Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Sunday, February 24, 2013

Menduduki Peperiksaan Penting

Semalam 23 Februari 2013 bersamaan dengan hari Sabtu. Tepat jam 3.00 ptg Ratu telah menghadiri satu peperiksaan. Emm, korang nak tahu peperiksaan apa yang Ratu ambil ni ???? Sebenarnya Ratu mengambil peperiksaan Takaful. Tak per.. Nanti suatu bila sampai masanya nanti Ratu akan ceritakan. Ratu pun tidaklah mengetahui bagaimana exam ni diadakan.. Berapa soalannya.. Apa yang perlu dibawa.. Apa yang Ratu tahu, Ratu hendak lulus exam ni. Setelah Ratu dapatkan maklumat lanjut dari rakan, barulah Ratu tahu peperiksaan ini dilakukan secara online bukan lagi secara manual. Dan yang paling Ratu rasa takut dan gementar, keputusannya akan dapat diketahui lebih kurang 5 minit selepas jawapan peperiksaan itu dihantar. Bila nak ambil exam ni, Ratu teringatlah masa Ratu mengambil peperiksaan di UITM dahulu. Masa tu Ratu sambung belajar secara e-pjj. Emm.. Dah sudah. Ratu dah mula terkenang balik ni zaman-zaman dulu lak ni. Hehe..

Raja pada ketika ini sedang sibuk dan Ratu dimaklumkan bahawa Raja akan pulang lewat sedikit. Ratu pun memaklumkan kepada Raja bahawa Ratu ingin mengambil peperiksaan dan kalau boleh ingin Raja menemankan. Emm.. Raja pula bersetuju untuk pulang awal sedikit bagi menemankan Ratu untuk ke tempat peperiksaan. Waa.. bertambah semangatlah Ratu. Tapi tu lah Puteri Raja Ratu pula buat hal masa tu. Biasalah budak kecil kan. Nasib baik lah ibubapa Ratu ada pada ketika itu dan membantu Ratu menguruskan Puteri kesayangan Raja Ratu ni. 

Peperiksaan bermula pukul 5.00 ptg. Ratu rancang ingin bersiap awal untuk segera ke tempat peperiksaan dan dapatlah menelek buku.. Membaca & mengingatkan kembali mana fakta-fakta penting sebelum peperiksaan bermula. Tapi oleh kerana Puteri Raja Ratu ni asyik merengek jer.. Ratu pun dah tak dapat nak datang awal sedkit. Ditambah pula, Raja lambat sedikit sampai rumah. Ratu dengan tidak makan tengah hari terus bergegas naik kereta.. Raja pun pada ketika itu tidak terus masuk rumah.. Menunggu Ratu di dalam kereta.. Nasib baik sampai tepat pada masanya. Hehe..

Sementara Ratu menjawab soalan peperiksaan, Raja menunggu Ratu dengan penuh setia di dalam kereta. CEWAHHH !!!! Peperiksaan itu berlangsung selama 2 jam. Emm.. nampak gayanya 2 jam lah Raja tunggu dalam kereta. Hehe.. Masa peperiksaan itu berlangsung ada juga dalam menjawab soalan peperiksaan itu lebih awal tapi bila mereka dapat tahu keputusan, mereka mengeluh. Rupa-rupanya mereka dapat tahu bahawa mereka gagal. ALAMAK !!!! Lagilah takut Ratu dibuatnya. Ratu terus fokus dan berikan tumpuan sepenuhnya untuk menjawab kesemua soalan peperiksaan itu.

Sebenarnya, Ratu sudah siap awal dah jawab semua soalan tu. Tapi Ratu rasa takut kalau Ratu ada buat kesilapan. Memandangkan masa ada lagi 1 jam lebih, Ratu mengambil keputusan untuk menyemak kembali jawapan yang telah dijawab tadi. Bila sudah hampir tamat masa yang diberi, Ratu pun hantarlah jawapan bagi semua 100 soalan tersebut. Selepas tu, Ratu pun tunggu sebentar untuk mengetahui keputusannya. Takut dan gementar pun ada ni. Takut gagal dan kena ambil sekali lagi. Tak sanggup dibuatnya. Mana dengan anak lagi.. Mana dengan kerja lagi.. Mana dengan nak baca buku lagi.. Uruskan rumah lagi.. No !!!  No! !!  No !!!

Sekali bila tengok result. Alhamdulillah. Ratu telah lulus. Ratu dapat gred B. Alhamdulillah. Ratu terus pergi dapatkan Raja dengan hati yang riang. Terus Ratu salam dan cium tangan Raja. Lantas memaklumkan kepadanya bahawa Ratu sudah lulus. Hehe.. Kami pun pulang dengan hati yang riang.

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267