Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Tuesday, April 7, 2009

Pengalaman mengerjakan umrah

Umrah-Pakej Rayhar
Ni pengalaman manis Ratu semasa pertama sekali mengerjakan umrah. Ha..ha..mesti ko org berbulu dengar perkataan Ratu kan. Lantak ko org lah. Ok lah sambung balik. Ratu tengok keindahan KAABAH di hadapan mata terus tak terkata bak kata pepatah ‘lidah kelu tak berkata’ ‘tak dapat digambarkan dgn kata-kata’. Peh, cam berfalsafah lak. Tapi tul beb.. Berkata dalam hati betul ke Ratu berada di sini. Rasa bersyukur sangat Tuhan beri peluang mengerjakan umrah. Tapi kena beringatlah mengerjakan umrah ini bukan boleh suka-suka. Berpesan sebelum pergi selesai segala hutang kalau boleh. Bukan la hutang pinjaman kereta ke..rumah ke..belajar lah beb. Maksudku hutang cam hutang puasa. Minta ampun kepada rakan-rakan dan saudara mara terdekat.

Sebenarnya Ratu sendiri tak jangka dpt pergi. Satu malam…ceh nak mula cita la ni..Ayah Ratu beritahu dia terima tawaran di pejabatya utk mengerjakan umrah. Memang pejabatnya sponsor pekerja yg berkhidmat lebih 5 tahun. Ni kira nama ayah naik la ni. Dah rezeki Ratu lah beb..dah Tuhan nak bagi.. Ayah inform nk sponsor Ratu pergi sama. Emak pula menggunakan duit simpanannya. So, kitaorang pergi menggunakan agensi yg sama iaitu RAYHAR. Apa yg RAYHAR bg, nk tau..TUL NI..Jgn jadi cam UPIN & IPIN lak…tul..tul..tul..

Beg ni siap de lambang MALAYSIA. Malaysia Boleh!! Haha. Ingat nak bersukan ke. Bukan ape. Yg pergi umrah tu dari pelbagai negarakan. Senang kalau de apa2 hal. Yg bestnya beg ni, ia berzip & beroda. Kalau banyak nak isi buka la zip tu, nanti beg tu bertambah tinggi. TANDAKAN BEG NI beb. Ratu siap wat NAMA, ALAMAT & NO TEL. Pas tu laminate..Ikat dgn riben kat pemegang beg ni. Bukan pe, takut gak. Ramai yang pergi beb..Sekali kat JEDDAH kang, tak jumpa beg kang susah lak. Dah lah semua pakai beg yg sama. Haha jgn wat pasal beb. Menangis gua nanti.

Beg dlm gambar 1 & 2, Ratu leh bawa ke kerusi penumpang dlm kapal terbang. Beg gambar 2 tu leh bawa ke mana2 utk wat umrah. Dlm beg ni lah Ratu letak buku dlm gambar 3 tu. Buku tu complete beb & leh gantung kat leher. Senang nk wat umrah. Ratu kerap rujuk buku tu masa Sa’i. Ni lah yang Ratu dapat utk pakej yang Ratu pergi. Selain tu UNCANG KASUT pun RAHYAR de bagi.


