Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Showing posts with label 3 tahun. Show all posts
Showing posts with label 3 tahun. Show all posts

Wednesday, September 24, 2014

Sambutan Hari Lahir Puteri Raja Ratu

Jatuh pada hari Isnin 22 September 2014, Puteri Raja Ratu genap usianya 3 tahun. Ratu mengambil keputusan untuk bercuti dan ingin meluangkan sepanjang masa untuk bersama Puteri Raja Ratu. Kesibukkan urusan kerja perlu diketepikan seketika. Huhu.

Oleh kerana, Ratu outstation kali ini, Raja telahpun mengirimkan hadiah untuk Ratu dan Puteri Raja Ratu sempena Hari Lahir kami. Terima kasih Raja hatiku. Hadiahmu telahpun kami terima. Hehe.

Ratu memang tiada idea nak bawa Puteri Raja Ratu ini ke mana. Emm, Pagi Ratu sudah kena membawa Puteri Raja Ratu ke klinik untuk rawatan susulan kerana usia Puteri Raja Ratu ini telahpun mencecah 3 tahun. Selesai urusan klinik, Ratu pula bergegas untuk urusan perbincangan dengan pihak kontraktor untuk kerja-kerja bumbung berkaitan pengubahsuaian ruang dapur rumah baru Raja Ratu. Selepas itu, barulah Ratu membawa Puteri Raja Ratu ini bersiar-siar. Perancangan awal itu ada, tapi atas sebab kesuntukkan masa Ratu terus membawa Puteri Raja Ratu makan sambil menaiki jambatan gantung di Hutan Rekreasi dan bersiar-siar di Taman Rama-Rama.

Inilah antara gelagatnya,

Siap Puteri Raja Ratu ini tanya ikan tu sudah makan ke belum.. Huhu

Bergambar di belakang merak yang sedang mengembangkan sayapnya. Huhu.

Akhir kata, SELAMAT HARI LAHIR wahai anakku. Moga-moga dirimu menjadi insan yang berguna sekaligus menjadi seorang yang berjaya di dunia dan di akhirat. Doa ibu dan ayahmu mengiringi di perjalanan hidupmu.

Tatapan dari,

Wednesday, September 10, 2014

Latihan Bersolat

Emm.. pejam celik.. pejam celik.. sekejap sahaja umur Puteri Raja Ratu ini sudah hampir mencecah 3 tahun. Rasanya macam belum puas melayani karenah Puteri Raja Ratu di sepanjang umurnya 2 tahun ini. Huhu. Emm.. Masa amat mencemburui perjalanan hidup kita dan tidak akan berpatah balik ke belakang. 

Apa yang menghantui fikiran Ratu sekarang ini, apa yang Ratu hendak buat di hari lahir Puteri Raja Ratu ini nanti? Raja pula outstation. Hendak ajak jalan jauh. Emm, macam kurang sesuai sebab Raja sibuk dengan tugasnya buat masa ini. Emm.. tidak mengapa. Ada masa lagi untuk berfikir.

Apa yang ingin dikongsikan di sini, Ratu amat tersentuh melihat Puteri Raja Ratu cuba mengerjakan solat sesempurna yang mungkin sambil membaca fatihah dan bacaan-bacaan tertentu untuk sujud. Ratu telahpun kongsikan video ini dengan Raja. Kali ini Ratu ingin kongsikan di sini. Inilah videonya,



Harapann Raja dan Ratu moga menjadi Puteri Raja Ratu menjadi anak yang soleh, taat akan perintahNya serta rajin solat dalam setiap waktu solat. Amin.. Amin.. Amin..

