Al-Fatihah..

Walaubagaimanapun, kami dapat juga melihat majlis tersebut dengan lebih lanjut dalam rancangan 'MELODI' di tv3. Ratu difahamkan lebih kurang seramai 1,500 orang menghadiri di majlis pengebumiannya. Ada dari golongan artis & peminat arwah sendiri. Sedih melihat keadaan keluarga arwah dengan anaknya yang masih kecil & masih belajar. Cuma kalau tak silap Ratu anak sulung sahaja yang hampir menamatkan persekolahannya. Ratu terfikir macam mana lah agaknya PAK NIL rakan setugas arwah di Radio ERA. Ratu baru membaca artikel mengenai luahan hati Pak Nil samaada melalui blognya mahupun melalui media. Mana taknya kalau rakan karib kita telah pergi meninggalkan kita selamanya, siapa yang tidak sedih. Betul tak! Ratu pun baru pagi tadi mendengar luahan kesedihan PAK NIL di radio era. Pak Nil masih lagi mengumpul kekuatan diri sebelum memulakan tugas selepas apa yang berlaku. Baginya, di mana sahaja sudut ruangan di studio ERA pastinya gambaran arwah rakan baiknya terpancar di bayangan memorinya.
Raja & Ratu nak ambil kesempatan di sini nak ucapkan takziah kepada keluarga & sanak saudara arwah Din Beramboi. Walaupun mungkin ahli keluarga arwah tidak menjejakkan kaki di teratak istana kami ini, tapi ini adalah luahan kami. Memang kita tak boleh menjangka pemergian arwah kerana ianya berlaku terlalu cepat. Kami juga mengharapkan PAK NIL dapat mengumpul kekuatan menerima kenyatan ini & beraksi kembali jika perlu sebagai penyampai di radio era. PAK NIL... Biar apapun yang berlaku hidup mesti diteruskan & lakukan tugas dan tanggungjawab kita yang masih di bahu kita.
Akhir kata marilah sama-sama kita mensedekahkan Al-Fatihah kepada arwah. Semoga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan di golongan orang-orang yang beriman. Amin.. Amin.. Amin,.. AL-FATIHAH..

Tatapan dari,

0 comments:
Post a Comment