Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Friday, July 7, 2017

Puteri Raja Ratu Sudah Mula Mengaji

Alhamdulillah, di bulan Ramadhan yang lepas, 1 lagi perkembangan Puteri Raja Ratu yang baik. Ratu memang target di bulan Puasa lepas Puteri Raja Ratu sudah mengenal huruf dan mengeja dengan baik. Alhamdulillah, akhirnya tercapai jua.

Sebenarnya, setiap malam Ratu sendiri akan mengajar Puteri Raja Ratu mengaji. Pada mulanya, Ratu mengambil tindakan mengajar Puteri Raja Ratu ini melalui Iqra'. Tapi Ratu tengok Puteri Raja Ratu ini makin keliru dan hilang fokus. Bukan Ratu kata Iqra' ini tidak bagus. Tapi penyusunan yang agak tidak sesuai bagi kanak-kanak yang baru mula belajar. Tapi mungkin ada kanak-kanak lain yang sesuai melalui Iqra', Ratu kurang pasti. Tapi bagi Ratu Iqra' ini huruf dan langkah pengejaan huruf tu seperti tidak tersusun. Berbanding Muqaddam, sesi pembelajaran kanak-kanak dalam mengenal huruf dan mengeja lebih teratur dan Puteri Raja Ratu lebih memahami dan lebih cekap mengeja. 

Dah elok-elok Ratu ajar Puteri Raja Ratu melalui Iqra', Ratu terus bertukar ke Muqaddam bila tengok perkembangannya mengeja yang agak merosot. Bila belajar Muqaddam ni ada lebih kurang 30 mukasurat perlu dihadam Puteri Raja Ratu untuk sesi mengenal huruf dan mengeja. Alhamdulillah, sikit-sikit Ratu mulakan dan akhirnya. Puteri Raja Ratu sudah habis mengeja.



Kali ini, Puteri Raja Ratu sudah ke bahagian seterusnya iaitu mengeja dan membaca surah bermula dari surah Al-Fatihah dan seterusnya hingga habis. Ratu sudah mula membiarkan dia mengeja sendiri dan mana yang salah tu Ratu betulkan balik.


Moga-moga Puteri Raja Ratu dapat menghabiskan Muqaddam ini dengan baik dan seterusnya ke langkah mengaji Al-Quran pula. Ratu selalu memberikan Puteri Raja Ratu kata-kata semangat agar dia dapat mengeja dan membaca dengan baik. Nanti dia boleh mengaji Al-Quran sambil Ratu menunjukkan Al-Quran. Bila Puteri Raja Ratu nampak je Al-quran dia mulalah bersemangat mengeja. Alhamdulillah.

Tatapan dari,

Wednesday, July 5, 2017

Drama Bersiri Glamorosa

Erkkkk.. Macam tak percaya Ratu mengikuti drama bersiri Glamorosa iaitu sebuah drama dari Filipina. Huhu.. Bukannya Ratu ada belajar bahasa Filipina ini tapi drama bersiri ni ada sarikata di bawahnya. Drama ini di tayangkan di tv3.



Drama ini mengisahkan permainan dendam Paulina selepas apa yang berlaku pada keluarganya. Ayahnya dibunuh secara kejam dan sejak itu juga ibunya mengalami sakit mental akibat tekanan. Dia cuba mengaturkan rancangan untuk membalas dendam terhadap Dra. Claudia Herrera, wanita yang menyebabkan kehidupan dia sekeluarga sengsara.
Paulina mula menyuruh teman lelakinya Karl, menggoda Natalia, anak kepada Dra. Claudia Herrera, sehingga Natalia jatuh cinta kepadanya. Natalia dan Karl akhirnya tinggal bersekedudukan. Lebih malang, apabila Karl sudah jatuh cinta pada Natalia dan terus melupakan Paulina.
Paulina telah mempergunakan Claudia untuk mendapatkan Karl semula. Dalam waktu yang sama, Natalia mengandung. Dalam satu kemalangan membabitkan Natalia dan Karl, anak Natalia dilahirkan dan mempunyai kesan melecur di pipinya.
Claudia berniat untuk memisahkan Natalia dan anaknya. Dia telah mengupah Oscar, pemandu dan pembantu peribadinya, untuk menjaga bayi tersebut. Karl pula mengalami amnesia akibat kemalangan terbabit.
Paulina cuba mengambil kesempatan untuk mendapatkan cinta Karl kembali. Apa yang terjadi seterusnya? Jom kita layan Glamorosa!

