Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Tuesday, November 25, 2014

Menjemput Raja di KLIA

Emm.. akhirnya Raja dapat juga bercuti. Tapi tidak lama. 10 hari sahaja. Emm.. Semalam, Ratu menjemput Raja ke KLIA. Raja tiba di KLIA kira-kira pukul 1.00 tengah hari.

Tapi macam-macam halangan untuk Ratu sampai ke KLIA. Hendak cerita pun panjang lebar. Huhu. Tapi akhirnya Ratu dan Puteri Raja Ratu bersama ayah Ratu sampai juga di KLIA pada pukul 1.30 tengah hari. 

Inilah gelagat Puteri ketika hendak minum susu di dalam kereta. Ketika ini kami dalam perjalanan pulang ke rumah. 


Emm.. sudah rindu kat ayahnya ya.. Hehe. Minum susu pun hendak kat peha ayahnya.



Nampaknya Raja dan Ratu kena rancang betul-betul apa aktiviti yang boleh kami isi dan luangkan bersama sementara Raja masih sedang bercuti ini. Ratu sudah senaraikan apa yang ingin dilakukan. Tapi Ratu ada rasa terkilan sedikit. Mana tidaknya, di waktu hujung tahun ini Ratu memang sibuk sedikit dengan urusan kerja di pejabat. Raja ni pula dapat bercuti. Bulan lepas, Ratu sudah siap semua tugas di pejabat, Raja pula tidak dapat cuti. Emm.. Tak per la.. Ratu pun kena atur betul-betul kerja di pejabat sebab Ratu ingin bercuti dan luangkan masa bersama-sama Raja.

Tatapan dari,

Saturday, November 22, 2014

Pengeposan Buku Mudahnya Menjemput Rezeki

Alhamdulillah, hari ini Ratu ingin mengeposkan buku Mudahnya Menjemput Rezeki kepada pelanggan Ratu.

Selesai sudah urusan dan inilah hasilnya,


Insya Allah, buku ini akan diposkan pada keesokkan hari. Terima kasih kepada pelanggan Ratu atas pembelian. Selamat Membaca.

Di dalam paper bag itu pula adalah Al-Quran Digital yang akan Ratu hantar kepada pelanggan Ratu. Ini Al-Qurannya,


Setiap pembelian diberikan PERCUMA --> Tasbih Digital, kompas, Beg uncang, Muqaddam

Ratu ingin mengambil gambar bersama pelanggan Ratu yang membeli Al-Quran Digital ini. Tapi malangnya, bateri telefon bimbit Ratu sangat lemah. Jadi, Ratu tidak dapat hendak bergambar bersamanya. Terima kasihlah kepada En Abdul Rahim atas pembelian.

Berminat untuk memilikinya hubungi --> 012-6844870 Ely
Anda boleh WE CHAT -- WHATSAPP -- MESEJ -- CALL  Ratu pada nombor telefon di atas
Harga buku Mudahnya Menjemput Rezeki --> RM25 termasuk pengeposan
Harga Al-Quran Digital --> RM280.00 termasuk pengeposan (Harga pasaran RM295.00)

CEPAT !!! Hubungi Ratu sepantas mungkin sementara stok masih ada.

Tatapan dari,

Thursday, November 20, 2014

Mudahnya Menjemput Rezeki

Stok untuk buku mudahnya menjemput rezeki sudah sampai. Buku ini memang menjadi tumpuan ramai orang. Kemana-mana sahaja kita pergi pasti ada yang mencari dan ada yang sudahpun memilikinya. 


Isi kandungan buku ini sangat padat dengan mendedahkan pelbagai rahsia yang kita sendiri sebenarnya tidak menyedarinya. Sekali baca suku, pasti semangat datang untuk mengetahui lebih lanjut dan menghabiskan buku ini. 
Tahukah anda, 
untuk mendapat rezeki
sememangnya sangat mudah
apabila kena caranya? Malah, sumber
datangnya tidak disangka-sangka.
Mudahnya menjemput rezeki merungkai
rahsia mudah untuk mendapat rezeki.
Ianya dikongsi penulis yang telah
mengalami 'peristiwa mendapat 
rezeki' daripada Maha Pemberi
Rezeki dengan mekanisme
yang tertentu.
Ikutilah rahsianya !!!

Ingin memilikinya ???
Harganya RM25.00 sahaja sebuah (termasuk penghantaran)
RM1 untuk sebuah buku didermakan kepada Pusat Jagaan Anak Yatim
Jika anda membeli 2 buah buku, Ratu berikan diskaun 10 %

JOM CEPAT MILIKINYA, sementara stok masih ada
Ambil telefon  012-6844870 Ely

Tatapan dari,

Sunday, November 16, 2014

Pameran Home Deco

Kali ini Ratu pun pergi menjelajah ke Pameran Home Deco untuk melihat barang-barang keperluan rumah. Mana tahu, kalau ada yang berkenan dihati barang-barang rumah yang boleh dimiliki untuk diletakkan di rumah baru. 

Bohonglah, kalau Ratu katakan semuanya tidak berkenan di hati. Ada yang berkenan, tapi Ratu tengok pada harganya. Ada yang jual pada harga yang agak mahal sedikit berbanding jika Ratu beli di kedai. Kena pandai tawar.. Kena pandai pilih mana yang terbaik

Antara yang berkenan di hati, ayat Quran ini. Cantik kan.


