kalau Ratu sudah habis berpantang lah kan.. Sudah tentu Ratu tidak akan melepaskan peluang untuk ikut sama. Haha.. Pulang sahaja dari Jaya Jusco, ayah Ratu membuka bonet kereta dan mengeluarkan kereta tolak yang baru dibelinya di Jaya Jusco. Apa lagi terperanjat lah Ratu. Aik, dah beli dah. Ni betul-betul puteri kesayangan Raja Ratu ni menjadi cucu kesayangan ibubapa Ratu. Baru bulan lepas, ayah Ratu belikan katil untuk puteri kami tidur. Kali ini belikan kereta tolak pulak. Inilah kereta tolak yang dibelinya.
Ratu memang suka kereta tolak seperti ini sebab disediakan ruang untuk letak beg di bawahnya. Dalam beg tu nanti boleh letak barang keperluan puteri kami tu. Jadi, ianya lebih memudahkan puteri Raja Ratu dibawa ke mana sahaja. Emm.. habislah lepas ni. Baru Ratu nak cium pipi puteri Ratu.. Tak alih-alih, dah ikut atuknya pergi jalan-jalan. Hehe..

Tatapan dari,

Thursday, October 27, 2011

Puteri Raja Ratu Genap Sebulan Kini

Tanggal 22 Oktober 2011, genaplah sebulan umur puteri Raja Ratu. Dengan erti kata lain, Ratu sudah sebulan berpantang. Emm.. lagi 14 hari lagi nak habis berpantang ni. Ratu sudah tidak sabar menunggu hari kebebasan Ratu.. Hari Kemerdekaan Ratu.. Haha.. Selepas itu, Ratu boleh la makan apa sahaja.. Boleh bersiar ke mana sahaja.. Hehe.. Tidak sabar rasanya. Oklah, kita berbalik semula kepada tajuk asal kita. Hehe.. Sudah terpesong dah ni.

Sebenarnya, jururawat dari klinik kerajaan yang berhampiran dengan rumah ibubapa Ratu ada datang ke rumah untuk membuat lawatan kesihatan ke atas Ratu dan puteri Ratu pada hari Jumaat, 14 Oktober 2011. Alhamdulillah, kesihatan Ratu dan puteri Raja Ratu baik. Dari situ, jururawat itu menetapkan tarikh 24 Oktober 2011 sebagai tarikh yang mana Ratu dan puteri Ratu perlu datang ke klinik untuk rawatan susulan. Sepatutnya, Ratu perlu hadir ke klinik pada 22 Oktober 2011. Tapi memandangkan tarikh ini jatuh pada hari Sabtu, jadi tarikh rawatan ini dipinda dari hari Sabtu ke hari Isnin.

Macam mana Ratu nak ke sana? Mestilah Raja yang bawakan. Ratu kan dalam pantang lagi. Jadi, tidak boleh memandu kereta dahulu. Ratu pula pada hari tersebut dilayan bagaikan permaisuri oleh Raja. Hehe.. Tolong bukakan pintu kereta bila Ratu hendak keluar dan masuk kereta. Itu jer.. Sebab Ratu masa tu tengah peluk puteri Raja Ratu. Inilah gambar puteri Raja Ratu. Ketika ini puteri Raja Ratu berusia lebih kurang 2 minggu lebih.

Tiba di klinik, puteri Raja Ratu:-

a) Ditimbang berat badannya. Waduh, bajunya dibuka semuanya. Kemudian diletakkan di tempat timbang. Ratu tengok berat badannya sudah naik dari 3.2 kg semasa lahir kepada 4.3 kg. Waa !!! Bagus tu SAYANGKU.. Sudah naik lebih 1 kg.

b) Diukur panjang badannya.. lilitan kepala dan badannya.

c) Diberi suntikan 1 bulan.

d) Diperiksa dari segi anggota badan..
*** Tengok tangannya boleh genggam ke tidak bila jari kita diletakkan di telapak tangan bayi. KEPUTUSAN : PUTERI RAJA RATU GENGGAM
*** Tengok ada ruam ke tidak di seluruh anggota badan. KEPUTUSAN : PUTERI RAJA RATU TIADA RUAM

e) Diperiksa kepekaan organ deria badan..
*** Dicampakkan barang mainan untuk lihat adakah mudah terperanjat ke tidak. KEPUTUSAN : PUTERI RAJA RATU TIDAK TERPERANJAT
*** Digerakkan mainan di hadapan matanya untuk lihat adakah matanya tunjukkan tindak balas. KEPUTUSAN : PUTERI RAJA RATU PANDANG MAINAN TU
*** Digerakkan mainan di sebelah telinganya untuk lihat adakah bayi akan menoleh ke arah mainan. KEPUTUSAN : PUTERI RAJA RATU MENOLEH

Alhamdulillah, puteri Raja Ratu menunjukkan perkembangan yang baik. Kemudian, Ratu pula diperiksa dari segi tekanan darah.. berat badan.. HB darah.. dan ujian air kencing. Setelah semuanya selesai, Raja pun membawa Ratu dan puteri kami pulang.

Tatapan dari,

Sunday, October 16, 2011

Aduh Hai !!! Laptop Problem La..

Sedihnya rasa di hati.. Pilu rasa di hati Ratu apabila membaca tajuk di atas. Bukan kehendak Ratu.. tapi mungkin ini sudah nasib. Emm.. Sedihkan. Korang nak tahu cerita ??? Macam ni cerita dia. Pada suatu hari, Sang Kancil.. Eh ! Silap cerita lak. Hehe.. JANGAN MARAH HAA..

