Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Thursday, July 24, 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Kali ini Ratu dalam perjalanan ke KLIA bagi menjemput Raja yang pulang dari Labuan. Untuk persiapan raya tahun ini, Raja dan Ratu sambut dalam keadaan serba sederhana. Ini kerana budget kami banyak lari kepada kerja-kerja pengubahsuaian di rumah baru kami. Raja dan Ratu sentiasa berdoa agar dimurahkan rezeki kami supaya kami dapat meneruskan perjuangan kami. Insya Allah, kalau di izinkan dariNYA tahun hadapan Raja dan Ratu akan beraya di rumah baru kami nanti. Insya Allah.

Akhir kata, Raja dan Ratu ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua khususnya pengunjung setia Teratak Istana Raja Ratu ini. Raja dan Ratu ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada terkasar bahasa dan terguris perasaan dengan kata-kata kami di ruangan teratak ini.

Dalam pada kita menyambut syawal ini, janganlah kita lupa kepada mereka yang memerlukan khususnya golongan anak-anak yatim, ibu-ibu tunggal dan golongan orang-orang tua. Rajin-rajinlah hulurkan bantuan kepada mereka. Ambillah kesempatan ini untuk melawat sanak-saudara kita disamping kita dapat mengeratkan siraturrahim dan memperkenalkan kepada anak-anak kita kepada saudara mara mereka. Jangan lupa bayar ZAKAT !!!


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN.


Tatapan dari,

Sunday, July 13, 2014

Palestin Dibedil Lagi

Kali ini di bulan Ramadhan bulan yang mulia ini, Raja dan Ratu amat terkejut apabila mengetahui bahawa bumi Palestin diserang lagi. Bukankah sekarang ini kita di bulan Ramadhan? Apa tujuan Yahudi Israel menyerang Palestin?

Tatkala kita sibuk dengan juadah berbuka dan bersahur.. Sibuk dengan persiapan raya.. Sibuk dengan Piala Dunia FIFA 2014.. Rejim Israel juga sibuk dengan tindakan ketenteraan terhadap bumi Palestin. Serangan kali ini banyak mengorbankan kanak-kanak dan kaum wanita. Kasihan mereka yang kehilangan ayah.. kehilangan ibu.. kehilangan anak.. kehilangan abang dan kakak.. Bagaimanalah keadaan mereka tatkala bersahur dalam keadaan tidak tenteram dan ketakutan. Kita di bumi bertuah ini selesa dengan juadah berbuka dan bersahur kita. Tapi bagaimanalah keadaan mereka menyambut Ramadhan? Raja dan Ratu tidak dapat bayangkan bagaimanalah keadaan rakyat Palestin di sana.

Apa tindakan kita. Ramai yang di antara kita mula memboikot produk-produk Israel terutama sekali Macdonalds dan KFC. Ini adalah antara produk-produk yang disenaraikan di bawah produk Israel.


Inilah antara gambaran mereka yang terkorban.


Di sini, Raja dan Ratu memohon agar kita dapat sama-sama membantu menyumbang serba sedikit untuk rakyat Palestin yang sedang berjuang menentang musuh seluruh umat Islam iaitu Yahudi.

Berikut ialah no akan bank milik Aman Palestin untuk anda derma:


Bank Islam: 12029010047880 | 
Maybank: 562263010787 |
Bank Muamalat: 12070005133717 | 
RHB Islamic Bank: 21245760004907 | 
Bank Rakyat: 22-080-619592-2
Tabung Wanita & Kanak-Kanak Palestin | Bank Islam (M) Berhad: 1202-9010-0598-95.

Semoga bantuan kita semua ini dapat membantu rakyat Palestin bagi meneruskan kehidupan mereka.

Tatapan dari,

Friday, July 11, 2014

Antara Luahan Hati Arwah Datuk Sharifah Aini

Di sini Ratu ingin kongsikan serba sedikit antara luahan hati arwah Datuk Sharifah Aini melalui laman fecbooknya. Kini facebook Datuk Sharifah Aini telahpun dimansuhkan oleh anak tunggalnya Aliff.

