Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Sunday, April 30, 2017

Ala Comelnya..

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung. Hari ini Ratu amat terkejut apabila rakan sepejabat Ratu memaklumkan bahawa ada seekor anak kucing di bawah kereta Ratu. Haaaaa.. Dan anak kucing tu telahpun dibawa masuk ke pajabat.

Ini dia cantik tak. Comel kan


Oleh kerana rakan-rakan sepejabat Ratu yang mana menyukai kucing telah banyak bela kuicng di rumah. Ratu pun membawanya balik ke rumah. Bila di pejabat, si comel ni senyap tapi bila sampai di rumah. Alamak bisingnya. Ratu letakkannya di dalam sangkar. Si comel ini sibuk dia nak keluar dari sangkar. Bila nak keluarkan dari sangkar, Puteri Raja Ratu pula sibuk kejar kucing ni ajak bermain.  Hendak letak di luar rumah, rasanya sudah malam. Tak per lah, esok pagi sahaja Ratu letak di luar.

Puteri Raja Ratu ni mentang-mentang lah si comel tu dalam sangkar. Sekejap-sekejap dia kacau si comel ni dalam sangkar. Dah la si comel ni kuat menjerit. Sekali Puteri Raja Ratu ni kacau, lagilah si comel ni menjerit. Bukan main nyaring daa..


Esok pagi tu Ratu ada juga tanyakan jiran-jiran Ratu jika ada yang ingin menjaganya. Sebab Ratu kadang-kadang ada rumah kadang-kadang tidur rumah ibubapa Ratu. Nasib baik, rakan Ratu sudi menjaganya. Ratu pun terus menghantar si comel ini ke rumahnya.

Tatapan dari,

Saturday, April 29, 2017

Melawat Jiran Pakcik Saadon Di Hospital

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Hari ini ibubapa Ratu mengajak Ratu untuk menziarahi jiran yang agak rapat dengan ibubapa Ratu iaitu Pakcik Saadon. Pakcik Saadon ini telah dimasukkan ke hospital akibat kencing manis. Ini adalah lawatan kali kedua Ratu cuma kali ini bersama-sama ibubapa Ratu dan Puteri Raja Ratu. Kalau sebelum ini Ratu datang bersendirian ke sini. 

Siapa sangka Pakcik Saadon ni menjaga pemakanannya. Tapi kalau dah sakit tak boleh buat apa. Dia mengadu sakit di bahagian betis kaki kanannya. Lebih kurang 2 bulan lepas Ratu datang melawat di hospital, Ratu tengok kaki kanannya telah berubah ke warna gelap. Ala, sedih lak tengok kakinya. 

Pada mulanya, pakcik Saadon ini telah keluar hospital. Tapi kena kerap cuci di bahagian kaki tu. Selepas dicuci, adakalanya perlu ditahan wad. Jadi, sekejap keluar hospital, sekejap masuk balik. Yang kecian adalah isterinya.

Inilah antara gambarnya ketika kami berada di hospital,


Semasa melawat pakcik Saadon memang ada mengadu kadangkala ada berada sakit di bahagian kaki. Ala sedihnya. Harapan Ratu agar kaki pakcik Saadon ini akan pulih dan tiada sebarang pembedahan pemotongan kaki dibuat. Amin..


Tatapan dari,

Tuesday, April 25, 2017

Aktiviti Berbasikal Bersama Puteri Raja Ratu

Hujung minggu kali ini mula terfikir sudah lama tidak bawa Puteri Raja Ratu bersiar-siar. Memandangkan Isnin pun cuti umum iaitu cuti bersempena Pertabalan Agung maka Ratu pun ingin melakukan satu aktiviti bersama-sama Puteri Raja Ratu.

Intai punya intai.. Tanya punya tanya.. Ratu pun tertarik untuk ke Menara Taming Sari Melaka untuk aktiviti berbasikal bersama-sama Puteri Raja Ratu. Puteri Raja Ratu bukan main suka lagi berjalan-jalan ke kawasan persekitaran menaiki basikal. Badan pun keluar peluh. Tambah lagi boleh bawa si kecil tengok bot dan bangunan merah sekitar tu. 


Mulalah kami berdua melakukan aktiviti berbasikal,


Puteri Raja Ratu duduk di hadapan Ratu di tempat duduk yang disediakan. Tapi dia tak kayuh, Ratu yang kayuh. Dia relax dapat tengok pemandangan yang lebih luas dan selesa berbanding jika duduk di belakang.


Kayuh punya kayuh terasa penat la pulak. Emm, Puteri Raja Ratu sudah nampak taman permainan pulak. Emm, apa lagi. Dia minta berhenti. Dia nak main sekejap. Katanya sekejap jer, 10 minit jer. Huhu.. Iyalah. Dapat juga Ratu berehat jap kan.


