Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Thursday, March 2, 2017

Salam Takziah Tan Sri Jins Shamsudin

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung setia teratak istana ini. Semalam kita dikejutkan dengan berita pemergian pelakon lagenda yang dihormati Tan Sri Jins Shamsudin.

Ratu difahamkan usianya kini adalah 81 tahun dan dia meninggal di salah sebuah klinik di Taman Melawati akibat sesak nafas selepas tercekik kuih dikediamannya. Setelah arwah ini meninggal barulah Ratu tahu bahawa nama-nama anaknya bermula dengan Hang iaitu Hang Jebat dan Hang Nadim.


Sepanjang tempoh penglibatan arwah dalam dunia seni banyak jasa dan baktinya. Antara cerita yang masih lagi di ingatan Ratu adalah Bukit Kepong dan Ali Setan. Ratu suka tengok arwah ini begitu aktif sebelum arwah disahkan menghidap penyakit Alzheimer menyebabkan arwah hilang ingatan dan tidak boleh bercakap. Sebelum arwah menghidap penyakit itu, arwah sangat aktif dalam bidang seni dan sangat berdisplin. Dalam usianya sebegitu, arwah sanggup melanjutkan pengajian sehingga menerima Ijazah Kehormat Sarjana Persuratan di Universiti Sains Malaysia. Kesunguhhannya ini mengkagumkan Ratu.

Apa-apaun marilah kita mensedekahkan Al-Fatihah kepada arwah. Moga-moga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin..
Al-Fatihah..

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267