Tatapan dari,

Friday, August 15, 2014

Moga-Moga Jadi Anak Yang Soleh

Emm.. malam ni Puteri Raja Ratu ini ingin mengenakan telekung dan ingin mengikuti gerak langkah tok ayahnya mengerjakan solat. Tapi sebelum Puteri Raja Ratu ini ingin mengerjakan solat, siap dia berpesan pada Ratu,

Puteri Raja Ratu  : Eeebuu.. ambil g gambar. Ambil telefon tu. Gi ambil.
Ratu                    : Alaa.. tak nak la.. 
Puteri Raja Ratu  : Nak gambarrrrrr

Hai, Puteri Raja Ratu ni dah mula menjerit-jerit suruh ambil gambar Ratu layan je la. Inilah antara gelagatnya,


Gelagat ke dua ketika sujud,


Ini pula gelagat Puteri Raja Ratu yang ke3,


Lepas gambar-gambar ini diambil, Puteri Raja Ratu ini sibuk nak tengok gambar-gambar dirinya yang diambil. Moga-moga Puteri Raja Rtau ini menjadi anak yang solehah. Amin.. Amin.. Amin..

Tatapan dari,

Saturday, August 2, 2014

Gelagat Puteri Raja Ratu Beraya

Hari ini kita masih lagi di bulan Syawal dan masih lagi kita merayakan Aidilfitri. Bukankah kita raya sebulan? Huhu. Apa yang ingin Ratu kongsikan di sini adalah gelagat Puteri Raja Ratu di sepanjang bulan Syawal ini. Emm, Ratu memang merajuk dengan Raja sebab Raja ni tidak habis-habis dengan kawannya. Inikan bulan syawal, sepatutnya kita berkunjung-kunjung ke rumah sanak saudara dan sahabat handai sambil mengumpul duit raya untuk Puteri Raja Ratu ini. Hoho..

Jadi, di hari Raya yang ke 3, Raja membawa Ratu bersama-sama Puteri Raja Ratu beraya di rumah sanak-saudara di kampung Raja. Dah elok-elok sampai di rumah untuk beraya, Puteri Raja Ratu ini buat kuih raya lak. Haishhh... Puteri Raja Ratu ini sudah gian nak salam. Setiap kali, ada orang datang beraya di rumah atau kami beraya di rumah orang, Puteri Raja Ratu ini sibuk hendak salam. Kerap juga Puteri Raja Ratu ini salam orang yang sama sebanyak 2 ke 3 kali. Erkk !!! Malulah wahai anakku. Salam tangan sambil bau kuih raya. Emm.. Ratu terus tarik tangan Puteri Raja Ratu dan pulang ke rumah mertua untuk membersihkan kuih raya di bontotnya. Dah siap dibersihkan dan salin 'pampers', Ratu datang semula ke rumah tadi. 

Emm, kuih raya dah tiada, dia menari la pulak.


Langkah seterusnya,


Ewahh,


Suka hati la.. Apa-apa gelagat pun ya sayang. Janji dapat duit raya ya.. Huhu..

Tatapan dari,

Wednesday, July 9, 2014

Menghantar Raja Ke KLIA

Hari ini Ratu mengambil cuti sehari bagi memberi laluan menghantar Raja ke KLIA kerana Raja perlu pergi ke Labuan atas urusan kerja. Oleh kerana penerbangan Raja adalah pada pukul 11.50 pagi, kami mengambil keputusan untuk bertolak selepas subuh. Bukannya apa, sampai awal lebih baik. Takut terlelap pula nanti, terus terlajak dan terlepas pula penerbangan Raja. Selepas sahur, Ratu seperti biasa mengemas dapur. Kemudian uruskan Puteri Raja Ratu dan seterusnya Ratu pula bersiap-siap. Diikuti pula oleh Raja.

Kami bertolak lebih kurang pukul 7.30 pagi. Keadaan jalanraya di waktu sebegini memanglah sesak. Maklumlah, di waktu sebegini orang sibuk menghantar anak ke sekolah dan sibuk ke tempat kerja. Sampai sahaja di KLIA, Raja membuat urusan penghantaran beg. Ratu pula ternampak CIMB Bank di dalam KLIA. Emm, kebetulan Ratu ada membawa buku cek dan ingin mendepositkan cek yang Ratu terima. Hehe, alang-alang sudah sampai awal ini, Ratu pun mengambil sedikit masa untuk urusan di CIMB Bank seketika. Huhu. Konon-kononnya hendak singgah CIMB Bank semasa dalam perjalanan tadi. Tapi memikirkan keadaan jalanraya yang sesak, Ratu menangguhkan dahulu untuk mendepositkan cek.