Inilah antara petikan luahan hatinya yang ingin Ratu kongsikan untuk dijadikan iktibar buat diri kita,

“Setiap dari kita tidak tahu bila kita akan dijemput olehNYA…Jika ditakdirkan ALLAH, sampai masanya untuk saya pulang ke RahmatuLLAH, jika ditakdirkan ujian yang ALLAH berikan ini berakhir dengan saya keluar sebagai jenazah…dengan hati yang damai, saya tenang dan REDHA dengan apa yang telah ditetapkan. Doakan saya berakhir dalam KHUSNUL KHOTIMAH. Sesuatu yang saya ingin anda, keluarga FB saya tahu ialah…saya TERAMAT SAYAAAAAAAAAAAAAAANGKAN ANDA SEMUA…saya sangat menghargai segala kasih sayang, ingatan, doa dan budi baik yang telah anda curahkan kepada saya selama ini. Doakanlah kesejahteraan saya, sedekahkanlah Al-Fatihah, ingatlah saya dalam setiap DOA anda. In Shaa ALLAH, kita semua akan menjadi keluarga semula di JANNAH!

Satu pesanan saya, seandainya saya sudah tiada…gunakanlah FB ini kearah kebaikkan…untuk menjaga Silaturrahim…untuk saling menasihati…bukan untuk mengumpat…menabur fitnah…dan segala perbuatan yang sia-sia dan mendatangkan dosa. Kasihanilah diri anda sendiri.

Begitu pantas masa berlalu…45 tahun saya bergelar anak seni…….terlalu banyak kenangan, terlalu banyak pengalaman…pahit dan manis…begitu ramai yang telah membesar dengan lagu-lagu saya… namun yang pasti, perjalanan panjang penuh berwarni-warni yang telah saya lalui ini tidak akan terjadi tanpa kehadiran anda, peminat-peminat yang sentiasa memberi sokongan tidak pernah berbelah-bagi selama keberadaan saya dalam dunia seni. Anda adalah pembakar semangat, pendorong untuk saya untuk terus bertahan. Tanpa anda siapalah saya. Ketahuilah, sedari mula saya melangkahkan kaki dalam dunia seni sehingga ke hari ini, niat saya tidak pernah berubah, ikhlas untuk menggunakan anugerah suara yang telah dikurniakan ALLAH ini dengan sebaik mungkin. Always remember that I sing with LOVE! Walau apapun yang berlaku, saya ingin anda tahu yang saya teramat hargai kehadiran, kasih sayang dan sokongan anda selama ini. Segala kebaikkan anda tidak akan pernah luput dari ingatan, dan akan saya bawa hingga ke akhir hayat.

Doakan kesejahteraan saya dunia dan akhirat sebagaimana saya sentiasa mendoakan kebaikkan dan kesejahteraan buat semua keluarga dan peminat-peminat saya di sini. In Shaa Allah, jika dipanjangkan usia dan diizinkankan Allah, kita akan berjumpa lagi.

Salam Santun Erat Silaturahim Wa Ukhuwah Fillah & Salam Teramat Sayang Untuk Adik-Adik Kak Pah dan Semua Anak-Anak Ummie Sharifah yang dikasihi di FB ini.”

Ini pula luahan hatinya kepada anaknya,

Hari ni saya ingin berkongsi cerita antara IBU & ANAK.

In Shaa ALLAH…..Dengan izin ALLAH Jika tiada aral melintang tidak lama lagi Aliff akan pulang bercuti selama 3 bulan…Bunyi nya lama tapi reality nya sekejap sangat setelah setahun tidak bertemu…kini masa dah hampir tiba untuk dia pulang..saya dah pun kemas kan bilik Aliff.

