Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Thursday, May 27, 2010

Kena TAG lak !!!

Jalan punya jalan ke blog rakan-rakan sambil membalas kunjungan, Ratu agak terkejut dengan laman isza. Sekali Ratu menziarah lamannya, Ratu tgk Ratu dah kena TAG.. biar betul.. Adakah Ratu bermimpi... bermimpi di siang hari ? Ratu tampar2 pipi Ratu. Alamak., sakit lak. hehe. Eh, betul la Ratu kena TAG.. haha.. Agak-agak korang percaya tak Ratu tampar pipi Ratu ni. hehe. Kalau dah kena TAG tu.. layan jer la. Sebenarnya, sebelum ni pun Raja Ratu pernah kena tag.. Tapi tangguh punya tangguh, akhirnya terlupa nak ambil tag tu. Tag yang ada ni, Ratu KITA KASI LAYAN. Tengah rajin lah katakan. Tapi sorrylah terlambat kit ambil tag ni.

1. Adakah anda happy sekarang?
Ya...

2. Kenapa anda HAPPY?
Sebab salah satu matlamat/azam Raja Ratu tahun ni tercapai

3. Apakah benda yang boleh membuatkan anda Happy?
Bila keinginan Raja Ratu tercapai .. tak kurang gak kalau Raja sentiasa berada di sisi Ratu.. hilang semua masalah/ penat di tenpat kerja.. hehe.. jangan senyum lak ok..

4. Pernahkah anda menerima tag??

Ya, ada juga.

5. Nyatakan warna yang anda suka.
Warna unggu-pink & merah.. sebab warna ni la mengingatkan Raja Ratu tentang tema kahwin kami.. Tapi tak semestinya, semua benda kami akan pilih warna ni.

6. Beritahu 9 orang yang anda mahu tag.
1. izyan's
2. aimi
3. ninie
4. jerung darat
5. mashimaro
6. puteriashazana
7. jhawerangers
8. nafiraa
9. muse place

7. Tuliskan sesuatu tentang orang yang anda tag. Tulis panjang bejela pon takpa.
LAA.. kena cerita lak ker.. oklah Ratu sahut cabaran ni.. Kalau salah jangan marah ya..

Izyan's seorang yang bersemangat tinggi.. hehe.. Bagi semangat utk orang yang PATAH HATI.. Aimi seorang yang mudah pitam & tidak kedekut ilmu dalam memberi tip cam sakit kepala.. whatever.. Ninie seorang yang happening.. betul ker? hehe.. Jerung darat lak seorang jejaka yang suka melayan MARKAS OPERASInya.. haha.. mashimaro lak seorang yang simple, comel & suka bersajak.. haha.. ye ker.. leh percaya ker.. puteriashazana lak seorang yang suka melepaskan perasan yang terbuku di hati malalui laman blognya.. hehe.. agak jer.. jhawerangers lak seorang yang rajin berblogwalking cam Raja Ratu gak.. hehe.. nafiraa lak seorang wanita yang mempunyai seorang anak.. Muse place seorang jejaka yang bekerja sendiri.. dan seorang yang sering meronda blog sambil memakai JAKET BIRU.. haha.. betul ker? whatever..

kalau salah tekaan Ratu harap dimaafi..

8. Adakah anda happy dengan apa yang ada?
Ya, alhamdullilah.. syukur dengan apa yang diberikan kepada kami..

Alamak Ratu lupa lak.. korang susah kit nak ambil TAG ni.. Ratu ada setting something utk laman ni.. Tak per, kalau nak ambil tag ni.. Klik saja nama ISZA di atas tu. Harap maklum.. kalau korang hanya nak baca & tak mahu ambil pun tak per.. kami tak kisah.. itu hak masing2.. cam sedih jer bunyinya kan.. Tak lah, kami tak merajuk,walaupun dalam hati ni TUHAN saja yang tahu.. air mata dah sebaldi nak keluar.. haha.. Sebenarnya, kami pun kadang2 terlupa nak ambil TAG dari rakan-rakan siber.. hehe.. so, tak kan kami nak kisah kalau korang tak ambil lak kan.. JANJI.. NAMA & LAMAN KORANG TOP & TERSENARAI KAT SINI KAN.. hUA.. hUA.. hUA..


Tatapan dari,

Thursday, May 20, 2010

Janin sujud bila Al-Quran dibacakan...

Ratu & Raja tertarik dengan 1 video yang kami tonton bersama. Video ni begitu menyentuh hati kami. Inilah yang dikatakan KEBESARAN ILLAHI. Ratu terlebih dahulu dah menonton video ni. Ratu tertarik & mengajak Raja menonton lak. Ratu sebenarnya tidak terfikir hendak kongsikan di teratak kami ni. Raja yang cadangkan untuk dimasukkan dengan niat untuk dikongsi bersama.