Ratu suka tengok drama ini sebab banyak konflik yang menjadi tanda tanya dan perlu dijawab.

Tatapan dari,

Ratu Terima Hadiah

Assalamualaikum semua.. Selamat Hari Raya. Syukur ke hadrat Illahi kerana Ratu masih lagi bernafas dan diberikan peluang untuk menceloteh di sini. Cewahhh..

Hari ini Ratu hendak kongsikan hadiah yang Ratu terima. Ini dia,


Salah satu dari paper bag itu adalah kepunyaan Ratu. Huhu. Hadiah yang Ratu terima ini adalah telekung Siti Khadijah yang bernilai RM245.00. Waa, seronoknya.Alhamdulillah, rezeki.


Telekung ni memang selesa terutama sekali di bahagian muka. Apa-apapun terima kasih kepada Datuk Hamzah yang juga merupakan pelanggan Ratu. Banyak juga Datuk membeli belah dengan Ratu melalui perniagaan Ratu RR Raudah Millenium.

Alhamdulillah, Ratu pasti akan gunakan nanti ketika solat. Moga di limpahruahkan rezeki Datuk Hamzah dan juga perniagaan Ratu RR Raudah Millenium. Amin..

Tatapan dari,

Tuesday, July 4, 2017

8 Tip Bijak Bebas Hutang Selepas Raya

Ratu terbaca satu tips di mingguan wanita yang mana Ratu ingin kongsikan di sini. Sekarang ini, ekonomi negara kita tak stabil. Selepas hari raya, ramai yang mula buntu berhadapan dengan masalah kewangan yang dihadapi. Ada yang terdesak sehingga ada yang mengorbankan duit raya anak-anak untuk menampung perbelanjaan selepas raya. Kita harus bijak merancang. Bagi Ratu menggunakan duit raya anak-anak bukanlah satu jalan yang terbaik, jika kita sepatutnya tidak boros berbelanja. 

Amalkanlah tip ini,
1.  Berkongsi kereta yang mana boleh menjimatkan minyak
Jika kita masih bujang dan ingin balik bersama-sama adik beradik lain untuk pulang berhari raya. Maka, digalakkan berkongsi kereta. Sekiranya perlu, pilihlah kenderaan awam dengan menempah tiket untuk pulang ke kampung halaman dengan lebih awal.

2.  Duit raya
Berapa banyak yang perlu anda berikan kepada budak-budak yang datang berkunjung ke rumah di bulan syawal haruslah berpada-pada. Ikut kemampuan. Jangan sampai menjerat diri.

3.  Ketepikan budget selepas raya
Ini amat penting. Kita perlu ketepikan budget perbelanjaan termasuk perbelanjaan dapur dan perbelanjaan untuk kembali bertugas selepas bercuti raya.

4.  Berbelanja mengikut bajet
Janganlah kita berbelanja raya seperti orang lain yang mungkin mempunyai rezeki lebih. Ikut kemampuan diri sendiri, bukannya menjerat diri. Kalau dah terjerat, orang lain bukannya dapat membantu kan. Rancangkan perbelanjaan raya. Letakkan peruntukkan berapa yang perlu dibelanjakan sepanjang untuk berhari raya dan perlu displin diri. Jika tersasar sekalipun, jangan lah terlari banyak. 

