Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Tuesday, December 25, 2012

Tahun 2012 Menjadi Sejarah Terindah..

Pejam celik.. pejam celik.. Sekejap jer dah akhir tahun 2012 kan.. Rasa sekejap jer masa berlalu.. Dan tak lama lagi kita bakal menyambut Tahun Baru 2013. Yang pasti 2012 banyak memberikan pengalaman baru bagi Raja Ratu. Bagi Ratu 2012 banyak mengajar Ratu erti persahabatan. Ratu dapat kenal mana satu sahabat.. Mana satu kawan.. Yang kenal kita bila diperlukan sahaja.. Bila dah dapat apa yang dia capai.. Dia tikam dari belakang dalam senyap.. Emm,.. tapi tak mengapa Tuhan dah tunjukkan dan Ratu perlu berhati-hati dalam memilih sahabat.. Kawan tu ramai, tapi sahabat sukar dicari.

Tahun 2012 memberikan semangat kepada Raja Ratu untuk mengeratkan lagi genggaman kami. Lantas kami mengorak langkah, memperkemaskan usaha kami dalam mencapai impian kami. Yang pasti impian sudah berada di hadapan. Raja Ratu sudah berada di pertengahan jalan. Alhamdulillah, ada matlamat yang telah tercapai tahun ni.. Alhamdulillah, kami juga dikurniakan cahaya mata yang comel dan lama kami impikan. Pastinya, kami tidak akan mengabaikannya. Yang pasti, kami tidak boleh meletakkan diri kami di tahap selesa. Langkah demi langkah perlu di atur untuk impian seterusnya.

Bagaimana dengan korang pengunjung setia Teratak Istana Raja Ratu ni ? Sudah tecapaikah matlamat korang pada tahun ini ? Kalau tercapai.. Alhamdulillah, tahniah Raja Ratu ucapkan. Jika ada di kalangan korang yang tidak tercapai, jangan berputus asa. Pasti ada hikmahnya. Jangan bersedih. Jadikan, kegagalan tu sebagai satu LANDASAN untuk berjaya. Apa yang penting.. USAHA.. DOA.. TAWAKAL..

Akhir kata, selamat tinggal TAHUN 2012.. Selamat datang TAHUN 2013.. Apa yang Raja Ratu harapkan, doakan agar kita sama-sama berjaya mencapai apa yang kita impikan..INSYA ALLAH

Tatapan dari,

Monday, December 10, 2012

Rangsang Anak Bijak Dan Berakhlak..

Dalam sesi motivasi kali ini, Raja Ratu ingin kongsikan kepada semua pengunjung Teratak Istana Raja Ratu ini mengenai topik yang amat menarik perhatian ini. Semua ibubapa pasti mengimpikan zuriat yang bijak dan dalam masa yang sama berakhlak mulia. Inilah 'TIKET' kepada masa depan yang gemilang, dunia dan akhirat

Ketahuilah semua bahawa pembentukan anak yang genius dan soleh bermula ketika dia berada di alam rahim. Jadi, kehamilan meruapakn tempoh penting untuk membolehkan si cilik meniti perkembangan positif. Oleh yang demikian, jadikanlah dunia bayi iaitu alam rahim sebagai institusi pertamanya dalam mempelajari pelbagai perkara baru. Janin boleh diransang karbohidrat, vitamin, mineral dan paling penting kaya dengan protein. Begitu jugalah dengan pengambilan minyak ikan Omega. Ia adalah makanan yang baik untuk perkembangan otak bayi. Malah kandungan EPA dan DHA yang ada dalam minyak ikan amat diperlukan untuk perkembangan bayi yang sihat.

Ini adalah antara beberapa langkah yang perlu diamalkan bagi ibu mengandung :-
a)    BANYAKKAN IBADAT
Islam amat menggalakkan kita mengamalkan beberapa surah termasuklah surah Fatihah, Al-Inshirah dan ayat Kursi. Suami juga perlu memainkan peranan dengan membacakan surah berkenaan dan hembuskan ke perut isterinya yang sedang mengandung tu.

Surah al-Fatihah adalah ibu al-Quran, surah al-Inshirah adalah untuk melapangkan hati dan fikiran manakala ayat Kursi bertujuan untuk menghalau gangguan syaitan. Apabila hati kita terang dan lapang, anak mudah menerima pelajaran. Malah, setelah anak lahir, ibu/ isteri masih boleh meneruskan bacaan berkenaan ketika menyusukannya. 

b)  AMALAN MEMBACA AL-QURAN
Pasangan suami isteri perlu memperbanyakkan solat sunat dan puasa sunat terutamanya pada hari Isnin dan Khamis. Begitu jugalah dengan amalam membaca al-Quran. Antara surah yang elok diamalkan ialah Fatihah, Yasin, Al-Taubah, Yusuf, Luqman, An-Nahl (ayat 78), Al-A'raf (ayat 189) dan banyak lagi. Dengan membaca surah ini, dapat memudahkan proses bersalin, mendapat anak yang sihat, sempurna, bijak dan soleh. 