Oklah, ceritanya macam ni.. Bulan lepas, Ratu sudah hendak bersalin. Jadi, Ratu fikir dalam tempoh berpantang ni.. Bila ada kesempatan.. Ratu nak juga kemaskini TERATAK ISTANA ini yang dah bersawang dah ni.. Yang sudah lama tidak berkemas ni.. Menggunakan laptop Sony Vaio yang baru Raja Ratu beli awal tahun ni. Tapi hajat Ratu tidak kesampaian apabila laptop Raja Ratu bermasalah.

Sebenarnya, di pejabat Ratu masa itu antivirus yang digunakan semua komputer di pejabat sudah tamat tempoh dan perlu dibeli antivirus yang baru. Semasa salah seorang rakan sepejabat membeli antivirus yang baru, Ratu bersama 2 orang rakan sepejabat ingin berkongsi membeli antivirus yang sama untuk dipasang di komputer peribadi kami kerana antivus tersebut boleh dipasang di 3 komputer atau laptop. Antivirus yang dibeli itu adalah antivirus KASPERSKY. Ratu rancang nak letakkan antivirus tu pada laptop Sony Vaio Ratu. Bila sudah pasang, Ratu pun suka lah hati. Mana tidaknya.. tidaklah Ratu risau laptop Ratu diserang virus.

Kini tibalah masanya, Ratu ingin menggunakan laptop. Tiba-tiba.. JEN.. JEN.. JEN.. Laptop Ratu tidak boleh digunakan. Apa lagi, terkejutlah Ratu. Ratu juga mendapat tahu bahawa hampir semua komputer pejabat mengalami situasi yang sama. Aduh hai.. Sedihnya Ratu. Macam mana nak 'update' blog ni.. Macam mana nak 'update' facebook ni.. Rakan sepejabat Ratu menasihatkan agar Ratu menghantar semula laptop ini ke kedai yang Ratu beli tu untuk dibaiki memandangkan laptop Ratu ni masih lagi 'under warranty'. Ini kemungkinan besar disebabkan oleh antivirus KASPERSKY yang dipasang pada laptop ini. Dengan perasaan sedih, Ratu menyimpan kemas laptop ini di dalam beg dan menunggu masa untuk dihantar ke kedai untuk dibaiki.

Nampaknya, tertangguh lagi lah untuk Ratu mengemaskini TERATAK ISTANA RAJA RATU ini .. Penuh bersawanglah Teratak ini.. Emm.. Apa boleh buat.. Sudah nasib badan.. Hehe.. Tapi tak per lah, nasib baik laptop ini 'under warranty'. Kalau tidak lagi pening lah kepala Raja.

Tatapan dari,

Friday, October 14, 2011

Alhamdulillah, Sepupu Raja Ratu Telah Selamat Melahirkan Cahaya Mata

Di awal kandungan Ratu, Raja Ratu mengetahui bahawa bukan Raja Ratu sahaja yang bakal menerima cahaya mata kami. Rupa-rupanya 3 orang daripada sepupu Raja dan Ratu turut sama bakal menerima cahaya mata mereka. Yang seronoknya Raja Ratu bersama sepupu-sepupu kami bakal menerima cahaya mata sekitar bulan September dan Oktober 2011. Sepupu Raja Ratu yang dimaksudkan di sini iaitu sepupu Raja SARUL RIZAL yang bakal menerima cahaya sekitar hujung bulan September 2011 saing dengan Ratu.. Sepupu Ratu FAIZAL yang juga dijangkakan bakal menerima cahaya mata sekitar hujung bulan September 2011.. Seorang lagi sepupu Ratu AZREEN yang dijangkakan bersalin pada bulan Oktober 2011.

Raja Ratu tertanya-tanya juga antara Raja Ratu dengan sepupu-sepupu kami, siapa yang bakal menerima cahaya mata terlebih dahulu. Tidak sangka pula, Raja Ratu yang terima cahaya mata dulu. Kemudian diikuti dengan sepupu Raja iaitu SARUL RIZAL yang menerima cahaya mata kedua selang beberapa hari selepas Ratu bersalin. Raja Ratu difahamkan, isteri SARUL RIZAL telahpun dimasukkan ke hospital pada hari yang sama Ratu dimasukkan ke Hospital untuk bersalin. Pada ketika itu, isterinya belum boleh bersalin lagi. Jadi, mereka mengambil keputusan untuk pulang dahulu. Selang beberapa hari selepas itu, isteri SARUL RIZAL selamat melahirkan bayi perempuan.

Selepas itu, sepupu Ratu AZREEN pula selamat bersalin pada awal Oktober 2011. Ratu difahamkan AZREEN selamat melahirkan cahaya mata keduanya secara pembedahan. Dia dan suaminya menerima cahaya mata lelaki. Disebabkan semasa mengandung sepupu Ratu didapati ada kencing manis, berat bayi yang dilahirkan adalah 3.95 kg. Emm.. lebih berat dari puteri Raja Ratu sewaktu dilahirkan. Hehe..

Selang 2 hari kemudian, sepupu Ratu FAIZAL pula menerima cahaya mata perempuan. Isterinya selamat melahirkan bayi tersebut secara pembedahan dan berat bayinya adalah 3.1 kg. Eh, kurang 100 gram daripada berat Puteri Raja Ratu. Ratu difahamkan jangkaan bersalin ialah hujung bulan September 2011. Tapi akhirnya mereka menerima cahaya mata pada awal bulan Oktober 2011. Walaubagaimanapun, Ratu ucapkan tahniah kepada sepupu-sepupu Raja dan Ratu yang telah menerima cahaya mata masing-masing. Tak kisahlah, bersalin secara normal mahupun pembedahan. Yang penting ibu dan bayi selamat. Itu yang penting.

