Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Tuesday, December 9, 2014

Bercuti Bersama Keluarga

Alhamdulillah, rezeki akhir tahun ini. Kalau hendak diikutkan, Raja dan Ratu fikir kami tidak perlu pergi bercuti hujung tahun ini. Sebab budget lari untuk keperluan rumah baru. Raja Ratu fikir tunggu rumah baru kami siap seperti mana yang Raja Ratu impikan, barulah nanti mula fikir untuk bercuti. Tapi.. Alhamdulillah.. Ratu dapat rezeki terpijak. Ratu dapat peruntukkan RM1,000 untuk bercuti. Kebetulan pula Raja balik bercuti. Alhamdulillah, memang kena lah pada masanya.

Raja dan Ratu berbincang ke mana arah tujuan kami untuk bercuti. Akhirnya, kami ambil keputusan untuk bercuti ke Pulau Pinang dan singgah di Padang Besar, Perlis. Raja dan Ratu membawa ibubapa Ratu untuk turut sama bercuti. Ratu pun mula mengambil cuti selama seminggu. Maklumlah cuti Ratu ada 15 hari lagi. Kalau Ratu ambil cuti 5 hari ini sekalipun cuti Ratu ada lagi baki cuti10 hari lagi. Emm.. kena habiskan ni. Kalau tidak rugi. Sebab baki cuti ini adalah baki cuti tahun lepas dan ianya tidak boleh dibawa ke tahun hadapan. Cuti Ratu pada tahun ini sebanyak 22 hari lagi tidak berusik. Huhu.

Ratu dan Ratu bergerak ke Pulau Pinang di sebelah malam. Sebelum bergerak, Ratu telahpun booking hotel untuk kami menginap apabila sampai di sana nanti. Kalau hendak diikutkan Raja perlu cukup tidur dan berehat sebab Raja akan memandu nanti. Akan tetapi, sebelah siang tu Raja dan Ratu ada urusan yang perlu diuruskan. Jadi, kami sampai di rumah lebih kurang 7 malam. Selepas mandi dan solat, Raja tidur sekejap manakala Ratu pula menyusun pakaian kami sekeluarga yang hendak dibawa ke sana. Ibubapa Ratu sudah bersiap-siap dah dari siang tadi. Emm.. berkobar-kobar nampaknya. Huhu..

Kami mula bergerak pukul 11.30 malam. Dalam perjalanan, Raja bergilir-gilir memandu bersama ayah Ratu. Ada masanya kami berehat dan tidur seketika di R & R. Ratu menidurkan puteri kami yang comel ini dalam kereta.



Sampai di Seberang Perai lebih kurang pukul 4 ke 5 pagi. Oleh kerana kami sampai di awal pagi ini, Ratu mengajak Raja mencari hotel yang masih kosong dan lebih selasa. Memang Ratu ada booking hotel. Tapi hotelnya itu adalah di Seberang Perai sebelum merentasi Jambatan Pulau Pinang. Kalau hendak pergi ke bandar agak leceh sedikit. Perlu bayar tol. Ratu pun mengajak Raja mencari hotel di kawasan bandar Pulau Pinang. Cari punya cari akhirnya dapat juga hotel iaitu Hotel Hong Ping. Ratu pun bayar bil bilik untuk menginap dan kami semua tidur seketika dan berehat. Maklum lah penat kan. 

Nanti Ratu sambung lagi untuk aktiviti kami di Pulau Pinang ini. Tunggu !!!!

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267