c) SENTUHAN KASIH
 Berbicaralah sambil mengusap lembut perut. Lahirkan perasaan rindu menanti kelahiran bayi dengan penuh ikhlas. Kajian mendapati bayi dalam kandungan jelas lebih baik dan tidak banyak meragam. 

d) EMOSI TERKAWAL
Percayalah tingkah laku yang baik akan mempengaruhi sikap anak kita di masa hadapan. Malah, perasaan riang merupakan ransangan kepada pembinaan otak yang pada masa yang sama dapat bayi yang sihat, pintar dan cerdas.

e) LATIHAN MATEMATIK
Banyakkan membuat latihan matematik semasa mengandung. Ini akan meransang perkembangan otak si anak kelak.

Diharapkan tip-tip ini dapat membantu korang semua.

Tatapan dari,

Sunday, December 9, 2012

Malaysia lwn Thailand

Baru sebentar tadi kita semua rakyat Malaysia khususnya peminat bola sepak dapat menyaksikan perlawanan Separuh Akhir AFF Suzuki Cup 2012 di antara Harimau Malaya (Malaysia) menentang Thailand. Dan malam ni perlawanan ni berjalan secara langsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Malaysia untuk saringan pertama. Ratu pun turut sama mengikuti perlawanan ini sepanjang ianya berlansung melalui saluran TV1. Cuma Raty tidak menonton bersama Raja kerana Raja bertugas.

Ratu ni bukannya kaki bola. Tapi bila tengok Harimau Malaya berjaya menentang Indonesia hari tu. Ratu pun ingin mengetahui perkembangannya terkini. Apa-apapun Ratu pada mulanya agak gusar sedikit untuk meletakkan sebarang andaian kerana beberapa hari yang lepas Ratu dapat tahu melalui radio beberapa pemain kuat kita mengalami kecederaan sedikit semasa membuat latihan dan Raja Gopal agak gusar dengan keadaan mereka. 


Tapi bila Ratu tengok pada permulaannya Malaysia berjaya menjaringkan 1 gol. Ratu rasa agak gembira sedikit dan mungkin ada harapan untuk Harimau Malaya berjaya dalam perlawanan ini. Tapi bila Ratu tengok Thailand pula berjaya menjaringkan 1 gol. Ratu sudah mula rasa gusar dan perlawanan berakhir dengan keputusan 1-1. Mungkin ianya akan memberikan tekanan kepada Harimau Malaya untuk membawa keputusan ini ke saingan kedua nanti yang akan berlangsung di Thailand nanti.

Akhir kata, Ratu berharap Harimau Malaya dapat melakukan yang terbaik untuk saringan kedua nanti.

Tatapan dari,

Membawa Puteri Raja Ratu Bersiar-Siar

Sejak kebelakangan ni Raja Ratu agak sibuk dengan urusan kerja. Kadang-kadang kecian tengok Puteri Raja Ratu ni. Selalunya agak kerap juga Raja Ratu membawanya keluar bersiar-siar. Tapi kali ni, seminggu sekali pun jarang. Ada kelapangan ni, Ratu ingin habiskan masa bersama Puteri Raja Ratu dengan membawanya ke kawasan riadah semalam. Raja pula semalam bekerja. Jadi, Ratu pun mengajak ibubapa Ratu bersama-sama Puteri Raja Ratu ke pasar malam dan kemudian ke kawasan riadah air pancut. 

Bila sampai di kawasan riadah tersebut, Ratu rasa agak sedih sedikit pada mulanya. Mana tidaknya, baru sampai. Belum keluar kereta lagi, dah mula hujan gerimis. Ala hai, tidak ada rezeki lagi Puteri Raja Ratu ni nak bermain. Tambahan pula kawasan ni ada disediakan taman permainan kanak-kanak. Ratu pun tunggulah sebentar. Manalah tau, hujan tu berhenti. Sebab ni bukannya hujan lebat. Sekali Ratu tengok hujan berhenti. Waa, sukanya. Bersedialah wahai puteriku. Jom kita seranggg !!!!!

Ratu pun bawalah Puteri Raja Ratu menaiki jongkang jongkit dan beberapa permainan lain. Lebih menyeronokkan apabila Ratu melihat ramai kanak-kanak sedang bermain di Taman Permainan tu. Puteri Raja Ratu ni pula bila dah tengok ramai member-member dia main, bukan main sukalah dia.

