Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Wednesday, December 7, 2016

Menghantar Bapa Saudara Ratu Menunaikan Umrah

Alhamdulillah.. Hari yang ditunggukan oleh bapa saudara Ratu sudahpun tiba. Seronok rasanya bila melihat bapa saudara dan ibu saudara Ratu ini bersemangat ingin menunaikan umrah. 

Sejak akhir-akhir ini ramai pula saudara mara dan kenalan Raja Ratu yang menunaikan umrah. Kami bukannya berpakat ya. Raja Ratu memang secara kebetulan dan tidak dijangka kami membuat keputusan untuk turut serta menunaikan umrah bersama dengan ibubapa Ratu dan saudara Ratu seramai 5 orang dari Johor pada bulan Januari 2017. Kami pun telahpun membuat bayaran deposit pada bulan penghujung bulan September 2016. 

Akhir-akhir ini, kami mendapat tahu bapa saudara dan ibu saudara Ratu dari Melaka akan menunaikan umrah pada Disember 2016. Begitu juga dengan abang ipar dan kakak ipar Ratu yang bergerak menunaikan umrah pada penghujung bulan lepas, November 2016. Ratu juga mendapat tahu sahabat Ratu telah tiba ke tanah suci Mekah yang juga menunaikan umrah. Minggu depan kenalan rapat Raja Ratu boleh dikatakan seperti keluarga angkat juga akan menunaikan umrah. Alhamdulillah, kali ini ramai pula yang akan menjejakkan kaki ke tanah suci menunaikan umrah. Dan Raja, Ratu dan Puteri Raja Ratu juga akan menjejakkan kaki ke sana pada awal tahun depan. Insya Allah. Raja dan Ratu tidak akan tinggalkan Puteri Raja Ratu. Kami akan bawanya ke sana. 

Ratu tidak dapat mengambil gambar dengan lebih dekat sebab masalah teknikal. Huhu.. Sebenarnya, sebab teruja melihat ibu saudara dan bapa saudara Ratu ingin berlepas di KLIA sehingga lupa untuk mengambil gambar. Huhu..


Ratu kongsikan gambar yang dikongsikan kepada Ratu melalui whatsapp oleh mereka yang telah berada di tanah suci untuk membakar semangat korang termasuklah Raja Ratu untuk ke sana..


Gambar ini diambil di Mekah semasa sebelum solat Jumaat,


Inilah Raudah tempat bersemadinya Rasullullah S.A.W dan kita wajib singgah. Di sini lah ramai yang berebut berdoa kerana sesiapa yang berdoa di sini akan termakbul. Insya Allah. 

Moga dipermudahkan urusan kami nanti pada bulan Januari 2017. Amin.. Rasa tak sabar.. Rasa berdebar.. Eh, Semua la.. 

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267