Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Showing posts with label Hari Raya. Show all posts
Showing posts with label Hari Raya. Show all posts

Tuesday, August 1, 2017

Gelagat Posing Raya 2017

Assalamualaikum semua dan salam sejahtera kepada semua. Di sini Ratu ingin kongsikan sedikit gambar terkumpul antara mereka yang berposing di bulan syawal yang lepas. Hehe.. Lawak pun ada.. Pelik pun ada.. Macam-macam la diorang ni.. Huhu..

Ni antara gambar yang pertama,


Dah hampir tak dapat bezakan yang mana satu pokok pisang dan yang mana satu orang.. Huhu..

Ini pula gambar yang kedua,


Yang ini pula dah kenapa berposing di tengah jalan raya.. Tak takut kena langgar ker.. Hari raya ni banyak kenderaan lalu di kawasan kampung nak beraya.. Huhu..

Gambar yang ketiga,



Waa, gempak betul keluarga ni. Haha. Peminat WWF ker ????

Gambar keempat,


Semuanya kaum hawa.. Dah kenapa di tengah-tengah panas ni memanjat pokok kan. Aduhhh.. Haha..

Gambar kelima,


Yang ni dah kenapa pulak tengah-tengah panas sanggup angkat kerusi tu kat tengah-tengah jalan. Sekejap lagi kereta nak lalu, 1 kerja lagi nak angkat balik kerusi tu bawa masuk dalam rumah. Haha.. Pelik.. Pelik..

Gambar keenam,


Ni apahal pulak ambil gambar cam ni ??? Berbau dan kotor lak baju raya tu nanti. iSHHH.. iSHHH.. iSHHH !!!!

Macam-macam ragam lah mereka ni.. Hehe..


Tatapan dari,

Wednesday, October 28, 2009

Adab-adab Menyambut Hari Raya Aidilfitri

Kami ada tertarik dengan artikel di sebuah majalah berkaitan tajuk ni. Jadi, kami nak kongsikan bersama korang ilmu ini.

Hari Raya Aidilfitri merupakan 1 perayaan yang Islam anjurkan bagi meraihkan kejayaan umat Islam menyempurnakan ibadah puasa tanpa mengira bangsa, warna kulit & tempat. Masing2 ingin bergembira meraihkannya seperti yang telah dianjurkan oleh Allah S.W.T & RasulNya. Maka tidak hairanlah tarikh 1 syawal, Islam mengharamkan umatnya berpuasa. Walaubagaimanapun, adab2 menyambutnya juga kita perlu jaga. Antaranya:-

PERTAMA,
Bertakbir & bertahmid memuji Allah secara beramai-ramai/ individu, bermula ketika menjelang malam raya sehingga menjelang sembahyang sunat Aidilfitri. Takbir & tahmid dilaungkan dengan hati yang insaf & benar2 merasai kebesaran Ilahi. Ia digalakkan memperbanyakkan doa & memohon keampunan daripada Allah.

KEDUA,
Mengeluarkan zakat fitrah untuk diri serta tanggungan sebelum solat sunat Aidilfitri.

KETIGA,
Mandi sunat hari raya, memakai pakaian cantik & indah serta memakai bau-bauan harum agar kelihatan ceria & menyeronokkan di pagi Syawal.

KEEMPAT,
Menunaikan solat sunat Hari Raya secara berjemaah serta mendengar khutbah raya. Solat sunat ini digalakkan diadakan di tempat yang luas supaya wanita2 yang uzur pun dapat sama2 mendengar khutbah raya.

KELIMA,
Selepas mendengar khutbah, umat Islam bersalam-salaman & bermaaf-maafan antara satu sama lain tanpa memilih kedudukan, pangkat & jawatan. Ucaplah sesama umat Islam, "Semoga Allah menerima amalan kami & amalan kamu".

KEENAM,
Menjamu tetamu dengan makanan yang enak terutama golongan fakir miskin mengikut kemampuan masing2.

KETUJUH,
Eratkan siraturrahim dengan ziarah menziarahi antara satu sama lain. Utamakan menziarahi ibubapa, adik beradik & sanak saudara terlebih dahulu.

KELAPAN,
Hulurkan sedekah & bantuan kepada fakir miskin sama ada berbentuk duit raya atau barangan bagi menghiburkan hati mereka yang turut sama ingin merasai kegembiraan di Hari Raya.

KESEMBILAN,
Adakan Majlis Hari Raya seperti kebanyakkan kita mengadakan Majlis Rumah Terbuka mengikut kemampuan yang ada. Cara ini dapat mempertemukan & mengeratkan siraturrahim antara semua rakan2, saudara mara, muslimin & muslimat. Tapi tidak semestinya kita kena adakan Majlis Rumah Terbuka ini, kalau kita rajin pergi ke undangan Rumah Terbuka, ianya juga salah 1 cara mengeratkan siraturrahim antara kita sebagai tetamu dengan tuan rumah.

Kadangkala ada antara kita yang mengamalkan hanya sebahagian daripada adab2 ni. Cuba tanya pada diri kita, adakah kita mengambil peluang sebegini untuk bertakbir beramai2? ...mengerjakan solat sunat Hari Raya? Jadi renung2 kan lah & fikir2 kan. Haha. Cam pernah dengar je ayat tu kan.. Tapi jika kita dapat mengamalkan 90% daripada adab2 ni, tentu Hari Raya disambut dengan lebih seronok & menjadi kenangan setiap tahun.

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267