Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Tuesday, August 23, 2016

Kedudukan Pingat Malaysia Dalam Sukan Olimpik di Rio 2016

Berakhir sudah penglibatan para pemain Malaysia di Sukan Olimpik di Rio 2016. Walaupun agak sedih sedikit kerana para pemain gagal meraih pingat emas dalam Sukan Olimpik ini, tapi mereka sudahpun menunjukkan kesungguhan mereka dalam mengharumkan nama Malaysia di Sukan Olimpik 2016.

Malaysia berada di kedudukan ke 60 dengan 5 pungutan pingat termasuklah 4 pingat perak dan 1 pingat gangsa. Inilah antara wajah-wajah dan pingat yang berjaya mereka perolehi.

Inilah Datuk Lee Chong Wei dengan pingat Peraknya dalam acara Badminton Perseorangan Lelaki,


Ini pula Goh V Shem dan Tan Wee Kiong dengan pingat Peraknya dalam acara Badminton Beregu Lelaki,


Ini pula Goh Liu Ying dan Chan Peng Soon dengan pingat Peraknya dalam acara Badminton Beregu Campuran,


Ini pula Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hong dalam acara terjun 10 platform berirama,


Ini pula Azizulhasni Awang dengan pingat Gangsanya dalam acara Keirin Berbasikal Lelaki,


Tahniah buat mereka. Moga kita dapat merah pingat emas di Olimpik akan datang.

Tatapan dari,

Sunday, August 21, 2016

Lee Chong Wei vs Lin Dan

Di peringkat separuh akhir Datuk Lee Chong Wei perlu berhadapan dengan Lin Dan dari China di peringkat separuh akhir dalam perlawanan badminton Olimpik di Rio ini. Jika menang Datuk Lee Chong akan ke peringkat akhir dan sudah pasti Perak sudah berada di genggaman nanti. Tapi jika kalah Datuk Lee Chong Wei perlu berlawanan dengan pemain Denmark untuk mengejar pingat gangsa. 

Emm.. siapa yang tidak kenal dengan Lin Dan salah seorang pemain dari China yang tidak kurang hebat. Lin Dan juga pernah beberapa kali mengalahkan Datuk Lee Chong Wei. Jadi bukan Ratu sahaja malah Ratu rasa ramai di kalangan rakyat Malaysia yang bimbang jika Datuk Lee Chong Wei kalah di tangan Lin Dan nanti.


Ratu menonton dan mengikuti perlawanan ini. Agak terkejut jugak Ratu apabila Lin Dan dapat mengejar mata apabila Datuk Lee Chong Wei jauh meninggalkan Lin Dan dengan perbezaan7 ke 8 mata di set ke tiga. 

Alhamdulillah, akhirnya Datuk Lee Chong Wei berjaya mengalahkan Lin Dan dengan pungutan mata 15-21, 21-11, 22-20 dan mara ke peringkat akhir nanti menentang Chen Long dari China. Akhirnya bertambah lagi pungutan pingat untuk Malaysia dalam Sukan Olimpik kali ini. 

Tatapan dari,

Wednesday, August 17, 2016

Azizulhasni Berjaya Raih Pingat Gangsa

Pemain basikal Malaysia Azizulhasni berjaya meraih pingat gangsa perlawanan berbasikal keirin lelaki. Tahniah, akhirnya dapat lagi 1 pingat buat Malaysia. Rasa seronok pula bila menonton sukan terutama sekali bila pemain itu dapat membawa kejayaan buat Malaysia.

Pada mulanya sebelum memulakan perlawanan, 2 kali perlawanan itu dibatalkan. Peh, rasa terbantut nak tengok perlawanan ni. Tapi bila tengok Azizul Hasni berjaya meraih pingat gangsa.. waa, rasa seronok la pulak. Hehe..


Apa-apapun tahniah diucapkan. 

Tatapan dari,

Tahniah Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying untuk Bergu Campuran Badminton

Kali ini 1 berita gembira yang baru diterima yang mana bergu campuran badminton Malaysia Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying berjaya ke peringkat final mengalahkan pasangan Xu Chen dan Ma Jin dari China dengan kutipan mata 21-12, 21-19.

Tahniah diucapkan. Dengan Pingat Perak sudah semestinya berada di tangan kita. Tapi kalau boleh kita semua mahukan pingat emas. Betul tak. Di peringkat akhir nanti Malaysia akan berlawan dengan pasangan Indonesia Tontowi Ahmad dan Liyana Natsir.


Apa-apapun tahniah diucapkan. Moga-moga pingat emas berada di genggaman Malaysia nanti di perlawanan akhir dan sekaligus menaikkan kedudukan ranking Malaysia dalam memperolehi pingat di sukan Olimpik ini.

Tatapan dari,

Monday, August 15, 2016

Tahniah Bergu Lelaki Badminton Negara

Tahniah kepada pasangan Bergu Lelaki Badminton Negara Tan Wee Kiong dan Goh V Shem di atas kejayaan mereka mara ke peringkat akhir. Ini adalah 1 lagi berita baik untuk rakyat Malaysia. Kejayaan ini menaikkan lagi semangat Ratu untuk mengikuti perkembangan sukan khususnya badminton di peringkat Olimpik ini.

Perlawanan bergu lelaki ini berjaya menentang Chai Biao dan Hong Wei dari China dengan pungutan mata 21-18, 12-21, 21-17. Di peringkat akhir nanti mereka akan melawan Zhang Nan dan Fu Haifeng  yang juga dari China. 

Inilah wajah-wajah yang berjaya menaikkan nama Malaysia. Siapa sangka pasangan ini berjaya ke peringkat akhir.


Yang pasti pingat Perak sudah berada dalam genggaman Malaysia. Tinggal ianya perlu di asah untuk merebut pingat emas. Jika berjaya kalau tidak silap Ratu pasangan ini akan menerima RM1,000,000 dan pencen berjumlah RM5,000 sebulan. Jika pingat Perak mereka akan menerima RM300,000 beserta pencen sebanyak RM3,000 sebulan. Tahniah buat mereka. Seronok melihat kejayaan mereka ini.

Tatapan dari,

Friday, August 12, 2016

Tahniah Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong

Alhamdullilah, hari ini Ratu dapat tahu Malaysia berjaya meraih pingat dalam Sukan Olimpik Rio 2016. Pingat yang pertama diperoleh ini adalah dari perlawanan 10m Platform Seirama Malaysia Wanita. Pandalela Rinong dan Cheong Jun Hoong berjaya memperolehi pingat Perak. Sungguh tak sangka atas kemenangan yang mereka berjaya kecapi. 

Inilah wajah mereka yang berjaya mengharumkan mana Malaysia,


Tahniah diucapkan. Diharapkan Pandelela Rinong dapat mengharumkan nama negara dalam perlawanan 10m Platform Individu Wanita nanti. Menurut Pandelela, perbezaan mata antara Malaysia dan China yang berjaya meraih pingat emas sangat tidak jauh. Perbezaan mata cuma 9.66 mata sahaja. Apa-apapun pingat Perak telah berjaya diperolehi 

Dengan kejaya yang diperolehi ini mereka memperolehi RM300,000.00 dan pencen bulanan sebanyak RM3,000.00. Wah, seronoknya. Tahniah, diucapkan.

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267