Lepas tu, Ratu bertatih dengan Puteri Raja Ratu. Ratu minta ibu Ratu mengeluarkan kereta yang Ratu belikan 2 bulan lepas. Memang Ratu sudah merancang untuk membawa kereta tersebut supaya Puteri Raja Ratu dapat bermain dengan suasana persekitaran yang berbeza. Kalau tak, asyik main kereta ni kat rumah jer. Ratu pun bawalah Puteri Raja Ratu ni di kawasan air pancut. Peh, sukanya dia tidak terkata. Tak percaya korang tengoklah video ni yang sempat Ratu rakam melalui telefon bimbit. Tapi sayangnya, video ni tak lama dirakanm sebab telefon bimbit Ratu baterinya dah lemah. Kamera pula terlupa bawa. Emm, tak perlah. Layan jer lah video ni.


Ini pula gambarnya,

Puteri Raja Ratu ni, bila dah seronok main sampai Ratu ajak balik pun tak mahu. Ratu tengok jam.. Dah lewat petang dah ni. Ratu pun terus dokong jer Puteri Raja Ratu masuk dalam kereta manakala ibu Ratu mengangkat kereta mainannya. Apa lagi menagis la puteri kesayangan ni. Ala sayang oi, dah lewat petang dah ni. Nanti balik nak main lagi. Nanti lain kali ibu bawa lagi ke tempat ni ya..

Tatapan dari,

Wednesday, December 5, 2012

Cuti Ratu Banyak Lagi..

Emm.. Pejam Celik.. Pejam Celik.. Dah nak hujung tahun dah.. Dalam kesibukan kerja nak tutup akaun ni, Ratu terfikir tentang baki cuti Ratu. Maklumlah, dah nak hujung tahun ni, cuti perlulah dihabiskan. Betul tak.. Tahun lepas pun 3 hari cuti Ratu yang tidak digunakan luput begitu sahaja. Rasa rugi pun ada. Mana tidaknya, Ratu baru habis berpantang dan bercuti selama 2 bulan. Bila mula kerja, Ratu tengok banyak betul kerja-kerja tertangguh yang belum diselesaikan. Ratu pun sibuklah menyiapkannya sampai cuti pun Ratu rasa keberatan nak ambil. 

Tapi tahun ni, Ratu rasa Ratu ingin cepat siapkan segala urusan kerja dan ingin mengambil cuti. Peh, terasa tensionnya untuk siapkan tugas ni secepat mungkin. Mana tidaknya, kalau dulu Ratu boleh bawa balik kerja. Kali ni kalau Ratu bawa balik kerja pun, belum tentu Ratu dapat buat. Maklumlah sudah ada Puteri Raja Ratu ni.. Faham-faham jer lah gelagat anak yang masih kecil ni kan.

Sekali Ratu semak, cuti Ratu ada 32 hari lagi. Hehe.. Banyak tuuu !!!! Dari jumlah cuti tu 10 hari darinya adalah cuti tahun lepas manakala bakinya 22 hari tu adalah cuti tahun ni. Ratu perlu habiskan cuti 10 hari tu bulan ni juga sebab cuti tu tak boleh dibawa ke tahun hadapan. Emm.. Mana Ratu nak pergi ni ya.. Emm.. 10 hari seperti ambil cuti 2 minggu je kan.. Emm.. 1 minggu 5 hari waktu bekerja. Kalau 2 minggu dah 10 hari waktu bekerja. Haha.. Tapi mana nak pergi ni. Sebenarnya memang ada perancangan nak pergi ke Cameron Highlands. Tapi Ratu tengok Raja ni tengah sibuk dengan projek di Petronas Penapisan Melaka, Ratu rasa seperti sukar nak pergi bercuti lama. Lagipun, baki cuti Raja pun tak banyak. Emm.. Tengoklah nanti macam mana. Kadang-kadang apa yang dirancang ni menjadi di saat-saat mengejut.

Apa yang penting Ratu perlu cepat siapkan kerja sebelum Ratu bercuti. Tak kisah lah Ratu ambil sekaligus cuti 10 hari ker atau ambil cuti sikit-sikit ker.. Janji Ratu perlu siapkan kerja secepat mungkin sebelum Ratu bercuti. Tak lah nanti cuti kita diganggu. Betul tak... Hehe..

