Selamat Menyambut Hari Raya Korban..
Tahun ni tahun ke 2, Raja Ratu sambut bersama sebagai suami isteri. Sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ni 26 November 2009 disambut sederhana. Seperti biasalah hari Khamis hari memantai ni, semua orang akan sibuk nak masak itu..nak masak ini. Raja & Ratu pun tak lepas peluang dengan kesibukan tu. Kecoh dibuatnya. Ratu sibuk kat rumah ibu Ratu & Raja di rumah ibunya. Masing2 dengan tanggungjawab masing2 menolong ibu di dapur. Bila Raja dah habis membantu ibunya, Raja akan ke rumah ibu Ratu.
Pagi raya tu di rumah ibu Ratu macam biasalah, bermaaf-maafan dengan keluarga & solat sunat Hari Raya di surau. Lepas tu ziarah kubur arwah adek Ratu. Dah selesai segala urusan, Raja Ratu bertolak ke rumah ibu Raja & ziarah kubur arwah bapa Raja. Adik-beradik Raja ramai. Jadi di rumah ibu Raja lah tempat adik-beradik Raja berkumpul. Inilah antara menu di Hari Raya Aidiladha.
Dah berkeroncong ker tengok makanan ni. Hehe. Akhir kata dari Raja Ratu, 'Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha'. Semoga bergembira bersama keluarga tersayang di Hari Mulia ini. Kalau dah masak daging korban tu, jangan lah lupa bagi kami sikit. Apalah salahnya buat amal jariah sikitkan. Kami terima saja, dah orang nak berikan. Haha.