Saya tidak sabar duduk berbual, berbuka puasa bersama, solat jumaah besama…mendapat undangan berbuka puasa besama…kadang-kadang Aliff jadi Imam dirumah sahabat-sahabat saya…Setiap kali dia jadi Imam….Aliff sangat gemar membaca surah2 yang panjang…air mata saya dibelakang tidak berhenti menangis bangga….bacaan nya sedap sekali & nyaman didengar.

Kadang-kadang kami banyak berbual tentang Hukum – Kehidupan & Kematian tanpa rasa takut dan perbualan Ilmu yang sangat terbuka ..saya lebih banyak bertanya Aliff membawa saya dan kawan2 saya kefahaman yang lebih maxsima …..Banyak kali bila Aliff mengeluar kan Hadith, sebagai Ibu saya terpegun….Lidah nya dah jadi lidah Arab….11 tahun belajar di Madinah….Ma Shaa ALLAH. Ada juga perkara yang saya tanya, jika dia kurang pasti jawapan nya, dia tidak malu berterus terang mengaku apa yang dia kurang pasti dan baru merujuk kepada kitab2 beliau dan menyuruh saya membaca dan fahami…….routine kami di bulan Ramdhan ..selepas berbuka, Kami berterawih…Baca AlQuraan & tidur sekejap…jam 3.30 pagi kami bangun solat Tahajud….saya mendengar Aliff membaca AlQuraan sampai subuh……. Mi turun bersahur dan makan bersama-sama… Makanan Aliff sangat simple..In Shaa ALAH….Kami semua di rumah nak habis kan Khatam Quraan sebelum lagi berakhir nya bulan Ramadhan….Selalu nya malam ketiga Kiamulaii kami dah selesai Khatam AlQuraan.

3 bulan ini bulan yang sangat penting buat saya dan kami satu kelauarga….Nikmat saya sebagai IBU Memasti kan makanan nya terurus…Tukang masak saya sangat rapat dengan Aliff…

Dalam pada perbualan yang ringkas ….saya tidak lupa memesan kepada Aliff… jika ALLAH izin kan Mami ingin mati diPangkuan Aliff…Jika Aliff ada disamping Mami ketika Mami menghembus kan nafas yang terakhir… Mami ingin Aliff Jadi Imam untuk Solatkan Jenazah Mami… Mami akan tersenyum dan bangga. Jangan benar kan orang yang bukan family masuk melihat Jenazah mami dimandi…. Hanya Aliff, anak2 angkat Mami – Best Friend Mami dan orang yang menguruskankan pemandian Jenazah…. Jika Mami sakit dihospital….orang tidak kenal jangan dibiar kan masuk untuk mengambil sebarang gambar…. Jaga Hijab Mami…sekarang zaman HP modern…saya tidak redha gambar saya sakit masuk ke dalam Internet. Jika mami sakit di hospital…Ambil 4 bilik penuhkan anak2 Tahfeez dan semua Ustaz2 Mami bacakan ayat2 AlQuraan dan Surah Yassin untuk Mami….baca perlahan2 supaya tidak mengganggu ketenteraman pesakit lain di Hospital.

Mami berkerja keras selama 45 tahun mencari rezeki dikelilingi dan bermandikan Fitnah untuk mendapat satu kehidupan kita pada hari ni…..Mami mahu kan Aliff hidup besederhana..Mami tidak kaya…..selebih apa yang kita ada kita wakaf kan untuk Anak2 Yatim Piatu….Orang2 Miskin dan Anak Tahfiz. Mami tidak pernah rosak kan Aliff selama ini dengan duit ringgit – Aliff pun anak yang baik bukan mata duitan…..In Shaa ALLAH…..

Sebagai IBU Mami sudah sedia kan keperluan untuk Kehidupan Aliff & Keluarga Aliff…….Mami tidak mahu Aliff berhutang. Beli apa yang kita mampu sahaja! Jangan sekali2 Membazir untuk Keduniaan. Mami sentiasa mendoakan Aliff ditemu kan jodoh dengan Muslimah Solehah yang dapat membimbing keturunan kita dengan baik nya!

