Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Tuesday, February 16, 2010

Hutan Lipur Sg Tekala

Cuti Tahun Baru Cina ni cuti yang panjang, betul tak. Tahun ni lak raya Tahun Baru Cina jatuh pada hari Ahad & Isnin. Jadi, hari Ahad digantikan cutinya pada hari Selasa. Peh, seronok tu dapat cuti lama. Haha. Masa ni lah kebanyakan family juga pergi bercuti. Sebenarnya perancangan awal Raja & Ratu nak ke Cameron Highlands & sambut ulang tahun perkahwinan kami di sana. Kalau nak diikutkan 'Ulang Tahun Perkahwinan' kami dah lepas. Tapi masa tu Raja sibuk dengan urusan kerjanya, maka terpaksalah kami menangguhkan perancangan masa tu & rancang nak pergi masa cuti Tahun Baru Cina ni. Tapi ish! ish! ish! ni yang Ratu nak nangis ni. Ni dah mula nak MELALAK ni. Perancangan nak ke Cameron terpaksa DITUNDA lagi atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Semua rasa dah prepare lah termasuklah perbelanjaan di sana. Tapi apa nak buat. Sedih tidak terkata. Siapa yang tak sedih, bila perancangan bercuti ditunda kali ke 2. Air mata Ratu dah berbaldi-baldi menangis. Ratu merajuk dengan Raja. Ratu hentak2 kaki. Ratu rasa nak menjerit 'RATU NAK PERGI BERCUTI !!!!!!'. hehe.

Last2, Raja dah tengok Ratu merajuk berhari-hari, dibawa Ratu ke Hutan Lipur Sg Tekala. Hehe. Ni sebenarnya bukan dirancang. Lepas kami keluar makan, tiba2 kereta yang dipandu tu membawa kami ke sini. Raja sebenarnya memang nak ajak Ratu ke sini minggu lepas. Tapi masa tu nak tengok wayang. Raja masa tu ada inform Ratu nak bawa Ratu pergi air terjun. Tapi Ratu tak tahu di mana lokasinya. Tak sangka lak sampai juga kami akhirnya. Tapi tu lah, dah dinamakan tak dirancang, telefon bimbit Ratu tertinggal.. baju pun tak bawa.. cam ner nak mandi air terjun.. tak kan nak tengok saja air terjun tu.. HA, CAM NER NI? APA CERITA NI? NAK WAT CAM NER NI?

Terpaksalah gambar di ambil melalui telefon bimbit Raja. Cuma telefon Raja tak ada kabel telefon ke komputer. Jadi, terpaksalah nanti pindahkan gambar tu ke telefon bimbit Ratu sebab telefon Ratu ada kabel untuk pindahkan gambar ke komputer. Tapi tu la, bila Ratu nak pindahkan gambar tu, gambar tu tak boleh nak pindahkan lak. Terpaksalah Ratu copy gambar yang sedia ada ni di internet. HAHA.. JANGAN MARAH HA..

Bila sampai saja di Hutan Lipur, kami dicaj RM1 seorang. Hai, nak pergi air terjun pun kena tiket. Bukan ker, air terjun ni ciptaan TUHAN bukan manusia. Kalau buatan manusia tu logik jugak kena tiket. Pelik gak. Tapi tak per lah. Lupakan saja. Janji dah sampai. Tapi tak sangka betul ramai orang. Gerai pun banyak dibuka di kawasan luar pintu masuk. Raja pun tak lepaskan peluang beli makanan ringan cam buah jambu batu, jagung bakar & air.

Kami mula daki & naik tangga.. dan naik tangga.. dan terus naik tangga.. lepas tu.. JEN!! JEN!! JEN!! NAK TAHU APA YANG BERLAKU.. NAK TAHU APA YANG TERJADI.. Mestilah Ratu & Raja duduk kat batu tengok air terjun lah. Haha. Rasa2 suspen tak. Habis apa nak buat, baju tak bawa tengok saja lah sambil melayan perasan. Jangan gelak ok. Tiba2 Ratu baru teringat, sebenarnya kami balik rumah Ibu Raja & bermalam di sana. Semua pakaian dah dibawa keluar cuma tinggal beberapa baju yang tergantung dalam kereta sahaja yang tidak dibawa keluar. Apa lagi.. Bila Ratu inform Raja.. ada baju yang tergantung dalam kereta, cuma tuala mandi sahaja yang tiada dalam kereta. OTAK GILA KAMI NAK MANDI DAH SAMPAI.. HAHA. Raja kata tuala mandi leh beli di gerai tadi. Apa lagi kami mandi lah air terjun. Ratu simbah air kat Raja. Saja nak kenakan Raja. Dah puas mandi rasa sejuk badan. Maklumlah air terjun lah katakan. Dah habis mandi, turun tangga.. jap2 Raja tengok Ratu. Takut Ratu tergelincir. Maklumlah licin & Ratu lak pakai kasut tumit tinggi.

Apa yang boleh Ratu katakan thanks Raja ku sayang kerana membawa Ratu ke tempat yang tak dirancang ni. Nasib baik juga lah baju yang digantung dalam kereta tak dibawa keluar masa kami sampai di rumah ibu Raja. Kalau tidak..emm..Kami rasa ingin datang kembali bersama keluarga kami kelak.

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267