Tatapan dari,

Kecian Budak 2 Tahun Dilanggar Kenderaan

Inilah kisah benar yang menyentuh hati Raja Ratu. Betul-betul tersentuh hati Ratu la beb apabila menonton video yang merakamkan budak yang berusia 2 tahun ni dilanggar 2 kenderaan. Terus Ratu memandang puteri Raja Ratu yang masih kecil. Peh !!! YA ALLAH YA TUHANKU.. MINTA DIJAUHKAN KEJADIAN SEPERTI INI !!!!! AMIN.. AMIN.. AMIN.. MANA PERGINYA PERIKEMANUSIAAN MEREKA SEBAGAI SEORANG MANUSIA. Nah !! Korang saksikan video yang menyayat hati ini dan korang nilaikannya sendiri.



Kejadian ini berlaku di negara China. Ratu rasa MARAH pun ada.. Rasa PELIK pun ada..
KENAPA ORANG YANG LANGGAR TU TIDAK BERHENTI???
KENAPA ORANG YANG LALU LALANG TU TIDAK TOLONG ANGKAT BUDAK TU???
DIAORANG TIDAK FIKIR KE YANG KENA LANGGAR TU BUDAK???
BAGAIMANA PERASAAN MEREKA KALAU BUDAK YANG MEREKA LANGGAR TU AHLI KELUARGA MEREKA???
MANA SIFAT PERIKEMANUSIAAN MEREKA???
KENAPA KENDERAAN YANG KEDUA TU TERUS MELANGGAR BUDAK TU???
DIA TIDAK NAMPAK KE YANG DIA LANGGAR TU BUDAK???
BUTA KE MATA DIA???

Ratu pun dapat tahu berita ini melalui BULETIN UTAMA TV3. Video ini dirakamkan dan Ratu dapat lihat bagaimana kejadian ini berlaku. Hampir menitis air mata Ratu menontonnya. Ratu rasa kalau korang tengok pun memang akan menangis juga lah. Ibubapa budak itu menangis tidak henti seperti tidak boleh terima apa yang telah berlaku.

Dalam video tu, Ratu lihat akhirnya tukang sapu yang melihat budak itu terus menarik budak tu. Kemudian budak itu dihantar ke hospital. Ratu dapat tahu budak itu ditahan di ICU (Unit Rawatan Rapi). Selang beberapa hari, Ratu dapat tahu melalui berita BULETIN UTAMA bahawa budak itu telahpun meninggal dunia. Harapan Raja Ratu.. Janganlah ada sikap sebegini dalam masyarakat kita. Fikirlah bagaimana jika yang kena langgar itu adalah ahli keluarga kita. Sememangnya budak itu tidak sepatutnya dibiarkan sebegitu. Semoga kejadian seperti ini dapat dijadikan pengajaran buat kita semua.

SESUNGGUHNYA RAJA RATU TIDAK SANGGUP MENONTON VIDEO INI LAGI.

Tatapan dari,

Saturday, October 1, 2011

Katil Puteri Kesayangan Raja Ratu Dibeli

Sudah seminggu usia puteri Raja Ratu. Di usianya ini, Ratu tidak menyangka menerima hadiah katil untuk puteri Raja Ratu daripada ibubapa Ratu. Mungkin ibubapa Ratu melihat Raja tidur bawah manakala Ratu dan puteri Raja Ratu tidur di atas katil dengan selesanya. Haha.. Maklumlah Ratu berpantang di rumah keluarga Ratu. Jadi ibubapa Ratu terpandang kedudukan Raja tidur. Dalam keadaan Ratu berpantang ni, Raja Ratu memang tidak tutup pintu bilik ketika tidur. Takut apa-apa hal yang berlaku. Maklumlah Raja Ratu bukan ada pengalaman dalam penjagaan bayi.

Oleh kerana ibubapa Ratu kecian tengok menantu kesayangan mereka tu tidur bawah, maka dibelikan katil bayi untuk cucu mereka. Cewah.. Inilah katil yang dibeli untuk puteri Raja Ratu. Jadi Raja Ratu boleh tidur di atas katil manakala puteri Raja Ratu boleh tidur di katil barunya.

Pada ketika ini, Ratu memang tidak terfikir langsung untuk meminta Raja membeli katil seperti ini untuk puteri kami. Dalam fikiran Ratu, Ratu hendak berehat sahaja. Maklumlah, Ratu baru lepas bersalin. Sudah pastinya badan Ratu berada dalam keadaan yang tidak selesa sedikit.

Apapun, Ratu ucapkan ribuan terima kasih kepada ibubapa Ratu atas pembelian katil bayi ini. Kebetulan, katil yang dibeli ini beroda, jadi ianya memudahkan lagi katil ini digerakkan ke mana-mana.. Ke dalam bilik.. Ke dapur ataupun.. Di ruang tamu..

TERIMA KASIH..
TERIMA KASIH..
TERIMA KASIH RAJA RATU UCAPKAN..

Tatapan dari

Tuesday, September 27, 2011

Mula Berpantang

Hari ini 23 September 2011, bermula pengalaman baru dalam kehidupan Ratu selama hampir 2 bulan iaitu berpantang. Seperti mana yang diketahui, inilah tempoh yang perlu dilalui oleh mereka yang menimang cahaya mata. Ia bermula dengan tempoh mengandung selama 9 bulan. Kemudian perlu melalui waktu bersalin dan akhir sekali tempoh berpantang selama 44 hari. Ratu rasa untuk melalui semua ini memakan masa hampir setahun kan.