Mungkin ada pengunjung dah menonton video ni. Tapi yang penting kami NAK KONGSIKAN BERSAMA untuk tatapan semua terutama sekali bagi mereka yang bakal bergelar ibu. Kami ceritakan serba sedikit mengenai video ini. Kalau diperhatikan sebelum ayat Al-Quran dibacakan, janin dalam kandungan ini lincah bergerak. Tapi bila ayat suci Al-Quran dibacakan janin ini bergerak dengan tangan ke hadapan, kepala janin terus tunduk sujud. YA ALLAH, terpegun kami menontonnya.

Tapi mungkin korang tak dapat melihat dengan jelas video ni sebab Ratu mengambilnya menggunakan telefon bimbit. Kalau korang hendak menonton dengan lebih jelas boleh lah jadi member kami di FACEBOOK. WAA, promote facebook nampak. hUA.. hUA.. hUA.. Inilah dikatakan 'SAMBIL MENYELAM MINUM AIR'. Nanti korang dah pergi jadilah RAKAN kami ok. Nama kami di FACEBOK. Nak tahu ker? hehe.. Nak tahu ker? Jen.. Jen.. Jen.. Inilah nama kami RAJA RATU. Tgk di bahagian link ok.

Apa yang dapat kami nasihatkan di sini khususnya untuk golongan yang beragama ISLAM ok. Bagi ibu-ibu yang mengandung, galakkan diri korang.. kuatkan diri korang membaca ayat-ayat suci Al-Quran sekerap mana yang boleh. Ia amat bermakna untuk janin di dalam kandungan itu. Moga-moga anak yang dilahirkan itu menjadi insan yang berguna kelak. INSYAALLAH. Bagi golongan bakal-bakal bapa juga galakkan isteri mereka MENGAJI. Nasihat ini juga bukan sahaja untuk korang semua tapi untuk diri kami juga. Moga-moga keindahan video ini memberi kebaikan buat kita semua. AMIN...

Tatapan dari,

Thursday, May 13, 2010

7 cara kekalkan tenaga sepanjang hari..

Ini pun salah satu tips yang berguna untuk kita semua yang sibuk bekerja mencari nafkah.. mencari sesuap nasi.. mencari wang untuk keperluan harian.. mencari wang untuk keperluan anak-anak.. mencari simpanan untuk keperluan hari tua kita.. waa, tangkap leleh tak ayat ni.. adakah ayat ni menguris hati sabubari korang? haha.. cukup2.. Jangan nagis-nagis ya.. hehe..

Seperti biasa, Ratu ambil artikel ini dari salah sebuah majalah. Agak menarik untuk dikongsi bersama. Adakah korang kurang tenaga setiap hari? Kadang-kadang tidak cukup tidur menjadi penyebabnya. Tapi kalau kita mendapat rehat secukupnya, faktor diet, rutin olahraga/ pilihan gaya hidup boleh menjadi penyebab kekurangan tenaga. Ini ada tips untuk kita kekal bertenaga..

1. Ambil serat ketika bersarapan
Mengambil sarapan yang kaya serat membuatkan kita lebih berwaspada & peka sepanjang hari. Kajian menunjukkan mereka yang mengambil makanan bijirin tinggi serat di pagi hari akan mengalami kekurangan kelelahan sebanyak 10% di samping penurunan kadar depresi & memiliki keterampilan kognitif yang lebih baik.

2. Minum sedikit latte perlahan-lahan
Kafein dalam kuantiti yang kecil setiap beberapa jam sekali akan membuatkan kita dapat memfokuskan kerja lebih lama.

3. Minum secawan teh
Paduan kafein & asid amino L-theanine dalam teh berfungsi mengurangi keletihan mental & meningkatkan kewaspadaan waktu reaksi & daya ingatan. Selain itu,teh hitam boleh membantu mengurangkan stress.

4. Kerap makan
Makan lebih kerap dengan kuantiti lebih kecil setiap tiga/ empat jam untuk memastikan kadar gula dalam darah tinggi sehingga anda tidak mengalami penurunan tenaga/ makan berlebihan akibat terlalu lapar. Ini sesuai bagi mereka yang bekerja kuat seperti bekerja di tapak projek, penapisan minyak.

5. Minum air putih
Sebahagian orang mengaku keletihan & tanpa sedari ia disebabkan mereka yang mengalami dehidrasi. Perlu diingatkan, menjaga keperluan pengambilan air adalah cara termudah untuk menjaga kadar tenaga & konsentrasi.

6. Jalan 10 minit
Kajian menunjukkan berjalan seketika boleh menjaga diri kita agar tetap segar sepanjang hari. Setelah 6 bulan, wanita yang berjalan 70 minit seminggu (10 minit setiap hari) 18% lebih bertenaga berbanding mereka yang bermalas-malasan.

7. Dengar muzik
Kurang fokus ketika kerja? Cuba dengar muzik. Kajian mendapati 10% lebih produktif ketika mendengar muzik berbanding ketika tanpa muzik.

Tatapan dari,

Friday, May 7, 2010

Selamat Hari Jadi.. ayah Ratu!!!

