Selamat Hari 1 Malaysia
Hari ini Ratu bercuti tapi sayangnya Raja pula tidak turut sama bercuti dengan Ratu walaupun kita semua tahu bahawa ini merupakan cuti umum dan 1 Malaysia bercuti. Sepatutnya Hari 1 Malaysia ni jatuh pada hari Ahad 16 September 2012. Tapi hari Ahad ni kan dah memang cuti. Jadi, cuti tu ditolak ke hari Isnin. Maknanya Ratu bercuti 3 hari iaitu Sabtu, Ahad dan Isnin. Esok pula adalah harijadi Ratu yang ke.... Hehe.. Tapi sedihnya Raja pula tiada di rumah. Dia outstation. Macam mana ni. Bulan ni pun harijadi Puteri Raja Ratu iaitu pada 22 September 2012 ni. Macam mana nak raihkan ni. Emm.. Sedihkan.. SEDIH.. SEDIH.. SEDIH.. (Bak kata Upin dan Ipin).
Hari ni kebetulan jiran sebelah kiri rumah ada buat kenduri cukur jambul. Semalam pula jiran sebelah kanan pula buat Rumah Terbuka. Maklumlah masih lagi di bulan Syawal kan. Walaupun dah nak penghujung dah ni. Tapi ni kira rezeki. Orang dah jemput kan. Tapi yang tak seronoknya, Raja tidak turut serta bersama Ratu dan Puteri kesayangan kami. Hari ni, Puteri Raja Ratu betul-betul menunjukkan semangat patriotiknya. Pantang dengar lagu berkisar tentang 1 Malaysia. Bila Puteri Raja Ratu tengok tv.. Tengok orang tu kibarkan benderanya, dia pun nak kibar. Ayah Ratu pun berikan 2 bendera kecil. Bukan main semangat lagi dia kibarkannya. Macam dalam lagu ni,
Ratu pula terfikir ingin mengambil gambar Puteri Raja Ratu dan hantarkan pada Raja melalui telefon bimbit. Lagipun Ratu dan Puteri Raja Ratu memang merindui Raja. Emm.. Mana tidaknya dari seminggu lepas Raya Aidilfitri sampai sekarang ni Raja masih lagi outstation. Emm, apa boleh buat tugas lah katakan. Emm.. Raja pun memang ada minta mms kan gambar kami kepadanya. Emm..
Nah lah Raja hatiku, tengoklah salah 1 dari gambar ni,
Sesungguhnya kami semua merunduimu Raja !!!! HEHE.. Raja kena ucapkan selamat Hari Jadi kepada kami di sini. Kami kat sini nak tuntut hadiah ni.. Hehe..
Nah lah Raja hatiku, tengoklah salah 1 dari gambar ni,
Sesungguhnya kami semua merunduimu Raja !!!! HEHE.. Raja kena ucapkan selamat Hari Jadi kepada kami di sini. Kami kat sini nak tuntut hadiah ni.. Hehe..
Tatapan dari.