Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Thursday, August 27, 2009

Pengganti si 'Piyut' menemani 'Saadiah'...

Hari tu, Ratu balik ke rumah mertua. Kakak ipar Ratu cerita pemergian si 'Piyut' dah der pengganti. Waa. comelnya. Tengok la ni.
Ada tak cam rupa si 'Piyut'. Namanya si 'Black'. Kucing ni teruna & masih bujang lagi. Ingin melamar? Isi lah borang permohonan. Pendafaran terbuka ni. Nanti Ratu & Raja panggil temuduga ya. Haha.
Sebenarnya 'Saadiah' rindukan 'Piyut' sampai kurus badannya. Mana taknya, dari kecil 'Saadiah' membesar dengan si 'Piyut'. Bila si 'Piyut' mati, 'Saadiah' cam hilang arah. Tapi lebih kurang seminggu kematian 'Piyut', tak tahu tak mana datang entah, si 'Black' datang menonjolkan diri. Hilang rindu 'Saadiah'. Pas ni mesti dia gemuk balik kan. Tengok la 'Saadiah' & 'Black' bergambar. Siapa2 nak melamar si 'Saadiah', permohonan telah ditutup sebab si 'Saadiah' dah berpunya. Hehe. Nanti Ratu & Raja uruskan majlis perkahwinannya. Haha. leh ker.

Tatapan dari,

Monday, August 24, 2009

Selamat Menyambut Ramadhan

Bulan Ramadhan kali ini adalah tahun ke 2 Ratu & Raja sambut sebagai pasangan suami isteri. Juga tahun pertama disambut di teratak ini. Moga-moga Ramadhan tahun ni membawa keberkatan kepada Raja & Ratu dan semua umat Islam. Amin..

Ni la antara kiriman yang kami terima sempena menyambut Ramadhan ini untuk dikongsi bersama.

Ni kiriman dari Daniera, salah seorang followers kami. Waa, bersesuaian dengan warna laman ini. Terima kasih diucapkan. Emm, bagi kad je ker. Tak hantar juadah berbuka puasa ker. Kalau hantar kami terima dengan tangan terbuka. Cewaah. Leh Lak kan. Antara kiriman sms yang kami terima lak.

Kiriman yang pertama dari rakan Raja,
Air Nyiur air kelapa muda,
Jatuh tumpah kat wayar elektrik,
Esok Ramadhan jangan la lupa,
Jangan pulak buat2 gastrik..

Salam Ramadhan Al-Mubarak. Selamat Berpuasa.

Kiriman yang kedua dari rakan Ratu,
Andai semua HARTA adalah racun, maka ZAKAT penawarnya.
Jika seluruh UMUR adalah DOSA maka TAQWA & TAUBAT ubatnya,
Jika seluruh BULAN adalah NODA, maka RAMADHAN pemutihnya.
Marhaban yaa Ramadhan.
Selamat menunaikan ibadat puasa sume.

Kiriman ketiga dari rakan Ratu,
SALAM RAMADHAN.
Selamat menjalani ibadah puasa

Kiriman keempat pula dari rakan kami,
Syaban kian berlabuh tirai,
Lambaian Ramadhan kian dinanti,
Luhur hati seikhlas amalan,
Semoga segala ibadat kita Allah berkati,
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Kiriman kelima pula,
Kepada saudara/rakan/kenalanku,
Selamat menyambut Ramdhan Al-Mubarak,
Sama2 kita berusaha jadikan ibadah ini
Lebih berkualiti dari yang telah kita lalui

Kiriman yang keenam kami terima,
Perkataan yang cantik ‘ALLAH’
Lagu yang merdu ‘AZAN’
Novel yang menarik ‘AL-QURAN’
Senaman yang baik ‘SOLAT’
Diet yang mujarab ‘PUASA’
‘SELAMAT MENYAMBUT PUASA’

SELAMAT BERPUASA DARI KAMI DI TERATAK ISTANA RAJA & RATU

Tatapan dari,

Thursday, August 20, 2009

Jalan-jalan cari makan...