Puteri Raja Ratu pula dengan gelagatnya ingin melihat kapal terbang. Raja dan Ratu pun apa lagi. Terus membawanya untuk melihat sendiri kapal terbang.dengan lebih dekat. Sempat pula kami bergambar. Huhu.

Inilah gambarnya,


Kemudian kami ke kawasan play ground dan masuk ke kedai buku. Emm, kalau sudah masuk ke dalam kedai buku, Puteri Raja Ratu ni sibuk mencari buku kartun dan buku ABC. Kalau di kawasan 'play ground' pula, Puteri Raja ni sibuk bermain sampai Ratu ajak keluar pun tidak mahu. Tengoklah gelagatnya,


Kini, tibalah masa untuk Raja 'check in' dan kemudian Ratu pun pulang. Pastinya Ratu akan datang kembali ke KLIA untuk menjemput Raja pulang beraya bersama nanti. 

Tatapan dari,

Thursday, June 26, 2014

Jalan-Jalan Di Ikea Damansara

Emm.. Sepatutnya semalam Raja Ratu ke Ampang untuk mengambil sijil JKKP Raja yang telah siap. Kali ini Raja dan Ratu bergerak awal sedikit bagi mengelakkan kesesakan jalan raya. Maklumlah, sebelum ini kami telah terlibat dalam kesesakan jalan raya ketika menuju ke Ampang ini. Sungguh merimaskan bila jalanraya sesak kan.

Selesai sahaja urusan Raja di JKKP, Ratu mengajak Raja ke IKEA. Niatnya untuk melihat design-design dalaman rumah yang disediakan sekaligus membeli barang mana yang berkenan di hati. Banyak juga yang Raja Ratu berkenan. Ratu ambil kodnya dan rekod susunan raknya supaya senang Ratu ambilnya nanti di tingkat bawah nanti.

Tengok lah gelagat Puteri Raja Ratu di IKEA,


Gelagat Puteri Raja Ratu memang agak memeningkan Raja dan Ratu. Tambahan pula, Ratu pada ketika ini sedang berpuasa. Emm.. Pening-pening pun tapi seronok

Tatapan dari,
 

Friday, June 13, 2014

Seronoknya Puteri Raja Ratu Bermain

Baru 3 hari lepas Raja dan Ratu ke Johor Bahru untuk menghadiri Majlis Perkahwinan Sepupu Ratu. Kali ini Raja dan Ratu bersama Puteri Raja Ratu bergerak menuju ke Puncak.Puncak? Haha.. Salah tu. Kami bergerak menuju ke Kuala Lumpur. 

Kami ke Kuala Lumpur untuk menyelesaikan urusan memperbaharui lesen JKKP Raja. Akibat jalan yang penuh sesak, kami tiba di tempat yang dituju pada pukul 1.00 tengah hari. Emm.. Sekarang ini adalah waktu rehat, pastinya pejabat tutup. Kami hendak bergerak mencari kedai makan dan kembali semula ke lokasi yang dituju untuk selesaikan urusan Raja.

Selesai urusan Raja, Ratu hendak mengajak Raja pergi Ikea. Tapi Ratu fikirkan semula. Ikea ini sangat besar bangunannya. Kalau hendak tengok contoh design dalaman rumah di tingkat atas dan mencari barangnya di tingkat bawah, pastinya akan mengambil masa. Memandangkan Puteri Raja Ratu ini sudah tidur akibat keletihan, Raja dan Ratu mengambil keputusan untuk ke Taman Permainan Kanak-Kanak berhampiran dengan Taman Rama-Rama dan Taman Burung.

Sampai sahaja di kawasan permainan tersebut. Raja dan Ratu berehat sebentar sambil menunggu Puteri Raja Ratu bangun dari tidur. Pastinya Puteri Raja Ratu akan berasa seronok apabila melihat pelbagai permainan kanak-kanak disediakan di sini.

Sangkaan Ratu tepat. Lihatlah keseronokkannya bermain.


