Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Friday, July 29, 2011

Selamat Berpuasa..

Ramadhan kali ini, Raja Ratu sambut dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran. Gembira & syukur kerana Ramadhan tahun ni Raja tidak terlibat dengan kerja-kerja luar. Jadi Ratu dapat la bersahur dan berbuka puasa bersama-sama Raja. Gembira dan syukur kerana Raja Ratu sambut Ramadhan kali ni dengan situasi Ratu yang berbeza dengan tahun-tahun lepas yang mana Ratu kali ni berbadan dua. Raja Ratu sudah terfikir dah macam mana lah agaknya Raja Ratu menyambut Ramadhan dan Raya Aidilfitri tahun depan. Mesti meriah rasanya sambutan tahun depan dengan kehadiran cahaya mata Raja Ratu yang pada ketika itu mencecah lebih kurang 1 tahun. Insya Allah..

Usia kandungan Ratu kini alhamdulillah mencecah 7 bulan. Di awal Ramadhan yang bakal menjelang tiba ni Ratu mula berazam. Ratu berazam untuk mengambil peluang ini berpuasa penuh. Mana tidaknya orang perempuan ni mana dapat peluang puasa penuh di bulan Ramdhan ni kan. Kalau dapat pun ianya jarang berlaku. Jadi dalam keadaan Ratu sekarang ni, Ratu ingin cuba berpuasa penuh. Lagipun ianya bagus untuk diri Ratu dan bayi dalam kandungan ni kerana berpuasa ni kan ibadah yang mulia.

Walaubagaimanapun, perasaan risau tu tetap ada dalam diri Ratu. Mana tidaknya, sebelum ini selera makan Ratu agak tinggi juga. Takut ianya terbawa-bawa di bulan Ramadhan ni. Tapi Ratu percaya kalau niat kita baik. Insya Allah, Ratu pasti boleh melakukannya.

Akhir kata, SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK kepada semua pengunjung Teratak Istana Raja Ratu ini khususnya kepada mereka yang beragama Islam ya.

Tatapan dari,

Thursday, July 28, 2011

Kenduri arwah dan kesyukuran kandungan Ratu mencecah 7 bulan

Di awal tahun ini, Raja Ratu memang ada merancang untuk membuat kenduri arwah tahun ini. Tapi Raja Ratu belum tetapkan lagi bulan berapa kenduri ini ingin diadakan. Memandangkan kandungan Ratu sudah mencecah 7 bulan lebih, Ratu rasa sesuai diadakan sekali bacaan doa selamat. Kalau orang Jawa, mereka lebih suka adakan kenduri 'lenggang perut' Haha.. Jadi, Ratu fikir sebelum Ramadhan berkunjung tiba, Ratu rasa bulan ni sesuai diadakan kenduri. Tapi kesibukan Raja & Ratu membatasi kehendak & keinginan Ratu untuk adakan kenduri ini. Mana tidaknya.. Raja sibuk dengan kerja luar. Ratu juga sibuk dengan urusan kerja-kerja pejabat yang perlu Ratu siapkan. Jadi, Raja Ratu fikir takut nanti kelam kabut dari segi penyediaan makanan, buah tangan dan sebagainya. Kebetulan pula, pada ketika itu ibu Raja ingin membuat kenduri arwah ayah Raja. Jadi, Raja Ratu mengambil keputusan untuk adakan kenduri arwah adik Ratu, arwah ayah Raja dan arwah sedara mara Raja Ratu ini di kampung Raja di rumah ibu Raja. Ratu selitkan sekali bacaan doa selamat untuk kandungan Ratu ini yang selamat mencecah lebih 7 bulan.

Asalnya, Raja Ratu ada juga keinginan untuk membuat kenduri ini di rumah anak-anak yatim. Tapi masa Raja Ratu terbatas. Ditambah lagi dengan keadaan Ratu kini, pergerakan Ratu agak terbatas sedikit.
COMEL TAK SI KECIL NI BERDOA.. Emm. SO SWEET !!! Akhir kata, dalam kenduri doa selamat ini, Raja Ratu harapkan doa agar cahaya mata kami ini dapat dilahirkan dengan sihat, selamat dan sempurna tubuh badan. Tak kisahlah cahaya mata kami ini nanti lelaki ke perempuan. Janji selamat kerana ini adalah cahaya mata kami yang pertama. AMIN.. AMIN.. AMIN..

