11 Orang Yang Menerima Doa Dari Malaikat
Sudah lama Raja Ratu tidak kemaskini segmen motivasi ni. Jadi, pada kali ini Ratu ingin mula bercerita mengenai sesuatu perkara yang mungkin tidak ramai yang telah mengetahuinya. Ratu sendiri pun baru membacanya dan Ratu ingin sebarkan kepada semua pengunjung Teratak ini.
Motivasi kali ini Ratu ingin menceritakan mengenai orang-orang yang mendapat doa dari malaikat. Alangkah indah andainya diri kita tergolong di kalangan orang-orang yang didoakan oleh malaikat ini. Golangan tersebut adalah:-
a) Orang yang tidur dalam keadaan bersuci
b) Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat
c) Orang yang berada di saf depan solat berjemaah
d) Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf)
e) Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-fatihah.
f) Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat
g) Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah
h) Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan
i) Orang yang membelanjakan harta (infak)
j) Orang yang makan sahur
k) Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit
Marilah sama-sama kita menjadikan 10 perkara di atas ni sebagai amalan harian kita semua. Hehe..
Tatapan dari,