Dah lambattttt !!!!
Hari ni Ratu & Raja dengan berbesar hatinya ingin menyatakan kami 'DAH LAMBAT !!!' Lambat? Ya beb.. LAMBAT KE TEMPAT KERJA.. kerana LAMBAT BANGUN.. Ratu dah set jam dah.. sedar2 dah pukul 7.30 pagi.. ooo TIDAK!!! Apa lagi KELAM KABUT AYAM lah..Haha.. Perkataan baru utk korang.. Ratu belajar perkataan ni pun daripada Raja. Ok anak murid sekalian Cikgu nak ajar ni, kelam kabut ayam di sini bermaksud BUAT KERJA DALAM KEADAAN TERLALU TERGESA-GESA. ok Ada Faham.. Korang semak lah dalam kamus kalau ada.. Haha. Ilmu ini hanya boleh dipelajari hanya di teratak ini sahaja. Haha..
Ok Cikgu berhenti pelajaran sampai setakat ini sahaja kerana cikgu nak sambung balik cerita yang tadi ya. Ratu sedar2 saja terus basuh baju kerja Raja, kejutkan Raja, siapkan sarapan dan macam2 lagi lah nak buat.. Raja dengan mata yang agak kesat pun bangun dari tidur. Kecian Raja, malam tadi balik pun dah lewat. Pukul 12.00 mlm baru sampai rumah. Ratu sampai terlelap mata menunggu Raja pulang rumah malam tadi sebab nak makan sama. Emm, kecian Ratu kan. Hua.. Hua.. Hua.. Tapi bukan kami sahaja yang dah terlambat bangun, 'SI BOBOY' pun sama ..tengok lah ni dia tidur.. alahai comelnya, kucingku sayangggg..
Dah siap2.. Raja & Ratu pun geraklah dengan 2 buah kereta. Kami 'drive' lah sama2. Tempat kerja kami di laluan yang sama, cuma Raja jauh sikit dari tempat Ratu bekerja. Bila tiba di office Ratu, Ratu pun lambailah pada Raja & Raja pun gerak lah ke tempat kerjanya. emm, begitulah ceritanya. Hehe.
Tatapan dari,