Hamper Hari Raya Aidilfitri
Tahun ni Alhamdulillah dengan rezeki yang diberikan, Ratu rasa bersyukur sangat. Ramadahan kali ini Ratu menerima :-
- Bonus 1 bulan
- Duit raya daripada Datuk Abdul Ghafar kerana menguruskan aliran tunai peruntukkan wang untuk Tabung Japerun dan hamper
- Sepasang kain untuk dibuat baju pemberian Datuk Abdul Ghafar
- Menerima beberapa botol dan 1 kotak minuman bergas
- Hamper daripada pelanggan
- Kain telekung pemberian Datuk Hamzah
- Duit raya daripada Datuk Hamzah
Alhamdulillah.. Ni namanya rezeki di bulan Ramadhan merangkap rezeki menyambut bulan Syawal. Emm.. Inilah hamper yang Ratu terima daripada pelanggan.
Hamper ini Ratu terima daripada pelanggan yang sama Ratu terima pada bulan Ramadhan tahun lepas. Aduh hai, terima kasihlah Ratu ucapkan kepada semua. Ianya menjadikan Raya kali ini disambut dengan lebih bermakna. Tambahan lagi, dengan kehadiran Puteri Raja Ratu tersayang. Emm..
Tatapan dari,