Tatapan dari,

Tuesday, July 26, 2011

Mula Membeli Barangan Baby Raja Ratu

Kini usia kandungan Ratu sudah mencecah 7 bulan lebih. Ratu terus mengajak Raja untuk membeli barang keperluan bagi menyambut cahaya mata yang bakal dilahirkan nanti. Atas kesibukan masing-masing, Raja Ratu akhirnya mengambil keputusan bercuti 1 hari dan habiskan masa bersama untuk membeli barang keperluan mana yang penting. Maklumlah Raja nak outstation. Bila Raja mengambil cuti, Ratu juga perlu mengambil cuti untuk selesaikan urusan sebegini. Lagipun bulan Ramadhan bakal menjelma. Dengan keadaan Ratu sebegini sudah semestinya Ratu perlu mengurangkan aktiviti di bulan Ramadhan.

Sebelum beli, Raja Ratu mendapatkan khidmat nasihat rakan bagi mengetahui barang apa yang perlu dibeli. Maklumlah Raja Ratu ni tiada pengalaman membeli barangan BABY kerana ini adalah cahaya mata kami yang pertama. Atas nasihat rakan Ratu, inilah barangan yang Ratu beli :-

a) Tuala mandi
b) Selimut bayi
c) Mangkuk mandi bayi
d) Tilam dan bantal bayi
e) Tikar getah untuk alas bayi selepas mandi dan bersihkannya jika buang air kecil atau besar
f) Beberapa helai pakaian siang dan malam
g) Kelambu bayi
h) Napkin
i) Lampin pakai buang
j) Termos kecil
k) Tisu basah
l) Sarung kaki dan tangan
m) Botol susu
n) Tuala kecil
o) Minyak UE
p) 1 set mandian yang mengandungi syampoo, bedak, shower, losyen
q) Barut

Moga-moga barangan ini cukup untuk keperluan cahaya mata Raja Ratu nanti selepas lahir. Kalau tidak cukup nanti, pastinya Raja Ratu akan beli kemudian. Hehe..

Tatapan dari,

Friday, July 15, 2011

Makan Tengah Hari Sebelum Sambut Ramadhan

Ramadhan bakal disambut lagi. Bila Ramadhan sudah bertakhta, kita sudah tidak boleh nak makan tengah hari lagi dah selama sebulan. Jadi, Ratu bersama-sama rakan sepejabat Ratu mengambil kesempatan ini untuk makan tengah hari bersama sebelum Ramadhan ni. Pagi-pagi lagi rakan sepejabat Ratu sudah mula berbincang nak makan tengah hari di mana. Yang seorang ni cadang nak makan chicken chop.. Yang seorang ni cadang nak makan steamboat.. Yang seorang ni cadang nak makan McDonalds. Emm.. yang mana satu ni yek. Bincang punya bincang, kata sepakat telah diambil. Semua orang bersetuju untuk makan steamboat tengah hari ni di salah sebuah restoren di Jaya Jusco iaitu Johnny.

Sebelum bertolak tu, kami telefon dulu untuk tempah tempat duduk dan minta pekerja restoren tu panaskan dahulu sup tomyam tu. Nanti kami sampai terus masuk je bahan-bahan dan boleh makan. Tak de lah tunggu lamakan. Maklumlah ni hari bekerja beb. Waktu rehat tu mestilah pendek. Satu jam sahaja waktu rehat melainkan hari Jumaat. Jumaat tu rehatnya lama sikit.

Kecoh memang la kecoh bila makan bersama. Inilah gambarnya yang sempat diambil oleh rakan sepejabat Ratu.
Makan ramai-ramai macam ni memanglah seronok di samping dapat mengeratkan siraturrahim sesama rakan sepejabat. Aktiviti seperti ini memanglah Ratu bersama rakan lakukan setiap bulan. Ratu terfikir juga selepas Raya ni, nak makan ramai-ramai kat mana pula nanti. Emm.. Sebab selepas raya nanti, tu lah bulan yang dapat Ratu rasa makan beramai-ramai sebelum Ratu bersalin nanti.