Gambar ke 2,


Ini pula gambar seterusnya,


Berjam-jam juga la kami mengahabiskan masa di sini. Selepas penat bermain, kami pun pulang.

Tatapan dari,

Thursday, May 29, 2014

Gelagat Puteri Raja Ratu Bersama Raja

Emm... Puteri Raja Ratu ini apabila bertemu dengan Raja kali ini manja sikit. Tengoklah gelagatnya ini. 


Puteri Raja Ratu ini menyuruh Raja membuat susu tapi dengan syarat kena pakai cermin matanya. Haha. Kalau tidak, dia akan merengek suruh Raja pakai. Ya la. Raja pun kasi layan karenah Puteri Raja Ratu ini.

Tengok wajah Raja bila pakai cermin mata kepunyaan Puteri Raja Ratu ini. Puteri Raja Ratu ini siap suruh Ratu ambilkan gambar lagi. Ya la, Ratu layankan karenah Puteri Raja Ratu ini. Inilah gambarnya.


Nasib baik Puteri Raja Ratu ini tidak minta Raja pakai cermin matanya ketika kami bersiar-siar. Huhu.

Tatapan dari,

Tuesday, May 27, 2014

Puteri Raja Ratu Naik Jambatan Gantung

Hari ini Raja bercuti. Tapi Ratu pula tidak dapat bercuti. Jadi, Raja menghantar Ratu ke tempat kerja. Kemudian, pulang untuk siap-siapkan Puteri Raja Ratu. Kemudian Raja membawa Puteri Raja Ratu bersiar-siar. Waa, memang seronokla Puteri Raja Ratu nanti.

Pada waktu tengah hari, Raja menjemput Puteri Raja Ratu untuk makan tengah hari bersama. Kami pun makan bersama-sama di salah sebuah kedai makan yang mana Raja dan Ratu amat menyukai lanskap dan pemandangan di kawasan kedai tersebut. 

Selepas makan Puteri Raja Ratu ini sudah nampak kolam air di kawasan kedai ini. Apa lagi, dia pun sibuk tarik tangan ayahnya dan mengajak ayahnya menemaninya. Puteri Raja Ratu ini memang suka tengok air. Maklum lah, kanak-kanak di usia sebegini memang suka meneroka sesuatu.

Sekali Raja ternampak jambatan gantung, terus memimpin Puteri Raja Ratu menaikinya. Ratu ikut dari belakang. Tengoklah gelagatnya,


Tidak tahu takut. Bagus wahai anakku. Walaupun jambatn itu bergoyang, Puteri Raja Ratu agak berani menempuhnya. Teruskan.


Tatapan dari,

Wednesday, May 21, 2014

Jalan-Jalan Di Zoo JB

Beberapa hari lepas, atuk Ratu ada datang ke rumah ibubapa Ratu. Niatnya ingin mengajak ibubapa Ratu ke rumah ibu saudara Ratu di Johor Bahru. Katanya hendak tengok cicitnya yang baru dilahirkan. 

Ratu pun ikut sama bersama-sama Puteri Raja Ratu dan ibubapa Ratu. Tambahan lagi, buat masa ini Raja pula outstation dan kini berada di Johor Bahru. Jadi, Ratu mengambil kesempatan ini ingin berjumpa dengan Raja. Sampai sahaja di Johor Bahru, sepupu Ratu baru hendak ke hospital menjemput isterinya dan anaknya yang no 2 yang baru dilahirkan. Tahniah !!! Dapat anak lelaki. Seronoknya. Sepupu Ratu ini sudah ada anak lelaki dan anak perempuan. Anaknya yang pertama adalah perempuan manakala orang baru kali ini adalah anak lelaki. Waa, beruntungnya. Raja dan Ratu pun inginkan anak lelaki jika diizinkan dariNYA. Huhu.

Selepass Ratu melihat orang baru yang baru sampai di rumah, sepupu Ratu mengajak Ratu bersama-sama Puteri Raja Ratu ke Zoo JB. Emm.. Seronok juga. Ratu pun bersetuju. Setiba sahaja di zoo tersebut, Ratu amat terkejut dengan jumlah bayaran tiket masuknya. Melopong kejap la mulut ni. Mana tidaknya, harga tiket RM2 seorang dan kanak-kanak hanya RM1 seorang. Ratu rasa kalau di negeri lain, tiket untuk masuk zoo tidak dapat harga seperti ini.

