Puteri Raja Ratu Menemui Dua Pupunya
Baru-baru ni, Ratu mendapat tahu bahawa salah seorang daripada sepupu Ratu mengalami masalah yang agak serius dengan suaminya yang mana dia mengambil keputusan ingin bercerai. Di hari Sabtu ni, Ratu merancang ingin berjumpa sepupu Ratu tersebut di kampung bersama-sama Raja dan ibubapa Ratu. Kebetulan, Ratu juga ingin pergi ke rumah Mok Teh, ibu saudara Ratu untuk menghantar kain pasang yang telah dibeli untuk tempahan hari Raya Aidilfitri nanti.
Niat Ratu ingin berjumpa dengan sepupu Ratu tu untuk memberikan kata-kata semangat dan nasihat kepadanya. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang dipikul. Ya tak. Mana tidaknya, hasil daripada perkahwinan mereka, mereka menimang 2 orang cahaya mata dan anak keduanya sebaya dengan Puteri Raja Ratu. Kedua-dua anaknya masih kecil lagi. Bagi Ratu, pasti perit dirasainya.
Selepas itu, Ratu ingin berangkat ke rumah Mok Teh iaitu ibu saudara Ratu pula. Sempat pula ayah Ratu mengambil gambar Puteri Raja Ratu bersama dua pupu yang sebaya dengannya. Inilah gambarnya,
Kemudian, Raja Ratu bersama ibubapa Ratu bergerak ke rumah Mok Teh. Sampai di rumah Mok Teh, Ratu membawa kain yang dibeli untuk tempahan baju raya untuk Ratu dan Puteri Raja Ratu. Ratu bercadang Raya tahun ini Ratu ingin mengenakan baju kurung moden manakala Puteri Raja Ratu pula baju kurung. Ratu dan Puteri Raja Ratu diukur untuk memudahkan urusan jahitan nanti. Selesai segala urusan, kami pun pulang.
Tatapan dari,