Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Wednesday, August 19, 2015

Panduan Mendapat Anak Kembar

Di sini Ratu ingin kongsikan apa yang Ratu baca di dalam majalah hari ini. Ratu tertarik dengan artikel panduan mendapat anak kembar. 

Memiliki anak kembar tentu menyeronokkan bagi ibubapa. Hanya dengan sekali kelahiran sahaja dalam menempuh fasa kehamilan dan kesakitan proses kelahiran, kita berjaya mendapat anak kembar. Namun bukan mudah mendapat anak kembar walaupun ada di kalangan kita yang mempunyai genetik tersebut. Kelahirannya juga memerlukan ketabahan dan kesabaran ibubapa dalam membesarkan anak kembar ini.

1. SALASIAH KELUARGA
Genetik daripada keluarga anda kita dan pasangan, kemungkinan besar kita mampu memperoleh anak kembar. Sekiranya semasa pensenyawaan berlaku, penghasilan 2 ovum secara serentak dalam 1 masa, anda bakal memperoleh kembar yang diidamkan.

2. UMUR
Wanita berumur antara 35 hingga 40 tahun ke atas mempunyai potensi yang lebih tinggi untuk mendapat anak kembar. Ini kerana wanita di usia ini mengambil rawatan kesuburan yang menghasilkan lebih dari 1 ovum semasa proses ovulasi disebabkan proses tersebut diganggu oleh proses perimenopause.

3. LEBIH RAMAI ANAK
Fakta menarik yang perlu diketahui lebih ramai bilangan anak yang telah dilahirkan, lebih tinggi peluang untuk melahirkan anak kembar pada kehamilan seterusnya.

4. BERAT BADAN DAN KETINGGIAN
Wanita tinggi atau perempuan yang mempunyai berat badan yang lebih berat mempunyai potensi yang tinggi untuk mendapat anak kembar.

5. DIET PROTEIN
Pengambilan makanan yang mengandungi estrogen tinggi mampu meningkatkan peluang mendapat anak kembar. Protein disebut sebagai faktor pertumbuhan serupa insulin (IGF) ditemui dalam susu lembu, boleh meningkatkan jumlah telur yang dihasilkan oleh wanita. Oleh itu, banyakkkan minum susu di kalangan wanita kerana ianya lebih cenderung untuk memiliki anak kembar 5 kali ganda.

6. PENGAMBILAN UBAT KESUBURAN
Pengambilan ubat kesuburan dapat meningkatkan peluang untuk menghasilkan 2 ovum dalam 1 proses ovulasi. Ubat kesuburan clomid memberi 10 peratus  peluang manakala gonal F menawarkan 30 peratus peluang untuk anda hamil anak kembar.

7. DOA UNTUK DAPAT ANAK KEMBAR
Doa khas bagi membantu anda mendapatkan anak kembar. Doa yang terkandung dalam surah As Saaffaat, ayat 120 dan surah As Syura, ayat 50. Apa yang penting anda istiqamah dalam mengamalkan ayat ini agar dimakbulkan permintaan.


8. PROSEDUR IVF
Kerap terjadi apabila pasangan mendapat rawatan persenyawaan bayi tabung uji ataupun persenyawaan luar rahim yang dikenali sebagai IVF. Ia meransang ovari supaya menghasilkan lebih dari 1 telur untuk meningkatkan kemungkinan kehamilan berjaya. Suntikan ubat akan diberikan setiap hari sehingga ovari menjadi matang. Telur akan diambil menggunakan jarum khas yang halus. Setelah telur diambil, maka persenyawaan dengan sperma suami akan dilakukan dalam media kultur. Embrio akan terhasil dan ia akan dipindahkan pada rahim atau dikenali blastosis.

Diharapkan info ini dapat membantu sesiapa sahaja yang menginginkan anak kembar.

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267