Bila masuk zoo ini, sudah semestinya yang paling gembira sekali adalah Puteri Raja Ratu. Berpeluh jugala Ratu melayan karenahnya. Ini gelagatnya ketika melihat arnab. Bukan tahu takut Puteri Raja Ratu ini. Ratu rancang nak ambil gambar bersama-sama arnab. Emm.. terus batalkan sahaja apabila melihat Puteri Raja Ratu mengejar arnab ini.

Ini pula gambar kedua,

Setelah puas bermain dengan arnab, Ratu pun membasuhkan tangan Puteri Raja Ratu dengan sabun yang disediakan di situ. 

Ini pula gelagatnya melihat unta. Di zoo ini, pengunjung diberikan kebenaran untuk memberi makanan yang disediakan kepada unta. Tapi makanannya ini kenala bayar dengan harga RM2 semangkuk. Inilah antara gelagatnya.

Ini pula gelagatnya yang kedua, 


Memang seronok dan rasa puas di zoo JB ini. Ratu bersama Puteri Raja Ratu, Faiz dan Amani keluar dari zoo dengan penuh dahaga dan kepenatan. Tapi memang terbaik dan Ratu bagi 5 bintang. Huhu.

Tatapan dari,

Sunday, April 20, 2014

Borong Pakaian Baru Untuk Puteri Raja Ratu

Ibubapa Ratu sudah mengeluh pada Ratu bahawa pakaian Puteri Raja Ratu ini sudah kecil. Haishh. Cucu kesayangan la katakan. Rasanya baju untuk Puteri Raja Ratu ini sudah banyak dalam bakul itu yang boleh dipakai. Ratu tengok semuanya boleh dipakai lagi. 

Emm, keesokkan hari ibubapa Ratu beriya-iya hendak bershopping pakaian baru untuk Puteri Raja Ratu ini. Ok lah, Ratu pun ikutkan sahaja. Janji mereka bahagia. Jangan shopping sakan sudah. Gabak duit Ratu nanti. Huhu..

Inilah antara pakaian yang telah dibeli,


Ini adalah baju kegemaran Puteri Raja Ratu,


Ini adalah beg dan kasut Puteri Raja Ratu. Katanya hendak pakai beg ini untuk ke sekolah. Hehe..


Ini pula gelagat Puteri Raja Ratu dengan beg barunya,


Sekali Ratu tengok memang hendak beli semua baju untuk Puteri Raja Ratu. Rabun juga la mata dibuatnya. Maklumlah, masa Ratu beli ini tengah promosi. Ada juga saiz yang sudah tiada. Emm.. 

Akhir kata, sudi-sudilah layari ruangan facebook saya dan klik link ini:
a)  RR Wealth Management
Semua orang mempunyai impian iaitu ingin menjadi bebas kewangan. Jadi, saya akan kongsikan pelbagai info dan tips mengenai bagaimana ingin menambahkan pendapatan serta mengaut keuntungan khususnya dalam pelaburan emas. Anda duduk diam-diam, duit yang berjalan untuk anda.

Semua orang inginkan tubuh badan kelihatan sihat. Kulit kelihatan cantik dan nampak lebih muda. Ruangan inilah yang akan saya kongsikan mengenai pelbagai tips kesihatan supaya kita semua kelihatan sihat. 

Silalah layari dan sudi-sudilah klik butang 'LIKE'

Tatapan dari,

Thursday, April 17, 2014

Gelagat Puteri Raja Ratu

Hari ini, Ratu tersenyum melihat gelagat Puteri Raja Ratu di rumah ibubapa Ratu. Begini ceritanya,

Puteri Raja Ratu sibuk bermain basikal birunya. 
Tanpa disedari, Puteri Raja Ratu ini mengambil kunci motor Tok ayahnya. 
Hendak tahu, apa yang dibuatnya dengan kunci motor itu?