Tatapan dari,

Monday, July 11, 2011

Selamat Pengantin Baru Farah

Raja Ratu perkenalkan dulu siapa sebenarnya Farah. Farah ni sebenarnya sepupu Raja. Dialah orangnya yang menjadi pengapit Ratu sewaktu perkahwinan Raja Ratu di rumah keluarga Raja dahulu. Kali ini giliran Farah pula melangsungkan perkahwinannya. Sebenarnya ibu Raja memang ada memaklumkan kepada Raja Ratu tentang tarikh perkahwinan Farah sebelum ini. Tapi Ratu tidak pasti pada ketika itu sama ada Raja dapat menghadiri majlis Perkahwinan sepupunya ataupun tidak nanti. Ini kerana Raja ketika itu outstation.

Pada hari majlis perkahwinan Farah ini, Raja memaklumkan kepada Ratu bahawa dia tidak dapat menghadiri majlis tersebut. Jadi Ratu mengambil tindakan mengajak ibubapa Ratu menemani Ratu untuk menghadiri majlis tersebut. Farah memilih warna putih sebagai tema perkahwinannya. Pelaminnya putih.. Baju pengantin putih.. Khemah juga bertemakan putih.. Ibubapa pengantin pun memakai baju berwarna putih..

Emm.. inilah gambar pelaminnya,
Ini pula gambar pengantinnya, Farah..Akhir kata, SELAMAT PENGANTIN BARU kepada Farah. Semoga berkekalan hingga ke anak cucu. AMIN..

Tatapan dari,

Monday, July 4, 2011

Nasihat IRFAN KHAIRI : Gagal Dalam Perniagaan

Sesi motivasi kali ini Raja Ratu ingin kongsikan petikan daripada nasihat IRFAN KHAIRI berkaitan kegagalan dalam perniagaan untuk tatapan dan rujukan kepada Raja Ratu dan semua pengunjung teratak ini. Antara nasihatnya ialah:

a) Kegagalan dalam perniagaan adalah biasa. Walaupun 9/10 rezeki adalah datangnya dari dalam perniagaan, tetapi 9/10 perniagaan adalah gagal. Bukan untuk menakut-nakutkan korang yang ingin berniaga, tetapi sememangnya hakikatnya. Oleh itu, jangan risau kalau perniagaan pertama kita gagal.. Atau perniagaan kedua.. Atau perniagaan ketiga pun gagal.. Atau perniagaan keempat.. Kelima.. Keenam dan seterusnya !!! Ini semua adalah ujian dalam perniagaan. Janji jangan berputus asa kerana sekiranya rezeki kita di situ, pastinya perniagaan kita akan berjaya juga satu hari nanti.

b) Gagal selepas berusaha tidak mengapa. JANGAN GAGAL SEBELUM BERUSAHA !!!! Ertinya di sini, tidak mengambil langkah pertama kerana istilah "TAKUT". Disebabkan takut kegagalan nanti, kita tidak mulakan perniagaan. Tetapi, kalau berniaga dan kita gagal pula, ianya bukan 1 masalah. Malahan, dalam kegagalan tersebut pastinya kita telah pelajari suatu yang amat penting. Satu ilmu yang tidak boleh dibeli dari mana-mana.. cuma dari PENGALAMAN !!!

c) Apa yang penting di sini dalam perniagaan, kita kena berani berusaha dan berfikiran positif. Jangan cepat berputus asa. Tapi jika kegagalan berlaku, sudah pastinya ada hikmah di sebalik kegagalan. YAKINLAH BAHAWA BILA PINTU REZEKI TERTUTUP, PASTINYA ADA TINGKAP LAIN TERBUKA. Mungkin rezeki kita bukan pada perniagaan itu. Mungkin juga rezeki kita dalam perniagaan yang lain. Apa pun, apa yang terjadi, pastinya terdapat hikmah yang lebih baik disebalik kegagalan tersebut.

Petikan dari kata-kata IRFAN KHAIRI, "Teringat saya filem The Dark Knight. Bruce Wayne (masa kecik) bertanya, Why do we fall?, dan jawapannya yang dia dapat adalah "Because we can learn to pick ourselves up again !".. So, don't worry.. Be happy.. Tak mengapalah sekiranya kita rasa frust.. tertekan.. Biasalah, siapa tak frust kalau cita-cita yang kita idamkan belum kecapaian. Tetapi, apa yang penting di sini bukanlah kegagalan tersebut, tetapi bagaimana kita bangun selepas kegagalan."

Semoga nasihat ini dapat menaikkan semangat kepada mereka yang ingin memulakan pernigaan mereka masing-masing ya..

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267