Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Saturday, December 31, 2016

Selamat Tinggal Tahun 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung setia Teratak Istana Raja Ratu. Masa berlalu dengan begitu pantas kan. Sedar-sedar sudah mula hendak menjejak kaki ke tahun 2017. Inilah yang dikatakan masa itu emas. Ia akan mengejar ke hadapan dan kalau kita terleka, kita akan ketinggalan. Ish !!! Bermadah pula Ratu kali ini. Hehe..

Bagaimana dengan matlamat dan perancangan korang pada tahun ini. Sudah tercapai ke belum. Raja dan Ratu agak tergelincir sedikit pada tahun ini. Ada yang masih belum dapat kami kejar untuk tahun ini. 

Sepanjang tahun 2016 ini di zaman ekonomi yang gawat ni, boleh dikatakan semua barang naik kan. Walaupun minyak ada kala turun, tapi barang keperluan harian tetap naik kan. Pelik memang pelik, Kecewa memang kecewa. Tapi kita tarik nafas dalam-dalam, biar apapun kita kena tempuh jua. Mana dengan penetapan GST.. Kenaikkan harga minyak masak.. Kenaikkan kos pengeposan dan pelbagai lagi harga barang dan perkhidmatan yang telah dinaikkan.

Bagi Raja dan Ratu, tahun ini adalah tahun ujian buat kami. Ada beberapa perkara yang kami tempuhi sepanjang tahun ini. Tapi Alhamdulillah, kami berjaya tempuhi dengan tangan  tergengam erat bersama. Ratu percaya Allah uji untuk didik hati kita untuk jadi lebih kuat. Raja dan Ratu bersyukur walaupun kami tergelincir sedikit, kami dapat menempuhnya dengan tenang. Raja Ratu percaya tembok halangan yang ada ni kami kena rempuh dan pecahkan. Yang pasti ada kejayaan menanti di hadapan dan Ratu yakin 2017 ada sinar kejayaan menunggu kehadiran kami.


Moga tercapai hendaknya.. Bukan sahaja impian Raja Ratu tapi impian anda semua untuk tahun 2017.. Amin.. Amin.. Amin..  

Tatapan dari,

Friday, December 16, 2016

Nantikan Produk Terbaru Dari RR Raudah

Alhamdulillah.. Syukur kehadrat Illahi kita masih lagi bernafas sehingga ke hari ini. Raja dan Ratu sekarang ini berada di bulan yang agak sibuk sedikit kerana kami perlu selesaikan beberapa perkara sebelum penghujung tahun ini pada 31 Disember 2016. Kami perlu selesaikan kerja-kerja tertunggak sebelum kami berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan UMRAH pada bulan Januari 2017. 

Masa berjalan begitu pantas. Tinggal lagi lebih kurang 2 minggu je lagi jejak 31 Disember 2016 dan tinggal tidak sampai sebulan je lagi kami dijangkakan akan berangkat ke tanah suci untuk menunaikan UMRAH. Lagi laju masa bergerak menghampiri penghujung tahun, lagi banyak kerja-kerja baru kami terima. Alhamdulillah..

Apa-apapun.. Insya Allah, kami dari RR Raudah bakal mengeluarkan produk terbaru menjelang tahun baru 2017 nanti. Produk ini nanti akan kami ceritakan kelak. Insya Allah produk ini nanti akan kami keluarkan setelah kami pulang dari Tanah Suci Mekah nanti. 

Produk baru ini nanti dan produk-produk kami yang sedia ada, kami alu-alukan bagi sesiapa yang ingin menjadi AGEN.. DROSHIP.. 
Kami bantu anda untuk menambah pendapatan anda..
Untuk Agen.. 
Kami akan minta pelanggan kami berurusan dengan agen mengikut kawasan mereka..
Untuk dropship..
Kami akan memberikan komisen mengikut hasil jualan anda..
Insya Allah.. 
Ayat-ayat marketing kami akan bekalkan untuk tujuan marketing..
untuk semua agen dan droship..

Ini antara barangan yang kami jual. Ini adalah acuan simen..


Ada 2 design acuan simen ini..


Lampu solar,


Kipas solar,


Wallpaper,


Ini design bunga,


Ini design batu bata,


Ada pelbagai design lagi boleh dilihat di page facebook kami RR Raudah,

Photomural,


Antara design lain,


Ada pelbagai design lagi boleh dilihat di page facebook kami RR Raudah,

Batu bercahaya,


Banyak gambar boleh dilihat di page kami RR Raudah

Kami bantu anda merialisasikan impian anda,
Anda puas hati, kami senang hati..

