Usah Langgar Deadline Yang Ditetapkan
Membuat bajet kewangan bukannya mudah tetapi lebih menyukarkan apabila kita membuat bajet waktu. Betul tak !!!!! Selain asyik suka berlengah, kita juga sering melangsaikan perkara 'terbabas' dari melangsaikan perkara utama untuk disegerakan.
Di sini disenaraikan beberapa tips untuk mengelakkan dri kita dari terbabas :-
1. KOTAK MASA
Peruntukkan bajet masa yang kecil dari 60 sehingga 90 minit untuk menyelesaikan sesuatu tugasan. Masa yang sedikit membuatkan kita lebih menghargai masa dan cuba sebaik mungkin menyelasaikan tugasan itu.
2. PROJEK vs DEADLINE
Semakin fleksibel projek diusahakan, semakin ketat deadline kita. Jika tugasan kita tidak terlalu fleksibel, panjangkan sedikit jangka masa deadline tu. Tetapi jika tugasan itu ringkas dan mudah, disiplinkan diri kita untuk menyelesaikan tugasan itu dengan lebih cepat supaya kita boleh melakukan tugasan lain.
3. SENARAIKAN TUGAS DAN DEADLINE
Jika kita bimbang akan deadline, senaraikan tugas sama ada di dalam komputer atau di atas sehelai kertas dan pastikan anda boleh melihat senarai itu.
4. PECAHAN MASA
Sekarang deadline lebih dari sehari boleh dibahagikan kepada bajet waktu yang lebih kecil. Deadline panjang gagal menjadikan seseorang itu lebih bermotivasi.
5. KENAL PASTI KELEMAHAN
Selidik perkara yang sering melengahkan masa kita dan selesaikan dahulu supaya tidak mengganggu kerja-kerja lain. Mengetahui perkara 'tersembunyi' membantu kita menjadual semula deadline tu.
6. ANDA BUKA ROBOT !!!!!
Jangan samakan diri kita dengan robot atau mesin yang boleh bekerja tanpa henti 24 jam sehari. Sewaktu membuat jadual kerja, ikut keupayaan diri dan berpijaklah di bumi nyata.
7. SEKAT SEMUA AKTIVITI
Tunda aktiviti bersama rakan ata keluarga buat sementara waktu sehingga tugasan kita diselesaikan.
8. INTERNET DAN E-MAIL
Lupakan seketika laman web sosial yang biasa kita lawati. Masa yang diperuntukkan untuk melawati laman-laman web ini membuatkan kita 'hanyut' dan melambatkan tugasan.
9. PERANCANGAN BERPANJANGAN
Jangan berhenti di tengah jalan. Teruskan perancangan kita dalam setiap kerja yang ingin dilakukan kerana ia membentuk disiplin yang lebih tinggi.
10. IMBAS KEMBALI
Bagi deadline yang lebih dari sebulan, luangkan masa setiap minggu untuk mengimbas perkembangan tugasan yang diberi. Ini membantu kita untuk mengetahui cara yang paling berkesan untuk digunakan sebagai langkah mempercepatkan lagi tugasan kita dan memberi peluang kepada kita merancang dengan lebih baik masa akan datang. Bayangkan juga seronoknya bila semua kerja sudah siap.
11. CARI JALAN PINTAS
Boleh dikatakan apa-apa sahaja projek atau tugasan mempunyai jalan pintas untuk diselesaikan. Gunakan segala alternatif yang ada untuk menjimatkan masa dan tenaga.
12. PERINGATAN
Letakkan peringatan di setiap tempat. Di komputer atau di atas meja supaya kita sentiasa diingatkan dengan tugasan yang ditetapkan.
13. BELAJAR DARI KESILAPAN
Jika kita melepas deadline, renungkan beberapa minit dan kenal pasti di ana kesilapan kita dan bagaimana untuk mengelakkannya daripada berlaku lagi.
14. TIDUR LEWAT
Apa salahnya berjaga malam untuk melangsaikan tugasan yang ditetapkan. Selepas segalanya selesai, mungkin kita boleh mempertimbangkannya untuk mengambil cuti berehat dan menghabiskan masa bersama keluarga.
Tatapan dari,