Berpantang adalah satu tempoh untuk baikpulih kesihatan anggota badan setelah melalui proses mengandung dan bersalin. Ratu pun tidak tahu seronok ke tidak berpantang ni. Ada yang kata seronok.. Ada yang kata tidak.. Entahlah. Ratu baru merasainya. Tapi Ratu rasa macam tidak seronok je. Makan itu tidak boleh.. Makan ini tidak boleh.. Tidak boleh angkat benda berat.. Tidak boleh memandu.. Emm.. Ratu dapat MC 2 bulan.. Ini bermakna Ratu mula bekerja pada hujung bulan November 2011. Tu yang seronok tu.. Inilah MC yang Ratu terima.Raja Ratu mengambil keputusan untuk berpantang di rumah ibubapa Ratu. Dalam tempoh permulaan berpantang ini, ibubapa Ratu menguruskan tentang siapa yang akan mengurut Ratu.. Siapa yang akan membasuh uri.. Uri yang dibasuh itu nanti akan ditanam. Kemudian setiap hari sebelah petang akan dihidupkan bara api dan diletakkan di atas tanah di tempat di mana ditanam uri tersebut.

Apapun Ratu ucapkan SELAMAT BERPANTANG kepada semua ibu-ibu khususnya pengunjung TERATAK ISTANA INI yang turut sama berpantang bersama Ratu. Hehe.. Semoga Ratu dapat menjalankan tempoh berpantang dengan baik dan tidak mengalami sebarang bentan.. AMIN.. AMIN.. AMIN..

Tatapan dari,

Saturday, September 24, 2011

22 September 2011.. Detik Bermakna Raja Ratu..

Detik bermakna buat Raja Ratu? Emm.. Betul beb. Tarikh ini pastinya akan tersemat indah dalam hati sanubari Raja Ratu. Tarikh inilah Raja Ratu buat pertama kalinya bergelar ayah dan ibu.. Tarikh inilah Raja Ratu menimang cahaya mata.. Tarikh inilah kelahiran puteri kesayangan kami yang jadi pengikat kasih sayang Raja Ratu.

Akan tetapi, detik bersejarah ini awal seminggu dari tarikh yang sepatutnya. Mengikut jangkaan doktor, Ratu sepatutnya bersalin pada 30 September 2011. Oklah Ratu akan ceritakan pengalaman kami dalam melalui detik bersejarah ini. Seperti mana yang Ratu ceritakan sebelum ini, Ratu ingin mengambil cuti rehat sebelum Ratu bersalin. Kebetulan, Ratu ada memohon cuti selama 2 hari pada 20 September 2011 dan 21 September 2011. Pada 20 September 2011, Ratu bersama ibu Ratu merancang untuk membawa kucing kesayangan Raja Ratu, BABY ke klinik untuk suntikan ubat cacing. Selepas itu, Ratu hantar BABY ke rumah dan keluar semula menuju ke Jaya Jusco untuk makan tengah hari. Sebelum makan tengah hari, Ratu terasa ingin ke tandas untuk membuang air kecil. Maklumlah sudah hendak hampir bersalin ni, Ratu kerap batuk menyebabkan Ratu sering ke tandas untuk membuang air kecil. Dari situ, Ratu dapati ada tanda-tanda hendak bersalin seperti akhir bulan atau haid. Ratu sudah mula risau. Ratu memaklumkan kepada Raja dan minta Raja menemani Ratu ke Hospital Pantai. Ratu pun memang hendak ke hospital pada hari tersebut untuk mendapatkan ubat batuk bagi melegakan batuk ini. Ratu berdoa agar Ratu tidak bersalin dahulu memandangkan kesihatan Ratu yang tidak mengizinkan. Setiba di Hospital Pantai, Ratu mendapatkan nasihat doktor berkaitan tanda tersebut. Atas nasihat doktor, Ratu pun pulang.

Pada 21 September 2011, Ratu dapati tanda yang sama keluar lagi. Ratu bersama ibu Ratu pergi mendapatkan air selusuh menggunakan akar Fatimah. Selepas minum air selusuh itu, pada pukul 1.00 pg, Ratu sudah mula rasa sakit-sakit. Pada pukul 3.30 pg, Ratu dihantar ke kamar bersalin Hospital Pantai. Pada masa itu, Ratu difahamkan saluran peranakan Ratu telah Ratu telah terbuka sebanyak 2 ke 3 cm. Pada pukul 9.00 pg, selepas sarapan pagi, Ratu difahamkan saluran tersebut saluran tersebut telah terbuka sebanyak 5 cm. Diikuti dengan 8m cm pada pukul 11.00 pagi. Alhamdilillah, tepat pukul 12.35 tengah hari, Ratu selamat melahirkan bayi perempuan secara normal dengan berat badannya 3.2 kg. Ratu bagaikan tidak percaya. Betul ke Ratu sekarang sudah bergelar ibu? Lebih terperanjat lagi apabila Ratu difahamkan bahawa bayi yang Ratu lahirkan itu adalah perempuan. Memang asalnya, naluri hati Raja Ratu mengatakan bayi dalam kandungan ini adalah perempuan. Tapi memandangkan selepas 5 bulan, Raja Ratu lihat bentuk kandungan Ratu ni ke hadapan. Jadi, Raja Ratu ingat bayi ini lelaki. Tapi, alhamdulillah, Ratu selamat melahirkan secara normal. Inilah hospital yang menempatkan detik bersejarah buat Raja Ratu.Bila difikirkan kembali di saat-saat kelahirannya, Ratu difahamkan oleh jururawat bahawa masa yang diambil untuk kelahiran bayi Ratu agak cepat. Ya ke.. Ratu bukannya ada pengalaman. Inilah pertama kali. Yang Ratu tahu, doktor suruh teran, Ratu teran seperti mana yang Ratu belajar di kursus peneman di hospital kerajaan. Ratu tidak rasa pun seperti bola keluar seperti mana yang rakan Ratu ceritakan. Tahu-tahu sahaja Ratu sudah dengar bayi Raja Ratu menagis dan uri sudah dikeluarkan. Alhamdulillah, tiada sebarang komplikasi. Syukur sangat. Bayi Raja Ratu kemudiannya diletakkan di badan Ratu dan kemudiannya dibersihkan dan diazankan di bilik 'nursery'. Sementara itu, Ratu pula melalui proses jahitan. Selepas bayi Raja Ratu diazankan, Raja terus mendapatkan Ratu dan mencium dahi Ratu. Emm.. bahagianya. Hehe..