Gambar ni kena pilih 3 design mana yang berkenan, harganya RM200. Yang ini pun cantik ukirannya. Harganya RM750.00


Setelah berbincang dengan Raja, Ratu terus ambil ayat RM200 tu. Ayat Quran yang besar ini, Ratu tidak ambil sebab Ratu dah tempah design lain. Hehe. Ada juga Ratu berkenan dengan harga yang ditawarkan seperti 'water heater' untuk diletakkan di bilik air. Jenamanya adalah Alpha. Ratu terus merayau di kedai-kedai elektrik yang pernah Ratu singgah sebelum ini untuk mendapatkan tawaran harga yang ditawarkan kepada Ratu. Ternyata harga yang ditawarkan di kedai lebih mahal sedikit. Setelah berbincang dengan Raja dan bertanya pendapat wireman yang Ratu kenali, Ratu mengambil keputusan untuk membeli 'water heater' di pameran tersebut. 

Alhamdulillah, selesai urusan hari ini.. Barang sudah beli.. Peruntukkan duit untuk barang rumah ini sudah habis digunakan. Ratu pun pulang.

Tatapan dari,

Friday, November 14, 2014

Makan di Umbai Bersama-Sama Rakan Sepejabat Ratu

Malam tadi, Ratu membawa ibu Ratu bersama Puteri Raja Ratu makan bersama-sama rakan sepejabat Ratu di Restoren Ikan Bakar. Ayah Ratu tidak dapat menyertai kami kerana terlibat dengan kursus. Begitu juga Raja yang tidak turut serta kerana tugasan luar.

Habis sahaja waktu pejabat, Ratu bergegas pulang ke rumah untuk bersiap. Ratu siapkan Puteri Raja Ratu dahulu. Inilah gayanya dengan pakaiannya. Taraa..


Setelah siap semuanya, Ratu pun bergerak ke lokasi. Hujan masa waktu ini sangat lebat. Ratu kena berhati-hati ni. Akhirnya, sampai juga di lokasi. Ratu ingat Ratu yang lambat. Rupa-rupanya ramai lagi rakan Ratu yang belum sampai. Tidak mengapa duduk dulu di meja yang telah tersedia sambil bergambar dan menunggu makanan siap. Huhu.


Inilah kedainya,


Selesai makan.. perut pun sudah kenyang.. Mata pun dah kecik.. Ratu pun berangkatlah pulang.

Tatapan dari,

Saturday, November 1, 2014

Hari Assyura

10 MUHARAM

10 Muharam dikenali sebagai hari Asyura. Ini kerana pada hari tersebut terjadi pelbagai peristiwa penting berlaku yang menggambarkan perjuangan yang tabah dan gigih bagi menegakkan keadilan dan kebenaran.

Antara peristiwa yang telah berlaku:
1.  Nabi Adam bertaubat kepada Allah
2.  Nabi Idris diangkat ke langit oleh Allah
3.  Nabi Nuh diselamatkan oleh Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama 6 bulan.
4.  Nabi Ibrahim diselamatkan dari pembakaran Raja Namrud oleh Allah
5.  Allah menurunkan kitab taurat kepada Nabi Musa
6.  Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara oleh Allah
7.  Allah pulihkan penglihatan Nabi Yaakob yang kabur
8.  Nabi Ayub yang menderita akibat penyakit kulit yang dialaminya dipulihkan oleh Allah
9.  Nabi Yunus diselamatkan oleh Allah keluar dari mulut ikan paus setelah berada di dalamnya 40 hari 40 malam
10. Laut Merah terbelah dua bagi menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya daripada tentera Firaun
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar
13. Hari pertama Allah menciptakan Alam
14. Hari pertama Allah menurunkan rahmat
15. Hari pertama Allah menurunkan hujan
16. Allah menjadi Arasy
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz
18. Allah menjadikan alam
19. Allah menjadikan malaikat Jibril
20. Nabi Isa diangkat ke langit

Petikan dari http://zanas.wordpress.com/awal-muharram-doa-akhir-dan-awal-tahun/

Ratu ingin kongsikan 14 perkara sunat yang dilakukan pada hari Assyura
1.  Bagi suami hendaklah melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya, Allah akan melapangkan hidupnya sepanjang tahun ini
2.  Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya, Allah akan melapangkan kuburnya nanti
3.  Menahan marah. Fadilatnya, di Akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha
4.  Menundukkan orang sesat. Fadilatnya, Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya
5.  Menyapu/ menyusap kepala anak yatim. Fadilatnya, Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya
6.  Bersedekah. Fadilatnya, Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak yang terbang tidak berhenti-henti dari kecil sehinggalah dia mati. Diberikan juga pahala seperti bersedekah kepada fakir miskin di seluuruh dunia ini.
7.  Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya, Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan
8.  Mandi sunat. Fadilatnya, tidak sakit (tidak berat) pada tahun ini. Lafaz niat, "Sahaja aku mandi sunat hari Assyura kerana Allah Taala."
9.  Bercelak. Fadilatnya, tidak akan sakit mata pada tahun ini
10. Membaca Qulhuwallah sehingga habis sebanyak 1000 x. Fadilatnya, Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti
11. Sembahyang sunat 4 rakaat. Fadilatnya, Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat, "Sahaja aku sembahyang sunat hari Assyura 4 rakaat kerana Allah Taala.". Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah, baca Qulhuwallah 11x
12. Membaca "Has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal wala wa nikmannaseer." Fadilatnya, tidak akan mati pada tahun ini
13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadilatnya, diberikan pahala seperti memberikan sekalian orang Islam berbuka puasa
14. Puasa dengan niat, "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Assyura kerana Allah Taala." Fadilatnya, diberikan pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya dari neraka

Betapa hebatnya amalan di hari Assyura ini. Jom kita sama-sama amalkan.

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267