Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Monday, July 19, 2010

Panduan membayar hutang...

Ratu tertarik dalam satu artikel berkaitan dengan panduan membayar hutang. Oleh itu Ratu nak kongsikan dengan korang ilmu yang amat berguna ini supaya kita semua dapat mempraktikkannya.

Ratu percaya ramai antara kita yang berhutang. Boleh dikatakan semua orang yang bekerja ada menanggung hutang. Tak kiralah.. hutang belajar ker.. hutang kereta ker.. hutang rumah ker.. hutang kredit kad ker.. Betul tak.. Sebenarnya, kita semua tak lari dari hutang. Kalau difikir secara logiknya, mustahil bagi diri kita untuk memiliki rumah, kereta dan sebagainya secara tunai kecuali beli KERETA.. RUMAH MAINAN LAH. hUA.. hUA.. hUA.. Seronoknya dapat kenakan korang kan. Ish !!!! ish !!!! ish !!! Jangan marah ha. Gurau saja. Bagi mengawal perbelanjaan bulanan kita, amat penting untuk mengatur perbelanjaan dengan bijak bagi memastikan tahap kewangan kita berada dalam keadaan terkawal.

Walaubagaimanapun hutang perlu diuruskan dengan baik setiap bulan agar tidak menjejaskan bajet bulanan. Berikut ada beberapa tips yang boleh diamalkan terutama dari segi menguruskan hutang setiap bulan.

HUTANG KREDIT KAD
1. Amalkan PEMBAYARAN PENUH.
2. Bayar bil SEBELUM TARIKH MATANG untuk mengelakkan caj lambat bayar.
3. HADKAN PEMBELIAN barangan menggunakan kad kredit. Kita bukannya tidak boleh gunakan kad kredit. Kad kredit ni kita boleh gunakan di kala waktu kecemasan. Tapi kita kena pandai menguruskan perbelanjaan. Jangan fikir mentang-mentang kita ada kad kredit, kita leh fikir seperti DUNIA INI KITA YANG PUNYA.. KITA BOLEH BERBELANJA SESUKA HATI.. Itu bukan fungsi kad kredit.
Kita kena faham maksud penggunaan kad kredit.. Kad kredit ni seperti pendahuluan @ advance dari pihak bank untuk kita gunakan.. dan kita boleh gunakan di kala kecemasan. Tapi perlu di INGAT, KITA PERLU BAYAR BALIK. Jika lewat bayar, faedah akan dikenakan.. dan jika tak mampu membayar lagi di tahap bayaran bulanan yang minimum, nama kita akan di senarai hitanmkan.

PINJAMAN RUMAH
1. Amalkan PEMBAYARAN PENUH SEBELUM TARIKH MATANG. Ini bagi mengelakkan dikenakan caj lewat bayar oleh pihak bank.
2. Kalau mampu, BAYAR LEBIH DARIPADA ANSURAN BIASA. Sikit-sikit bayar lebih, lama-lama dah terlebih 1 bulan. Ini dapat membantu kita tatkala di waktu genting.

PINJAMAN KERETA
1. Kita kena fahami AKTA SEWA BELI. Ini termasuklah jangka masa pinjaman, bayaran bulanan, tarikh matang bulanan.
2. Amalkan BAYARAN PENUH SEBELUM TARIKH MATANG.
3. Jika boleh bayar PENDAHULUAN @ DEPOSIT YANG TINGGI bagi mendapatkan pinjaman rendah & bayaran bulanan yang rendah.

MENGAPA BAJET ITU PENTING UNTUK KITA
Bajet dapat membantu kita mengawal perbelanjaan
Bajet dapat mencegah kita berbelanja mengikut nafsu
Bajet dapat menentukan kemampuan diri dari segi kewangan
Bajet dapat membantu kita untuk menyimpan wang

Moga-moga maklumat & informasi yang diberikan ini dapat membantu kita semua dalam menguruskan kewangan kita.

Tatapan dari,

0 comments:

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267