Akibat daripada wad bersalin sudah penuh, Ratu dipindahkan ke wad bersalin VIP yang Raja tempah untuk keselasaan Raja Ratu, ahli keluarga dan rakan-rakan yang ingin datang melawat. Bilik VIP ni 1 seorang pesakit untuk 1 bilik.

Di Hospital ini, Ratu dilayan seperti permaisuri. Ratu tidak perlu lakukan apa-apa. Semuanya diuruskan oleh jururawat hospital. Emm.. rasanya seperti tidak mahu balik pula. Keeseokkan harinya Ratu dan bayi dibenarkan pulang. Ratu difahamkan kos keseluruhan rawatan bersalin ini berjumlah lebih kurang RM2,500.00. Ratu terus mengucapkan terima kasih kepada Raja kerana menyediakan tempat yang selesa untuk Ratu.

TERIMA KASIH SAYANG..
TERIMA KASIH RAJA HATIKU..

Tatapan dari,

Saturday, September 17, 2011

Rawatan Sususlan Ke 2 Mengandung di Hospital Pantai

Pada 15 September 2011, Raja Ratu menghadiri rawatan susulan kali ke 2 di Hospital Pantai. Dalam rawatan ini, Ratu diminta timbang bagi mengetahui berat badan Ratu terkini. Kemudian Ratu menjalani ujian air kencing dan diambil tekanan darah. Akhir sekali Ratu menjalani ujian 'scan'. Dari situlah, Raja Ratu dapat mengetahui perkembangan bayi dalam kandungan Ratu ini.

1 perkhabaran gembira yang Raja Ratu terima hari ini. Hasil daripada ujian scan, Raja Ratu dapat tahu bahawa bayi dalam kandungan Ratu kini mencecah berat 3.1 kg. Alhamdulillah beb. Ratu memang inginkan bayi dalam kandungan Ratu ini lahir dengan berat 3 kg ke atas. Alhamdulillah tercapai juga akhirnya. Baru bulan lepas, ujian scan di Hospital Pantai menunjukkan berat bayi dalam kandungan ini mencecah 2.5 ke 2.6 kg. Tapi Raja Ratu masih belum lagi mengetahui jantina bayi ini. Walaupun sudah scan, jantina masih tidak dapat diketahui kerana terlindung dengan kaki bayi. Emm.. Bukan rezeki Raja Ratu lah nampaknya untuk mengetahui jantina bayi dalam kandungan ini.

Biar apapun, Raja Ratu berharap kandungan Ratu ini berada dalam keadaan sihat dan baik di hari kelahirannya. Cuma Ratu pula yang batuk di saat-saat hampir hendak bersalin ni. Ini yang merisaukan Ratu ni. Harap-harap batuk ini berkurangan dan kesihatan Ratu beransur pulih. AMIN.. AMIN.. AMIN..

Tatapan dari,

Monday, September 12, 2011

Mula Mengambil Cuti Rehat Sebelum Bersalin

Setelah disemak, Ratu dapati cuti Ratu masih banyak lagi. Emm.. 22 hari cuti tahun ini belum lagi berusik. Akan tetapi, cuti tahun ini yang tidak berusik ni boleh dibawa ke tahun hadapan dan perlu dihabiskan pada tahun hadapan. Selain itu, Ratu masih lagi ada cuti 12 hari lagi cuti tahun lepas yang perlu dihabiskan tahun ini. Jadi jumlah keseluruhan cuti yang Ratun ada adalah 34 hari (22 hari + 12 hari). Wow !!! banyak tu. Memandangkan keadaan kesihatan Ratu yang sering batuk selepas Raya ni merisaukan Ratu. Ratu pun mengambil keputusan untuk mengambil cuti rehat. Macam mana Ratu boleh kena batuk ??? Ni kira batuk raya lah ni. Tapi sebenarnya Raja yang kena dulu demam raya.. batuk raya.. Tak alih-alih Ratu pula berjangkit dengan Raja. Ratu pun dah mula rasa tidak larat badan. Maklumlah kandungan Ratu sudah hendak hampir mencecah 9 bulan. Jadi, Ratu rasa keputusan Ratu untuk mengmbil cuti dalah bersesuaian sebelum bersalin ini.
Ratu mula mengambil cuti selang 1 atau 2 hari mengikut keperluan. Ratu rancang nak habiskan baki cuti tahun lepas. Tapi Ratu tidak mengambil cuti panjang kerana banyak kerja pejabat yang perlu diselesaikan sebelum Ratu serahkan ke tangan pembantu Ratu untuk diambil alih sepanjang Ratu berpantang nanti. Cuti yang Ratu ambil ini bukan Ratu gunakan untuk berehat di rumah tapi bersiar-siar untuk selesaikan beberapa urusan luar termasuklah membawa kucing kesayangan Raja Ratu ke klinik untuk diberikan suntikan ubat cacing yang seperti mana yang dijadualkan dalam rekod klinik tersebut. Ubat cacing ini perlu disuntik 3 bulan sekali. Ratu juga membuat pendahuluan perbelanjaan tetap seperti ansuaran kereta, bil broadband, astro dan sebagainya sehingga hujung tahun ini. Nanti bila Ratu sudah bersalin.. Sudah berpantang.. Ratu sudah senang hati. Semua bil sudah selesai dibayar. Maklumlah Ratu nanti tidak boleh memandu ketika berpantang. Raja pula sibuk. Jadi, urusan sebegini menyenangkan Raja Ratu nanti.

Harapan Ratu agar batuk ini cepatlah reda dan tidak menganggu tempoh Ratu bersalin dan berpantang. AMIN.. AMIN.. AMIN..