5. Bijak menggunakan kredit kad
Kredit kad ini sebenarnya perlu digunakan tatkala kecemasan. Ia bukannya lampu hijau yang membolehkan kita menggunakan sesuka hati. Sebab nanti kita yang perlu membayar balik. Bayar balik pun menggunakan duit kan. Tambahan lagi, kita perlu membayar faedah yang dicaj kepada kita berdasarkan jumlah penggunaan kredit kad tersebut. Jadi, bijaklah berbelanja.

6. Gunakan sedikit sahaja duit tabungan
Jika kita ingin gunakan duit tabungan. Gunakanlah dalam jumlah yang berpada-pada mengikut keutamaan. Sekarang ini, ekonomi tak stabil. Hendak mengumpul duit banyak kadangkala tersasar bila kos sara hidup yang tinggi kini. Jadi, berpada-pada lah juga jika ingin menggunakan duit tersebut untuk perayaan. Nanti, malang tidak berbau. Jika berlaku sesuatu kepada kita adan keluarga di masa akan datang, termenung dan menyesal pula nanti. Adalah lebih baik jika duit tabungan tidak diusik untuk berbelanja di musim perayaan.

7.  Selesaikan hutang besar
Ramai di kalangan kita yang menerima duit raya atau bonus raya dalam jumlah yang tinggi. Tapi, ianya bukanlah lampu hijau untuk berbelanja besar di musim perayaan ini. Jika ada hutang yang perlu dijelaskan. Utamakan hutang tersebut terlebih dahulu. Tanggungan hutang jangan diambil mudah. Jika ada rezeki lebih di bulan ramadhan ini, bayarlah ansuran rumah atau kereta lebih atau peruntukkan sejumlah wang untuk insuran kenderaan tersebut yang perlu dibayar kelak. Takut nanti tatkala kita terdesak, kita tidak perlu risau kerana kita sudah menyediakan peruntukkan tersebut. 

8.  Mulakan diari kewangan
Rekodkan semua penggunaan wang dan duit keluar masuk agar kita tidak tersasar dari budget kita dan tidak membazir.

Tatapan dari,

Monday, July 3, 2017

Tahniah Zairy dan Ika

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Raja dan Ratu ingin ucapkan tahniah kepada pasangan Zairy dan Ika yang baru sahaja menerima cahaya mata perempuan. Pasangan ini adalah anak buah Raja. Semasa abang ipar Raja meninggal, Ika ini memang tengah sarat mengandung dan tengah menunggu hari sahaja untuk bersalin.

Kini Ika telahpun selamat bersalin bulan lepas dan kini berpantang. Inilah gambar anaknya,


Comel kan. Beratnya lebih kurang 3.7 kg.

Ini pula gambar baby dengan kakak ipar Ratu,


Apa-apapun tahniah. Selamat berpantang. Moga-moga anak yang dilahirkan ini menjadi anak yang solehah dan berjaya dunia akhirat. Amin..


Tatapan dari,

Sunday, July 2, 2017

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Alhamdulillah.. Raya Aidilfitri berkunjung tiba setelah Ramadhan berlalu.

Raya tahun ini Raja dan Ratu putuskan untuk sambut serba sederhana. Tumpuan Raja Ratu tahun ini adalah untuk mengukuhkan lagi kewangan kami sebelum menjelang cabaran ekonomi Malaysia pada tahun depan 2018 yang dijangkakan sangat mencabar. Tambahan pula, abang Raja yang telah meninggal dunia baru-baru  ini membuatkan kami memutuskan untuk bersederhana sahaja tahun ini.

Dari segi sambutan Raya di pagi Raya tu seperti biasa lah sama seperti tahun-tahun sebelum ini. Pagi Raya di rumah ibubapa Ratu dan kemudian di sebelah petang pula di rumah ibu Raja dan kami bermalam di sana beberapa hari. Dari segi menu masakan pula, sama seperti tahun-tahun lepas rendang, ketupat dan kuah masak lodeh itu adalah menu utama dan wajib ada.. Huhu..



Akhir kata, Raja dan Ratu ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pengunjung khususnya pengunjung teratak istana Raja Ratu.Maaf Zahir dan Batin.

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267