Hubungi kami --> 012-6844870 Ely


Tatapan dari,

Friday, December 9, 2016

Gambar Acuan Simen Dari Pelanggan RR Raudah

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca khususnya pengunjung setia Teratak Istana Raja Ratu ini. Kali ini Ely hendak kongsikan gambar dari pelanggan kami RR Raudah yang baru kami terima melalui whatsapp. 

Inilah gambarnya yang dikongsikan,


Jika dilihat di sini hasil gabungan 2 design acuan simen. Boleh dilihat sebelah kiri itu menggunakan design simen berbentuk 4 segi manakala yang sebelah kanan tu menggunakan acuan simen berbentuk bulat.

Antara gambar lain,


Cantikkan hasil kerjanya gabungan antara 2 design acuan simen ini.

Gambar seterusnya,


Cantik kan hasil kerjanya. Acuan simen ini menjadikan kerja anda lebih mudah. Hasilnya juga cantik.

Ini pula gambar terakhir yang dikongsikan,


Perkongsian kami melalui whatsapp. Pelanggan kami ini adalah dari Melaka.


Banyak gambar yang dikongsikan kepada kami.

Ini antara yang terlepas pandang. Antara gambar lain yang turut dikongsikan lagi kepada kami.


Inilah antara 2 design acuan simen tersebut,


Terima kasih kami ucapkan atas kesudian berkongsi gambar ini kepada kami. Kami amat hargainya sebab kami boleh kongsikan kepada anda semua yang ingin kan,

Halaman rumah nampak cantik..
Lantai letak kenderaan yang unik dan tersendiri..
Pejalan kaki yang cantik..
Kaki lima yang nampak kelainan..

Kami bantu anda merealisasikan impian anda..
Anda puashati, kami senanghati..

Layari ruang facebook kami --> RR Raudah
Untuk melihat lebih banyak hasil kerja daripada pelanggan-pelanggan kami.

Boleh hubungi kami --> 012-6844870 Ely
Boleh

Tatapan dari,

Thursday, December 8, 2016

Menghantar Bapa Saudara Ratu Menunaikan Umrah

Alhamdulillah.. Hari yang ditunggukan oleh bapa saudara Ratu sudahpun tiba. Seronok rasanya bila melihat bapa saudara dan ibu saudara Ratu ini bersemangat ingin menunaikan umrah. 

Sejak akhir-akhir ini ramai pula saudara mara dan kenalan Raja Ratu yang menunaikan umrah. Kami bukannya berpakat ya. Raja Ratu memang secara kebetulan dan tidak dijangka kami membuat keputusan untuk turut serta menunaikan umrah bersama dengan ibubapa Ratu dan saudara Ratu seramai 5 orang dari Johor pada bulan Januari 2017. Kami pun telahpun membuat bayaran deposit pada bulan penghujung bulan September 2016. 

Akhir-akhir ini, kami mendapat tahu bapa saudara dan ibu saudara Ratu dari Melaka akan menunaikan umrah pada Disember 2016. Begitu juga dengan abang ipar dan kakak ipar Ratu yang bergerak menunaikan umrah pada penghujung bulan lepas, November 2016. Ratu juga mendapat tahu sahabat Ratu telah tiba ke tanah suci Mekah yang juga menunaikan umrah. Minggu depan kenalan rapat Raja Ratu boleh dikatakan seperti keluarga angkat juga akan menunaikan umrah. Alhamdulillah, kali ini ramai pula yang akan menjejakkan kaki ke tanah suci menunaikan umrah. Dan Raja, Ratu dan Puteri Raja Ratu juga akan menjejakkan kaki ke sana pada awal tahun depan. Insya Allah. Raja dan Ratu tidak akan tinggalkan Puteri Raja Ratu. Kami akan bawanya ke sana. 

Ratu tidak dapat mengambil gambar dengan lebih dekat sebab masalah teknikal. Huhu.. Sebenarnya, sebab teruja melihat ibu saudara dan bapa saudara Ratu ingin berlepas di KLIA sehingga lupa untuk mengambil gambar. Huhu..


Ratu kongsikan gambar yang dikongsikan kepada Ratu melalui whatsapp oleh mereka yang telah berada di tanah suci untuk membakar semangat korang termasuklah Raja Ratu untuk ke sana..


Gambar ini diambil di Mekah semasa sebelum solat Jumaat,


Inilah Raudah tempat bersemadinya Rasullullah S.A.W dan kita wajib singgah. Di sini lah ramai yang berebut berdoa kerana sesiapa yang berdoa di sini akan termakbul. Insya Allah. 