Tatapan dari,

Sunday, September 4, 2011

Debaran Ratu Bermula..

Bila tibanya Hari Raya Aildilfitri, hati Ratu sudah mula berdebar. Mana tidaknya. Genap kini sebulan sahaja lagi daripada tarikh jangkaan doktor 30 September 2011, Ratu dijangkakan bersalin. Badan Ratu sudah mula rasa tidak larat dah ni untuk membuat kerja-kerja berat.

Ratu rasa bimbang pun ada.. Rasa risau pun ada.. Terfikir lak macam mana situasi Ratu di saat melahirkan bayi dalam kandungan Ratu ni.. Adakah Ratu bakal melahirkannya secara normal ataupun secara pembedahan.. ataupun dibantu dengan vacum.. Oleh kerana Raja telah menetapkan Ratu untuk bersalin di Hospital Pantai, Raja Ratu telahpun membuat penyelidikan dari segi budget kos rawatan bersalin di hospital tersebut. Ratu sudah bertanya doktor berkaitan dengan kos tersebut yang mana tidak termasuk wad:-

a) Bersalin normal RM1,800
b) Bersalin secara pembedahan RM5,000
c) Bersalin dengan bantuan vacum RM2,500

Ratu paling gerun bila dengar bersalin secara normal kerana ianya menelan belanja lebih kurang RM5,000 ke atas. Kebetulan jiran Raja Ratu telahpun bersalin secara pembedahan kerana komplikasi tertentu dan anaknya dilahirkan kurang dari 2 kg. Dalam situasi sebegini, kos bersalinnya termasuklah kos-kos lain seperti wad dan rawatan bayi menelan belanja lebih kurang RM7,000 lebih. Wow !!! Tinggi juga kosnya. Ini lagi merisaukan Ratu. Bila Ratu mengajukan kepada Raja berkaitan kos bersalin, Raja menenangkan Ratu supaya jangan berfikir tentang kos bersalin. Mungkin Raja telah menyediakan peruntukkan untuk menampung kos bersalin Ratu. TERIMA KASIH RAJA HATIKU KERANA MENYEDIAKAN TEMPAT BERSALIN YANG LEBIH SELESA UNTUK RATU.

Ratu juga berharap agar Ratu dapat bersalin dengan mudah tanpa sebarang komplikasi dan dapat bersalin secara normal. Emm.. Kaki Ratu sudah memang sembab dari bulan lepas lagi merisaukan Ratu tentang hari kelahiran bayi dalam kandungan ini yang bakal menjelang tiba.

Tatapan dari,

Wednesday, August 31, 2011

Selamat Hari Raya

Raya tahun ni Raja Ratu sambut dengan penuh kesederhanaan. Asalnya, Raja Ratu merancang ingin memakai baju raya tahun lepas sahaja. Bukan kerana Raja Ratu tidak mendapat bonus raya tapi Raja Ratu lebih menumpukan kepada kos bersalin Ratu nanti serta urusan-urusan lain yang perlu Raja Ratu lakukan untuk mencapai matlamat kami tahun ini. Tapi inilah yang dinamakan rezeki. Kos bersalin Ratu, sudahpun Raja peruntukkan. Urusan-urusan lain telahpun Raja Ratu selesaikan. Di penghujung bulan Ramadhan, Raja menerima bonus Raya sebanyak RM1,000.00. Apa lagi raja kata KITA ENJOY !!!!

Raja terus memberitahu Ratu bahawa bonus yang diterima ini boleh digunakan sepenuhnya untuk baju raya. REZEKI TERPIJAK ni namanya. Alhamdulillah, Raja tanpa melengahkan masa terus membawa Ratu malam tu untuk membeli baju Raya.

Ratu raya tahun ini memakai jubah. Ya lah.. Mana tidaknya.. Ratu sudah berbadan dua kan. Raya tahun ni Ratu sambut tidak secergas biasa. Mana tidaknya. Kandungan Ratu sudah mencecah 8 bulan lebih. Kaki Ratu pun sudah hampir 2 minggu sembab. Tapi Ratu gembira. Gembira kerana Ratu dapat menyambut Raya kali ini dengan Raja dan ahli keluarga. Emm.. Tahun depan pula pastinya Raja Ratu dapat menyambut Raya dengan cahaya mata kami nanti. Insya Allah..
Apa-apapun Raja Ratu ucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI. Raja Ratu harapkan semua pengunjung TERATAK ISTANA ini dapat menyambutnya dengan penuh kegembiraan. Namun, Raja Ratu juga berharap korang tidaklah berbelanja terlalu tinggi untuk menyambut perayaan seperti ini sehingga poket kosong selepas Raya nanti ya.

Tatapan dari,

Tuesday, August 30, 2011

Alhamdulillah.. Dapat Puasa Penuh Tahun Ini

Hari ini 29 Ogos 2011 merupakan hari memantai dan esok kita semua akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Hari ini Ratu rasa gembira sangat. Gembira ???? Yang pertama, esok Ratu dapat pakai baju raya baru. Hehe.. Kedua, Raja Ratu telah dapat mencapai matlamat atau azam utama Raja Ratu tahun ini. Lebih menggembirakan lagi, Ratu dapat berpuasa penuh tahun ini. Huhu..

Pada mulanya, Ratu ingat dengan keadaan Ratu sebegini Ratu tidak dapat menunaikan ibadat puasa ini sepenuhnya. Kalau bukan di bulan Ramadhan ni, selalunya Ratu sudah berasa lapar bila jam menunjukkan lebih kurang pukul 12.00 tengah hari. Tapi bila di bulan Ramadhan ni, Ratu tidak pula berasa lapar. Syukur Alhamdulillah.. Bohonglah kalau Ratu katakan 1 hari pun Ratu tidak rasa lapar langsung sepanjang bulan Ramdhan ni. Memang Ratu ada rasa lapar. Tapi sayang pula untuk buka puasa. Selagi tidak memudaratkan, baik Ratu teruskan amalan berpuasa. Tapi dengan syarat, Ratu mesti bersahur. Kalau tidak bersahur, sudah tentu Ratu terpaksa juga ponteng puasa. Hehe..

