Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Monday, May 22, 2017

Aktiviti Bersama-Sama Puteri Raja Ratu

Kali ini Ratu dan Puteri Raja Ratu masih lagi membuat aktiviti mewarna bersama-sama. Tapi Ratu rasa aktiviti kali ini ada kelainan sedikit. Kami akan mewarna dan mengunting. Hehe. Ni sebab sudah terpedaya dengan aktiviti-aktiviti menggunting di kelasnya sampai tengok gambar mereka berkobar-kobar pula hendak lakukan bersama-sama aktiviti sebegini.

Inilah hasil kerja Puteri Raja Ratu,


Ini pula hasil kerja Ratu. Haha.. Alamak jangan kecam saya.


Ini pula hasil kerja kami berdua,





Selepas kami mewarna kami menggunting dan lekatkan untuk dijadikan sampul raya. Hehe. Bukan main seronok Puteri Raja Ratu ni. Sambil mewarna tak sabar-sabar nak gunting.

Tapi Ratu rasa aktiviti sebegini tak capai sararan Ratu. Ratu buat aktiviti sebegini dengan niat hendak bagi Puteri Raja Ratu mewarna dengan baik. Tengok gaya Puteri Raja Ratu ini mewarna kali ini kurang cantik sedikit berbanding aktiviti kami mewarna bersama-sama pada bulan lepas. Tapi selepas ini Ratu akan buat aktiviti lain pula. Mungkin aktiviti seperti permainan Shahiba. Insya Allah akan menyusul nanti.


Tatapan dari,

Wednesday, May 17, 2017

Gema Gegar Vaganza 2017

Biasanya kita biasa dengar rancangan Gegar Vaganza di Astro Ria yang mana rancangan sebegini menonjolkan semula artis-artis yang kebanyakkan lama menyepi. Melalui Gegar Vaganza, artis-artis ini lebih menyerlah dan dapat membuka peluang untuk mereka kembali aktif dalam dunia hiburan. Rancangan Gema Gegar Vaganza pula lebih menonjol kepada nyanyian berunsurkan dakwah dan kerohanian. Siapa sangka lagu-lagu yang top yang seringkali kita nyanyikan juga bila dinyanyikan oleh mereka ini rupa-rupanya mempunyai maksud tersendiri yang berkaitrapat dengan kerohanian.

Ini antara peserta yang berjaya memasuki peringkat akhir Gema Gegar Vaganza iaitu Kumpulan Hijjaz. Kebanyakkan persembahan mereka ini mampu menitiskan air mata para penonton.


Ini pula kumpulan Unic yang mana kumpulan ini kebanyakkan lagu-lagu yang dipersembahkannya lebih menceriakan lagi pentas.


Ini pula kumpulan Saujana yang tidak kurang hebat persembahannya,


Ini pula Kumpulan Mirwana,


Ini pula peserta solo yang berjaya ke peringkat akhir dan baru sahaja mendirikan rumah tangga iaitu Hafiz Hamidun.


Ini pula peserta terakhir Azmi yang berjaya masuk ke peringkat akhir yang mana peserta ini membanggakan Ratu. Semangatnya sangat tinggi dalam keadaan dirinya yang buta. Harapan Ratu moga penampilannya kini tidak mengubah keputusannya untuk sentiasa bersama kumpulan Caliph Buskers.


Sekali tengok hadiah Juara yang bakal dimenangi ini agak lumayan. Tempat pertama akan menerima RM100,000 manakala tempat kedua akan menerima wang tunai berjumlah RM30,000. Tempat ketiga akan menerima RM20,000 manakala tempat keempat bakal menerima RM10,000.

Jom kita saksikan minggu ini pada hari Sabtu siapa yang bakal menjadi Juara Gema Gegar Vaganza 2017.

Tatapan dari,

Tuesday, May 16, 2017

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017

Kali ini Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 (ABPBH 2017) mula tampil di kaca tv. Pada tahun ini, anugerah ini menampilkan pengacaranya Faizal Ismail, Zulin Aziz dan Fauziah Ahmad Daud. Tema anugerah ini pada tahun ini ialah Futuristik yang menggambarkan perubahan teknologi yang mempengaruhi kehidupan manusia kini.



