Perginya si ‘PIYUT’ kesayangan Raja
Sebelum Ratu mulakan cerita KISAH BENAR ini, ingin Ratu mohon korang sediakan 2 buah baldi utk tadah air mata, 10 kotak tisu utk kesat air mata. Emm, rasa2 cukup tak. Cukup kot. Sedih ni tau. Ratu dah mula nak nagis ni. Betul ke Ratu nagis? Haha. Siapa si ‘piyut’ tu? Si ‘piyut’ tu kucing kesayangan Raja.
Tapi..tapi..sebelum Ratu teruskan cerita, Ratu nak ucap takziah atas pemergian ahli keluarga salah seorang followers Ratu NOORULAZ yang terlibat dalam kemalangan jalanraya. Ratu baru baca kisahnya Jumaat lepas. Semoga dia & ahli keluarganya tabah hadapi dugaan hidup ini. Ratu & Raja faham situasi seperti ini kerana Ratu juga pernah kehilangan adik kesayangan & Raja kehilangan bapanya. Jadi, Sama2 la korang yang beragama Islam ambil sedikit masa. Tak lama 2, 3 minit sahaja utk sedekahkan AL-FATHAH kepada:
1. Arwah ahli keluarga NOORULAZ yang berkenaan.
2. Arwah adik Ratu & bapa Raja
3. Arwah keluarga korang yang telah meninggal dunia.
AL-FATHAH…AL-FATIHAH…AL-FATIHAH.. Semoga roh mereka dicucuri rahmat..AMIN.
Ok, kita sambung balik KISAH BENAR tadi. Haha. Sabtu lepas Ratu balik rumah mertua dengan mak Ratu. Raja masih lagi outstation. Mak mertua Ratu cakap ‘Piyut’ kesayangan Raja dah mati. Waduh, kalau Raja tahu ni, mesti dia nagis GILA la. Mahu tak 10 baldi perlu ditadahkan air mata. Haha. Ni la gambar yang Ratu ambil sebelum pemergiannya.
Si ‘Piyut’ ni tinggal di rumah mak Raja. Baru hari tu Ratu balik dengan Raja, Ratu baring jap, si ‘Piyut’ ni datang tidur sebelah Ratu. Ratu yang agak keletihan biarkan sahaja. Raja masa tu tengah tengok tv. Tak sangka tu la kali terakhir si ‘Piyut’ ni nak bermanja dengan Ratu. Kak-e, betul cakap akak, gambar ni leh wat kenangan bila kucing tu mati kan.
Ratu difahamkan si ‘Piyut’ mati kerana sakit. Raja pun agak terkejut bila Ratu inform kematian kucing kesayangannya ni. Kalau korang nak tau bila Raja & Ratu nak balik lepas menjegah mak Raja tu, si ‘Piyut’ ni akan hantar kami sampai ke kereta. Tapi kini tinggal la kenangan. Kecian ‘Saadiah’ dah tak de kawan.
Tatapan dari,