Setiap hari di sebelah malam sebelum tidur.. Sebelum baca niat puasa.. Ratu selalu urut-urut perut.. Belai bayi dalam kandungan.. Berbual dan pujuk agar dapat berpuasa bersama-sama keesokkan hari. Emm.. Berhasil juga akhirnya. Hehe..
Akhir kata, Ratu bersyukur sangat kerana dapat menyempurnakan ibadat puasa sepenuhnya.. Tanpa ponteng-ponteng dan bayi dalam kandungan ini dapat turut sama berpuasa.. Ratu juga bersyukur kerana tidak mengalami tempoh berpantang atau menyusu sepanjang bulan Ramadhan ini seperti rakan Ratu yang lain. Kalau tidak, sudah pasti Ratu tidak dapat berpuasa penuh tahun ni. Syukur Alhamdulillah.. Ratu tidak perlu ganti puasalah tahun ini.

Tatapan dari,

Sunday, August 28, 2011

Seronoknya !!!! Dapat Cuti Pelepasan Raya

Kalau anda rasa gembira tepuk tangan. Pak !!! Pak !!! Haha.. Ratu bukan nak ajak menyanyi ya. Sebenarnya, Ratu rasa gembira kerana Ratu bersama rakan sepejabat Ratu mendapat cuti pelepasan selama 2 hari. Waa !!! Raya sakan la Raja Ratu tahun ni.. Memang Ratu tidak menyangka yang Ratu dapat pelepasan cuti tahun ini.

Tahun-tahun lepas Ratu dapat cuti pelepasan 1 hari selepas Raya. Tapi tidak sangka lak dapat cuti pelepasan 2 hari iaitu pada hari memantai 1 hari sebelum raya dan 1 hari selepas Raya. Tahun ini Hari Raya Aidilfitri jatuh pada hari Selasa 30 Ogos 2011 dan Rabu 31 Ogos 2011 manakala hari Khamis adalah cuti ganti Hari Kebangsaan yang jatuh pada hari Rabu 31 Ogos 2011. Jadi cuti yang Ratu dapat pelepasan adalah pada hari Isnin 29 Ogos sebelum Raya dan pada hari Jumaat 2 September 2011 selepas Raya. Waa !!! Seronoknya. Ratu tidak perlu mohon cuti kerana Ratu dapat cuti Raya selama seminggu. Emm.. jangan jealous ya. Tak sangka lak Raja pun mendapat cuti yang sama. Waa !!! Raya sakan lah tahun ni. Tapi Ratu tidak boleh nak bergerak aktif ke sana ke sini dengan keadaan Ratu sekarang ini. Tapi cuti yang diberi ni sekurang-kurangnya dapatlah Ratu berehat bersama Raja dan keluarga Raja Ratu. Cuti tahunan boleh lah Ratu simpan dan gunakan selepas Raya nanti. Hehe..

Akhir kata, SELAMAT BERCUTI RAYA kepada semua khususnya kepada rakan sepejabat Raja Ratu.

Tatapan dari,

Rawatan Susulan Kandungan Yang Pertama di Hospital Pantai

Atas ketegasan Raja yang inginkan Ratu bersalin di Hospital Pantai untuk keselesaan, Ratu pun menghubungi pihak hospital untuk mendapatkan keterangan lanjut. Ratu juga mendapatkan khidmat nasihat rakan sepejabat Ratu. Beliau mencadangkan untuk menghubungi doktor Hanisah untuk rawatan susulan kandungan sekaligus menjadi doktor yang akan menyambut cahaya mata pertama Raja Ratu ketika Ratu bersalin nanti. Ratu pun menghubungi pihak hospital dan meletakkan 26 Ogos 2011 sebagai tarikh untuk rawatan susulan yang pertama.

Petang 26 Ogos 2011, Raja membawa Ratu ke Hospital Pantai untuk rawatan tersebut. Pada mulanya, Ratu ditimbang untuk mengetahui berat badan Ratu. Kemudian Ratu menjalani ujian air kencing dan ujian tekanan darah. Akhir sekali, Ratu menjalani rawatan scan untuk mengetahui kesihatan bayi dalam kandungan Ratu. Hasil dari ujian scan tu, Raja Ratu difahamkan berat badan bayi dalam kandungan dianggarkan dalam 2.5 kg ke 2.6 kg. Tapi yang seronoknya, Raja pula pada ketika itu terlalu teruja untuk mengetahui jantina bayi dalam kandungan Ratu ini. Mentang-mentanglah Raja dapat turut sama ketika Ratu menjalani ujian scan tu. Hehe.. Malangnya, doktor tidak dapat mengesan jantina bayi dalam kandungan Ratu ini. Inilah padahnya bila Ratu ajak Raja untuk menjalani ujian scan bagi mengetahui jantina bayi ini ketika kandungan mencecah 4 ke 5 bulan dulu, Raja pula yang tidak mahu. Raja nak biarkan ianya menjadi 1 kejutan bila bayi dalam kandungan ini dilahirkan nanti. Haha.. Bila dah macam ni.. Nak tahu jantina kan dah susah.. Terus tidak dapat dikesan melalui scan. Hehe..

