Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Wednesday, March 28, 2012

Lawak Ker Der..

Emm.. Lama Ratu tak update blog ni.. Kali ni Ratu ingin mengambil kesempatan pada hari ini untuk update blog ni.. Kemas sikit habuk-habuk yang ada.. Sawang-sawang yang ada kat TERATAK ISTANA RAJA RATU ini. Walaupun, kini sudah hampir sampai ke penghujung bulan, tapi Ratu rasa masih boleh lagi untuk menempah Lawak Ker Der di saliran Astro.. Hehe..

Pada mulanya, Ratu menempah siaran Lawak Ker Der untuk bulan Mac ni melalui akaun Astro di pejabat Ratu. Pada ketika ini, Ratu memang sibuk dengan penyediaan dokumen untuk mesyuarat syarikat. Jadi Ratu tidak berkesempatan untuk menonton sepenuhnya. Ratu tonton pun sekejap-sekejap sahaja. Tapi seronok tengok LAWAK KER DER ni. Lantas Ratu terus menempah lawak ker der ni melalui akaun Astro Raja Ratu di rumah. Hehe.. Sekurang-kurang dapatlah juga Ratu menontonnya bersama-sama Raja. Inilah antara rakaman Lawak Ker Der ni.. Kelakar habis terutama sekali JOZAN..


Ni adalah sambungan rakaman lawaknya.. Hehe.. Rakaman ni juga mengandungi rakaman persembahannya yang ke 2. Persembahan yang ke 2 ni adalah sambungan daripada persembahan yang pertama. Memang tak berhenti henti lah ketawa.. Peh !!! TERBAIKKK..


Ini pula adalah sambungan rakamannya.. Hehe.. Baik tak hati Ratu menyediakan susunan Lawak Ker Der.. Haha.. PUJI DIRI SENDIRI ni namanya.. Rakaman ni disediakan oleh orang lain. Ratu hanya copy dan susunkan di TERATAK ISTANA RAJA RATU ni sahaja. Amacam.. Seronok tak menonton.

Selain daripada persembahan JOZAN, Ratu juga suka menonton persembahan ini iaitu persembahan HARIS ISKANDAR. Ni rakamannya,


Ini pula sambungan rakamannya,


Bagaimana.. best kan.. BOBOI juga tak kurang hebatnya. Tapi ni yang Ratu tunjukkan antaran 3 persembahan yang TERBAIKKKK.. Kalau nak diikutkan turutan, BOBOI (Persembahan ala-ala Najwa Latif) membuat persembahannya terlebih dahulu. Kemudian diikuti oleh JOZAN (Persembahan budak sekolah). Seterusnya persembahan HARIS ISKANDAR (Persembahan Singapore vs Malaysia). Seterusnya persembahan ke 4 iaitu JOZAN (Persembahan gangster). Akhir sekali persembahan BOBOI (Persembahan Datin Maimun).

Akhir kata dari Raja Ratu.. SELAMAT MENONTON !!!!

Tatapan dari,

Monday, March 26, 2012

Puteri Raja Ratu mencecah 6 bulan

Alhamdulillah, Puteri Raja Ratu kini telah mencecah usia 6 bulan. Raja Ratu gembira melihat perkembangan & pembesarannya kini. Seperti biasa Ratu membawa puteri kami ke klinik untuk rawatan susulan 6 bulan. Selepas ni Ratu difahamkan Puteri Raja Ratu akan dibawa ke klinik apabila usianya mencecah 8 bulan. Selepas ini Ratu tidak lagi membawa Puteri Raja Ratu ke klinik sebulan sekali.

Seperti biasa hari ni 26 Mac 2012, Puteri Raja Ratu ditimbang untuk mengetahui beratnya.. Diukur ketinggiannya.. Disoal selidik sedikit dengan jururawat untuk mengetahui perkembangan puteri Raja Ratu termasuklah dari segi penyusuannya. Setelah ditimbang, berat badan puteri Raja Ratu kini telah naik ke 7.6kg. Ketinggiannya juga telah naik ke 70cm. Pada sesi kali ini Ratu ditanya oleh jururawat klinik untuk sesi termuduga. Haha.. Antara soalan-soalannya,

Jururawat     : Bolehkah bayi awak mengawal kepalanya ketika ditarik balik dari posisi baring ke duduk ?
Ratu             : Boleh..

Jurarawat     : Bolehkah bayi awak meniarap & melentang ?
Ratu             : Boleh

Jururawat     : Bolehkah bayi awak mengenggam objek ?
Ratu             : Boleh

Jururawat     : Bolehkah mata bayi awak mengikut pergerakan objek ?
Ratu             : Boleh

Jururawat     : Bolehkah bayi awak bertindakbalas dengan bunyi ?
Ratu             : Boleh

Bolehkan saja.. Tapi memang betul pun boleh.. Hehe.. Lepas itu, Ratu diingatkan dengan tarikh rawatan seterusnya iaitu 21 Mei 2012.

Selepas itu, Ratu membawa Puteri Raja Ratu ke bilik suntikan untuk suntikan Hepatitis B. Di bilik tu, Ratu duduk di kerusi yang disediakan di situ. Ratu letakkan Puteri Raja Ratu di peha Ratu. Ratu peluk puteri & jururawat tu mula suntik di peha kiri puteri. Lepas suntik tu, Puteri Raja Ratu mula nangis. Tapi pujuk punya pujuk, dah reda dah nangisnya.. Emm..  Inilah gambar keletihannya..

Keciannya dia.. Hehe..