Makan? Makan lagi.. Haha, cita makan lagi. Dah nak puasa ni kan. Saja nak bagi korang lapar kan. Apa la salahnya. Haha. Jangan bulan puasa korang makan tengah hari lak. Hehe. Hari tu, lepas meeting Ratu dan rakan sekerja Ratu pergila makan di Cafe Botanikal. Ni la salah satu rekabentuk di cafe tu.

Kalau korang nak tau, cafe ni telah didatangi oleh Maria Tengku Sabri utk program 'Jalan2 Cari Makan'. Cafe ni tak sampai setahun beroperasi. Masa Ratu pertama kali makan di cafe ni, rakan Ratu rozi perasan kehadiran Maria ini. Tapi tak tau lak dia datang utk program tv3 tu, Ratu lak tak bergambar dengannya sebab masa tu dia tengah makan. Tak kan nak kacau dia lak. Betul tak? Tapi menyesal pun der, kalau tak tentu Ratu dapat sok TV kan dalam program tu. 1 Malaysia tengok. Eee, perasannya Ratu. Rasa-rasanya nak ke tv3 tu tunjukkan wajah Ratu yang cun ni. Haha.

Ni lah rakan-rakan Ratu tengah makan. Waduh, tengok diorang makan rasa lapar la pulak. Tak per, sementara belum mula puasa ini, leh la bedal makan tengah hari. Raja lak dah balik outstation. Leh makan dengan Raja kan. Haha. Akhir kata, Ratu & Raja nak ucapkan 'Selamat Menyambut Ramadhan', semoga Ramadhan kali ni membawa keberkatan kepada kita semua. Jangan nakal2 curi-curi makan di bulan Ramadhan ni ya.


Tatapan dari,

Monday, August 17, 2009

Makan di Hotel Equtarial

Hari tu pihak pengurusan di tempat kerja Ratu ada uruskan 1 majlis jamuan tengah hari bagi menyambut Hari Jadi seseorang. Hari Jadi siapa? Ratu? Bukan la. Birthday Ratu lagi 1 bulan. hehe. Ni nak sambut birthday YB Datuk Hj Abdul Ghafar. Happy birthday datuk. Ingat2 la birthday Ratu. Haha,leh lak. Macam datuk tu baca lak kan. Emm, bila dah tahu nak makan, apa lagi lapar2 kan lah perut ni. karang tengah hari leh bedal. Haha.

Ratu tertarik tengok cantik bakul cina tu. Apa lagi Ratu posing la dengan bersama Kak Noriza. Sementara datuk belum sampaikan. Kang dah sampai kang 'malu kucing' lak.

Ni masa Datuk Hamzah & Datuk Ghafar berucap.

Ratu tertarik dengan rekaan di restoren ni. Restoren ni ala-ala Baba & Nyonya. Ni kalau korang nak tau, ni la 'kasut terompah'

Ni pula rekaan di bahagian atas, ni bukan lukisan tau tapi barang2 lama cam mangkuk tingkat, dayung yang dipakukan di dinding. Sungguh kreatif !!!

Happy birthday to me..Happy birthday to me..Haha, silap la pulak. Perasannya Ratu. Happy to you Datuk..Dah sudah potong kek, pe lagi kita orang duduk kat tempat masing2. Tunggu makanan sampai & bedal la. PERUT DAH LAPAR NI!!! haha

Tatapan dari,

Thursday, August 13, 2009

Realiti....atau fantasi ni?

Pelik tapi benar.. Semalam Ratu tertarik melihat foto2 yg ditunjukkan oleh rakan sekerja Ratu Wan. Ni yang Ratu nak kongsi dengan korang ni. Wahai peminat2 seni.. peminat2 grafik.. wahai peminat2 yang suka keunikan.. cuba kaji apa yang Ratu nak persembahkan ini. Haha. Adakah ianya hanya lukisan, arca, grafik atau ianya 1 tindihan gambar sahaja? Apa komen korang.. eh, jangan ternganga mulut tu, nanti dimasuk lalat. Tak lalat, langau. haha..

Eh, orang tu minta tolong la. JOM KITA TOLONG. Nasib baik lelaki tu tolong orang yang kat bawah tu naik atas. Tul tak. Tapi kenapa yang lain hanya tengok sahaja. Emm, ni mari kita kir sama..

