Akhirnya Raja Pulang Dari Outstation
Setelah sebulan lebih, Raja outstation kerana tugas. Hari ni Raja pulang juga akhirnya menemui Ratu dan Puteri Raja Ratu. Emm.. Jarang Raja outstation tak dapat pulang. Selalunya, 2 minggu sekali tu Raja ada juga pulang ke rumah. Tapi kali ni Raja terlalu sibuk. Hanya melalui panggilan telefon sahaja. Raja bertugas di Petronas Fertilizer Kedah Sdn. Bhd. untuk menguruskan kerja-kerja Shut Down. Raja juga ada memberikan Ratu nombor telefon bimbit rakan setugasnya jikalau Ratu tidak dapat menghubungi Raja. Maklumlah bila Raja sudah masuk ke kawasan Petronas ni, telefon bimbitnya memang tidak boleh dibawa.
Raja bertugas dari seminggu selepas Raya Aidilfitri lepas sehinggalah ke hari ini 04 Oktober 2012. Ratu pula pada hari ini mengambil cuti 1 hari. Lebih kurang 2 minggu lepas, Raja ada memaklumkan kepada Ratu bahawa dia akan pulang tidak lama lagi. Cuma tidak diberitahu bila tarikhnya kerana Raja sendiri pun tidak pasti bila urusan kerjanya akan selesai. Raja meminta Ratu juga mengambil cuti 2 hari kerana Raja pun turut sama bercuti. Jadi, Raja Ratu bolehlah menghabiskan masa bersama Puteri Raja Ratu ini. Hari ke hari, Ratu tunggu Raja memaklumkan tarikh pemulangannya. Raja juga tidak pasti bila dia dapat balik. Ratu pun terus cuti 1 hari pada hari ni. Bila tengah hari, Raja call Ratu dan memaklumkan bahawa dia dalam perjalanan balik. Waa.. Apa lagi gembiralah rasa di hati Ratu apabila Raja kesayangan hati pulang ke rumah. Tapi ni bukan seperti mana yang dirancangkan. Sebab Ratu pun hanya bercuti 1 hari sahaja. Rupa-rupanya pihak pengurusan tempat kerja Raja telah meminta Raja pulang dan berehat setelah hampir sebulan Raja berkerja tanpa bercuti. Emm..
Ratu pula risau.. Risau jikalau Puteri Raja Ratu yang masih kecil ni menagis bila Raja mendukungnya nanti. Maklumlah sudah sebulan lebih tu. Selalunya bila orang yang dia tidak kenal atau jumpa sekali sekala ni, Puteri Raja Ratu ni mesti menagis bila didukung. Puteri Raja Ratu ni pun berhubung dengan Raja dan mendengar suara ayahnya melalui penggilan telefon sahaja. Sekali Ratu dukung Puteri Raja Ratu ni menuju kepada Raja, Puteri Raja Ratu ni terus tersenyum. Eh, sangkaan Ratu silap lah. Raja pun mendukung Puteri Raja Ratu. Emm, sangkaan Ratu memang silap. Puteri Raja Ratu memang tak nagis pun bila ayahnya mendukungnya. Raja terus mencium pipi Puteri Raja Ratu. Tapi Puteri kesayangan je ker kena cium. Pipi Ratu ni tak nak cium ker. Hehe. Ratu pula yang 'jealous'. Akhirnya, pipi Ratu kena cium juga. Jangan 'jealous' ya..
Ni lah gelagat Puteri Raja Ratu apabila bertemu dengan ayanhnya. Bukan main lagi. Masa ni Raja sedang membuka buku kecil kanak-kanak dan mula mengajar Puteri Raja Ratu ABC. Emm.. Lepas tu, dua beranak ni terlelap. Emm.. tak perlah.. Janji Puteri Raja Ratu ni gembira setelah sebulan tak bermain dengan ayahnya.. Dan janji Raja pula pulang ke rumah dengan selamat. Emm..
Tatapan dari,