Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Saturday, November 25, 2017

Didik Anak Uruskan Wang Sejak Dari Kecil

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Kebiasaannya, kanak-kanak akan menerima wang yang banyak ketika musim perayaan. Betul tak. Walaubagaimanapun, jika tidak dipantau, wang yang banyak diterima ini pastinya akan hilang akibat mereka berbelanja sesuka hati. Jom kita ketahui beberapa tips yang Ratu baca dari sebuah majalah ini yang mana kita boleh mempraktikkannya dalam mendidik anak-anak agar bijak menguruskan wang sejak mereka kecil lagi.

* Sediakan tabung
Kanak-kanak boleh dididik tentang pengurusan wang yang bijak ketika mereka berusia 3 tahun lagi. Pada tahap ini, kita sebagai ibubapa perlu terangkan kepada mereka bagaimana perlu menabung dan menunggu duit tabungan sehingga cukup, barulah mereka boleh membeli sesuatu yang mereka inginkan. Belikan tabung dan biarkan anak kita memilih tabung yang mana menjadi pilihan mereka sebagai pembakar semangat untuk mereka terus menabung. Dengan cara ini, mereka akan terus amalkan sehingga mereka dewasa kelak.

* Jangan tewas dengan emosi anak-anak
Diperingkat permulaan ini, kanak-kanak pastinya akan memberontak apabila kita mula ajar mereka menabung. Tapi kita sebagai ibubapa, janganlah tewas dengan serangan emosi daripada anak-anak kita seperti tangisan mereka. Niat kita untuk mendidik. Jadi biarkan mereka belajar untuk mendapatkan sesuatu yang mereka inginkan bukan dengan cara yang mudah. Lama-lama mereka akan bijak dan boleh memahami apa yang kita ajarkan ini. Malah mereka nanti akan lebih seronok menabung. 

* Sediakan jenis-jenis tabung
Sediakan 3 tabung untuk anak yang mana setiap satunya dilabelkan 'Simpanan', 'Belanja' dan 'Kongsi'. Setiap kali nak kita ingin menabung, pastikan mereka membahagikan duit sama rata ke dalam ketiga-tiga tabung tersebut. 

Tabung simpanan pastinya akan disimpan ke dalam bank
Tabung belanja boleh digunakan untuk berbelanja
Tabung kongsi boleh digunakan untuk didermakan kepada kawan-kawannya yang memerlukan

Jenis-jenis tabung ini terpulang kepada korang untuk tujuan pengasingan.

* Tetapkan matlamat bagi tabung mereka ketika 5 tahun
Pada umur anak-anak ini 5 tahun, mereka sudah pastinya sudah bijak untuk menetapkan matlamat bagi tabungan mereka. Dengan cara tersebut, mereka akan dapat apa yang mereka hajati dengan duit tabungan tersebut. Jika barang permainan atau barang lain yang diinginkan tu mahal harganya, kita boleh membantu dengan cara yang betul untuk memastikan matlamat mereka tercapai dalam masa yang ditetapkan. Contohnya, jika mereka mendapat keputusan yang baik dalam pelajaran barulah kita boleh bantu mereka.

* Kira jumlah simpanan bersama-sama
Setiap kali anak kita menabung, kita sebagai ibubapa kita bantu mereka dalam mengira jumlah wang tabungan yang ada dan maklumkan kepada mereka berapa lagi baki wang yang diperlukan untuk mencapai matlamat itu dan berikan dorongan untuk mereka terus menabung. Aktiviti sebegini menyeronokkan si kecil kita dan pastikan mereka lebih teruja menabung.

* Libatkan anak-anak dalam urusan pembelian ketika 6 tahun
Apabila si kecil berusia 6 tahun, kita boleh libatkan mereka dalam membuat keputusan tentang pembelian. Berikan mereka sedikit wang untuk dibelanjakan dan biarkan mereka membuat keputusan sendiri apa yang mahu dibeli. Dengan cara sebegini, kita dapat mengajar mereka membuat keputusan dengan duit mereka sendiri.


Moga-moga tips ini membantu para ibubapa bagaimana untuk mendidik anak menabung sejak dari kecil lagi.


Tatapan dari,

Monday, November 20, 2017

Pengeposan Acuan Simen

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Alhamdulillah, perniagaan Ratu berjalan dengan lancar dan berkembang dengan baik. Syukur Alhamdulillah.

Hari ini juga Ratu sibuk dengan pengeposan acuan simen ini kepada pelanggan-pelanggan Ratu melalui RR Raudah. Ini adalah acuan yang telah dimiliki dan tugas Ratu kini mengeposkan acuan ini kepada pelanggan Ratu yang berada di Perlis.


