Kelebihan Surah Al-Kahfi
Apa itu surah Al-Kahfi? Surah Al Kahfi atau juga disebut Ashabul Kahf merupakan surat golongan 
Makkiyah atau yang diturunkan di Kota Mekkah. Surah ini mengandungi 110
 ayat dan bercerita tentang beberapa orang pemuda yang tidur dalam gua 
bertahun-tahun lamanya. Selain itu terdapat pula beberapa buah cerita 
dalam surat ini yang semuanya mengandung pelajaran-pelajaran yang amat 
berguna bagi kehidupan manusia.
Surah Al-Kahfi adalah satu surah yang patut diamalkan. Persoalannya bilakah masa yang sesuai hendak diamalkan? Sebab surah ini agak panjang. Ratu sendiri yang mengamalkan surah ini pun mengambil masa 20 minit ke 25 minit untuk menghabiskan bacaan surah ini. Sekarang banyak surau-surau dan masjid mula mengamalkan bacaan yasin dan 10 ayat pertama dan 10 ayat terkahir surah Al-Kahfi pada setiap malam Jumaat. Surah Al-kahfi ini mempunyai kelebihan yang tersendiri berbanding surah lain.
Waktu Terbaik Mengamalkan Surah Al-Kahfi
Kenapa pula  pada malam dan hari jumaat? Kenapa tidak pada hari lain? Sebab pada
 malam Jumaat dan hari jumaat dalam Islam merupakan hari yang istimewa. Yang mana hari itu merupakan hari dimana nabi Adam as diciptakan dan dan 
diwafatkan.
Dan kemudian Baginda Nabi Muhammad SAW juga pernah Bersabda :
إِنَّ مِنْ أَفْضَلِ أَيَّامِكُمْ يَوْمَ الْجُمُعَةِ فِيهِ خُلِقَ آدَمُ وَفِيهِ قُبِضَ وَفِيهِ النَّفْخَةُ وَفِيهِ الصَّعْقَةُ
“Sesungguhnya
 di antara hari  yang paling afdhal adalah hari Jumaat. Pada hari 
itu Adam diciptakan dan diwafatkan, dan pada hari itu juga ditiup 
sangkakala dan akan terjadi kematian seluruh makhluk. . . . " 
(HR. Abu Dawud, an Nasai, Ibnu Majah, Ahmad, dan al Hakim dari hadits Aus bin Aus)
Diriwayatkan dari Ibnu Mardawaih dari Abdullah  Bin 
Mughaffal disebutkan bahwa Rumah yang dibacakan surah al-Khafi dan al 
Baqarah tidak akan di masuki syaitan sepanjang malam itu.
Oleh
 kerana hari jumat yang merupakan hari paling afdal terdapat 
amalan-amalan yang dianjurkan untuk di kerjakan pada hari itu. Salah 
saju amalan yang dianjurkan pada hari jumat adalah membaca surah 
Al-Kahfi. 
Keutamaan Membaca Surah Al-Kahfi pada Hari Jumaat
Antara kelebihan baca surah yang istimewa ini di hari Jumaat adalah:-
1. Terhindar dari Fitnah Dajjal
Manusia
 yang membaca Al-Kahfi pada Hari Jumat akan terhindar dari fitnah 
Dajjal. Nabi Muhammad SAW bersabda bahwa dengan rajin membaca surat ini 
pada hari jumat maka akan terhindar dari fitnah tersebut.
“Barang siapa membaca Surah Al Kahfi pada hari Jum’at, maka Dajjal tidak bisa memudharatkannya,” (HR-Dailami).
“Siapa yang membaca dari Surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya 
dari kepala hingga kakinya dan siapa yang membaca keseluruhannya, maka 
jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi,” (HR Ahmad).
2. Mendapat keampunan dosa di antara 2 Jumaat
Membaca Al Kahfi pada hari Jumaat  akan mendapat 
pengampunan dosa diantara dua Jumaat. Dalam riwayat lain masih dari Abu 
Sa’id al-Khudri radhiyallahu 'anhu, Rasulullah bersabda, Dari Ibnu Umar 
radhiyallahu 'anhuma, Rasulullah SAW bersabda:
“Siapa yang membaca surat Al-Kahfi pada hari Jum’at, maka akan 
memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan meneranginya 
kelak pada hari kiamat, dan diampuni dosanya antara dua jumat.”
2. Terpancar dirinya cahaya di antara 2 Jumaat
Ganjaran yang disiapkan bagi orang yang membaca surat Al-Kahfi 
padacmalam atau hari Jum’at, maka diberikan cahaya (disinari). Dan 
cahaya ini diberikan ketika nanti di hari kiamat, yang memanjang dari 
bawah kedua telapak kakinya sampai ke langit. Dan hal ini menunjukkan 
panjangnya jarak cahaya yang diberikan kepadanya, sebagaimana firman 
Allah Ta’ala:
يَوْمَ تَرَى الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ يَسْعَى نُورُهُمْ بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَبِأَيْمَانِهِمْ
“Pada
 hari ketika kamu melihat orang mukmin laki-laki dan perempuan, sedang 
cahaya mereka bersinar di hadapan dan di sebelah kanan mereka." (Qs. 
Al-Hadid: 12)
Dari Abu Sa’id al-Khudri radliyallahu ‘anhu, dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
مَنْ َقَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ لَيْلَةَ الْجُمْعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّوْرِ فِيْمَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْبَيْتِ الْعَتِيْقِ
“Barangsiapa
 membaca surat al-Kahfi pada malam Jum’at, maka dipancarkan cahaya 
untuknya sejauh antara dirinya dia dan Baitul ‘atiq." 
(Sunan 
Ad-Darimi, no. 3273. Juga diriwayatkan al-Nasai dan Al-Hakim serta 
dishahihkan oleh Al-Albani dalam Shahih al-Targhib wa al-Tarhib, no. 
736)
Tatapan dari,





