Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Thursday, May 13, 2010

7 cara kekalkan tenaga sepanjang hari..

Ini pun salah satu tips yang berguna untuk kita semua yang sibuk bekerja mencari nafkah.. mencari sesuap nasi.. mencari wang untuk keperluan harian.. mencari wang untuk keperluan anak-anak.. mencari simpanan untuk keperluan hari tua kita.. waa, tangkap leleh tak ayat ni.. adakah ayat ni menguris hati sabubari korang? haha.. cukup2.. Jangan nagis-nagis ya.. hehe..

Seperti biasa, Ratu ambil artikel ini dari salah sebuah majalah. Agak menarik untuk dikongsi bersama. Adakah korang kurang tenaga setiap hari? Kadang-kadang tidak cukup tidur menjadi penyebabnya. Tapi kalau kita mendapat rehat secukupnya, faktor diet, rutin olahraga/ pilihan gaya hidup boleh menjadi penyebab kekurangan tenaga. Ini ada tips untuk kita kekal bertenaga..

1. Ambil serat ketika bersarapan
Mengambil sarapan yang kaya serat membuatkan kita lebih berwaspada & peka sepanjang hari. Kajian menunjukkan mereka yang mengambil makanan bijirin tinggi serat di pagi hari akan mengalami kekurangan kelelahan sebanyak 10% di samping penurunan kadar depresi & memiliki keterampilan kognitif yang lebih baik.

2. Minum sedikit latte perlahan-lahan
Kafein dalam kuantiti yang kecil setiap beberapa jam sekali akan membuatkan kita dapat memfokuskan kerja lebih lama.

3. Minum secawan teh
Paduan kafein & asid amino L-theanine dalam teh berfungsi mengurangi keletihan mental & meningkatkan kewaspadaan waktu reaksi & daya ingatan. Selain itu,teh hitam boleh membantu mengurangkan stress.

4. Kerap makan
Makan lebih kerap dengan kuantiti lebih kecil setiap tiga/ empat jam untuk memastikan kadar gula dalam darah tinggi sehingga anda tidak mengalami penurunan tenaga/ makan berlebihan akibat terlalu lapar. Ini sesuai bagi mereka yang bekerja kuat seperti bekerja di tapak projek, penapisan minyak.

5. Minum air putih
Sebahagian orang mengaku keletihan & tanpa sedari ia disebabkan mereka yang mengalami dehidrasi. Perlu diingatkan, menjaga keperluan pengambilan air adalah cara termudah untuk menjaga kadar tenaga & konsentrasi.

6. Jalan 10 minit
Kajian menunjukkan berjalan seketika boleh menjaga diri kita agar tetap segar sepanjang hari. Setelah 6 bulan, wanita yang berjalan 70 minit seminggu (10 minit setiap hari) 18% lebih bertenaga berbanding mereka yang bermalas-malasan.

7. Dengar muzik
Kurang fokus ketika kerja? Cuba dengar muzik. Kajian mendapati 10% lebih produktif ketika mendengar muzik berbanding ketika tanpa muzik.

Tatapan dari,

0 comments:

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267