Buang tebiat ker?
Apa kaitan dengan tajuk ‘BUANG TEBIAT?’. Hehe. Mana tak nya. Di tarikh ini, Ratu rasa teringin nak PAKAI INAI. Tengoklah..
4 Januari 2010 jatuh pada hari Isnin. Ratu leh datang ke pejabat & mula memakai inai di pejabat.. Cam ner nak buat kerja kalau tangan dah penuh inai. Ratu pakai inai AL-Saudina. Haha.. KITA LAYAN..
Bukan apa.. saja nak mengingat kembali..
SAAT Raja & Ratu mula disatukan..
SAAT hati kami menjadi satu..
SAAT kami memulakan kehidupan baru..
SAAT kami mula mengecapi kehidupan bersama..
SAAT..hei, berapa banyak saat lah..
RAIHKAN? Perancangan tu ada. Tapi kesibukan Raja membatasi segala perancangan kami. Ratu tunggu Raja siapkan urusan kerjanya untuk projeknya ini.
Apa yang Ratu & Raja harap & doakan.. semoga jodoh kami kuat & berkekalan hingga ke akhir hayat kami.. semoga cinta kami terus mekar & indah seperti saat kami diikatkan di meja persandingan.. dan kami dapat menggapai impian bersama tahun ini yang masih lagi terkapai-kapai di angan sanubari kami.. Amin..
Tatapan dari,