Moga dipermudahkan urusan kami nanti pada bulan Januari 2017. Amin.. Rasa tak sabar.. Rasa berdebar.. Eh, Semua la.. 

Tatapan dari,

Wednesday, December 7, 2016

Design Iklan Untuk RR Raudah Telah Siap

Alhamdulillah.. Raja dan Ratu menerima tawaran dari pihak akhbar untuk mengiklankan produk dari RR Raudah ke dalam suratkhabar Berita Harian. Hasil perbincangan kami, akhirnya kami bersetuju dan menetapkan 12 Disember 2016 ini untuk kami akan iklankan produk-produk termasuklah acuan simen, lampu solar, kipas solar dan wallpaper.

Design iklan tersebut sudahpun siap. Alhamdulillah, kami bersyukur kepada Yang Maha Esa. Inilah designnya.


Moga-moga apa yang kami rancangkan ini berjalan dengan lancar.. Amin.. Amin.. Amin..

Jangan lupa singgah ke page facebook kami --> RR Raudah
Untuk melihat perkembangan dan promosi-promosi yang ditawarkan oleh pihak kami.

Hubungi kami --> 012-6844870 Ely
Boleh

Kami merealisasikan impian anda.
Anda puashati, kami senanghati..

Tatapan dari,

Friday, December 2, 2016

Penghantaran Acuan Simen Kepada Pelanggan Kami

Alhamdulillah, kebetulan Raja dan Ratu memang ada perancangan untuk pulang ke kampung pada hujung minggu lepas. Beberapa hari sebelum pulang kami menerima whatsapp daripada pelanggan kami yang ingin membeli acuan simen. Kebetulan pelanggan ini tinggal tidak jauh dari kampung Raja. Emm.. cam tu tak perlulah kami pos kepada pelanggan kami.. Kami boleh menghantarnya sendiri..

Inilah destinasi yang dituju telah tiba, kami hantarkan dahulu acuan ini kepada pelanggan kami,


Acuan 2 unit design bulat ini sudah berpunya ya. Sementara menunggu pelanggan kami tiba, Ely bergambar dulu.. Huhu.. 


2 unit acuan ini sudahpun diserahkan oleh pemiliknya.  Huhu..

Ini pula whatsapp nya, 


Alhamdulilah, terima kasih kerana membeli belah di RR Raudah,



Layari page facebook kami --> RR Raudah
Ada pelbagai gambar hasil guna acuan ini daripada pelanggan kami dari pelbagai negeri.

Kami bantu anda merealisasikan impian anda,
Anda puas hati, kami senang hati.

Hubungi kami --> 012-6844870 Ely
< WHATSAPP > < SMS > < CALL >

Tatapan dari,

Wednesday, November 30, 2016

Hasil Perkongsian Gambar Dari Pelanggan RR Raudah

Alhamdulillah.. kali ini Ely masih lagi ingin kongsikan gambar hasil acuan dari pelanggan RR Raudah dari Melaka, En Paisal. Sebelum ini En Paisal juga telah pun berkongsi gambar acuan dengan Ely dan Ely telahpun kongsikan gambar itu di sini. Kali ini dia ingin berkongsi lagi buat kali kedua hasil guna acuan 4 segi. 

Kali ini En Paisal kongsikan setelah siap projek rumahnya. 

Inilah hasilnya,


Sungguh kreatif hasil kerjanya. Ini hasil penuh halaman rumahnya,


Ini gambar keduanya,


Cantikkan. Malah kerja menjadi lebih mudah dengan adanya acuan simen ini. Inilah design acuan simen yang digunakan.


Anda boleh lihat lebih banyak gambar hasil acuan dari pelbagai negeri.

Kami merealisasikan impian anda.
Anda puas hati, kami senang hati.

Layari page facebook --> RR Raudah
Silalah LIKE page kami,
Supaya anda tidak ketinggalan dalam mengikuti perkembangan produk dan promosi-promosi yang bakal kami adakan nanti

Hubungi --> 012-6844870 Ely
< WHATSAPP >   < SMS >  < CALL >

Tatapan dari,

Friday, November 25, 2016

Abang Ipar Berangkat Menunaikan Umrah

Minggu lepas Raja dan Ratu menjengah abang Raja dan isterinya yang akan berangkat menunaikan umrah di rumahnya. Raja dan Ratu tidak dapat menghantar mereka ke KLIA kerana ada urusan yang tidak dapat dielakkan. Kami juga terperanjat bila mendapat tahu berita baik ini. Tu yang terus kami melawat abang dan kakak ipar Ratu ini bertanyakan khabar dan persiapan mereka ke sana. 

