Gelagat si BABY !!!!!
Lama gak kami tak up date.. Kali ni Ratu nak bercerita lagi mengenai gelagat si BABY kucing kesayangan kami ni yang juga merupakan anak kepada si BOBOY, kucing utama kami. BOBOY ni bila balik rumah mesti tak senang diam sebab anaknya si BABY mesti sakat bapanya. Mana tak nya BABY ni wat masa ni duduk rumah sahaja. Habis satu rumah di rayau nya. Bila BOBOY balik, apa lagi. Macam si BOBOY ni rakan barunya yang balik untuk bermain dengannya. Terjerit-jerit si BOBOY.
Tapi bila tengok gelagat si BABY dengan si BOBOY ni, hilang sebentar penat Raja Ratu di tempat kerja. Kami pasti tergelak bila tengok BOBOY menjerit & melarikan diri dari terjahan si BABY. Tapi biar apapun anaknya buat, BOBOY tetap sayangkan anaknya. Tak percaya.. Nah!!! Tengok ni..
Tengok la BOBOY memeluk BABY ketika tidur dengan niat untuk mententeramkan anaknya supaya JANGAN KACAU BOBOY TIDUR. Kalau korang masih lagi tak kenal yang mana satu BABY, yang mana satu BOBOY. Meh Ratu perkenalkan. BOBOY yang warna kuning tu. BABY lak yang warna kuning & putih. Tengoklah BABY duduk kat celah langsir ketika Ratu menukar langsir rumah. Ala comelnya.. Rasa nak picit saja pipi dia.
Percaya tak kalau Ratu katakan si BABY suka tengok tv. TAK PERCAYA???? Betul beb.. Wa tak tipu. Dia suka tengok cerita P-Ramlee..haha.. Yang tu tipu. Mana BABY kenal cerita P-Ramlee ke tak. Tapi betul beb. Tak percaya gak.. Nah tengok ni..
Bila BABY ni tengok TV dekat-dekat.. cepat-cepat Ratu tangkap dia. Ratu risau rasa cam takut matanya rosak. Hehe. Tapi itulah gelagat kucing kesayangan kami. Moga-moga BABY membesar dengan SIHAT & GEMUK. hehe. WAA.. Ratu dah terfikir nak tukar profile gambar di FACEBOOK lak la. Ratu nak gunakan gambar BABY tengok tv ni sebagai gambar profail kami Raja Ratu. hUA.. hUA.. hUA.. LEH KAN..
Tatapan dari,