Marilah kita sama-sama mensedekahkan Fatihah untuknya. Semoga rohnya dicucuri rahmat.
AL-FATIHAH.

Tatapan dari,

Wednesday, July 9, 2014

Menghantar Raja Ke KLIA

Hari ini Ratu mengambil cuti sehari bagi memberi laluan menghantar Raja ke KLIA kerana Raja perlu pergi ke Labuan atas urusan kerja. Oleh kerana penerbangan Raja adalah pada pukul 11.50 pagi, kami mengambil keputusan untuk bertolak selepas subuh. Bukannya apa, sampai awal lebih baik. Takut terlelap pula nanti, terus terlajak dan terlepas pula penerbangan Raja. Selepas sahur, Ratu seperti biasa mengemas dapur. Kemudian uruskan Puteri Raja Ratu dan seterusnya Ratu pula bersiap-siap. Diikuti pula oleh Raja.

Kami bertolak lebih kurang pukul 7.30 pagi. Keadaan jalanraya di waktu sebegini memanglah sesak. Maklumlah, di waktu sebegini orang sibuk menghantar anak ke sekolah dan sibuk ke tempat kerja. Sampai sahaja di KLIA, Raja membuat urusan penghantaran beg. Ratu pula ternampak CIMB Bank di dalam KLIA. Emm, kebetulan Ratu ada membawa buku cek dan ingin mendepositkan cek yang Ratu terima. Hehe, alang-alang sudah sampai awal ini, Ratu pun mengambil sedikit masa untuk urusan di CIMB Bank seketika. Huhu. Konon-kononnya hendak singgah CIMB Bank semasa dalam perjalanan tadi. Tapi memikirkan keadaan jalanraya yang sesak, Ratu menangguhkan dahulu untuk mendepositkan cek.

Puteri Raja Ratu pula dengan gelagatnya ingin melihat kapal terbang. Raja dan Ratu pun apa lagi. Terus membawanya untuk melihat sendiri kapal terbang.dengan lebih dekat. Sempat pula kami bergambar. Huhu.

Inilah gambarnya,


Kemudian kami ke kawasan play ground dan masuk ke kedai buku. Emm, kalau sudah masuk ke dalam kedai buku, Puteri Raja Ratu ni sibuk mencari buku kartun dan buku ABC. Kalau di kawasan 'play ground' pula, Puteri Raja ni sibuk bermain sampai Ratu ajak keluar pun tidak mahu. Tengoklah gelagatnya,


Kini, tibalah masa untuk Raja 'check in' dan kemudian Ratu pun pulang. Pastinya Ratu akan datang kembali ke KLIA untuk menjemput Raja pulang beraya bersama nanti. 

Tatapan dari,

Monday, July 7, 2014

Sharifah Aini Telah Meninggal Dunia

Pagi ini Ratu amat terkejut apabila mendapat 1 berita sedih mengenai pemergian biduanita negara Datuk Sharifah Aini pagi tadi. Ratu pun mengikuti perkembangan terkini mengenainya di Astro Awani 501. Saluran ini perkembangan mengenai Datuk Sharifah Aini lebih terkini berbanding saluran lain.


Ratu difahamkan Datuk Sharifah Aini baru sahaja dimasukkan ke wad pada bulan Mei lepas dan kini dia dimasukkan semula buat kali ke 2 di Pusat Perubatan Pakar Damansara baru-baru ini akibat kesukaran bernafas. Datuk Sharifah Aini atau panggilan mesranya Kak Pah menghembuskan nafasnya yang terakhir kira-kira 1.26 pagi tadi di usianya 61 tahun 3 hari akibat jangkitan paru-paru. Allahyarham kini meninggalkan seorang anak iaitu Aliff Omar.