Tapi Raja Ratu rasa seronok pula bila mengetahui bayi dalam kandungan ni aktif.. Nadi jantungnya berdeyut dengan baik.. Beratnya berada dalam keadaan baik dan normal iaitu melebihi 2.5 kg.. Raja Ratu juga dapat melihat melalui scan, tangan dan kaki bayi ni.. Yang penting Ratu dan bayi dalam kandungan ini sihat. Alhamdulillah..

Tatapan dari,

Friday, August 26, 2011

Hadiri Kursus Peneman ketika bersalin

Hari ini 25 Ogos 2011, bergegas Raja Ratu bersiap-siap untuk menghadiri kursus peneman ketika bersalin ini yang diadakan di hospital kerajaan. Tepat pukul 8.30 pagi, Raja Ratu tiba di Hospital Kerajaan. Memang Ratu ada mengajukan kepada Raja berkaitan KURSUS PENEMAN sebelum ini. Pastinya semua ibu mengandung inginkan suaminya menemaninya ketika bersalin. Begitu jugalah dengan Ratu. Ratu juga mahukan Raja menemani Ratu sebagai tanda sokongan dan semangat. Kursus seperti ini adalah sebagai syarat jika Raja ingin menemani Ratu nanti. Jadi atas persetujuan Raja, Ratu pun berhubung dengan pihak hospital untuk tentukan tarikh yang sesuai bagi membolehkan Raja Ratu menghadirinya.

Dalam kurus ini, Raja Ratu diajar:-
a) Bagaimana untuk mengetahui tanda-tanda hendak bersalin...
b) Apa yang perlu dilakukan oleh suami ketika isteri bersalin..
c) Apa yang berlaku di kamar bersalin nanti..
d) Apa barang yang perlu dibawa ketika hendak bersalin..
e) Bagaimana cara menyusukan bayi nanti..
f) Ditunjukkan juga lokasi kamar bersalin, wad bersalin dan tempat pembayaran..

Inilah antara gambaran kamar bersalin yang akan Ratu lalui nanti. Emm.. rasa gementar pula. Kurus ini tamat lebih kurang pukul 12.00 tengah hari. Selesai sahaja kursus, Raja menyuarakan cadangan supaya Ratu bersalin di Hospital Swasta. Emm.. Ratu terkejut. Macam mana boleh beralih arah lak ni. Ini kerana semasa kursus peneman itu dijalankan, jururawat hospital tu ada memaklumkan kepada semua bahawa bilangan orang yang bersalin di hospital kerajaan semakin meningkat. Ditambah lagi, Raja perhatikan sekitar luar kamar bersalin, ramai kaum ibu yang hendak bersalin duduk menunggu di luar sebelum dimasukkan ke kamar bersalin. Raja risau akan ketidakselesaan Ratu nanti semasa bersalin. Ratu pula teringat akan cadangan rakan sepejabat Ratu yang minta Ratu bersalin di Hospital Pantai. Ratu pun mengajukan cadangan rakan Ratu itu kepada Raja dan Raja terus bersetuju.

Tapi apa-apapun Raja Ratu perlu menghubungi pihak Hospital Pantai dan berurusan dengan doktor yang rakan Ratu cadangkan itu untuk rawatan bersalin. Dalam hati Ratu ni risau juga kerana rawatan mengandung Ratu sudah lakukan di klinik dan hospital kerajaan tapi di saat-saat kandungan Ratu mencecah 8 bulan ini, Ratu berpindah ke hospital swasta. Maklumlah ini adalah kandungan yang pertama dan pastinya Ratu tidak ada pengalaman. Ratu risau juga tentang kos bersalin yang bakal ditanggung sepenuhnya nanti oleh Raja Ratu.

Biarpun besar kemungkinan Ratu akan bersalin di Hospital Pantai, tapi Ratu tidak menyesal menghadiri kursus peneman ini kerana banyak ilmu yang Raja Ratu perolehi dari kursus ini. Ratu pun tidak kisahlah bersalin di hospital kerajaan ataupun swasta. Janji Raja ada bersama Ratu di kamar bersalin.. Janji Ratu dapat melahirkan bayi dalam kandungan Ratu ini dengan selamat dan bayi Raja Ratu ini sihat dan sempurna nanti. ITU YANG PALING UTAMA.

Tatapan dari,

Sunday, August 21, 2011

Terkejut Menerima Hamper Raya

Ratu tidak menyangka bahawa bulan Ramadhan tahun ini, Ratu akan menerima hamper Raya. Memanglah Ratu pernah menerima hamper Raya. Tapi hamper yang diterima itu bukanlah kepunyaan Ratu seorang kerana hamper itu dihantar atas nama syarikat. Haha.. Jadi, Ratu dapatlah merasainya bersama rakan sepejabat yang lain. Tapi Ramadhan kali ini Ratu menerima hamper yang ditujukan kepada Ratu secara peribadi. Hehe..

Pada mulanya, Ratu terfikir kedatangan seorang lelaki di pejabat Ratu itu, membawa hamper yang kebetulan ditempah pejabat Ratu baru-baru ini. Tapi apabila lelaki itu mencari Ratu di pejabat, barulah Ratu tahu bahawa salah 1 daripada 4 hamper yang dibawanya adalah milik Ratu. Hehe.. Terima kasihlah kepada pemberi hamper tu AZMI CATERING SDN. BHD. Terima kasih banyak-banyak. Inilah hampernya yang Ratu terima.
Raja hatiku.. Jangan cemburu ok.. Ratu dapat hamper ni. Hehe.. Ratu balik rumah dan Raja pulang dari kerja, Raja sudah terpandang hamper tu. Raja pun bertanyakan Ratu mengenai hamper tersebut. Bila Raja mengetahui Ratu menerima hamper tu, Raja lah orang yang pertama buka hamper tu serta merasmikan makanan dalam hamper tu. Emm.. Akhir kata,

TERIMA KASIH..
TERIMA KASIH..
TERIMA KASIH RATU UCAPKAN..

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267