Biar betul. Cam tak percaya lak burung helang mendarat tengah2 bandar ni kan. eh, bawa orang lak tu. Cam ne kalau helang ni bawa Ratu & Raja. Mesti Ratu menjerit kat awangan sampai 1 dunia dengar. Takutt. TIDAKKK!!!!! Masalahnya larat ke helang ni bawa Raja & Ratu di awangan. hehehe..

Waa, orang ni susun huruf lak ya. Pandai dia susun, tak jatuh pun. Tapi korang perasan tak de orang kerdil la kat huruf W tu. Cuba tengok tul2..

Eh, kenapa budak kecil tu duk depan katak tu. Mana mak, bapa dia. Kang katak tu apa2 kan dia. Eh, orang lain tak tolong ke.

Apa pandangan korang. Apa semua ni? Nak tau. Sebenarnya, ni semua lukisan 3D di atas lantai simen / mamar di tengah kotaraya. Cantik kan. Tapi gambar lelaki yang tolong tu, perempuan atas helang, orang kerdil, budak kecil adalah realiti ya. Bukan 3D. Percaya tak. Tak percaya lagi? Nah tengok ni, adakah realiti atau fantasi..

Tatapan dari,

Monday, August 10, 2009

Perginya si ‘PIYUT’ kesayangan Raja

Sebelum Ratu mulakan cerita KISAH BENAR ini, ingin Ratu mohon korang sediakan 2 buah baldi utk tadah air mata, 10 kotak tisu utk kesat air mata. Emm, rasa2 cukup tak. Cukup kot. Sedih ni tau. Ratu dah mula nak nagis ni. Betul ke Ratu nagis? Haha. Siapa si ‘piyut’ tu? Si ‘piyut’ tu kucing kesayangan Raja.

Tapi..tapi..sebelum Ratu teruskan cerita, Ratu nak ucap takziah atas pemergian ahli keluarga salah seorang followers Ratu NOORULAZ yang terlibat dalam kemalangan jalanraya. Ratu baru baca kisahnya Jumaat lepas. Semoga dia & ahli keluarganya tabah hadapi dugaan hidup ini. Ratu & Raja faham situasi seperti ini kerana Ratu juga pernah kehilangan adik kesayangan & Raja kehilangan bapanya. Jadi, Sama2 la korang yang beragama Islam ambil sedikit masa. Tak lama 2, 3 minit sahaja utk sedekahkan AL-FATHAH kepada:

1. Arwah ahli keluarga NOORULAZ yang berkenaan.
2. Arwah adik Ratu & bapa Raja
3. Arwah keluarga korang yang telah meninggal dunia.
AL-FATHAH…AL-FATIHAH…AL-FATIHAH..
Semoga roh mereka dicucuri rahmat..AMIN.

Ok, kita sambung balik KISAH BENAR tadi. Haha. Sabtu lepas Ratu balik rumah mertua dengan mak Ratu. Raja masih lagi outstation. Mak mertua Ratu cakap ‘Piyut’ kesayangan Raja dah mati. Waduh, kalau Raja tahu ni, mesti dia nagis GILA la. Mahu tak 10 baldi perlu ditadahkan air mata. Haha. Ni la gambar yang Ratu ambil sebelum pemergiannya.

Si ‘Piyut’ ni tinggal di rumah mak Raja. Baru hari tu Ratu balik dengan Raja, Ratu baring jap, si ‘Piyut’ ni datang tidur sebelah Ratu. Ratu yang agak keletihan biarkan sahaja. Raja masa tu tengah tengok tv. Tak sangka tu la kali terakhir si ‘Piyut’ ni nak bermanja dengan Ratu. Kak-e, betul cakap akak, gambar ni leh wat kenangan bila kucing tu mati kan.

Ratu difahamkan si ‘Piyut’ mati kerana sakit. Raja pun agak terkejut bila Ratu inform kematian kucing kesayangannya ni. Kalau korang nak tau bila Raja & Ratu nak balik lepas menjegah mak Raja tu, si ‘Piyut’ ni akan hantar kami sampai ke kereta. Tapi kini tinggal la kenangan. Kecian ‘Saadiah’ dah tak de kawan.


Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267