Jenazah dibawa ke Masjid At Taqwa Taman Tun Dr Ismail selepas solat subuh. Ratu tengok melalui saluran Astro Awani, ramai rakan-rakan artis yang hadir ke masjid tersebut untuk menziarah dan memberikan penghormatan terakhir sekalligus membuat solat jenazah untuk arwah. Antara artis yang hadir adalah Datuk Siti Nurhaliza, Eizlan Yusof, Datuk Hattan, Nasir Wahab, Datuk Aznil Nawawi, Hail Amer, Norkumalasari, Uji Rashid, Zaiton Sameon dan ramai lagi.

Antara luahan hati rakan-rakan artis mengenai Datuk Sharifah Aini,
Zaiton Sameon menceritakan kisahnya ketika beliau terlibat dalam kemalangan suatu ketika dahulu. Datuk Sahrifah Aini sanggup datang dari jauh dan sering membacakan bacaan yasin ketika Zaiton Sameon koma akibat kemalangan tersebut.

Nasir Wahab menceritakan bahawa Datuk Sharifah Aini menelefon dirinya dan beberapa rakan lagi untuk datang melawatnya sambil memohon ampun maaf kepada rakan-rakan yang hadir melawatnya.

Ratu amat terkedu apabila mendapat tahu solat jenazah secara berjemaah di lakukan selama 3 kali. Dari situ kita sudah dapat bayangkan, betapa ramainya orang datang melawatnya. Salah 1 dari solat jenazah itu diimamkan oleh anaknya sendiri. Jenazah yang dijangkakan dikebumikan selepas solat Zohor, diawalkan sedikit apabila dilihat segala urusan solat jenazah sudah selesai.

Betapa beruntungnya Datuk Sharifah Aini kerana beliau meninggal di bulan Ramadhan, bulan yang mulia ini. Tambahan pula, solat jenazah ke atasnya dilakukan sebanyak 3 kali. Semoga rohnya dicucri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Amin. AL-FATIHAH.

Tatapan dari,
 

Sunday, July 6, 2014

Selamat Datang Ke Keluarga Baru Kami Felixia Yeap

Siapa tidak kenal dengan Felixia Yeap angkat tangan? Huhu.. Namanya tidak asing lagi apatah lagi menjadi bualan di dada akhbar baru-baru ini tentang keinginannya memeluk agama Islam. Yang seronok dan bertuahnya keputusannhya untuk memeluk agama Islam mendapat sokongan daripada keluarganya khususnya ibunya. Felixia ini juga mendapat petunjuk tentang nama Islamnya melalui mimpi.

Inilah antara petikan luahan hatinya ketika memeluk Islam, Ratu ambil petikan ini dari laman sesawangnya.

3 Julai : Hari Kelahiran Semula Ku - Felixia Yeap

Assalammualaikum.

Sejak beberapa bulan ini, dari saat saya bertekad sebulat hati mengenakan hijab walaupun sebagai seorang yang belum Islam hatinya, hingga ke saat ini (3 Julai, sekarang pukul 6 pagi baru lepas Sahur), di mana saya telah Islam di hati, cuma tinggal perasmian sebagai seorang Islam di atas kertas dan di depan 4 orang saksi...saya telah mengharungi pelbagai dugaan.

Bantahan.

Makian.

Sindiran.

Fitnah.

Penyisihan.

Tekanan.

Tetapi syukur Alhamdullilah...saya juga dapat sokongan yang begitu hebat, yang menyentuh hati dan sokongan positif inilah yang serba sedikit menyumbang kepada saya untuk terus beristiqamah.

Dan saya harus berterima kasih juga dengan kedegilan saya. 
Terkenal juga dengan kepala batu saya, saya tidak mudah mengalah. 

Ya...saya mengaku, banyak kali saya rasa tumpas, tewas dan menangis atas semua yang negatif dan kasar terhadap saya. 

Namun, saya tetap tidak tanggalkan hijab saya.

Saya tetap teruskan perjalanan. 