Persediaan sebelum berangkat utk umrah
Ratu nak cita preparation sebelum pergi. Ni tuk semua yang nak pergi, Ratu bagi panduan. Barang2 yang nak beli..
Kalau PEREMPUAN
  1. TELEKUNG. Bahagian kepala telekung tu, jahitkan gambar MALAYSIA. Bukan pe kalau sesat, ternampak lak de org kai telekung lambang tu. Kita tau tu orang Malaysia. Biasaya lambang ni agensi tu de bagi. RAYHAR pun de bagi.
  2. SARUNG TANGAN. Beli yg tutup lengan tangan dari siku. Bukan sarung tangan yg tutup pergelangan tangan tu beb.
  3. SKAF. Beli skaf yg tul2 menutupi rambut sebab masa IHRAM rambut tak leh gugur. Kalau tak kena DAM. Per tu DAM? Nanti Ratu cita.
  4. SEJADAH KECIL. Ni utk kemudahan solat di Tanah Suci.
  5. STOKIN. Ni perlu dipakai semasa solat, umrah di Tanah Suci.
  6. BUKU SOLAT SUNAT. Buku ni berguna gak beb sebab di Madinah/ Mekah, azan kedengaran 2X, iaitu 15 minit sebelum waktu & ketika sampai waktu. Jadi sementara tunggu waktu solat, leh amalkan sonat sunat jika perlu.
  7. UNCANG KASUT. Kalau pihak agensi tak beri, better beli. Cam Ratu, RAYHAR dah beri 1 uncang kasut. Uncang ni cam beg uncang. Fungsinya tuk masukkan kasut ke dalam uncang & bawa ke tempat solat dalam masjid. Kalau letak kat luar masjid, leh hilang beb.
  8. SELIPAR & KASUT. Selipar ni perlu utk kemudahan kita bergerak dari hotel ke masjid. Bila sampai di masjid, masukkan selipar ni ke dalam UNCANG KASUT. Kasut pula boleh digunakan semasa mengerjakan umrah.
  9. BAJU JUBAH IHRAM. Jubah ni berwarna putih. Lebih afdal. Tapi warna lain pun leh gak. Ia tak wajiblah. Ratu beli 2 pasang warna putih.
  10. TUDUNG. Tudung ni Ratu beli 2 pasang berwarna putih.
Barang2 ni leh dibeli kat kedai yang jual barang keperluan haji/ umrah.
Kalau LELAKI
  1. KAIN IHRAM. Kain ni de 2 pasang & berwarna putih. Cara pemakaiannya Ratu akan tunjukkan nanti.
  2. TALI PINGGANG IHRAM. Tali pingang ni dipakai semasa mengenakan kain Ihram.
  3. BUKU SOLAT SUNAT.
  4. UNCANG KASUT. Kalau pihak agensi tak bagi, perlulah beli.
  5. SELIPAR. Selipar ni tuk kemudahan ke masjid & wat umrah.
  6. KETAYAP/ SONGKOK. Ni kai tuk ke masjid. Tapi tak wajib beli, terpulang lah kepada kita.
Barang2 ni leh dibeli kat kedai yang jual barang keperluan haji/ umrah.
Semasa ayah Ratu dapat tawaran tuk mengerjakan umrah, kitaorang terus menghadiri kelas belajar Umrah dengan Ustaz Yaacob. Nasib baiklah, kelasnya belum bermula. Ramai gak yang hadir kelas tu. Kelas start pas solat margrib pada malam minggu kat surau. Atas inisiatif Ustaz Yaacob, dia ubah kelas pd Sabtu & Ahad waktu pg. Takut tak sempat abis sampaikan ilmunya pada kitaorang sebelum pergi. Terima kasih lah ustaz.

RATU NASIHATKAN. KALAU NAK MENGERJAKAN UMRAH, BETTER CARI KELAS UTK BELAJAR. JGN AMBIL MUDAH DGN BELAJAR MELALUI BUKU/CD. PENTING TU BEB, WAT UMRAH NI KENA FAHAM TUL2. KALAU SILAP KENA DAM BEB. DAMNYA DE SEEKOR KAMBING, UNTA.

Hari berangkat 07 April 2007
Masa kelas, ustaz Yaacob pesan pd hari berangkat kena wat SOLAT SUNAT MUSAFIR. Apa tu solat sunat Musafir? Haha..cam tau lak ko orang nk tanyakan. Nanti Ratu cita. Ustaz pesan, wat solat sunat ni di rumah sebelum bertolak. Katakan kita bertolak selepas Asar, wat solat sunat tu selepas kita wat solat Zohor. Kenapa? Sebab kalau wat masa hampir nk bertolak, takut tak sempat. Masa nk gerak ramai org dtg, org nak jumpa kita sebelum pergi & nk azankan kita sebelum bertolak. Tul tak. Jadi kita jgn tunggu sampai masa suntuk baru wat solat sunat tu. Cam Ratu bertolak ke KLIA selepas Isyak, so wat solat sunat tu pas solat Margrib.