Bila tengok mereka ni ingin pergi menunaikan umrah, Raja dan Ratu Ratu rasa bersemangat pula. Insya Allah. Jika diizinkan olehNYA kami akan berangkat nanti pada awal tahun depan. 

Inilah antara gambar yang Raja Ratu terima yang dikongsikan kepada kami melalui whatsapp.


Gambar ini diambil sebelum berangkat. Ini pula gambar ke dua.


Inilah gambar mereka di hadapan kaabah,


Ini pula gambar isterinya,


Moga mereka dapat menunaikan ibadah umrah dengan baik dan sempurna dan dapat pulang ke tanah air dengan selamat. Amin..

Tatapan dari,

Tuesday, November 22, 2016

Perkongsian Gambar Dari Pelanggan RR Raudah

Alhamdulillah.. Kali ini Ely ingin kongsikan lagi gambar acuan dari pelanggan kami RR Raudah yang mana gambar ini Ely perolehi dari group whatsapp kami RR Raudah. 

Inilah gambarnya yang dikongsikan dari 2 orang pelanggan kami.

Gambar yang pertama,


Gambar yang kedua,


Antara gambar lain,


Mereka berkongsi gambar melalui group whatsapp RR Raudah


Cantik dan kreatif kan hasil kerja mereka.

Kami merealisasikan impian anda.
Anda puas hati, kami senang hati.

Layari page facebook --> RR Raudah
Silalah LIKE page kami,
Supaya anda tidak ketinggalan dalam mengikuti perkembangan produk dan promosi-promosi yang bakal kami adakan nanti

Hubungi --> 012-6844870 Ely
< WHATSAPP >  < SMS >  < CALL >

Tatapan dari,

Beg Umrah Sudah Sampai

Alhamdulillah, Raja dan Ratu tidak dapat mengambil beg umrah yang sudah tiba di pejabat agensi tersebut. Nasib baik, ibubapa Ratu dan saudara mara Ratu yang pergi bersama-sama kami untuk mengerjakan umrah nanti pergi mengambil beg dan buku di pejabat agensi tersebut.

Kami menggunakan khidmat dari agensi Rayhar Travel untuk uruskan semua keperluan kami di tanah suci nanti termasuklah penginapan dan makan minum kami. Agensi ini pernah Ratu gunakan khidmatnya sewaktu Ratu mengerjakan umrah dahulu. Waktu itu Ratu belum lagi berkahwin dengan Raja tapi kami masih lagi bertunang ketika itu. Agensi ini juga lah ibubapa Ratu gunakan khidmatnya untuk urusan mengerjakan haji 5 tahun lepas. 

Dan kali ini kami gunakan agensi yang sama untuk uruskan ibadah umrah kami nanti. Inilah beg yang diambil oleh ibubapa Ratu. Ini baru 1 beg


Ada 5 buah beg.. 1 untuk Raja.. 1 untuk Ratu.. 1 untuk ibu Ratu.. 1 untuk ayah Ratu dan 1 untuk Puteri Raja Ratu. Haha..

Alhamdulillah.. Moga dipermudahkan urusan visa pula.

Tatapan dari,

Friday, November 18, 2016

Sibuk Packing Barang Pelanggan RR Raudah

Alhamdulillah.. Rezeki datang tanpa diduga. Kali ini Raja dan Ratu sibuk packing acuan simen yang sudah ada tuannya. 

Ini adalah salah acuan yang sudah siap packing,


Ini adalah 1 unit acuan bulat untuk diposkan kepada pelanggan kami yang berada di Selangor.


Ini juga 1 unit acuan bulat untuk diposkan kepada pelanggan kami yang berada di Kedah.


Ini juga 1 unit acuan simen untuk diposkan kepada pelanggan kami yang berada di Kelantan.


Ini pula 1 unit acuan simen untuk diposkan kepada pelanggan kami di Kedah.

Kali ini permintaan agak tinggi untuk acuan simen bulat.
Jom CEPAT hubungi kami segera kerana stok di tangan semakin berkurangan.

Layari ruang page facebook kami --> RR Raudah
Silalah LIKE page kami,
Supaya tidak ketinggalan mengikuti perkembangan produk dan promosi-promosi bakal dikeluarkan nanti

Kami bantu anda merealisasikan impian anda,
Anda puas hati, kami senang hati..

CEPAT hubungi --> 012-6844870 Ely
< WHATSAPP > < SMS > < CALL>

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267