Dah habis kayuh, terasa penat gak. Terlepak jap. Tapi memang terasa seronok. Tapi yang penting Puteri Raja Ratu seronok. Hehe.

Tatapan dari,

Thursday, April 13, 2017

Makan Western Food

Hari ini Ratu tidak masak. Begitu juga dengan Raja. Ratu sibuk sepanjang hari mengemas keseluruhan rumah. Jadi, hari ini Raja dan Ratu mengambil keputusan untuk tapau makan.

Tengah hari tu Raja terlambat keluar jadi kebanyakkan lauk sudah habis. Jadi, Raja pun membeli nasi ayam sebagai santapan 3 beranak. Sebelah malam pula, Raja mengajak untuk tapau nasi. Ratu pun dengan Puteri Raja Ratu pun tak de la tukar pakaian. Kami pakai baju malam sahaja macam biasa. Sebab Ratu sudah inform Raja yang Ratu dan Puteri Raja Ratu tunggu di dalam kereta sahaja nanti.

Sekali singgah, Puteri Raja Ratu ajak pusing-pusing di kawasan bandar. Oklah, Raja dan Ratu pun ikutkan sahaja. Last-last Raja ingin mencuba di satu kedai makanan western ni. Laaaa, macam mana ni. Nasib baik Ratu tak pakai baju kelawar. Huhu..


Inilah menu yang kami order. Rasanya boleh tahan lah. Nak kata sedap sangat tak juga.






Tumpuan Raja dan Ratu tertumpu pada hiasan kedai ni. Cantik juga hiasan kedai makan ni. Nampak eksklusif.


Makan punya makan.. Baru Ratu perasan, kedai ni ada hiasan tengkorak. Mungkin pemiliknya Cina tapi pelayannya Melayu. Tapi yang penting, makanan ini halal. Ratu tanya juga siapa pemiliknya melayu ke cina. Pelayan tu kata Melayu. Ratu pun perasan juga pekerja-pekerja semua melayu.

Kalau betul lah melayu bukankah tidak elok dihiaskan kedai dengan tengkorak. Emm.. ayat-ayat Quran pun tiada digantung. Sayang tul. Kedai cantik. Emm.. Ni cuma luahan hati Ratu.

Raja dan Ratu pun mengambil keputusan bahawa inilah kedai makan yang pertama dan terakhir kami kunjungi. 


Tatapan dari,

Thursday, April 6, 2017

Puteri Raja Ratu Di Tadikanya

Kali ini Puteri Raja Ratu teruja menceritakan aktiviti di tadikanya bila Ratu sampai sahaja di rumah. Emm.. Bila ditanya, rupa-rupanya sambut hari lahir rakan sekelasnya.


Inilah keknya. Gambar ini diambil dari group whatsapp kelas Puteri Raja Ratu,



Ini antara gelagat Puteri Raja Ratu bersama-sama rakan-rakan sekelasnya ketika aktiviti memotong kek,


Ini gambar seterusnya,


Emm.. bukan main gembira lagi. Cantik gak keknya. Kalau hendak tunggu birthday Puteri Raja Ratu tu lambat lagi tu.. Hehe..


Tatapan dari,

Wednesday, April 5, 2017

Membeli Belah Di Jakel

Alhamdulillah. Raja sudah pulang dari 'outstation'. Di kesempatan inilah Ratu mengajak Raja bersama-sama ibubapa Ratu untuk membeli kain sebagai persiapan untuk buat baju raya nanti. 

Jalan punya jalan, tumpuan Ratu tertumpu pada kedai kain Jakel. Bukannya apa, ada promosi sempena Ramadhan dan Raya untuk kebanyakkannya untuk kain-kain elanya. 



Telek punya telek.. mana tau ada yang berkenan dengan coraknya. Tertangkap 1 corak. Lama juga lah Raja dan ayah Ratu menunggu Ratu dan ibu Ratu memilih kain. Huhu. Tapi Ratu tak la lama sangat sebab Ratu sudah berkenan 1 corak kain ni untuk dipakai sedondon dengan Puteri Raja Ratu. Kalau lelaki senang pilih baju Melayu atau kurta nanti boleh pakai sama warna dengan tudung Ratu dan Puteri Raja Ratu nanti. Yang buat lama menunggu menunggu ialah ibu Ratu ni. Dia teragak-agak nak pilih corak yang mana. Hehe..

 
Belek punya belek.. Runding punya runding, akhirnya atas pendapat ayah Ratu. Ibu Ratu memilih corak yang sama gak. Maknanya kami dah macam boria la nanti. Huhu.. Tak per lah.. Ratu pun tahun ini tak de la nak buat baju fesyen sangat sebab rasanya sudah boleh tidak diterima lagi oleh tukang jahit untuk menjahit baju raya berfesyen ni. Ratu tahun ini buat baju kurung sahaja bersama-sama Puteri Raja Ratu. Cuma ada design sedikit di bahagian tangan kami nanti.


Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267