Al-Fatihah utk Achik Spin..
Semalam Ratu dapat tahu Achik Spin atau nama sebenar Abdillah Murad Md Shari 28 tahun meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya sekitar 6.15 ptg di Kilometer 14.7, Lebuh Raya Kajang-Seremban (LEKAS) selepas menjayakan rakaman Program Gah 1 Angkasapuri, RTM. Alahai muda-muda lagi dah pergi meninggalkan kita semua. Inilah yang dikatakan JODOH, PERTEMUAN, AJAL, MAUT di tangan TUHAN. Dan kita yang hidup ni pun janganlah lupa tu semua. Betul tak. Dan kita yang hidup ni jauhkan diri dari memfitnah orang, dengki-mendengki, rasuah dan macam-macam lagi lah. Ingatlah, hidup ni sementara. Haha. KITA BEREHAT SETETIKA. Nasihat sesaat jap daripada kami.
Kita baru digemparkan dengan pemergian arwah Din Beramboi. Ni Achik lak. Ratu difahamkan melalui Metro hari ni, kemalangan melibatkan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima yang mana kenderaan tersebut terbabas lalu merempuh tiang papan tanda sebelum terbakar sebaik melepasi R & R dekat susur keluar ke Pajam. Achik tercampak keluar & meninggal di tempat kejadian.
Kalau dulu Achik ada digossipkan dengan Nana. Tapi tiada jodoh & akhirnya berkahwin dengan Tasha pada tahun 2005. Ratu agak terkejut dengar berita ni. Ratu sebenarnya baru pulang dari kelas Haji semalam. Ratu teringat Melodi di TV3 pukul 12.30 tengah hari. Ratu pun menonton lah. Masa tu lah Ratu terkejut bila Wahid & Farah Fauzana maklumkan tentang berita pemergian Achik Spin ni. Jadi, Ratu nak ambil peluang ni dengan korang semua, kita ambil masa seminit sebentar sedekahkan Al-Fatihah buat arwah. Semoga roh nya dicucuri rahmat. Amin.. Al-Fatihah..

Tatapan dari,