SELAMAT HARI JADI..
SELAMAT HARI JADI..
SELAMAT HARI JADI AYAH RATU !!!!
Ratu dah rancang dengan Raja apa yang nak diberikan kepada ayah Ratu. Memandangkan Ratu ni dah jadi ahli CARLO RINO, jadi kami dah rancang nak beli BEG DUIT Carlo Rino.

Birthday ayah Ratu ni jatuh pada 29 April 2010. Tapi disebabkan Raja outstation, jadi dianjakkan SUPPRISE kami ni utk ayah Ratu ni ke tarikh lain iaitu 1 Mei 2010. Pada masa tu, Ratu ajak ayah & mak Ratu jalan-jalan di Jaya Jusco dulu sementara tunggu Raja yang masa tu dalam perjalanan pulang. Dah sampai Jaya Jusco, Ratu berpecah dengan ayah, mak Ratu. Ratu ambil peluang ni, terus ke butik CARLO RINO untuk membeli hadiah yang diingini tu. Dah pilih & bayar, Ratu minta pihak butik masukkan dalam kotak cantik-cantik & masukkan dalam paper bag. Dah siap. Inilah hadiahnya. Tapi bukan PAPER BAG yang Raja Ratu nak bagi tapi isi di dalamnya iaitu BEG DUIT yang ingin diberi.
Bila Raja sampai sahaja, kami ramai serbu ke kedai makan. Kami makan beramai-ramai untuk meraihkannya. Tapi minta maafla, tak terlupa nak ambil gambar masa tu untuk dimuatkan dan dikongsi di teratak ni. Dah habis makan, baru Ratu teringat gambar tak ambil. Ampun diminta dari Ratu. Tu la, happy sangat tengok Raja pulang dari outstation.. dan raihkan Birthday ayah Ratu sama-sama. Haha. Tapi apa yang penting kegembiraan yang ingin dikongsi. Betul tak!!!!!

Tatapan dari,

Monday, May 3, 2010

Matlamat bulan ni..

Di awal bulan ni, Ratu terfikir sesuatu. Haha.. Fikir apa yek.. FIKIR.. FIKIR.. NANANANANA.. Ratu pun nak capai target untuk teratak istana kami ni, bak kata pepatah USAHA TANGGA KEJAYAAN.. kalau kita tak usaha.. cam ne nak capai kejayaan kan. YEAHHH, cAIYOK!!! cAIYOK!!!

Apa yang Ratu nak capai??? emm, ok pertama, Ratu & Raja mahu lihat pada tarikh 31 Mei 2010. Haha, tarikh kemuncak tu. Raja Ratu dapat tak capai jumlah pelawat 5,ooo ribu orang. RAJA & RATU PASTI BOLEH.. kan MALAYSIA BOLEH!!!! waa, semangat nampak.. Tapi tanpa kerjasama korang pun tak leh gak. Jadi, selalu-selalu lah menjenguk, kerap korang menjengah ke.. singgah ke.. menjenguk ke.. menerjah ke BAK KATA ROCKERS lah kan.. iaitu pengunjung kami yang agak kerap singgah.. kerapla Ratu datang ke laman korang.. HEHE.. MENGUGUT NAMPAK.. Tapi APA YANG PENTING, KERJASAMA. Tul Tak. Jadi sama-samalah kita up traffik. Setakat tarikh 03 Mei 2010, jumlah pengunjung adalah seramai 3,348 orang.

Tapi Ratu baru perasan lah.. Rupa-rupanya bulan ni dah genap setahun TERATAK ISTANA RAJA & RATU ini dilancarkan. Waa, kena wat majlis ni untuk meraihkan ulang tahun yang PERTAMA teratak ini. Bulan pembukaan tu kami memanggil Datuk Seri Raja & Datin Seri Ratu yang lancarkan pembukaan teratak ini. WAA, bila masa kami dapat gelaran DATUK SERI & DATIN SERI. hehe. Whatever.. Tahun ni nak panggil siapa lak ya. HAHA. Baik korang yang cadangkan..

Antara matlamat lain, Raja & Ratu mahu jumlah followers kami mencecah 100 orang. Sekarang ni, kami telah berjaya mencapainya. Kali ni, Ratu & Raja nak tengok pada tarikh keramat 31 Mei 2010, berapa jumlah followers kami. MENINGKAT ke tidak.. Harapan tu mestilah mahukan PENINGKATAN kan. Leh kami jalan-jalan di laman followers kami. Bagi followers baru, janganlah tak follow lak. Jangan lah mentang-mentang tengok target followers di teratak ni sudah tercapai, korang tak sudi follow.. SILALAH.. SUDI-SUDILAH.. JEMPUT-JEMPUTLAH FOLLOW.. SESUNGGUHNYA SIFAT BAIK KORANG FOLLOW KAMI TETAP DI KENANG.. waa, nak bodek lak.. ayat tak leh tahan.. haha
Akhir kata, kepada semua pengunjung, followers kami yang follow kami. TERIMA KASIH BANYAK ATAS SOKONGAN KALIAN.. Semoga hubungan siber kita berkekalan lah hendaknya. Walaupun kita hanyalah kenalan di alam siber.. hahahahaha....

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267