Puteri Raja Ratu menggantungkan kunci motor Tok Ayahnya di basikalnya. 
Emm, agaknya dalam fikirannya ingin 'start' enjin basikalnya. 
Haishhh.. Pengaruh naik motor dengan Tok Ayahnya la ni setiap hari. 

Lebih kurang 1 jam kemudian.. 
Tok Ayahnya ingin menggunakan motor untuk pergi ke kedai sekejap.
Tok Ayahnya mencari kunci motor.
Cari punya cari.. tidak juga jumpa kunci tersebut.
Lalu berkata, "Eh, mana kunci motor ini?"

Tok Maknya ternampak kunci motor itu lalu menunjukkan kunci motor itu kepada Tok Ayahnya.
Sambil berkata, "Tu yang tergantung kat basikal tu."
Tok Ayahnya terus ke basikal Puteri Raja Ratu dan mengambil kunci tersebut.
Lalu berkata, "Laa.. Iya.. Iya la.. Atuk cari kunci motor ni. Rupa-rupanya kat basikal cucu atok ni."

Puteri Raja Ratu tersenyum sambil mentup mulutnya.
Lalu berkata, "PADAN MUKA'"
Ratu terus menepuk dahi mendengar ayat dari mulut Puteri Raja Ratu sambil berfikir,
Dari mana Puteri Raja Ratu ini belajar perkataan tu?
Haishh..

Inilah dia wajah Puteri Raja Ratu yang tanpa rasa bersalah. Huhu..

Gambar pertama,

Gambar Kedua,


Gambar ketiga,

Lain kali jangan buat lagi ya.. Huhu..

Tatapan dari,

Wednesday, April 2, 2014

Pameran Kucing

Lebih kurang 2 minggu lepas, Ratu ada perasan di salah sebuah majalah yang mengatakan Pameran kucing akan di adakan pada 29 Mac 2014 dan 30 Mac 2014. Raja dan Ratu terfikir hendak bawa Puteri kami ke sana. Hehe. Hari yang di tunggu-tunggu sudah tiba. 

Setelah siap urusan kerja-kerja di rumah, Ratu pun maklumkan pada Puteri Raja Ratu bahawa Ratu ingin membawanya ke Pameran Kucing. Waa, bukan main suka lagi Puteri Raja Ratu ini bila dengar hendak pergi berjalan. Setelah bersiap dan makan tengah hari, kami pun bertolak.

Sampai sahaja di Pameran Kucing itu, Puteri Raja Ratu tertarik dengan arnab yang di lepaskan di kawasan yang disediakan. Ini lah arnabnya,


Bukan main suka lagi Puteri Raja Ratu ini tengok arnab tu berlari sampai hampir terlari sedikit sangkar arnab ini dikerjakannya. Huhu.

Selain arnab, ada juga binatang-binatang lain yang ditontonkan seperti kucing, burung, hamster, ular dan sesumpah. Kebanyakkkan binatang yang ditontonkan ini adalah untuk dijual. Ada jual penjual yang turut sama menjual makanan dan permainan untuk binatang-binatang ini terutama sekali kucing dan hamster. Ini lah gelagat Puteri Raja Ratu yang kepenatan.


Setelah pulang, Ratu tengok Puteri Raja Ratu ini seperti letih dan lesu. Ratu terus basuhkan muka, kaki dan tangannya. Ratu terus baringkan Puteri Raja Ratu di atas katil. Beberapa minit kemudian, Ratu tengok Puteri Raja Ratu sudah terlelap. Haishhh, keciannya dia. Letih ya. Tapi memang seronok.

Tatapan dari,

Saturday, February 8, 2014

Selamat Bertunang Siti Raihan, Teja Atiqah

Pertama sekali, Ratu ingin mengucapkan Selamat Bertunang kepada rakan sekerja Ratu iaitu Siti Raihan dan Teja Atiqah. Pertunangan mereka diadakan pada minggu yang sama sempena cuti Tahun Tahun Baru Cina. Kebetulan Raja pula berada di sini. Ratu pun terus mengajak Raja menemani Ratu ke majlis ini bersama-sama Puteri Raja Ratu. 