Tatapan dari,

Saturday, March 10, 2012

Beli 'Walker Baby' Untuk Puteri Raja Ratu

Ketika Raja Ratu ingin menyertai pertandingan untuk puteri Raja Ratu di Jaya Jusco bebarapa hari lepas. Ratu terpandang diskaun untuk 'walker baby'. Ratu tengok harga amat berpatutan. Jadi Ratu pun memaklumkan kepada Raja tentang keinginan untuk membeli walker tersebut. Memandangkan Raja sibuk dengan tugasnya di hujung minggu, Raja memberikan Ratu sejumlah wang untuk membeli walker tersebut. Emm.. duit sudah ada di tangan. Apa lagi. Masa untuk SHOPPING !!!! Hehe..

Ratu pun beli walker tersebut di Jaya Jusco membawa puteri Raja Ratu bersama ibubapa Ratu. Sampai di Jaya Jusco, Ratu pun makan lah dahulu. Kena isi minyak dulu lah.. Kan nak ber shopping ni.. hUA.. hUA.. hUA.. Selepas makan, Ratu pun terus membeli 'walker baby' tersebut. Ratu rasa bersyukur kerana walker tersebut hanya tinggal 1 sahaja. 'Promoter' tersebut baru memberitahu bahawa 1 walker di situ telahpun dijual sebentar tadi. Jadi tiada stok lagi. Ratu pun 'check' dulu walker tersebut dari segi bunyi mainannya.. butang untuk tukar roda di bahagian bawah walker tu kepada bentuk jongkang jongkit sikit.. takut ada masalah lak nanti. Semasa Ratu dan promoter tersebut check walker tersebut.. ada orang datang lagi ingin membeli. Nasib baiklah Ratu cepat sikit kan. Ini kira rezeki Puteri kami lah ni. Kalau terlambat sikit, mesti Ratu tidak dapat membelinya. Emm.. Alhamdulillah. Sudah rezeki Puteri Raja Ratu untuk memilikinya..

Walker jenis macam ni ada pelbagai kegunaan.. Boleh buka di bahagian dekat roda tu & jadi JONGKANG-JONGKIT.. senang nak bagi MAKAN.. selain tu ada PELBAGAI MAINAN termasuk bunyi-bunyian.. ada ALAS DI BAHAGIAN BAWAH.. sesuai & amat selesa bagi bayi yang permulaan menggunakannya..

Inilah gambar Puteri Raja Ratu yang amat selesa memilikinya... Hehe..

Moga-moga Puteri Raja Ratu bergembira bergerak ke sana ke mari menggunakan 'Walker' ini nanti. Buat masa ni, Raja Ratu menggunakan alas kaki sebagai permulaan bagi Puteri Raja Ratu menyesuaikan dirinya.

Tatapan dari,

Monday, March 5, 2012

11 Orang Yang Menerima Doa Dari Malaikat

Sudah lama Raja Ratu tidak kemaskini segmen motivasi ni. Jadi, pada kali ini Ratu ingin mula bercerita mengenai sesuatu perkara yang mungkin tidak ramai yang telah mengetahuinya. Ratu sendiri pun baru membacanya dan Ratu ingin sebarkan kepada semua pengunjung Teratak ini.

Motivasi kali ini Ratu ingin menceritakan mengenai orang-orang yang mendapat doa dari malaikat. Alangkah indah andainya diri kita tergolong di kalangan orang-orang yang didoakan oleh malaikat ini. Golangan tersebut adalah:-

a) Orang yang tidur dalam keadaan bersuci
b) Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat
c) Orang yang berada di saf depan solat berjemaah
d) Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf)
e) Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-fatihah.
f) Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat
g) Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah
h) Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan
i) Orang yang membelanjakan harta (infak)
j) Orang yang makan sahur
k) Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit

Marilah sama-sama kita menjadikan 10 perkara di atas ni sebagai amalan harian kita semua. Hehe..

Tatapan dari,

Saturday, March 3, 2012

Puteri Raja Ratu Menyertai 2 Pertandingan

Emm.. ada pertandingan untuk Puteri Raja Ratu ???? Emm.. berita yang agak gembira ni. Raja Ratu ingin mencuba nasib untuk puteri kesayangan kami ni. Buat masa ni Raja Ratu ingin mencuba 2 pertandingan untuk Puteri Raja Ratu. Pertama, pertandingan di Jaya Jusco dan yang kedua pertandingan di suratkhabar berita harian.

Pertandingan di Jaya Jusco bermula dari 20 Februari 2012 hingga 4 Mac 2012. Pada mulanya, Ratu membeli barang keperluan puteri Raja Ratu di Jaya Jusco. Semasa Ratu membuat pembayaran, Ratu terpandang borang pertandingan CUTEST BABY IN RED CONTEST 2012. Apa lagi Ratu terus membaca syarat-syaratnya. Emm.. syaratnya mudah sahaja. Beli barang keperluan bayi pada harga RM30.00 ke atas dengan 1 resit beserta foto bayi dan hantarkan bersama borang penyertaan di Jaya Jusco yang berhampiran. Inilah gambarnya yang Ratu hantar,
Ok tak. Cuba nasib jer.. Saja suka-suka.. Kalau ada rezeki adalah.. Kalau tidak ada tak per lah.. Sebab Ratu percaya ramai yang menyertai pertandingan ini.

Dalam pertandingan yang ke 2 pula, Ratu terpandang melalui suratkhabar keluaran hari Sabtu setiap minggu. Pertandingan yang Ratu maksudkan di sini ialah PERMATA HATIKU. Caranya mudah sahaja hantar foto anak kita dan gambar itu akan tersiar di suratkhabar tersebut. Inilah gambarnya yang Ratu hantarkan untuk pertandingan tu,

Ratu ingin mencuba nasib sahaja untuk puteri Raja Ratu ini. Kalau tidak masuk pertandingan pun, puteri Raja Ratu ni memang sudah comel di mata Raja Ratu. Hehe..

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267