Shopping Di Johor Bahru
Ratu bersyukur ke hadrat Illahi kerana Ratu masih lagi mempunyai atuk. Atuk Ratu telah bermalam di rumah ibubapa Ratu sejak beberapa hari kebelakangan ini. Atas permintaan atuk Ratu, dia berkeinginan untuk bermalam di rumah ibu saudara Ratu pula di Johor Bahru. Jadi, ibubapa Ratu bercadang untuk bertolak selepas sahur. Ratu ikutkan sahaja. Ratu tidak kisah. Janji selamat sampai ke destinasi yang hendak dituju. Itu yang penting.
Seperti biasa pagi itu, rutin harian di bulan Ramadhan adalah bersahur. Kemudian, kami bersiap-siap. Selepas solat subuh, kami pun bertolak. Puteri Raja Ratu pula dalam keadaan yang masih lagi tidur, Ratu menganngkatnya dan masuk ke dalam kereta. Comel betul Ratu tengok Puteri Raja Ratu tidur. Cewah, sempat pula memuji anak sendiri. Tengok lah anak siapa kan.. Hehe.. Raja pula pada ketika itu ada kerja luar. Jadi, dia tidak dapat menemani Ratu dan ibubapa Ratu ke Johor Bahru.
Sampai di rumah ibu saudara Ratu, kami berehat. Ratu tertarik melihat gelagat puteri Raja Ratu apabila dia bertemu dengan dua pupunya. Kebetulan pula pada ketika itu sepupu-sepupu Ratu ingin membeli keperluan untuk persiapan Raya Aidilfitri. Mereka mengajak Ratu pula mengajak Ratu menemaninya ke Jaya Jusco. Ratu pun setuju untuk menemaninya. Ya lah, daripada tidak berbuat apa-apa, sekurang-kurangmya ada juga aktiviti. Betul tak ?
Inilah gambar ketika berada di sana,
Gambar setterusnya,
Di sebelah petang, Ratu dan ibubapa Ratu mengambil keputusan untuk pulang ke rumah dan kami berbuka di pertengahan jalan.
Tatapan dari,