Majlis Pertunangan Teja Atiqah diadakan pada sebelah petang Jumaat iaitu selepas solat Jumaat. Ratu pun bersiap-siap pagi tu. Ini lah Puteri Raja Ratu setelah bersiap-siap. Hehe. Sibuknya si kecil ini dengan cermin matanya tu. Comel tak.



Pada keesokkan malamnya pula, Raja Ratu bersama Puteri kesayangan kami ke rumah rakan sekerja Ratu, Siti Raihan bagi menghadiri Majlis Pertunangannya. Apa-apapun Ratu ingin mengucapkan Selamat menempuh alam pertunangan kepada kedua-dua rakan sekerja Ratu ini. Hehe..

Tatapan dari,

Monday, January 27, 2014

Sukanya Puteri Raja Ratu

Dua hari lepas Raja pulang dari outsation. Jadi, malam tadi Ratu mengajak Raja untuk membawa Puteri Raja Ratu ke salah sebuah tempat playground di Jaya Jusco. Raja pun bersetuju. Jadi, Ratu pun bersiap-siap.

Sampai sahaja di playground, Ratu pun membuat pembayaran. Apa lagi bukan main suka lah Puteri Raja Ratu ini bermain dengan kesemua permainan yang ada. Maklumlah dapat kawan baru. Raja pula pada masa itu ingin rehatkan badan seketika di kerusi urut yang berhampiran. Jadi, Ratu dan Puteri Raja Ratu berdua di dalam play ground itu. Ratu tukang pemerhati gelagat Puteri Raja Ratu bermain permainan yang ada di situ. 

Ada juga permainan yang takut untuk dicuba oleh Puteri Raja Ratu. 15 minit kemudian Raja pula masuk ke dalam kawasan playground itu. Ratu minta Raja perhatikan Puteri kami sambil Ratu cuba menemaninya untuk mencuba permainan yang ditakutinya itu. Dengan harapan, agar ketakutannya hilang. Tapi, perasan takutnya tetap ada. Bila dipujuk mencuba permainan itu Puteri Raja Ratu menangis. Permainan itu adalah gelongsor angin yang mana gelongsor ini agak tinggi sedikit.

Inilah antara gelagatnya,



Gambar seterusnya,
 


Jikalau ada kesempatan lagi, pasti Puteri Raja Ratu akan dibawa lagi. Hehe..

Tatapan dari,

Friday, January 24, 2014

Membeli Pakaian Baru Untuk Puteri Raja Ratu

Di hari Jumaat ini, Ratu rasa boring pula duduk di pejabat. Terasa pula ingin merehatkan minda seketika. Memandangkan hari jumaat ini waktu rehatnya agak panjang iaitu dari pukul 12.15 tengah hari hingga 2.45 petang, Jadi Ratu mengambil keputusan untuk mengikut rakan sepejabat Ratu ke Jaya Jusco. Kebetulan Ratu pula ada menerima mesej melalui telefon bimbit mengenai jualan murah sempena tahun Baru Cina yang bakal menjelang tiba. Jadi Ratu mengambil keputusan untuk membeli pakaian untuk Puteri Raja Ratu.

Tiba sahaja di Jaya Jusco, kami pergi isi perut dahulu. Maklumlah Jaya Jucso ini besar. Jenuh nak berjalan kan. Selepas makan, Ratu terus masuk ke bahagian pakaian kanak-kanak dan pilih pakaian mana yang sesuai untuk Puteri Raja Ratu. Jalan punya jalan. Pilih punya pilih, Ratu berkenan dengan pakaian ini. Inilah dia pakaiannya, 


Tapi pakaian ini Ratu beli besar sedikit. Pulang dari tempat kerja, Ratu pun acukan pada badan Puteri Raja Ratu. Alamak terbesar banyak lah pulak. Emm, tak per nanti Puteri Raja Ratu boleh pakai jugak nanti. Hehe. Malas lah pulak nak tukar saiz yang kecil sedikit. Tidak mengapa. Biar besar sekit, jangan terkecil. Kalau terkecil, hendak tak hendak kena tukar juga. Hehe.

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267