Ini pula acuan simen yang perlu diposkan kepada pelanggan Ratu yang berada di Kedah,



Ada 2 design acuan simen ini yang menjadi pilihan dan rebutan para pelanggan dalam mencantikkan halaman rumah mereka.


Ini adalah hasil kerja untuk acuan simen bulat,


Ini pula hasil kerja untuk acuan simen 4 segi,



Sebenarnya, ada lebih kurang 60 ke 70 keping gambar yang dikongsikan dari pelanggan kami di RR Raudah untuk tontotan dan rujukan semua. Boleh layari facebook kami RR Raudah (Klik perkataan ini)

Kami mengalu-alukan para-para kontraktor untuk memiliki acuan simen RR Raudah ini bagi menambahkan daya kreativiti anda mencantikkan lagi rumah pelanggan anda.

Kami juga mengalu-alukan para-para peminat halaman rumah rumah yang menarik untuk memiliki acuan simen RR Raudah ini dan boleh melakukannya sendiri (DIY) di rumah.

Kami bantu anda merealisasikan impian anda..
Anda puashati, kami senanghati..

Layari ruang facebook kami --> RR Raudah
Untuk melihat lebih banyak hasil kerja daripada pelanggan-pelanggan kami.

Boleh hubungi Ratu 012-6844870 Ely
Jangan tunggu lama nanti stok kehabisan !!!

Tatapan dari,

Sekitar Minggu Akhir Tadika

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Inilah yang pasti menyedihkan apabila minggu ini adalah minggu terakhir Puteri Raja Ratu berda di tadika KAFA ini. Sudah 2 tahun Puteri Raa Ratu berada di tadika ini. Dari umur 5 tahun sampai ke tahun ini, sudah banyak yang Puteri Raja Ratu pelajari dan Ratu nampak perubahannya kini. Puteri Raja Ratu telah banyak pelajari khususnya menghafal pelbagai surah, mengambil wuduk dan solat. Ia membantu memudahkan urusan Ratu mengajar Puteri Raja Ratu mengaji dan solat. 

Inilah antara gambar-gambarnya,


Ini gambar yang kedua,


Ini pula gambar yang ketiga,


Ratu pula yang terasa sedih untuk meninggalkan tadika ini sedangkan Puteri Raja Ratu yang berada di tadika ini. Huhu..

Tatapan dari,

Wednesday, November 15, 2017

Kelebihan Surah Al-Kahfi

Apa itu surah Al-Kahfi? Surah Al Kahfi atau juga disebut Ashabul Kahf merupakan surat golongan Makkiyah atau yang diturunkan di Kota Mekkah. Surah ini mengandungi 110 ayat dan bercerita tentang beberapa orang pemuda yang tidur dalam gua bertahun-tahun lamanya. Selain itu terdapat pula beberapa buah cerita dalam surat ini yang semuanya mengandung pelajaran-pelajaran yang amat berguna bagi kehidupan manusia.
Surah Al-Kahfi adalah satu surah yang patut diamalkan. Persoalannya bilakah masa yang sesuai hendak diamalkan? Sebab surah ini agak panjang. Ratu sendiri yang mengamalkan surah ini pun mengambil masa 20 minit ke 25 minit untuk menghabiskan bacaan surah ini. Sekarang banyak surau-surau dan masjid mula mengamalkan bacaan yasin dan 10 ayat pertama dan 10 ayat terkahir surah Al-Kahfi pada setiap malam Jumaat. Surah Al-kahfi ini mempunyai kelebihan yang tersendiri berbanding surah lain.

Waktu Terbaik Mengamalkan Surah Al-Kahfi

Menurut kebanyakkan para ulama, bahawa diantara amalan yang dianjurkan untuk dikerjakan pada malam dan hari Jum’at adalah membaca surat Al-Kahfi. 

Kenapa pula  pada malam dan hari jumaat? Kenapa tidak pada hari lain? Sebab pada malam Jumaat dan hari jumaat dalam Islam merupakan hari yang istimewa. Yang mana hari itu merupakan hari dimana nabi Adam as diciptakan dan dan diwafatkan.
Dan kemudian Baginda Nabi Muhammad SAW juga pernah Bersabda :
إِنَّ مِنْ أَفْضَلِ أَيَّامِكُمْ يَوْمَ الْجُمُعَةِ فِيهِ خُلِقَ آدَمُ وَفِيهِ قُبِضَ وَفِيهِ النَّفْخَةُ وَفِيهِ الصَّعْقَةُ
Sesungguhnya di antara hari  yang paling afdhal adalah hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan dan diwafatkan, dan pada hari itu juga ditiup sangkakala dan akan terjadi kematian seluruh makhluk. . . .
(HR. Abu Dawud, an Nasai, Ibnu Majah, Ahmad, dan al Hakim dari hadits Aus bin Aus)
Diriwayatkan dari Ibnu Mardawaih dari Abdullah  Bin Mughaffal disebutkan bahwa Rumah yang dibacakan surah al-Khafi dan al Baqarah tidak akan di masuki syaitan sepanjang malam itu.
Sunnah membaca surat Al-Kahfi pada malam Jum’at atau pada hari Jum’atnya, dan malam Jum’at diawali sejak terbenamnya matahari pada hari Kamis. Kesempatan ini berakhir sampai terbenamnya matahari pada hari Jum’atnya.