Ni Ratu nk cita apa tu SOLAT SUNAT MUSAFIR?
Solat Sunat Musafir tu solat yg dilakukan sebelum bertolak bila nak jalan jauh.

CAM NER NIATNYA?

CAM NER CARANYA?

Pas solat tu doa. Apa yg Ratu mohon?

  • Minta permudahkan ibadah umrahku di tanah suci.
  • Rapatkan diriku dengan keluargaku, jgn sesatkan kami & jgn pisahkan kami di tanah suci.
  • Ampunkan dosaku dll

Lagi 1 Ratu nk inform la, pada hari berangkat sebelum solat sunat ni better lah mandi hadas & bersihkan diri.

Tuah Umrah 2007

Detik 2007, Tahun kenangan & memang Ratu tak sangka dpt wat umrah. Kenapa Ratu kata tuah 2007? Nak tau pe sebabnya? Haha..

Pertama, tak sangka beb ramai gak member ofis Ratu wat umrah. Diaorg gi dgn agensi lain. Salah seorangnya Kak Noriza, Ratu jumpa di Tanah Suci Mekah. Tahun tu gak, pihak sykt de sponsor 6 org staff wat umrah tapi Ratu tak jumpa diorg sebab Ratu & Kak Noriza balik dr tanah Suci, diorg lak gi... Ish! Isk! Isk!

Kedua, sepatutnya Ratu gi 28 Mac 2007, tapi masa tu baru abis musim Haji, so visa semua jemaah umrah yg gi dlm bln Mac tak lepas. Tapi de hikmahnya. Nak tau pe hikmahnya? Haha..Ni yg Ratu nak inform ni. Tarikh 28 Mac tu dianjakkan ke 7 April dgn penambahan 3 hari. Kalau ikut jadual 3 hari di Madinah & 8 hari di Mekah. Tapi bila tarikh dianjak, Ratu dpt berada di Mekah 11 hari. Tul..tul..tul..jgn jealous..cam Upin & Ipin lak.

Ketiga, pihak sykt bg duit saku perbelanjaan ke Tanah Suci RM500 beb & cuti lak bergaji. Siapa tak suka beb.

Keempat, Ratu bersyukur sgt sebab masa di Tanah Suci, Ratu tak sesat. Barang keperluan pun tak hilang. Rakan ayah Ratu de gak sesat di sana sebab terlepas cakap. Ok Ratu cita ya. Lepas selesai umrah, rakan ayah Ratu ni nk cukur rambut. Masa tu kedai & hotel memang dekat dgn Masjidil Haram. Jln kaki je. Tapi sekarang dengar khabar kedai & hotel tu dah dirobohkan. Kitaorg ni temankan la org tu, takut sesat. Tapi dia kata “Ala balik dulu, sy tau balik nanti. Bukan jauh pun”. Lebih kurang cam tu lah dia cakap. Sok tu baru tahu yg dia tak jumpa jln & dpt balik nk dekat Subuh.

Kelima, cuaca masa Ratu di sana tak la panas. Masa di Madinah, cuaca sejuk & di Mekah lepas 3 hari di sana cuaca baru berubah ke panas. Alhamdulillah. Rakan ofis yg gi lepas kepulangan Ratu ke Malaysia mengadu cuaca agak panas, 40 0 C. Panas kan.

Keenam, tak sangka Ratu, ramai tul org dtg ke rumah utk jumpa & bersalaman sebelum Ratu sekeluarga diazankan & berangkat ke KLIA, sampai de duk di luar rumah. Ratu sungguh terharu beb..Nak nagis ni. Uhuk..uhuk.. Nak tau siapa yang hantar Ratu ke KLIA..Haha…mestilah Raja hatiku. Masa tu kami dah bertunang.

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267