Saya bertuah kerana dikurniakan seorang ibu yang bukan sahaja tabah untuk membesarkan saya dan adik dalam keluarga, tetapi rahmat yang terbesar adalah apabila beliau, seorang yang bukan Islam, langsung tidak mengetahui tentang agama Islam (kecuali yang Islam tak boleh makan khinzir) dan seringkali disindir saudara mara yang lain kerana anak perempuannya bertudung sehingga ke muka depan suratkhabar dan sebagainya...tidak membantah, malah merestui keputusan saya ini apabila saya memberitahu beliau yang saya sedang mempelajari tentang agama Islam dan bercadang untuk memeluknya.
Ibu kata saya sudah banyak berubah lebih baik.
Ibu kata saya dah matang, dah dewasa akhirnya.
Dalam dialek Kantonis, bila saya bermanja dan menanya kenapa beliau merestui keputusan saya, beliau menjawab, "Sang seng jor lor, dai gor nui la...kwai jor hou dor."
Ibu saya senyum, dan saya menahan air mata.

Rata-rata, ramai mualaf yang dibuang keluarga dan disisihkan keluarga kerana keputusan yang sama, dan ada segolongan pula yang terpaksa menyembunyikan identiti mereka sebagai seorang Islam daripada keluarga dan orang ramai kerana takut dibuang keluarga dan disisihkan. 

Saya mengaku, jika ayah saya tidak meninggalkan kami sekeluarga, mungkin perkara yang sama akan berlaku pada diri saya. Tetapi Allah Maha Mengetahui. 

Mungkin ini juga salah satu hikmah dari penceraian ibu dan ayah.
(Ibu saya jauhhhh lebih bahagia sekarang juga, ALHAMDULLILAH!)

Ia memaksa saya untuk berdikari pada usia muda, menjaga adik sehingga saya habis SPM dan terus meninggalkan Ipoh untuk mencuba nasib seorang diri di Kuala Lumpur dengan hanya RM300 sebulan sementara saya belajar di sebuah IPTS. Apabila sudah dihentikan saluran duit satu hari, saya keluar bekerja kerana saya tidak ingin melihat ibu saya terus bersusah payah menggunakan duit simpanan beliau yang tidak seberapa untuk menyara kami adik-beradik. Tambahan pula, adik saya perlu (dan saya pastikan) menyambung pelajaran dan perlu wang untuk membiayai yurannya. 

Saya mula memikul tanggungjawab menyara keluarga.

Pada masa itu, saya tidak ada agama (saya dibesarkan di keluarga yang tidak percaya kepada mana-mana agama atau Tuhan), tidak ada apa-apa bimbingan agama...cuma berbekalkan nasihat dari ibu saya; iaitu jangan menyusahkan orang lain, jangan membiarkan mana-mana lelaki mengambil kesempatan, jangan berbuat jahat, jangan tertipu dengan orang di bandar dan jaga diri baik-baik.

Namun sebagai seorang naif yang tidak tahu apa-apa tentang dunia, tipu helah dan godaan manusia (Ya, keputusan SPM yang baik tidak menjamin anda akan selamat dengan tipu helah dunia)...saya juga mula terikut-ikut dengan orang di sekeliling saya. TETAPI, saya cuba sedaya upaya yang boleh untuk melindungi diri saya dan pada masa yang sama mencari nafkah untuk dihantar balik ke rumah untuk ibu dan adik. Saya kekalkan pendirian untuk tidak sentuh arak, rokok, atau dadah. 
Pernah banyak kali dipaksa, tetapi kedegilan saya untuk menurut paksaan dan suruhan orang lain menyelamatkan saya dari terjerumus sekali dengan yang lain.

Dengan mata saya sendiri saya sepanjang hampir 10 tahun saya terlibat dalam bidang modeling, saya pernah lihat pelbagai jenis manusia dan cara kehidupan yang dikatakan "mewah" dan bahagia.
Mewah juga disamakan dengan kebahagiaan. 
Orang di sekeliling saya pada masa itu kebanyakkannya mengukur kebahagiaan dengan kekayaan teman lelaki, apa parti yang paling "happening" yang mereka dapat pergi, rasa "happy" janji dapat minum dan mabuk, berapa yang boleh dikikis dari lelaki kaya yang memikat, dan kebanyakkan mendahagakan kemewahan dan dicari tanpa mempedulikan harga diri.