Oleh kerana hari jumat yang merupakan hari paling afdal terdapat amalan-amalan yang dianjurkan untuk di kerjakan pada hari itu. Salah saju amalan yang dianjurkan pada hari jumat adalah membaca surah Al-Kahfi.

Keutamaan Membaca Surah Al-Kahfi pada Hari Jumaat

Antara kelebihan baca surah yang istimewa ini di hari Jumaat adalah:-

1. Terhindar dari Fitnah Dajjal

Manusia yang membaca Al-Kahfi pada Hari Jumat akan terhindar dari fitnah Dajjal. Nabi Muhammad SAW bersabda bahwa dengan rajin membaca surat ini pada hari jumat maka akan terhindar dari fitnah tersebut.
“Barang siapa membaca Surah Al Kahfi pada hari Jum’at, maka Dajjal tidak bisa memudharatkannya,” (HR-Dailami).
“Siapa yang membaca dari Surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya dari kepala hingga kakinya dan siapa yang membaca keseluruhannya, maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi,” (HR Ahmad).

2. Mendapat keampunan dosa di antara 2 Jumaat

Membaca Al Kahfi pada hari Jumaat  akan mendapat pengampunan dosa diantara dua Jumaat. Dalam riwayat lain masih dari Abu Sa’id al-Khudri radhiyallahu 'anhu, Rasulullah bersabda, Dari Ibnu Umar radhiyallahu 'anhuma, Rasulullah SAW bersabda:
“Siapa yang membaca surat Al-Kahfi pada hari Jum’at, maka akan memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan meneranginya kelak pada hari kiamat, dan diampuni dosanya antara dua jumat.”

2. Terpancar dirinya cahaya di antara 2 Jumaat

Ganjaran yang disiapkan bagi orang yang membaca surat Al-Kahfi padacmalam atau hari Jum’at, maka diberikan cahaya (disinari). Dan cahaya ini diberikan ketika nanti di hari kiamat, yang memanjang dari bawah kedua telapak kakinya sampai ke langit. Dan hal ini menunjukkan panjangnya jarak cahaya yang diberikan kepadanya, sebagaimana firman Allah Ta’ala:

يَوْمَ تَرَى الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ يَسْعَى نُورُهُمْ بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَبِأَيْمَانِهِمْ
“Pada hari ketika kamu melihat orang mukmin laki-laki dan perempuan, sedang cahaya mereka bersinar di hadapan dan di sebelah kanan mereka." (Qs. Al-Hadid: 12)
Dari Abu Sa’id al-Khudri radliyallahu ‘anhu, dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
مَنْ َقَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ لَيْلَةَ الْجُمْعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّوْرِ فِيْمَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْبَيْتِ الْعَتِيْقِ
Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada malam Jum’at, maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dia dan Baitul ‘atiq.
(Sunan Ad-Darimi, no. 3273. Juga diriwayatkan al-Nasai dan Al-Hakim serta dishahihkan oleh Al-Albani dalam Shahih al-Targhib wa al-Tarhib, no. 736)
Moga apa yang Ratu sampaikan ini memberikan ilmu dan manafaat kepada semua.

Tatapan dari,

Friday, November 10, 2017

Ayam Masak Merah

Jalan-jalan ke blog lain sekali terpandang 1 menu kegemaran Ratu ini. Ratu pun baca dan kongsikan di sini. Ratu tengok mana yang perlu Ratu tambah merujuk resepi ini untuk menjadikan masakan itu lebih sedap.



Bahan bahan:
 
1 ekor ayam - lumur garam + kunyit & goreng separuh masak.
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
60 ml santan 
250 ml air 
3 biji tomato - belah 4
Garam secukup rasa Gula secukup rasa - saya tambah
Minyak utk menumis Kacang peas (tak masuk pun tak per)

Bahan bahan kisar halus:
 
4 biji bawang besar
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 cm halia
15 - 20 tangkai cili kering - rebus sebentar dan kisar

Bahan bahan hiris:
 
1 biji bawang besar - lagi sedap bawang holland




Cara cara:
1. Ayam digoreng separuh masak. Angkat dan ketepikan. 
 
