Jalan2 Cuci Mata..
Malam minggu yang tenang. Cis! Nak bermadah ke apa ni. Haha. Kalau nak bermadah, nyanyilah lagu 'MADAH BERHELAH'. Ya tak. Raja ajak Ratu jalan2 malam minggu kat KL. Ratu ni pasal berjalan NO 1. Dah diajak, Ratu pun menjerit keriangan nak ikut. Haha. Sapa yang tak tahan dengar jeritan Ratu tu letaklah kapas di telinga ya.
Raja : Jom, jalan2 KL nak..
Ratu : Biar betul ayang ni..
Raja : Betul..Saja jalan2 tengok kesibukan kota..
Ratu pun siap2 la. Dah siap2, kami pun bergerak lah pergi. Ni pandangan 'Menara Berkembar Petronas' KLCC yang dapat Ratu ambil secara dekat.
Raja bawa Ratu di pelbagai tempat di KL. Ni lah pandangan kesibukan kota Metropolitan. Tapi malam tu nak kata sibuk sangat pun tak lah. Kalau nak tengok kesibukan KL ni masa orang tengah sibuk nak balik kerja & pergi kerja. Betul tak orang KL. Tapi tu tak penting, apa yang penting 'KITA ENJOY!'. Haha. Macam pernah dengar ayat tu kan.
Dah penat berjalan, lapar lah pulak. Kami pun makan la di Mc Donalds semasa perjalanan balik. Thanks Raja hatiku, bawaku berjalan2 di malam minggu. Meh pantun ni diciptakan khas untukmu Raja,
Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh lain kali bawalah Ratu jalan2 lagi...Hehehe
Tatapan dari,