Tetapi bagi saya, itu bukan kemewahan yang saya cari. Sebab apa gunanya punyai kemewahan tetapi hidup rasa kosong, tidak bermakna dan bergelumangan dengan dosa?
Itu bukan kebahagiaan yang saya carikan.

Saya pernah cuba mencari Tuhan.
Cuba mendekati diri dengan Tuhan.

Saya pernah pergi ke gereja Katolik setiap Ahad petang selama 2 tahun.
Saya pernah cuba memahami agama Kristian.
Saya pernah cuba mencari makna dalam penyembahan berhala Dewa Kuan Yin dan sebagainya.
Saya juga pernah cuba mengamalkan amalan seorang penganut Buddha.

Tetapi hati saya tidak pernah merasa dekat dengan Tuhan.
Hati saya tidak pernah rasa tersentuh.

***Harap jangan salah faham, di sini saya cuma ingin menekankan bahawa saya rasa lebih dekat dengan agama Islam, dengan Allah SWT. Saya hanya menjelaskan apa yang saya rasa dari hati.

Sejak saya mula mengenali ajaran-ajaran agama Islam, saya lebih redha, lebih tenang dan lebih senang bersyukur dengan hidup yang serba sederhana.
Duit dan kemewahan tidak lagi menarik perhatian saya sepertimana dahulu. 
Saya tidak lagi rasa "impressed" atau teruja dengan kereta sport, bag mahal, kehidupan glamor, atau cita-cita tinggal di rumah besar dan mewah.

Ya, tidak dapat dinafikan, jika ada semua ini, bukan benda yang buruk, malah bonus kehidupan...tetapi wang dan kemewahan tidak dapat membeli rasa bertaubat, rasa ingin menjadi seorang yang lebih baik, ketenangan, keredhaan dan kebahagiaan.

Sepanjang hampir 7 bulan saya berhijab dan mengenali agama Islam, saya banyak menangis. 
Bukan dalam kesedihan, tetapi dalam rasa penyesalan kehidupan yang dulu dan rasa ingin bertaubat.

Seringkali saya merintih dalam bisikkan yang saya ulang tanpa henti, "Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa saya!"

Pada kali pertama saya melihat video pengislaman dan pengucapan seorang wanita, saya tidak dapat henti menangis.
Pada saya, dia amat bertuah kerana Allah SWT memilih dia untuk diselamatkan.

Masa itu...saya masih tidak tahu apa itu hidayah dan taufiq.

Dan pada hari ini, iaitu hari bersejarah dalam hidup saya...saya akan menjadi seorang Islam secara rasmi. 

3 Julai 2014, bersamaan dengan 5 Ramadhan 1435.

Saya yang telah Islam di hati (tanpa disedari), kini akan mengucapkan 2 kalimah syahadah saya di depan keluarga terdekat saya, dan juga para kenalan yang telah seringkali menyokong dan memberi galakkan pada saya supaya terus istiqamah.

Tidak ada sebarang media yang akan hadir.

Hari ini bukan hanya saja Hari Lahir saya...tetapi juga Hari Kelahiran Semula saya. 
Hari saya kembali akhirnya selepas 28 tahun mencari jalan pulang.

P.S: Saya masih berbangsa Cina, dan akan berkeras mengekalkan nama Cina yang diberi ibu saya. Nama Cina saya dalam bermaksud "Ketenangan, Keanggunan" atau di dalam bahasa Inggeris, "Silent Grace". 
Saya cuma akan menambah nama kurniaan dari mimpi saya di hadapan nama asal.

Inilah orangnya,


Ratu ucapkan selamat datang ke keluarga baru.

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267