Tatapan dari,

Sunday, December 2, 2012

Ayah Ratu Menerima Pingat Jasa Malaysia

Alhamdulillah, pertama sekali Ratu ingin mengucapkan tahniah lah kepada ayah Ratu kerana menerima PINGAT JASA MALAYSIA (PJM). Ratu pun tidak mengetahui mengenainya sehinggalah satu hari tu Ratu bersuara ingin meminta ibu bapa Ratu jagakan Puteri Raja Ratu ni sebab Ratu ingin ke pejabat pada hari Sabtu lepas untuk menyiapkan kerja-kerja yang berlambak di pejabat tu. Maklumlah, dah hujung-hujung tahun ni memang sibuklah Ratu sikit. Itulah rutin tahunan Ratu setiap tahun. Bila dah nak hujung tahun sibuklah nak 'close akaun'. Sekali Ratu tengok ayah Ratu ni tengah sibuk nak 'service kereta'. Macam nak jalan jauh. Rupa-rupanya ayah Ratu akan pergi ke Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia Rejimen Artileri Diraja 2012 pada 1 Disember 2012 ni bertempat di Port Dickson untuk menerima pingat. Ratu pula pada tarikh tu ada taklimat. Emm, nampak gayanya Ratu tak dapatlah hendak menghadiri taklimat yang diadakan pada tarikh yang sama iaitu 1 Disember 2012. Mana tidaknya, kalau Ratu pergi siapa yang akan jaga Puteri kesayangan Raja Ratu yang comel ni. Raja pula memang kena bertugas setiap hari Sabtu. Emm.. Tak perlah..

Pingat yang diterima ayah Ratu ni diberikan oleh pihak ANGKATAN TENTERA MALAYSIA di atas khidmat ayah Ratu yang mana sebelum ini pernah berkhidmat di ATM dan jawatan terakhir yang disandang olehnya sebelum bersara dulu ialah PEGAWAI WARAN II. Teringat pula waktu Ratu pergi sekolah dahulu menaiki lori askar. Hehe.. Pagi-pagi kena tunggu lori askar kat tepi jalan untuk ke sekolah. Hehe.. Terimbas kenangan lama pula dah.. Hehe.. Ok, merujuk pada surat jemputan tu, ayah Ratu kena berada di sana pada pukul 7.30 pagi. Dari segi pakaian pula ayah Ratu kena memakai baju melayu hitam beserta samping. Waa.. seronoknya. Rasa seperti hendak ikut sahaja ibubapa Ratu ke Port Dickson tu. Kebetulan, rumah mertua Ratu pun di sana. Tapi, Raja pula bekerja. Emm.. Cuak-cuak ni nak pergi ke tidak. Ratu pun nak juga tengok ayah Ratu menerima pingat tu. Tapi nanti kecian lak Puteri Raja Ratu hendak bersiap seawal pagi.. Mana dengan waktu tidurnya lagi yang mana kebiasaannya selepas mandi Puteri Raja Ratu ni mesti nak tidur. Ratu pun terfikr juga buatnya Puteri Raja Ratu ni menangis ke nanti. Tak senang duduk pula ayah Ratu tu nanti hendak terima pingat. Haha..


Inilah pingat yang diterima oleh ayah Ratu tu,



Apa-apapun TAHNIAH AYAH !!!! RATU BERBANGGA DENGAN AYAH.. Hehe..

Tatapam dari,

Saturday, December 1, 2012

Kemaruk Drama Bersiri ADAM & HAWA

Musim drama bersiri 'Adam dan Hawa' dan bermula.. Kalau dulu sibuk dengan filem Ombak Rindu yang mendapat sambutan hangat di pasaran. Penuh panggung sehingga mencecah kutipan sekitar RM7 juta. Kali ni, drama bersiri ni menjadi sebutan ramai peminat terutama sekali peminat Aaaron Aziz. Ratu pun tidak ketinggalan untuk menontonnya. Haha..

Apa-apa hal pun ni Ratu link semua episod drama bersiri ni dari episod 1 hingga episod 80. Kalau korang nak tengok, klik setiap episod yang tertera di bawah. Nanti korang leh tengok ceritanya. Ratu pun sebenarnya dapat link ni dari Welcome to Blog P.A.

Episod 1      Episod 2      Episod 3      Episod 4      Episod 5  
Episod 6      Episod 7      Episod 8      Episod 9      Episod 10   
Episod 11    Episod 12    Episod 13     Episod 14    Episod 15
Episod 16    Episod 17    Episod 18     Episod 19    Episod 20
Episod 21    Episod 22    Episod 23     Episod 24    Episod 25
Episod 26    Episod 27    Episod 28     Episod 29    Episod 30
Episod 31    Episod 32    Episod 33     Episod 34    Episod 35
Episod 36    Episod 37    Episod 38     Episod 39    Episod 40
Episod 41    Episod 42    Episod 43     Episod 44    Episod 45
Episod 46    Episod 47    Episod 48     Episod 49    Episod 50
Episod 51    Episod 52    Episod 53     Episod 54    Episod 55
Episod 56    Episod 57    Episod 58     Episod 59    Episod 60
Episod 61    Episod 62    Episod 63     Episod 64    Episod 65
Episod 66    Episod 67    Episod 68     Episod 69    Episod 70
Episod 71    Episod 72    Episod 73     Episod 74    Episod 75
Episod 76    Episod 77    Episod 78     Episod 79    Episod 80

Akhir kata, SELAMAT MENONTON !!!!! 

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267