Keputusan Anugerah ini,
* Kategori Artis Baharu Lelaki Popular dimenangi oleh Khai Bahar
* Kategori Artis Baharu Wanita Popular dimenangi oleh Sweet Qismina

* Kategori Pelakon Filem Lelaki Popular dimenangi seperti yang dijangkakan Zul Ariffin
* Kategori Pelakon Filem Wanita Popular dimenangi oleh Fazura

* Kategori Pelakon TV Lelaki Popular dimenangi oleh Fattah Amin
* Kategori Pelakon TV Wanita Popular dimenangi oleh Janna Nick

* Kategori Penyanyi Lelaki Popular dimenangi oleh Khai Bahar
* Kategori Penyanyi Wanita Popular dimenangi oleh Siti Nordiana

* Kategori Artis Berkumpulan Popular disandang oleh Akim and The Majistret
* Kategori Artis Komedi Popular diemangi oleh Zizan Razak
* Kategori Artis Versatil Popular disandang oleh Ifa Raziah
* Kategori Pengacara TV Popular dimenangi oleh Neelofa
* Kategori Penyampai Radio Popular dimenangi oleh Radin dari Era

Kalau tahun lepas Anugerah ABPBH 2016 dimenangi oleh Neelofa. Tapi tahun ini, pemenang Anugerah ABPBH2017 dimiliki oleh Fattah Amin.


Tahniah diucapkan.

Tatapan dari,

Tuesday, May 9, 2017

Maharaja Lawak Mega 2017

Hari yang ditunggu-tunggukan sudah tiba termasuklah Ratu. Ratu sentiasa menyaksikan Maharaja Lawak Mega ini setiap minggu bersama-sama Puteri Raja Ratu di rumah ibubapa Ratu. Kali ini minggu akhir Maharaja Lawak pun sudah tiba.

Ratu ingin ucapkan tahniah kepada kumpulan Bocey yang menjadi Juara dalam Maharaja Lawak Mega 2017 yang memenangi wang tunai RM500,000 beserta trofi,


Tempat kedua pula disandang oleh kumpulan Shiro yang memenangi wang tunai RM250,000 beserta trofi.


Tempat ketiga dimenangi oleh Dzawin dari Indonesia. Ratu ingatkan Zero sebab Zero lebih menyerlah berbanding Dzawin. Tapi Ratu tidak boleh nafikan rezeki kali ini dah tertulis berpihak kepada Dzawin. Dzawin memenangi wang tunai RM150,000 beserta trofi.


Tempat ke empat dimenangi oleh kumpulan Zero yang memenangi wang tunai RM50,000 beserta trofi.


Tempat kelima dimenangi oleh kumpulan Puteh dan menerima wang tunai sebanyak RM15,000 beserta trofi.


Ratu tidak dapat tunjukkan video persembahan kesemua peserta di sini. Ratu search kat youtube pun tak boleh kongsikan video tu di sini. Ratu minta maaf. Tapi Ratu percaya ramai di kalangan kita sudah menontonnya kan. Apa-apapun tahniah kepada para pemenang.

Tatapan dari,

Friday, May 5, 2017

Cerianya Puteri Raja Ratu Di Tadikanya

Emm.. Guru Kelas Puteri Raja Ratu ada maklumkan agar dibekalkan tin kosong, pembalut hadiah, gunting dan gam. Apa andaian korang ?? Nak buat apa ni ?? Mesti nak buat tempat letak pesil kan. Emm.. Betul lah andaian korang tu.. Huhu..

Sekali tengok gambar yang dihantar melalui group whatsapp kelas Puteri Raja Ratu. Amboiii !!! Bukan main ceria lagi mereka. Inilah antara gambar yang diterima,


Ini gambar seterusnya,



Ini pula gambar untuk aktiviti seterusnya,


Ini gambar terakhir,


Seronok tengok. Gambar atas ni mesti belajar buat dan susun setiap jalur tu sehingga menjadi seperti tikar. Huhu

Tatapan dari,

Tuesday, May 2, 2017

Berehat Bersama-sama Puteri Raja Ratu

Pertama sekali, Ratu ingin ucapkan Selamat Menyambut Hari Buruh kepada semua dan selamat bercuti. Kali ini Raja berada di Kuantan untuk projek di Basf Petronas. Jadi, Ratu dan Puteri Raja Ratu ingin ke Mydin untuk membeli sedikit barang bulanan rumah. Selepas itu, Ratu pun mengajak Puteri Raja Ratu lepak sambil membaca Muqaddam. 

Inilah tempatnya, 


Kawasan ini selalu menjadi tumpuan orang ramai berjogging. Puteri Raja Ratu sibuk hendak berjogging. Ratu cakap mengaji dahulu baru boleh berjogging. Huhu..


Tapi memang ini bukan masa yang sesuai untuk berjongging sebab kami tidak memakai pakaian yang sesuai. Ratu bawa Puteri Raja Ratu ke sini untuk mengajarnya mengaji sambil melihat keindahan alam. Tapi selepas mengaji, Ratu bawanya ke kawasan tasik. Setelah puas bermain dan melihat keindahan alam semulajadi, kami pun balik.

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267