2. Panaskan minyak. Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang dan serai. Tumis bawang besar, halia, bawang merah dan bawang putih yang telah dikisar dengan api perlahan hingga naik bau. Masukkan cili  dan kacau hingga cili benar-benar garing dan pecah minyak.
 
3. Kemudian masukkan sos cili dan sos tomato. Bila dah garing, masukkan ayam yang digoreng separuh masak tadi. Dikacau rata dan biarkan seketika. (Jika digoreng garing, ayam akan menjadi liat.)

4. Kemudian masukkan air mengikut banyak mana kuah yang disukai. Lepas tu masukkan santan untuk memekatkan kuah mengikut yang disukai.

5. Masukkan buah tomato, bawang besar yang telah diris dan garam. Masak sehingga pecah minyak. Taburkan sedikit gula, jika suka. Bila rasa dah sebati, dan warnapun dah cantik, bolehlah ditutup api.

6. Jika suka, boleh masukkan kacang peas, sebelum ditutup api dan sedia untuk dihidangkan bersama nasi minyak, nasi briyani atau nasi tomato.
 
Selamat mencuba !!!


Tatapan dari,

Tip Orang Dewasa Belajar Al-Quran

Kebanyakkan orang yang berusia ini akan rasa malu untuk kembali mendalami dan belajar Al-Quran dengan baik dan sempurna. Ada juga yang merasakan dirinya sudah mampu membaca Al-Quran dengan bagus. Jadi, tidak perlu mengajar mengaji. Tidak terdetik di hatinya ada bacaan yang perlu diperbaiki. Tambahan lagi, di usia muda kebanyakkan golongan ini lebih tertumpu dalam kesibukkan membina kerjaya dan keluarga. Al-Quran tidak didampingi dan menjadikan kita lebih lupa.

Berikut adalah beberapa tip yang boleh dicuba untuk menguasai Al-Quran,

1.  Kenali huruf Al-Quran
Inilah perkara pertama yang perlu dilakukan iaitu dengan menguasai keseluruhan huruf dalam Al- Quran. Dicadangkan dengan membaca 29 huruf asas yang ada di dalam A-Quran terlebih dahulu dan kemudiannya menyalinnya kembali ke dalam buku atau kertas supaya lebih senang menghafal dan mengenali huruf tersebut. 

2.  Kenali tanda baca di dalam Al-Quran
Perlu mengenali jenis tanda baca Al-Quran seperti fathah, kasrah, dhammah, sukun dan lain-lain dengan baik. Boleh mempelajarinya melalui buku pembelajaran Al-Quran ataupun video yang boleh dimuat turun melalui google play.

3.  Teknik membaca Al-Quran
Kuasai teknik membaca dengan betul. Dalam Al-Quran ada beberapa teknik membaca seperti idgham yang membuatkan kita membaca dengan suara dengung. Teknik baca Al-Quran yang dibahas juga membantu anda mengetahui bila waktu membaca dengan suara tinggi, dengungan panjang mahupun teknik lain.

4.  Ada  guru
Sekiranya kita dalam proses pembelajaran, Al-Quran ini tidak boleh ditinggalkan pembelajarannya setiap hari sehingga kita betul-betul dapat kuasai sepenuhnya. Jika terikat dengan komitmen lain, luangkanlah masa walaupun 10 ke 15 minit sahaja pun sudah memadai untuk mempelajari sekaligus mengingatkan kembali apa yang dipelajari.

Sekiranya kita masih sukar belajar sendiri, seelok-eloknya minta bantuan guru mengaji yang boleh mengajar anda. Dengan bantuan mereka, anda akan lebih cepat menguasai Al-Quran dengan lebih baik. Sekarang terdapat ramai guru mengaji yang boleh datang ke rumah untuk kelas persendirian ataupun kita boleh menghadiri kelas-kelas mengaji yang dianjurkan di kawasan berhampiran rumah.

5.  Latih
Walaupun kita ada belajar melalui guru mengaji, kita mesti rajin buat homework dengan melatih diri sendiri mengaji pada masa terluang di rumah. Aktiviti sebegini membuatkan kita lebih faham dalam menghafal ayat-ayat suci Al-Quran. Latih sekerap yang mungkin dan selalu melakukannya agar kita lebih lancar dan membacanya dengan baik. Jika boleh baca dan fahami terjemahannya.

Moga bermanafaat.

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267