Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Monday, April 14, 2014

Tahniah Dapat Baby Lagi

Baru-baru ini Ratu dikejutkan dengan kehadiran orang baru dalam kehidupan keluarga sepupu Ratu. Hehe. Ratu pun pada asalnya dapat tahu melalui ruangan facebook. Beberapa hari selepas itu, ibubapa Ratu pula mengajak Ratu untuk pergi melawat sepupu Ratu ini. 

Sepupu Ratu ini pun memang sudah mempunyai seorang anak lelaki berusia 3 tahun. Kini, kehadiran orang baru pastinya seronok la anak sulungnya kerana sudah ada kawan untuk bermain kelak. Anak yang kedua ini adalah anak lelaki bernama Muhammad Dhamir Thabit bin Mohd Azree Salfee. Hehe.. Ratu minta maaf ya Zeela dan Azree Salfee, Ratu ambil nama dan gambar ini di facebook.. Huhu..



Ratu sampai sahaja di rumah ibu saudara Ratu itu di Tangkak, Ratu terus tunjukkan Puteri Raja Ratu kepada bayi itu. Emm, Puteri Raja Ratu tidak mengendahkannya bayi tersebut. Puteri Raja Ratu sudah nampak kawasan rumah yang luas. Dalam fikirannya sudah terfikir keseronokan bermain di tambahkan lagi dengan tambahan mainan di situ. Emm.. Apa lagi berlari dia pergi dapatkan mainan itu dan bermain. Haishh..

Raja pula pada ketika ini terlibat dengan kerja luar, jadi Raja tidak dapat menemani Ratu melawat sepupu Ratu. Kini sudah ramai pula yang tambah anak termasuklah sepupu dan rakan Ratu, Ratu terfikir juga bilalah agaknya Raja Ratu ingin menambah anak lagi. Huhu. Insya Allah, kalau ada rezeki tahun depan akan difikirkan. Hehe..

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267